There was an error in this gadget

Tuesday, November 30, 2010

terguling bijik mata jap

Watikah hari ini adalah...

Saya ada kerja hari ni.  Saya telah digajikan untuk menjalankan tugas.  Selesai pekerjaan tersebut, saya dibayar pada hujung bulan, setiap bulan sehingga saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kompeni yang mengambil saya bekerja.  Ini adalah konsepnya hidup bila sudah besar dan mempunyai pekerjaan. 

Walau bagaimanapun, hari ini, saya tidak bekerja dengan tekun walau telah berazam untuk menjadikan hari ini hari yang baik dan produktif sebaik mungkin kerana saya leka dengan benda-benda lain.  Itu lah.  Dok berdua pun ada syaiton nirrojim.  Dok sensorang pun ada syaiton nirrojim.  So adakah ini bermaksud blog ini pun mempunyai unsur-unsur itu?  Oh sungguh syaiton itu syaiton nirrojimmmmm....  [leng leng tergeleng geleng]

Entah apa la aku merepek ni.  Yang aku tau aku rasa macam bijik mata ni agak terguling ke belakang. 

Ya.  Aku masih mengantuk.

Rasa macam nak balik berguling ngan Cik Adik abis tu tido je.
Pastu nanti Pawpaw balik, kena marah...
Tido sampai Maghrib...
Haha. 

Punya mengantuk sampai boleh nak pi beli Horseshoe untuk FrontierVille.  Nasib baik kad kena reject dek bank atas entah apa tah alasan.  Dah kira lah.  Yang tau, aku sudah hilang pertimbangan.  Hilang?  Tak mungkin hilang timbang.  Sebab aku pun memang takde timbang kat rumah.  Timbang and I, no friendship.  Kasi pecah itu timbang.  Ai slim forever you...  Hidup ini adalah suatu pertaruhan.  So adakah itu bermaksud aku hilang arah?  Nak carik arah angin, kat opis ni, angin turun je.  Sebab sini pakek ekon.  Centralized pulak tu.  So aku dok la setempat.  Angin semua pi bontot kasik hangin satu badan.  Abis tu?  Meroyan?

Dah laaa...  Nak berbawak pi buat kerja pulaaaak...

Ailavyu yu no...  Babai.




 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails