There was an error in this gadget

Thursday, January 13, 2011

sesi meroyan edisi 2011

Watikah hari ini adalah...


Oh Po-chot!  Ai terkejot yu....!!

Hari ni macam ada banyak kejadian.  Mana satu nak mula ni...

Pertama

Aku bangun pagi tadi dengan tidur yang banyak walau masih rasa tak cukup rehat.  Bila ko jaga orang kat spital, in the end la kan, perkara-perkara ini akan berlaku:

- Masalah sembelit.
- Sakit badan.
- Tak cukup rehat.

Tolong jangan kata cukup je rehat mandangkan anak kecik ke, orang tua ke yang kena dijaga...  Bagi aku, aku rasa, sama je.  Yang anak aku muntah berkali-kali, buang air besar macam air sampai 3 gayung melimpah sekali yang confirm diaper tak boleh tampung that needed me to take the drip off, pikul and put her on the potty...  All in all like a possible 5-12 times of it happening in a day.  Kenot oso tido well because she had to be stuck onto me setiap kali dia tido dan akan bangun meraung kalau sumbatan dicabut. 

Well.  Okeh. 

In the bad, there was the good.  Aku telah dapat TENGOK TV!  Dan secara tak sengaja dah terfolo cerita Ustaz apa tu tah, and Tiramisu. 

Okeh okeh.  Get back into the topic.

Basically, Cik Adik stayed in until Sunday.  She was there for 5 days. 

And prior to that was the adegan hayak-menghayak dan meregister budak ke sekolah rendah, pre-school, sekolah ngaji dan slot in time for rehat kat sekolah rendah tu.  Oh.  Tidak dilupakan, adegan kejar-mengejar cikgu macam citer hindustan yang mana cikgu tu adalah ketua pegawai polis yang garang untuk membayar yuran.  {{gigil}}  Memanglah...  U'aloh...  {{gigil}} 

In short, letih la wei...

Gua tak cukup rehat masih sampai ke hari ni.


Kedua

Sebab tak cukup rehat, aku telah mengemukakan permohonan agar maid aku masak semua.  Biasanya, at least paling kodik pun, aku kena masak walau selauk mungkin.  And of course aku prefer masak semua tapi apakan daya sebab kenkadang bila balik, dia dah masak 3 lauk dan aku tak kosa nak fikir apa nak masak pada pukul 4 petang setiap hari pun.  But that is a whole other thing la kan.

Lagi pun aku tak sihat sejak balik sepital tu. So, better for her to cook than me.


Ketiga

Sebab I dah ada resolution to break away from what I grew up with, I must buck myself up to have a better thing for my children, aku hari-hari dah bising untuk tengok, menatap dengan kanta lensa homework memasing.  Aku akan nampak walau dia eja NUMBER sebagai NUMBUR.  Lepas tu, I'll pack their bags for school to have tomorrow sorted out properly. 

Juga sebab aku tak rest betul-betul, aku sikit worn out la.  Plus, sejak dari keluar hospital tu, aku pulak yang agak tak sihat seakan mau muntah dan pening sakit kepala.  So pelan-pelanlah.  Not right for me to be absent from work pulak la kan.  Marah opis tu kang.


Keempat

Dalam-dalam keadaan aku begitu, aku rasa bersyukur sebab Adik Ipar No.3 dapat rotate with me to pick up the kids from school dalam keadaan isterinya berpantang.  Initially, I would have to send and fetch them from school.  But mungkin juga rezeki takde option minggu lepas dengan Cik Adik masuk sepital tu, he had to fetch and pick them up altogether yang menyenangkan kepada arrangement begini.

So, sometimes I send them to school and he'd fetch them back home in the afternoon.  Alhamdulillah because it eases me off sikit in my working condition.


Kelima

Ada pulak berasa tak puas hati dan mahukan 2 page essay mengeksplenkan kenapa aku meroyan pepagi buta tadi dengan dia.

