Tuesday 8 November 2011

Salam Aidiladha

Watikah hari ini adalah...

Salam Aidiladha: Selamat menjalankah ibadah korban serta selamat tahun baru.

Saya ni dengan tidak semena-mena terasa sedikit terkorban jiwa pagi ni. Jangan tanya aku mengapa. Naik juling mata aku dok nengok email one by one ni. Tetiba teringat bila expression mata juling ni aku tersilap sebut depan orang yang memang mempunyai mata yang begitu. Memang terasa macamlah Mak tak ajar berbudi bahasa kan... Tak lari dengan konsep seperti masa membuat lawak dengan kawan sebab tak pakek cimata sambil mengucapkan skrip citer P.Ramlee, "Oh.buta.mata.beta." dan ada orang pulak yang menyambut, "Ya, Cik. Saya buta," sebab ketika kejadian itu berlaku, ada pulak betul ada orang yang cacat penglihatan kat situ.  Terus cam nak ambik garfu dan cucuk jugak mata dan dan tu jugak sebab nak hilangkan perasaan bersalah tersebut.

Kat meja saya sekarang ni pun, banyak benor kertas kat sini. Nak bakar je rasa... tapi tu jadi arson. Nak buang, nanti... kena buang kerja. Nak rendam, nanti ai basah yu....


Gambar yang mengaut dedua perasaan dalam blog entry ini.
"Satu untuk kau, satu untuk aku."
(Tapi kenapa belum apa-apa aku dah tergelak, syaitooooon?? Hahahha)


Sekian, wasalam.

[Ya, saya sedar bahawa ia sangat anti-climax]

*pause*
Okaylah. Aku tidak meng-anti-climax-kan entry ni.

Pesanan dari penaja:
Tak kesahlah. Janji ko jangan buta hati. Seperti bak kata Dato' Fadzilah Kamsah, "Lagi tidak berbaloi kalau masuk neraka." (Sungguh aku kecut perut mendengarnya for the first time semalam, walau cam sungguh durjana punya stetmen yang benar itu)



No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...