Wednesday 20 October 2010

Surat tunjuk sebab mengapa saya lama tidak menulis.

Oh. Lama. Lama. Lama.

Saya telah mengalami sedikit penderitaan perasaan. Ye. Penderitaan jiwa hinggakan yang keluar semuanya omputeh belaka. Berikutan dengan itu, saya telah kehilangan sense of humour. Saya juga tidak dapat bersosial dengan murninya. Agak keji sedikit one on one saya. Maafkanlah. Saya ada tekanan perasaan dalaman.

Pada mulanya saya ingat biasa je. Tapi kemudiannya, muka saya menjadi merah seperti Inkredibel Hak kaler merah iaitu Hell Boy. Tidak. Saya pun tak tau kenapa nama dia begitu. Namun, saya cuba untuk menukarkan warna muka saya kepada renbo tapi gagal. Saya, yang telah mencoba.

Begitulah kisahnya sepanjang ketiadaan saya di sini wahai blog. Bukan saya eksen dengan awak. Saya lebih sayangkan awak dari yang awak tau. Saya cuma memerlukan masa untuk menyedarkan diri sendiri seketika.

Itulah saja buat masa ini. Ai tetap lav yu forever. Promise.


Sent via BlackBerry from Maxis

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...