Monday 5 April 2010

cahaya mistik di pagi isnin yang mendom

Pagi tadi aku ingatkan nak kena mennyahtoksikkan otak aku yang sebu.  Otak yang penat, lelah, akibat keadaan hujung minggu nomad kitorang yang tidak disengajakan.  Bebudak tak sihat.  Inez pun tak sihat.  Asik meragam je.  Tak boleh letak.  Tak boleh tinggal.  Ala ala anak pompuan aku itu telah menjadi anak jantan Farika Arbak.  Ha ha ha.  [Pensan]  Kalau nanges, tangisan dia memang tangisan yang hiba.  Nanges dari jiwa.  Dia terasa hati dan kau pun sekali akan terasa maka, rotation cycle tu tak habes-habes sampai la ko kasi templak satu kali dan maka nangeslah kedua-duanya sekali sampai habes.  Ha ha.

Okay, tadi aku baca blog si tukang karut Puan Eja 'Life Is By Desert Rose' bertitle Scary Movie.  I am adalah seorang yang biasa-biasa je.  Tapi kalau mimpi samaada mimpi tu bermaksud or it's about the future that is dejavu la kata omputeh. 

For example la eh.  A long time back baru lepas bersalinkan Elyas [he's going on 4 in August] I mimpi I was at a shopping mall, tengah nak turun escalator.  Dalam keadaan pening terpinga-pinga, aku pegang one child.  Lagi konpius sebab budak tu perempuan dan anehnya aku tau anak tu bukan anak orang lain.  I kept going, "Tapi kan aku baru lepas beranak boy, apa kes aku pegang anak pompuan pulak?  Apa yang mimpi ni nak bagitau ek?  Tapi kan aku baru lepas beranak boy..." bertalu-talu konpiusnya la.  Then ada pulak sorang minah kat belakang aku tu kecik katik je.  I knew that woman was there with me tapi aku tak kenal pun dia siapa, makin bertambah konpius. 

Dan selepas 3 tahun setengah berlalu, aku yang berada di Jusco Bukit Raja, sedang nak turun escalator depan FOS tu ke bawah, berkeadaan pening terpinga-pinga dengan Inez dalam pelukan dan Mun berada di belakang aku tu, sebab saat 'eh? uh. ye ke?' telah berlaku.  Oh.  Dejavu.

Then rumah yang kitorang duduk sekarang tu pun ada ala mistik sikit.  Suka je nak nyakat aku.  Bila laki aku terbongkang tengok tv, takde pulak berbunyik cicak segala kat situ.  Dia masuk je dalam bilik tinggal aku sekor kambing nak layan tv, terus je berbunyik dekat sebelah aku la...  Cis.  Durjana.  Then when we first moved in we tried training the boys tido sendiri dalam bilik sendiri, kerap diorang bangun tengah malam.  So tanya la kat Ammar kenapa dowan to sleep in his own room...  Dan jawapannya...  Jeng Jeng Jeng.  Dengan rilek dan bersahaja dia kata, "...because there is a big tall hairy man with red eyes".  ... ... ...  Dan shortly after that, tarikan baju t-shirt pilihannya adalah yang bergambarkan Big Foot sahaja. ... ... ...  

Yes.  Apakah perasaan anda? 

Tapi some how, you've just got to treat this all biasa je.  Cuba don't let your fear over power la kan.  Kalau ada saat terasa scary movie je, sila tarik nafas dan tahan.  Kira sampai 10 dan lepas.  That will help to pelankan your heartbeat sikit.  Bila dapat control tu, you won't panic.  It's an advantage for them bila you panic.

Then recently aku balik keje.  Jam tu tengah nak masuk maghrib when I was in the kitchen tengok barang apa last nak masak.  Tingkap dapur semua masih terlepa.  Bila dengar azan berkumandang, sambil-sambil tutup tingkap tu, terdengar bunyik macam orang ketuk pintu depan rumah.  Okay.  Gua senyap je dulu sambil menahan napas kira sampai 10.  Perasaan rileks itu adalah penting.  Berbunyik lagi.  I went on buat biasa.  Tak bertanya.  Tak bukak mulut.  Nadia tidak berbunyik.  Tapi oleh sebab ketukan tu asik berbunyik, jelinglah sikit ke depan nonchalantly and confirm, memang no one was there.  But it kept knocking.  Slowly aku observe sambil-sambil potong sayur tu...  Jeng jeng jeng...  ...It was the fridge that was knocking.  Sounded like from the inside to the outside.  You know what I mean la kan.  Mampuih aku tak bukak sesukati mentara tengah masak tu.

When dinner was served, Encik Black yang sedang makan tu pasal bunyik tu.  Aku bersahaja je la kata, "It's the fridge..." tanpa ekspresi laman dimuka.  "Oh ye ke?  Malam semalam mentara tengok bola [tengah pagi buta ler tu kan?] I siap turun carik punca mana datang bunyik tu," kata dia. 

Perasaan aku?  Woot!  Woot!

Takmo pikir.  Bagus jugak bila berkeadaan bizi je selalu sebab you have no time nak layan perasaan-perasaan yang membebankan minda.  Maka, balik ni aku akan continue bizi.  Dan haruslah aku membizikan diriku sekarang ini. 

Tengs.

 

2 comments:

Anonymous said...

huhuhu.. ingat gak kat anak aku yg suka melekap tu eh.. :)

Nadia.Is.Cute said...

ingat... ha ha

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...