There was an error in this gadget

Monday, April 5, 2010

ambi pur gel crystal

Jam menunjukkan waktu 4:29petang.  By now, aku dah membuat 3 posting di blog ini dan 1 dalam Nadia's [in]Sanity.  Ya.  Ia adalah sangat insanity.  No question about it.  Dan tidak.  Aku pun tatau kenapa. 

Tadi berkobar-kobar aku nak bawak si sulung pergi klinik tapi change of plans, so no, kenot.  Then mentara balik opis, aku dah kepanasan.  Meeting boss semua pun kena tukar location sebab aircond berhawa panas.  Setelah berpura-pura rajin dengan begitu tekunnya, aku terpaksa membasmi kepanasan ini dengan mengambil stok air sejuk dan minum di department orang lain.  Tempat tu compared to my place adalah seakan London in Spring.  Ceh.  Bunyik macam bagus je. 

Macam mana pun, aku berbangga jugak sebab hari tu aku pi beli Ambi Pur Gel Crystal.  Since tak pernah beli, tak pernah guna, aku tak leh nak bajet apa menatang bau it will produce.  Memula terasa bau dia agak menjengkelkan.  Ia telah membuatkan bau macam opis ni adalah pejabat operasi PJ Laundry Seksyen 3.  Macam tak sesuai.  Tapi mandangkan ni opis jual ubat, kalau nak kena ikut tema perniagaan, lagilah tak rela kalau hari-hari aku kena letak bau macam kat hospital.  Korang rela tak? 

Anyway, selepas seminggu, bau dia baru la melegakan sikit. Jadi aku kenot la mempinpoint samaada it was the scent type yang aku pilih atau memang kena tunggu seminggu baru you get used to it. Tapi kan. Entah-entah sebab hari ni banyak peluh = aku bau macam belacan = perfume lupa pakai dan tertinggal kat rumah = Ambi Pur Gel Crystal berkesan? Ha ha. Entah. I donch know. Maka akan ku biarkan perkara itu menjadi sesuatu yang misteri, penuh dengan tanda tanya.

 Well, anyway, this was the one I got:
Ambi Pur Odour Eliminator 
~ Fresh and Lite ~

Memang tak boleh bajet bau dia sebab diorang tak ada tester pun kata kat kedai for us to select the fragrance pun. The gels are the sort macam gel yang orang letak dekat pokok tu. Apa-apa pun, gel itu bukanlah makanan. Sila jangan makan. And bila nak bukak seal dia tu, make sure tak ada bebudak sebab bila aku bukak hari tu, bertabur sikit juga a few bijik. Takut kalau masa ter-roll out tu ada pulak yang ngutip ingat gegula ke hapa ke menatangnya nanti.  Faham?  Baguuuss....

Okaylah, dah hujung hari ni.  Diucapkan kepada para pembaca, selamat mencuba!  Dan renung-renungkan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails