Tuesday 5 July 2011

Tak terlayan mahumu

Watikah hari ini adalah...

Di dalam pencarian kuih pada pagi ini, aku telah dikejutkan dengan jawapan lembutnya.  Ketika itu aku agak menyirap sebab cara katanya itu adalah seakan agak kepantaian dan dia adalah seorang lelaki.  Agak cliche kerana dia adalah bertugas di dalam catering line membuatku terfikir jika Gordon Ramsay juga adalah sebenarnya seorang yang lembut begitu juga. 

Ah.  Persetankannya.  Apa yang membuatku rasa seperti mahu menghentakkan telefon ke mukanya dan menghunuskan air liur ku bersenjatakan gegak gempita seraya mencucukkan keris ke bumi adalah cara dia melunaskan ayat-ayat cintanya padaku. 

"Oh.  Sorreeeey.  Ai, tak boleh nak layan rikues macam yu punya ni sebaaab ini dikira sebagai imejensi kes dan ia adalah membuat operasi saya disini susah.  Noooo...  Yu, kena fikir ai ni, macam mana.  Ini kes imejensi...  Last-last minit macam ni.  Yu kena be fair dengan ai juga.  Ai tak boleh layan sebab kalau dah nanti masuk empat order dekat sana, tempat ai ni macam mana?"

Terus tersusun ayat dibibirku.  "Oh.  I prefer the previous caterer we had."

Dah dia berbalas, "Oh.  It's okay."  Aku hanya terbayang dia sedang menghayun-hayunkan jarinya ala Beyonce dan mengelap peluh yang tidak wujud didahinya sambil sebelah lagi tangan mencekak pinggang rampingnya itu.

Mungkin jika dia jawab dengan cara lain, aku tidak berasa begini.  Kalau boleh disebut:

"Mintak maaf kak.  Saya rasa kami tak dapat sebab suntuk masa ni.  Lain kali pun kalau boleh akak bagitau saya in advance dulu boleh?"




Ye lah.  Watever.  Aku dah tak cukup masa ni.  Nak kena pi la carik kuih kat tempat lain.

Babai.

[Waaaarrrggghhh! kejap] *rentan*

Hentak kaki keluar sambil keluar bangunan.


No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...