Wednesday 19 January 2011

kursus pengurusan

Watikah hari ini adalah...

Aku adalah sedikit stabil.  Mungkin juga mau ada sikit terberry-berry [sila tutup mata anda ketika melihat kelibat aku ke sana ke mari kerana aku mau mengaburi mata anda sebenarnya sehingga anda juling dan akhirnya tidak sedar bila masa aku telah berjaya ke tandas tanpa pengetahuan anda].  Aku adalah mengerikan.  Haha.  Ayat tak bley blah.

Entahlah apa nak meraban ni... 

Kerja masih aje ada.  Kelibat nak iron out things dan filing menimbun dengan sikretnya.  Haha.  Itu pun nak sikret.  Oh well...  Sikret la...  Sebab orang tatau mana aku sorok timbunan itu.  Ke dari luar dah nampak?  Haha.  Sudah kan...?  Haha.

Hari ni aku nak pi makan...  alif tendang wau, ya...  SALADUN. 

Saladun adalah baik untuk sistem pencernaan anda.  Begitu juga dengan kapsul kalsium, fish oil dan...  jangan ko ambik asid folik mahupun Vitamin B Kompleks PKNS selagi ko tak pregnant dan tak mo pikul heavy metal.  Tolong jangan.  Nanti ko jadi kes macam aku.  Ingatkan it'll ease my stress level but apparently, it botched up my hormones...  Satu hal la tu.  The thing is, it works the same as asid folic where you actually gain weight WITHOUT a baby in your pod.  So, sengal tak?  Aku yang jujur dan baikhati ini pun hari tu punya la mengambil haaa....  sekali kao... 10 tahun pun tak kan tau kalao I can ever break 70kg ni.

Ye.  Aku adalah sedang yoyo sesangat antara 69-74kg.  Bling blong.  Menyampah tak?  Bila ingat dah turun, dia naik balik.  Oleh itu, marilah mari aku bukak satu cerita.

Aku kebetulan followed a friend.  Katanya nak bagi aku try session slimming centre for just RM18, instead of having to pay so many hundreds mahu pun riban.  But what they did was, they put my friend in for treatment and locked me in another room to get me to embrace how bad my water rentention is, yang mana memang benar pun sesangat teruk; juga strip me and tunjal tempat-tempat kegemukan aku itu.  Sementara aku dimasukkan ke dalam bilik itu, all they asked me was to find out what credit card I was holding so they can find out for me what plan or discounts are available for my enjoyment.  Aku pun terfikir jugak mengapa tapi lebih distracted to finding out what the problem I had dengan badan aku ni. 


Aku juga cuma mahukan kesihatan.
Aku semakin lanjut usia.
Dan semakin merepek yang dimakan.

Oleh sebab aku termakan dengan melihatkan betapa buruk dan gemuknya aku ini, [dan tolong jangan lupa aku telah ditunjal pada kegemukan aku itu ya], aku telah sign up untuk beberapa sesi pada kos incurred beberapa riban.  Bukan riban kecil.  Bagi aku, boleh je aku pasang set dapur terus kat rumah aku tu.  Sama ada itu atau, boleh je beli super power treadmill satu kat rumah. 

Ye.  Aku terasa amat keji.  Namun janganlah kau salah sangka.  Itu riban adalah breakdown installment 30 bulan yang mana kalau aku beranak lagi sorang pun, sampai anak aku masuk umur 2 tahun pun aku tak habis bayar lagi.  Puaka. 

Dalam pada masa aku nak surrender card aku pada mereka, aku dapat pulak terjumpa member aku yang telah ditreatmentkan itu.  Member aku marah la kat aku. 

"Aku soh kau buat je trial.  Aku tak soh ko sign up la wei.  Sini mahal!" 

Sungguh aku tak berdosa.  Bodoh je.

Namun salesgirl yang ayu itu telah perasan dan terus, paksa aku kembali into the bloody room and kicked my friend out as soon as she was done with her treatment so that kami tak bertemu lagi. 

Hina tak diorang ni?

Tapi macam mana pun, aku rasa lagi hina sebab aku agak menyesal melihatkan packages of other slimming centres yang offer and obviously, that was the first time I walked into one.  Rasa bodoh.  Bukan bodoh sikit okeh.  Ini rasa bodoh gila.  But nemind.  Sebab suami sejukkan hati sikit.  Lagi pun dah buat.  Nak buat cemana lagi pulak kan...

So.  When I went for my next treatment, dia pun bikin la letak tu, letak ni, blanketkan aku menatang.  Sama je pun kut ngan konsep tangas, aku rasa.  Anyway, dia dok sebut, nanti nak bagi aku minum air kasi kenyang or something like that.  Then asked me if I took the drink they gave upon the signing up.  So dia pun pesan suruh minum air tu and gave me the air kasik kenyang tu.  It was actually something like oatmeal cair la gitu.  So aku pun pelan-pelan kayuh la telan.

Sekali ko...  Dia paksa aku pi beli topap air dan oatmeal tu.  Tekan-tekan nombol kalkulator tu pap pap... 

"Dua ribu satu ratus saja untuk sekian bulan". 

Ko tak rasa macam...  Cilaka tak?  Lagi-lagi when I shared this with 2 friends, they all said, they took the minimal of session yang cost them one thousand plus saja.  Aku tak dapat pun option yang tu.  Harga bukak je dah lapan ribu ngan aku.  Bukan sekadar bangsat lagi.  Ini dah...  Cilaka GILA okeh.

Aku cakap kat dia.  Aku dah installment plan sekian.  Kalo aku beranak pun tak habis bayar.  Ni pun ko nak installment plan untuk topap menatang ni.  Aku takmo bayar.

Masa aku sign up tu pun ko takde nak kata kena beli itu beli ini.  Tak boleh jujur ke kata ni semua kena hand in hand?  Menipu orang tau.  Rasa macam kena shackled terus.  Patut la yang lelain kata dia amik topap segala jadi total tiga ribu lebih yang dia berbayar.  Aku jam tu like, tebangang la sebab tatau apa what they were talking about wat....

So anyway, this woman pun dok keluar masuk bilik datang dengan different figures.  Aku kata, aku masih tak rela.  Selagi harga total dia tak mampu nak dapatkan to my desired installment figure, jangan haraplah nak bernekad ngan aku.  Dan akhirnya after half an hour, she gave up.  Muka ketat.

Halooo...  Bukan aku yang kena bayar untuk semua tu, bangs*aaaat??

Untuk the subsequent treatment, aku telah pergi ke tempat lain.  Dan tempat tu pun takde push aku untuk membeli apa-apa.

Macam mana pun, kalau ko pergi dengan kawan, percayalah, mereka akan tetap men-separate-kan u'olls dan memperburukkan badan ko tu sehingga ko rasa macam nak menangis hiba macam binawe.  So, jangan.  Make sure bila ko nak masuk kedai tu, ko adalah konpiden gila dan bersedia untuk libas diorang balik.

Paham?

Dari hati ke hati & dari jiwa ke jiwa.



1 comment:

seldom break said...

ko buat aku takut giler....arghhh!

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...