Well, aku mengaku tidak mengaku aku letih, tak cukup rehat because it doesn't feel like it.  It just feels flightly and takde perasaan seakan membajak.  You just do it.  So I had an early night.  But when I woke up, what I saw was all like how I left it before I went to bed.

This is the konklusi:

1. I need my time to relax.  Aku rasa, rushing finding time during lunch is NOT time-out. 

2. Going for body treatment, is also NOT time-out, because I'm doing it for someone else.

3. And I haven't had any time to myself, where watching TV is not time out because there isn't any conversation involved with another person and laughing with them about life, children, work etc and then planning something for ourselves in the future.

So...  Bila, aku nampak barang orang lain bersusun elok pepagi buta tu, barang anak aku sendiri terbongkang macam tu...  Of koz...  La...  Membuatkan aku MEROYAN pepagi buta tu.

Fullstop.

Hmph.

Emo aku jap.  Huh.  Dah lah juga banyak surat-menyurat opis ni kat meja.  Nasib baik dalam bebanyak tu ada surat yang berisi calendar dengan diary yang mengubat jiwa luka ini.  [Ceh!]

Dengan internet connection macam hampeh dari pagi.  Tak ke rengsa jiwa tu?

Heh. 

Dah lah rengsa {Ana Rafali} tu menang AJL.  Sorry.  Nama dia kena letak dalam breket je sebab dia dok dalam kandang.  Aku telah mengandangkan dia dengan jayanya.

Lagi rela Tomok menang. 

Tak.

Aku tipu.

Walau dia dok dalam kandang, elok lagi kandang tu dari persembahan Hari Perpisahan sekolah menengah si Shahir tu.  Ei.  Dia sedar tak dia perform LIVE untuk SELURUH donia tengok???  Bangang ke apa?  Buat sia-sia je pi akademi berbulan-bulan.  Puas orang dok voting kat dia buat perabis duit je.  Pi la terbabow sikit...  Lepas ni kena masukkan dia dalam akademi jahit baju pulak.  Berela-ela kain ela ko pakek.  Lain kali pass je kain tu kat aku.  Boleh gak aku buat alas meja tahun baru.

Buang karen je.

Kenaaaaapa la Yuna tak menang??? 

But yes, if you go by the puitis, lagu {Ana Rafali} tu cukup puitis.  Tapi sebab attitude yang semakin nampak kurang menyenangkan, it goes together-together.  And for your information, I went for the AJL dan semorang boo kat dia okeh bila results keluar.  Sama dengan bila orang tanya mana dia peminat Tomok.  Haha.  Kesian kat ko Tomok.  But I liked his performance sebab ada banyak surprise factors he had in it.

[Sigh]

Esok...  Aku ada appointment petang.  Cik Adik pun ada foloap dengan dokter dia.  Mebe boleh je bawak sekali Abang Ngah pi cocok bontot untuk jab 5-tahun dia sekali.  So that means, baik aku apply half-day kut.  Then again, gigi aku ni tak ter-repair lagi.  Hari tu buat root canal, tampal dia terbukak.  Then buat retampal.  Dah la root canal buat dua session.  Tampal terbukak.  Buat lagi, terbukak lagi.  Lantas aku terus cam malas nak gi lagi.  ...Tapi walau pun dah dirootcanalkan, aku terasa sikit denyut kat rahang ni.  Whatever it is, confirm aku TAK pi buat gigi esok la kan...

Entahlah.

Macam ni je lah kan hidup Mak-mak ni...

Begitulah...

Tamat sesi royan.

Babai.


2 comments:

Anna said...

Wah, ini meroyan tahap gaban bi. Tapi aku pernah gak experience jaga anak kat sepital cam ko tu. last2 aku yang demam. Mak-mak..nak wat camno.

Nadia Is Cute said...

Begitu lah...

(peluk peluk peluk)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails