There was an error in this gadget

Thursday, December 27, 2012

Tidur Mistik

Watikah hari ini adalah...

Hari ini adalah hari yang agak apakah for me.

First of all, setelah begitu berusaha semalam, akhirnya kami tidur lewat.  Ini adalah diakibatkan oleh kepenatan yang berlebihan.  Nescafe O Ais juga boleh disalahkan kerana kopi yang kedai makan tu buat semalam adalah kaw dan terbaek.  So, in the end, I slept over midnight. 

Then dalam pukul 2 lebih pagi, terjaga sebab ada orang kecik ketuk pintu bilik.  Orang kecik yang Pawpaw sambut dan peluk.  Dan kendian selepas entah berapa minit dah rengsa nak mencarik Mak pulak.  Mak pulak terus terjaga-jaga lepas tu sebab tangan orang kecik tu merayap-rayap.  Kemudian Mak tak mendapat posisi tidur yang sesuai dan asik terjaga sebab Abang Long pulak mula terbatuk-batuk.  Mula-mula Mak buat tatau je.  Ini termasuk dengan Cik Adik tu dah soksek bersin bersiri.  I was oredi di awangan in and out of sleep.  But in the end, tak boleh jadi.  Tidur Mak dah terganggu dan mata terus terbeliak. 

Carilah ubat batuk dalam keseliratan barang.  Bagi Abang Long makan ubat.  Lepas tu Mak paksa diri untuk tidur.  And I tried that for 2 hours.  Bukan rezeki aku untuk dapat tidur agaknya.

While awake, I thought of the things I want to do in the office lah.  Then baca-baca whatevers.  Cuba self-comfort.  Tried clearing mind and relaxing limbs lah.  Pelbagailah.  But nothing happened.  C.E.L.I.K.  How lah???

So turunlah rumah merayau-rayau.  Main ponpitter jap.  Minum air kejap.  Sekali datang lapar yang bertubi-tubi.  Terus suap mulut dengan sekeping roti kosong.  Naik atas balik.  Tengok bebudak tidur.  Tengok Pawpaw tidur.  Mak berguling lagi cuba paksa diri.  Dari stail baring ke terduduk.  Last-last agaknya baru je agaknya terlelap, Mak disapa.  Siapa sangka memang nak kena jugak tidur sebelah Pawpaw.  Amacam, manja tak?  Haha.

Then terus terjaga.  And when I got to the office, I can't remember what I thought about doing just a few hours earlier.  Instead aku menjadi lebih sengal dan sakit dada.  Mungkin sebab akak dah tua kot.  Urat-urat saraf otak tak sedriven macam masa muda-muda dulu.  Boleh kot kita guna alasan tu.  Mistik.

Okaylah.  At least I've got this out of my way redi.  Lepas ni, nak mengemasssssssssss.... lagi.  Selagi daya.  Layan je... 



Nadia.Is.Tepape

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday: SMS Istimewa

Watikah hari ini adalah...

Aku dapat sms istimewa pagi ni...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




Ko hado?

Nak beratur kereta masuk iCity tu pun nak menangis, ni kan pulak nak beratur mandi beramai-ramai...  Takpelah.  Baik aku beratur mandi kat rumah je.

 
Nadia.Is.Cute

Friday, December 21, 2012

Vroom vroom

Watikah hari ini adalah...

I was pissed off so clearly semalam.  Marah luapan luar jangkaan gitu.  Terbawa-bawa sehinggakan aku harus ke mana-mana untuk menguruskan diri sendiri. 

Jadi I went out for lunch dengan M.

Di atas sebab urusan, aku pinjam gunapakai kereta orang yesterday.  Suami dah ada sebut kalo nak setat henjen kena kuis pelan-pelan.  Masa pagi tu dengan nerbesnya, kita setat henjen keta.  Dengan nerbesnya, kita pun bawak kereta orang tu.  Lepas tu dengan hilang nerbesnya, kita bawak selaju kita bawak kereta sendiri.  Itulahnya.  Orang mudah lupa.  Terpedaya aku dengan diri sendiri.  Lupa itu adalah kereta orang lain kaaaan....


 
Vrooom vrooom...



Eniwei.  Went out for lunch dengan M.  Selepas itu kami semua berasa gembira dan terus kami membuat sambutan makan barangan yang kami terima tidak seperti yang kami order.  Bila aku highlight aku mintak nasik ayam terbaek dan bukan nasik kari ayam, dia kata, "Ini kata makanan ini lor.  Awak sendiri tulish".  Cis.  Blasoh.

Then masa time makan tu, suami ai dah ting ting, ting ting bagi meses. 

"You dekat mana, ling?  You rindu tak dekat ai?  Ai rindu you.  You lah pengarang jantung hidup ai.  Tanpa you, siapalah diri ai ni.  Hanyalah menjadi seorang insan tanpa you je..." 

"Apakah"

"You jawab 'Apakah' je?  Sampai hati tu you ling.  Ai nak makan hati lah"

"Makanlah.  Bukannya kenyang pun.  Bila dah sudah merajuk, bagitau balik kat ai"

"E.  Apa ni?  Mengapa dialog kita seakan terbalik je?  I'm the man, I wear the pants"

"I'm a woman, I wear pants everyday"

"Why you so lorat?"

Okeilah.  Aku tipu.  Meses yang sebenarnya adalah...

"Are you ok with the car?  If susah nak start, you kena remove kunci and try again"

Aku dengan bongkaknya menjawab.

"So far ok.  The car behaves well with me"

Yang betulnya, aku tatau pun the car start up got problem.  So suami pun jawab, "Good for you"

Al-kisah, dah lepas makan bagai, nak la pi balik opis ni.  Sekali, dua kali, tiga kali, empat kali, dua puluh tiga kali...  henjen dia tak mau setat. 

Oh.Tragis.  Text suami, "Car kenot start" tapi dia dok prasang.  Call bantuan dari ofis minta tolong bawak jumper.  Mamat tu pi carik satu kompleks opis tanpa sebarang hasil kecuali dia dapat bepeloh eksais tanpa sengaja je.  Call isteri tuan punya kereta.  Tapi tak masuk line.  Call tuan punya kereta, tuan dia kata suruh belai, try pelan-pelan.  Cis.  Dah habis pelan dah. 

So we waited another 15 minutes before mencoba lagi.  Dan 10 minit untuk mencoba lagi.  Sekali, tiba-tiba sahaja angin tak ada, ribut tak ada; tau-tau hujan turuuuun...  Hujan yang amatlah lebatnya.  Hujan mencurah-curah.  Kenot stop it.  Dari duduk diluar kedai, sampai terpaksa duduk dalam kedai tu nak ngelak air hujannya.  Terkandas.  Aku dah sampai kepala sangkut kat meja.  M, mata dah berpinau sehingga tak sanggup menghadapi bosan.  Dia dah mula tengok drama menggunakan henfon dia tu.  Pintar sungguh henfon itu. 

Lepas masa boring-boring tunggu dalam hujan tu, aku postlah kat Fesbuk kata terkandas, keta takmo start...  Isteri tuan punya kereta terperasan dan terus call aku.  Apara.  Haha.  Pastu tuan punya keta dok bertanya lagi, dapat ke tidak buat.  Mentara tu hujan pun baru je reda.  Sejam lebih sikit hujan tu turun. 

Aku pun cubalah sekali lagi.  Bismillah.  Pelan-pelan aku kuis, tetiba henjen keta berbunyik.  Alhamdulillah.  Teruslah call Mamat Ofis tu.  Dia kata dia dah panggil mekanik, so jumpalah dia nanti bila sampai ofis nanti. Terkesianlah pulak sebab dah ada mekanik standby...  Cemana pulak nak membayar tu nya. 

Mentara sampai opis pun dah masuk pukul 4:00 petang.  Memang tidak terkata.  Kami dah sampai berpusing-pusing bijik mata.  Berjanjinya dengan Mamat Ofis pun entah di mana.  Bila jumpa kat lobi ofis, dia terus terpa.

"Eh Nadia, ai mana tau cemana nak repair keta cam ni..." sambil garuk-garuk kepala geleng-geleng.   

I pun tanyalah, "Mekaniknya mana?" 

"Ai lah mekanik tersebut" 

Lawak gecko eh.  Dia cam geli setempat je kat dada tu.  Pastu boleh lagi sambung script:

"Len kali you bawaklah motosikal ke, basikal ke...  Yang tu ai retilah nak repair." 

Bodo kan?  Ada terasa cam nak taji tak Mamat tu?  Haha.

Selamat.

Tapi secara keseluruhannya Ada sebabnya kenapa waktu itu je yang aku terkandas.  Ada sebabnya mengapa semua itu berlaku.  Sebelum aku pergi, jiwa meluap dengan perasaan merah menyala membawa sampai ke muka terasa menyala.  Rasanya terbakar macam tak boleh dipadam dengan simbahan air pun.  Tapi Allah berikan aku 2 jam extra untuk berehat.  Jadi mentara aku balik tu, jiwa aku settled a bit.

Jadi, dalam setiap yang genting, ada pantainya.  And it comes in various ways yang unsangkarable.

Alhamdulillah.  Semuanya selamat. 




Nadia.Is.Cute

Thursday, December 20, 2012

Seriously Pissed

Watikah hari ini adalah...

Mood rencana ini adalah garang, pain in the heart dan gigit telinga dia sampai putus.


Picture Googled HERE


Menyampah sebab aku takleh nak tulis mengapa aku angry tahap ni.  I AM PISSED.  Sebab aku rasa segala contribution and whatever factor that I have given selama ni diberikan kembali dengan mengatakan aku tak memberi apa yang diperlukan.  F you.  You're such a FSAH.  I have to put up with whatever tahapekebenda menatang ko yang so petty, penting dan selfish semua-semua itu.  Aku buat bikos itu adalah sesuatu yang perlu. 

Dan mendatangkan waktu nak bukak sekolah.  Ini yang diberi.  Aku bersyukur apa yang ada.  Tapi mungkin macam, tak redha kut yang buat aku rasa meluap-luap dengan bakulan kata-kata pissing rentan series terbaik. 

Aku marah sangat. 

Marah.

Maraaah.

Marah sangat bila teringatkan saat kita bercengkerama tempoh hari.  Dalam satu bangunan tu, segala apa yang besar yang dapat aku buat, ko pentingkan perihal lain yang kecik macam...  Yang leceh-lecehlah.  Pastu expect jiwa aku ni dibahagikan sama rata tapi sebenarnya ko nak hati aku ni dan tak suka aku dipecahkan.  So, can you please make up your mind?

Ya.

Aku marah, aku marah, aku marah.

Mungkin bukan rezeki aku.

Walau aku sudah memberi dan memberi.  Mungkin aku tak memberi apa yang ko mahu.  Tapi aku telah banyak clean up your FS yang sangat durjana tahap FSnya. 

Subhanallah.

Astaghfirullah.

Tahan napas.  Kira sampai sepuluh.

Alhamdulillah.

Let's take it on.  Just like a friend said; for an elephant's worth of an issue, take one slice at a time.  It'll be gone in no time.




Nadia.Is.Pissed

Tuesday, December 18, 2012

Halu Halu

Watikah hari ini adalah...

It's about time to balik.  But I still can't leave at this point of time walau it's just a shy of a minute or two.  Then again, how lah kan...  Kita ni orang kecik-kecik je.

And I actually thought I had stuff to write.  But I suppose, it is - "No it isn't".

So, sekianlah.



Nadia.Is.Cute

Monday, December 17, 2012

Hey

Banyak benda telah berlaku. Diingini dan tidak diingini. Alhamdulillah. Okaylah juga apa-apa yang I had to go through. I mean, I'm still going through them pun.

So... I have nothing to tell. Tapi dah lama tak update blog. Begitu je lah.

Adios.



Nadia.Is.Cute

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday: Grrr

Watikah hari ini adalah...


Saya sakit gigi.
Sangat.
Bodonyuik palo den.


Yang benar,
Nadia.Is.Cute


Thursday, November 29, 2012

Wasted

Watikah hari ini adalah...



Comel gila budak ni.

Saya adalah berasa penat, mengantuk serta wasted.  Saya sungguh wasted dengan perasaan wasted tersebut sehinggakan saya tak sedar diri sendiri sehingga jam 8:30 pagi.  Uih. Sungguh gila perasaan tersebut.  Bangun-bangun je dah time majority penduduk dunia masuk kerja.  Nasib baik aku masuk pukul 9:00 pagi.  Tapi ada kena mengena ke?  Dan lagi pun wasted itu adalah mungkin secara rawak aku gunapakai ke atas worn out kerana ia berbunyik lagi dramatik.  Sebab ia adalah dramatik, apakah kemungkinan aku sempat sampai ofis on time?  Tidak, bukan?  Makanya, tiada connection di antara mereka.

Mungkin dah tua kut yang biological badan ni pun dah macam orang tua.  Macam-macam keperluan.  Seperti malam tadi.  Mata ni nak sangat tengok tv.  Lepas cerita ni, cerita ni; lepas cerita ni, cerita ni.  Lagi pun tiada rasa mengantuk walau pun badan dah tersandar.  Bebudak pun dah komplen, suruh Mak mandi lah, tido lah, apa lah.  Tapi Mak tak boleh gerak.  Mak jadi the rock yang statik.

Jadinya sekarang, saya ada kerja.  Kerja yang paling secara rawak, pekerjaan yang tidak disukai oleh majoriti orang; filing.  Itulah yang paling utama.  Sekampit penuh dah.  Tapi I need to sort out benda lain dulu, then baru boleh buat filing.  Ini adalah kerana, filing harus dibuat dengan penuh konsentrasi, momentum, dan macam falling in love - when the time is right.  Bila jam tu tetiba ada chemistry, baru perkara tersebut boleh berlaku.

Baiklah, ada baik saya alihkan pandangan saya kepada aktiviti mencuci pinggan.  (Apa, ingat cuci pinggan boleh jadi kat rumah je ke?)



Nadia.Is.Cute

Tuesday, November 27, 2012

Finding Pre-Schools in Shah Alam

Watikah hari ini adalah...

I have issues with pre-schools in Shah Alam town centre.  Are we all out of options here?  What is happening to multiracial kindergartens? 

First of all, I apologize because today I will most likely to be ranting in English the whole way.  Or probably not.  Not when suddenly my head becomes senteng and distorted like right now.

The pre-school that Cik Adik and Abang Ngah goes to is closing down.  Does not matter so much for Abang Ngah as he is going into primary school already, Cik Adik's school choice would be up as priority as it has to be educational, secure in terms of transport and the school itself and the yadda yadda.  Now, what has always been on top of the list was REAL Kids in Section 8.



REAL Kids Section 8, Shah Alam

So during one of the days last week, I stopped by the school on a whim.  I wanted to find out the fees structure and all.  FYI, all of my kids have attended the school before except Cik Adik because she was too young.  We took Abang Ngah out of the school last year because our maid went back to her country and so we had to opt for something daycare for 2 children instead of 1 child on half-day of activity; not that they did't have; only it would cost so much for 2 children.

To continue, for one, the monthly fee structure has suddenly risen to RM450/month.  The last I paid for Abang Ngah was RM290-RM320 (maximum amount).  Then the payment upon registration from somewhat in the range of RM3,000 and has now become RM3,680.00 upon enrollment (inclusive of January and November monthly fees).  This if for Half-Day English Medium ya.  And there is the mid-term supplement fee (books and misc) of RM850.00.  Monthly fees of February to October totals to RM4,050/year.  So the total of 1 child's investment for the whole year is RM8,580.00.  I know that you do not have to pay anything else for school trips and activities (Sports Day and school concert).  But having to shell out RM8.5k is like sending my child to an elementary private school itself.  Ini belum lagi the additional transportation cost.

However, do bear in mind that the kids from REAL Kids are cream of the crop for local primary schools.  They fare off very well during the primary school's entrance test.  It is just that sometimes, it takes a whole lot more than to have a good education for your child.  You can use the money for something else beneficial for the whole entire family, like paying the bills for instance.  And Cik Adik after all will remain 4 years old until next November.  Not that of a crucial age yet.


Scrutinizing the radius of my allowability for my child to travel back and forth home altogether, the range has become smaller.  REAL Kids was the furthest that it could get.  Now, there is Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) in Section 3 that I am finding interest in.  



Brainy Bunch Islamic Montessori, Section 3 Shah Alam

BBIM's fee structure is RM1,260 upon enrollment, and RM290/monthly for REGULAR (8:30am-12:30pm), RM540/monthly for STAR (8:30am-3:00pm) and FULL DAY (8:30am-6:30pm).  They charge RM50/pair for uniform.  In calculation of monthly fees (January to November) totals to RM3,190/year.  So if you take 3 pairs of uniform on REGULAR, the total investment is RM4,600.00 for the whole year. 

My only disappointment is, the only slot available for 2013 is 1:00pm-4:30pm.  Seriously, who in the right mind would want to send their toddler to an afternoon session?  Yes to only if you are really desperate, your child cannot wake up on time or you are a SAHM.  I do not apply to that...  unless if I am really desperate.  Which we will find out later on.

And mind you, there are only 1 or 2 places left for the afternoon 1:00pm-4:30pm.  So I have to make decisions pronto!



Dzuliman, Section 2 Shah Alam

Then there is one school that came up familiar in a new facility.  Dzuliman used to be on the list when I wanted to send Abang Long to school way back in 2007.  But the place was a bit far off, transportation problem and the cost for a whole day's stay was way out of my then-budget. 

However, in this new facility, I am still feeling a bit judgemental because it is in the same building as the nursery cum pre-school that I sent Abang Ngah to just last year, before they moved onto several places.  Even when I called for the fee structure, the person I spoke to kept asking what was it that I wanted to find out.  So, maybe it was because she couldn't hear me properly, but still, what is it about asking on the fee structure that you don't understand?  Sorry lah if I am being a total biyachi here. 

Anyway, going back to the past selection, the school should be okay.  Harus bersangka baik di sini.  So the fee structure is RM1,140 upon enrollment (RM805 First Term and RM335 Second Term; which you can pay together or divided to follow the terms).  For Half Day 8:30am-12:30pm is RM235/monthly and Full Day is 8:30am-5:30pm (I didn't check on the Full Day hour.  This is based on assumption only.) is RM405/monthly.  So if you take Half Day (January to November), it would total to RM2,585/year.  Total investment for the whole year is RM3,725.00.  To also note that parents are also required to attend something on parenting.  The cost of RM40 is bundled up in the enrollment fees.



Smart Reader, Section 3 Shah Alam

The Smart Reader in Section 3 Shah Alam does not look appealing enough for me.  And the last I called, the administrator was very pushy to getting me enroll my kid into the afternoon session; convincing me that someone may pull out in the morning session; to which I don't think any parent in their right mind, would do.  Clearly I'm still scarred since that incident happend a few years ago. 



Little Caliph, Section 7 Shah Alam

Another selection is Little Caliph Section 7 Shah Alam.  It is based in a 2-storey terrace housing area where they occupy 3 houses linked next to each other.  From a friend, I found out that monthly fees are RM230 for Half Day; additional hours until 3:00pm is + RM120 and additional hours until 6:00pm is + RM180.00; and the upon enrollment fees is RM1,100.00.  That is not too bad.  Only that it is a bit too far off from the grid for me.  That is perhaps...  about RM3,630/year.



I am just doing this so that moms who are in the same spot as I am right now, can get some good out of this info somehow.  Having a multi-racial environment would be nice for my child.  But they are either placed too far off or, based in a shop lot which I really don't agree for not having open space to run around and breathe freely.  And with my sister-in-law's testimony, her child had respitory problems having schooled in that shop lot environment.  I seriously don't intend to add up the costs to medical bills plus, I feel that shop lots are not secure enough for a child.  It has got hidden spots that you can't see or miss out.  Not enough security for me lah!

While other schools look cramped in terrace houses or open to danger with wild bushes yadda yadda.  Well, I know; it's not like they are exposed to that kind of thing in their current school pun.  But at least mereka berdua.  Now it will only be Cik Adik alone to be on her own.  And I know her.  She gets freaked out a little bit more than her brothers ever were.

Cik Adik has already gotten a new school bag (it was on a discount lah kan, it was so a must-buy!) and no school to go to.  So what will we decide on?  That, we will find out in due course.



Nadia.Is.Deliberating


Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday: Hi Y'all!

Watikah hari ini adalah...

Have you guys missed me?  I have been yearning for some sort of ways tapi tak nyempat nak nulis.  I mean, I have had time out and proses urutan minda dan muntahan lahar sebanyak mungkin. 

Sekejap.

Soalan: Mungkinkah? 

Jawapan: Mungkin...





It's good.  All I really need is to word vomit.  I know that my reactions do not expect for attention.  Cuma nak mengeringkan sponge dada ni before it meletus terbabow.  And that was what I got. 

GREAT!

I wish I stay longer and chat, but I've got things to do. 

Catch up with ya later, alligator!



Nadia.Is.Ingrish

Monday, October 22, 2012

Bila Baca Blog Orang Lain

Watikah hari ini adalah...

Bestnya bila baca blog orang lain.  So creative.  So attentive.  So memberikan sesuatu rasa kepada orang lain.  Rasa cam...  nak participate and bercita-cita untuk menjadi sesuatu itu!  *kelip-kelip mata bersama dada ke shorga*


Chomel tak ai??
Macam Chiaki melihat Cikgu Hiroshi terbang jer...



Terasa kiut dan munasabah aku ni.  Walau kepala rasa runsing sedikit.  Jiwa terasa kacau sikit.  Dan rasanya aku nak kena paracetamol dua bijik kot jap lagi.

...Mungkin my high BP is making a comeback...



Nadia.Is.Cute

New Speed Trap

Watikah hari ini adalah...

I got this from a forwarded email this morning:


Careful...

You can't find police sitting under the umbrella anymore...





Inilah PERANGKAP LAJU terbaru yg dipasang di besi penghadang jalan di lebuhraya. Ianya diletakkan kamera perangkap laju tersembunyi..sila SHARE.

Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

### PLUS Arah Utara

■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.

■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.

■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.

■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.

■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.

■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.

■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction. ### PLUS Arah Selatan

■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.

■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.

■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.

■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!

■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.

■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes

■At 296.5km and 297km, Bangi junction.

■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.

■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.

■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.

■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.

■Behind the right hand crash barrier at 198.4km. ### Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit

■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. ### Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h ### NKVE Arah Timur/Utara

■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!

■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!

■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km ### NKVE Arah Barat/Selatan

■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!

■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!

■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.

■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km

■Below railway bridge at 11.2km

■Under the bridge at Shah Alam junction. ### Lebuhraya Kesas Timur

■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

■Kesas West Bound

■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity

■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone. Lebuhraya Kesa – Klang

■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

### Leburaya Pantai Timur

■East bound, downhill run after Raub junction.

■Maran, 60km/h zone.

■Paya Bungor, 70km/h zone. ### Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■Tangkak junction.

■Under the bridge after Yong Peng

■North junction at 97.3km.

■Ayer Hitam junction.

■Sedenak junction. ### Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.

■Before Perwaja Steel.

■Sg Petani junction.

■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.

■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h. ### Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.

■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h. ### Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.

■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.

■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.

■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.

■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.

■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.

■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.

■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.

■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.

■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.

■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.

■Under the bridge at 373km, Slim River Junction. ### Kawasan Perak Arah Selatan

■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.

■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.

■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.

■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.

■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.

■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.

■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction




Nadia.Is.Sharing

Friday, October 19, 2012

Mendung Berahi

Watikah hari ini adalah...

Today is yet another sleepy day.  Cuaca mendung.  Monsoon kan sekarang ni.  Monsoon rain.  So children, please stay away from the parit okay.  Mak risau.  Cam semalam masa balik kerja, ada tiga orang budak kecik, on their bicycles, tengah tenung tengok air dalam parit.  Nasib baik parit tu bertembok.  It's berry denjeres okay.

Slowly catching up with work.  Filing selai demi selai.  Lama-lama makin kurus in-tray aku ni.  Macam aku takde keje ke nanti rupanya?  But I tewl yu.  So much other things nak buat.  Aku nak kena kemas balik lemari-lemari besar dan kecik kat tepi kaki ni.  Lemari yang dulunya aku sumbat dengan refreshments office with all the pinggans and mangkuks dan penuh dengan plastik recycle itu pun kena dipunggah balik.  Then from all the filing ni, ada jugaklah 2-3 file dah sendat; nak kena buat closing and opening of new account.  Cecewah...  Ayat feeling tu...



Taken off the web. 
Cantik tray ni kaaaaaan...???
Menarik, tertarik, terusik hati ai... 
Aku pun nak 28 bijik of these. 
Saja nak letak keliling meja ni. 
Make me feel eksaited okeh. 
Happy happy feeling come to work!


Ini pun tengah kecap ngan month-end closing purchases.  Aku menggamit nama pekerja akaun, peneroka, business woman, ahlil nujum, tukang korek-korek dan pemandu teksi.  Ada laa bahan yang outstanding.  So aku nak lah submission apa-apa yang patut.  Oh tidak.  Nak kena rephrase.  Baik aku buat sekarang sebelum aku tak terbuat apa-apa yang patut mengenainya nanti!

Okaylah.  I've got to continue working now. 

Doncha ya be missin' me too much.  Won't be good to the heart :D



Nadia.Is.Gedix

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday: Soalan Peperiksaan

Watikah hari ini adalah...

Soalan Peperiksaan:

Di dalam sebuah rumah yang ada 4 buah bilik, 3 bilik air dan 3 buah basikal, di manakah tempat yang sesuai untuk menggantungkan pakaian yang mahu digunakan semula?


Jawapan:
Sila rujuk pada gambarajah di bawah.

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

\/




Memanglah ni tempat letak seluar!
 
Memanglah sengaja kat situ supaya bila ada orang datang ke, 
nak keluar rumah petik bunga ke;
senang nak capai and sarung.... 
...bikos ai shy...  
Nanti people can see my smelly underpants... 


Memanglah wordless sesangat... 



Nadia.Is.Wordless

Monday, October 15, 2012

Weekend Chirps

Watikah hari ini adalah...

My shoulder is aching.  Walau telah tertampal 5 koyok, ia tiada beza.  Walau telah diurut oleh Watie the Hairdresser, ia ada sedikit beza... Setelah telah Panadol Extend dan tidur the next 3 hours petang tadi secara tidak sedar diri, baru ada beza.  Tiada harga untuk Yoko Yoko yang tidak juga berguna.  Namun pun begitu, my shoulder is aching yet again.


Photo Link with Thanks

Ni bukan gambar aku ya...  Tapi aku sakit cam tu. 


Then the kids punya peperiksaan week is tomorrow onwards.  Aku, kalau mengajar anak, tiada erti.  Sebab diorang langsung tak takut ngan aku.  Mereka cuma ada reaksi dengan Pawpaw.  Menyengat.  Terbaek.  Mentara tu Mak boleh bawak diri ke dapur untuk main air dan membuka-buka peti sejuk untuk kesegaran tubuh badan ini.

Lupa nak cerita.  Semalam masak nasi ayam.  Ayam tak banyak sebab tak ke pasar.  I only went pagi tadi.  So mentara buat tu...  I actually got problem dengan garam.  Hihi.  Memasak tak reti bajet garamnya.  It would either be terlalu masin or tawar.  Most of the time, aku masak, garam mesti tak cukup rasa.  Idak ler sampai tawar hebe kan...  So masa masak tu I was telling myself, "Be bold and brave!"  Al-kisah, bercawan air pun aku letak, tak hilang jugak masinnya.  Dah la tu, masak ayam, ayamnya tak cukup.  Pastu masa menggoreng ayam tu, boleh pulak minyak bersepai kena mata kanan aku ni.  Nasib baik tak melotop dalam mato den ni ha.  Kalau tidak, menangis tak keluar air mata kut.  Teruslah usung minyak gamat suruh laki letakkan.

I am so far losing weight.  Aku tidak berapa mencuba.  So far orang keluarga terdekat, cuma my mom and sister je yang acknowledge.  Maybe the others are confident badan aku ni akan naik lagi kut.  Well, badan bulat berisi cam aku ni, ada je kemungkinan untuk bloaty balik.  But, it would be nice kalau ada yang nak acknowledge.  It has been forever pun since aku ada masalah berat badan ni.  Baiklah, tipu.  It has been a problem for me for the last 3.5years.  It's a struggle.  And it's nice when people at the office yang ada beratus-ratus orang tu boleh tegur tetiba kat corridor, "Eh, awak dah kecik dah badan ya?" with delight.  Akak pun delighted.  It's undergoing a process yang mana I'm comfortable with.  

What I've done so far is mengambil pil Baraka on daily basis.  I have also taken Cleanx tea and Teh Orang Kampung because I had so sakit perut problems.  I thought it would be better kalau aku detox badan.  Then, I began to lose my inches.  Dapat pergi toilet tanpa bertapa sejam di situ.  Dan badan semakin ringan. Banyak angin keluar.  I eat more fruits.  So I feel much better off.

Seriously, aku tak nampak apa yang aku taip kat screen komputer ni.  Tak biasa buat entry from this thing.  

Baiklah aku beransur.  Masa pun dah masuk hari Senin.



Salam sayang dariku untukmu.

Nadia.Is.TakNampak











Monday, October 8, 2012

Mysterious Dream

Watikah hari ini adalah...

There was one night yang aku mimpi dan asik terjaga-jaga throughout the night after of the mimpi.  Mimpi berjumpa dengan artis.  Boleh kah?  Boleh lah.  Cuma jelmaan artis pilihan tu yang macam...  Kenapa bukan Tom Cruise ke...  Matt Bomer ke...  Kenapa yang ada tu adalah...  Pierre Andre...  Ok.  Sila ko gelak sampai pensan.  Sampai hati ko.  Sampai hati aku mentara tulis ni pun nak gelak sebab dia adalah dia.  Tak baik akak.  Ye, sampai juga hati aku sampai aku telah menghukum diri sendiri throughout the dream sebab mimpi tu macam aku (bini orang ni) ada affair ke apa dengan Pierre Andre tu.  Ye, sila ko gelak sekali lagi.  E.  Jahat. 

Pastu aku al-musykillah nak tau apa maksud mimpi tu.  Ye lah.  Dah la affair...  Hukum diri sendiri lagi...  Takut dengan itu api neraka.  Tapi bila aku google, ini tafsirannya:

300. Mimpi melihat aktor / artis : Akan mencapai sesuatu yang luar biasa.
   
Wow.  Gilo ko.  Aku tatau aku yang gilo ke tafsiran tu yang gilo.  Yang aku tau, jiwa aku dah merayau-rayau for the past week; termasuklah hari ni.  Kalau jiwa tu ada kaki, dah memang aku confirm jiwa aku dah berjalan sampai Afrika kat-kat Sudan tu. 

So ni, aku google pulak kalau mimpi hukum diri sendiri.  Tapi aku dapat yang macam kat bawah tu je:

Jika anda bermimpi di hukum bermakna sebaliknya yaitu anda akan tinggal dengan tak punya gangguan apa-apa.

So, kalau aku telah menghukum diri sendiri?  Aku akan tinggal dengan tanpa gangguan ke?  Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...

Aku rasa, aku mulai fahami sesuatu.  (Tetiba bertutur dengan slang Indon)  Ia adalah sesuatu info milikku.

Eh.  Udah-udah take five.

Assalamualaikum.



Nadia.Is.Cute

Wednesday, October 3, 2012

BULAN BINTANG

Watikah hari ini adalah...

In the entry I wrote before this, ada cerita tentang BULAN BINTANG.  You all pun agaknya total loss kut bila aku bercerita laidat-laidat je.  However, I must tell you that the products were actually featured dalam Berita Harian on Hari Malaysia, 16 September 2012.



You can go check out BULAN BINTANG fan page 
on Facebook by clicking ---> HERE.



Kalau suka, terusik hati dan jiwa; just comment on the photos or send the BULAN BINTANG Admin a message about harga and which ones yang menarik perhatian anda.  The one I took is the big blue one with yellow BULANG BINTANG sewn with beadings and a matching plain white and red stripe.  
So, it's cantik lah.  Side by side becomes the Malaysian flag.  



It's definitely worth to just try and have a looksy there in Facebook.  

Now, GO!



Nadia.Is.Sharing

Cerita Yang Panjang... ... zzzzzzzzzz....

Watikah hari ini adalah...

I am right now, so freaking sleepy.  No, make that, so bleeping sleepy.  Tahap gaban.  Kopi yang aku bancuh ni pulak is still too hot.  And everyone in the office seems to be asking why am I in soooo early.  Indeed.  It is 7.51am as I see it on the screen and I signed in at 7.31am.  Gilakah?

Oh tidak.  Aku tak gila. 

My maid's passport is ending.  So my hasben sedang nak setelkan extension.  The kids semua sedang bersepah-sepah.  Sorang kat sini, sorang kat sana.  Memanglah it would be more practical if I took leave and take care of them.  Even so, sebolehnya laki nak akak folo sebab awkward moment when he has to spend the whole day dengan maid tu je.  Haha.  Bergelocak dado den.  Kesian tak?  But due to work schedule adalah tight, ai sori, ai memang tak boleh manage. 

So I prepacked everybody's clothes into bags, all the bajus out for pakai etc.  I showered everybody oso pagi ni, and got someone else to clothe them mentara ai mandi.  So pepagi buta tu kitorang dah ting tong ting tong rumah Memi.  Nasib baiklah teringat nak bagitau kat dia semalam.  Memang akak dah agak kejung lah dengan semua yang tekojot-tekojot.  Semalam memang saya stress gilos kat opis.  Kalau tak percaya, percaya je lah.

Yesterday I was attempting to finish up my appraisal.  Everyone else had to leave.  So sepanjang maghrib tu aku sensorang dalam ofis nox.  Gila berani so adorable yuuuu...  Then sesampai je kat rumah, dengan kesakitan nak kena memerut, laki call.  Dia kata kena ambik gambar maid.  White background.  Tengok jam, dah 8.15pm.  Terus challow, hangkut semua bebudak gi kedai gambar syen 3 tu.  Punyalah susah nak suruh maid aku tu senyum.  Ko tau la, semua ambik gambar dedulu style.  Sebolehnya tak yah tengok camera cam jaman Cold Mountain. 

Aku perasan uncle kedai gambar tu takde.  Selalu dia je yang pacak kat situ.  Uncle tu dah meninggal ke?  Yang ada anak dia and cucus.  Nak je aku tanya tapi kang, dibuatnya mereka meratap di situ cemana?  Lagi parah, dibuatnya uncle tu belum meninggal lagi, cemana?  Lagi parah.  Mereka kan agak pantang dengan perkara-perkara begitu macam kita yang mendoakan dia pendek umur pulop.

K, sambung...  Laki dah pesan soh amik gambar backdrop putih.  Tapi bila aku tengok kat her current passport, backdrop dia biru ---> aku adalah... tergaruk, kejap.  So I ambik dedua kaler.  Satu biru, satu putih agar tiada penyesalan di situ.  Pastu aku tanya budak kedai tu, ada tempat fotostet tak?  Dia kata, "Sana," sambil tunjuk kat kedai depan tu.  Oops sori.  Kedai kat syen 3, mana ada kedai yang berdepan dengan kedai kan?  Aku pun tenganga jap.  "Mana?" aku tanya balik.  "Sana," jawab dia lagi.  Perkara ini berulang sehingga tiga kali.  Suasana menjadi genting seakan iklan Masterchef yang Opah bersilat kat dapur pasal santan kotak tu.  Slow mo.  Dia mula merubah jawapannya, "Sini kedai dekat sebelah sekarang sudah tutup.  Sana kedai depan jalan satu itu, dalam itu kedai; ada fotostet".  Aiya...  He was talking about Wisma MAIS tu ko...  Aku dengan 3+1 tu = FORGET IT!  Tergerak hati aku nak gi cekidaut 7-E sebelah kedai dia.  Ada je mesen fotostet kat situ...  Beza 1 kedai sebelah kedai ko je nox.

Pastu terus singgah rumah Memi.  Aku bertingtong, tingtong, tingtong, tingtong, tingtong...  Kesian dia.  Sakit telinga.  Sakit dada.  Uih.  Sangat iritasi.  Hehehe.  Aku pun citer masalah aku pasal esok.  Aku terpaksa deposit Abang Long kat situ mandangkan dia ada Koko.  Tita Kak Long ngan Tita Kak Ngah pun same schedule and destination dengan Abang Long.  Aku juga maybe terpaksa deposit Abang Ngah and Cik Adik kat situ mandangkan mereka dengan Junior adalah satu sekolah.  So balik sekolah pun ikut Memi balik rumah la juga.  Kang dibuatnya sampai ke petang, kesian bebudak tu kang tersadai meratap depan rumah yang tidak berpenghuni itu. 

FYI, Memi ni juga buat bisnes berjenama Bulan Bintang.  Bulan Bintang ni jual cushion covers berdasarkan bendera Malaysia.  I have got a Mauritian friend yang each time his travel agent cousin datang, dia akan titip barang for me.  So sweet kan?  So far kejadian telah berlaku sebanyak 3 kali sepanjang 13 tahun yang aku kenal dia lah.  Laki aku kata mamat tu boifren ai.  E, ai tak kosa k.  (Walau, he calls me to wish me happy birthday hampir setiap tahun...) So Dee, the travel agent cousin is here.  Aku dah termalu la pulak sebab tak pernah reciprocate (maksud: membalas) his goodwill.  And Dee will only be here until today.  Aku pun tatau her flight arrangement cemana.  Nak hantar courier gi Mauritius tu for sure cam...  Berapa ribu ongkosnya tu pak?  Jadi aku telah me-ransack rumah Memi pada usaha terakhir.  Memi telah memberikan 2 cushion covers untuk ai pada terms hutang.  Hihihihi.  Tak malu kan beritahu semorang?  Hihihi.  Dah lah nak deposit anak reramai kat rumah dia.  Ambil pulak barang berhutang.  Hihihi.

Note: You can find Bulan Bintang on Facebook to know about their products.  I can't link it sebab kena block.  Hehehe.

Then sampai je rumah dah setelkan bebudak, aku bukak laptop laki dan sambung draft appraisal aku tu.  Ye.  Itulah yang sampai sakit otak.  Dia kira weightage, nak kena kira in quantity berapa-berapa semua.  Aku cam...  Entahlah.  So aku begitu sampailah pukul 3:00pagi.  Packing-packing barang budak semua, cuci muka, cuci gigi, paksa diri tido.  Pukul 6:00pagi dah hayak semorang bersiap.  Itu yang pukul 7:30pagi akak dah masuk ofis.  Elok pun.  Banyak rupanya benda nak kena buat balik dalam draft appraisal tu.  HEH!

Oh.  Last but not least.  Sesampai je rumah Memi, Abang Long tanya, "Mak, mana kasut sekolah ai?"  Mak sendiri pun tak larat nak pitam.  So Mak pun gi tanya soalan bozo pada Memi, "Memi, Abang Long tertinggal kasut sekolah.  You rasa dia boleh tak muat kasut Tita Kak Long?"  Yang paling best, dedua orang Mak ni secara automatis pandang kat saiz kaki Abang Long dan dedua geleng kepala.  Memi kata takpelah, nanti dia singgahlah rumah we'olls jap on the way to school nanti.  [Sorrrrriiii Memi]  Bila terpaksa menyusahkan you, memang sangat benar menyusahkan you!

Ini yang membuat Mak terus rasa cam nak kena dapat makan Pavlova Serai ni...  Bagi Memi sepotong.  Mak makan yang belen.  Hihihi!





Baiklah.  Need to update my appraisal ni.  Salah buat rupanya.  Sungguh bernasib baik aku masuk kerja hari ni.



Nadia.Is.Bizi


Monday, October 1, 2012

Eksklusif

Watikah hari ini adalah...

Sometime Somewhere when you Least Expect It….. Monday Strikes !


Monday adalah today.  Dan today aku adalah tired.  Dah nama pun pukul 3 lebey.  Banyak aku harus buat.  Oh, tidak.  Banyak yang aku tak boleh buat.  Sebab ada benda yang harus aku buat secara eksklusif.  E.  Kelakarkan ejaan BM eksklusif?  Berapa banyak K nak kena sumbat situ. 

Saya nak beransur buat kerjalah.



Nadia.Is.SungguhTakComelSekarangNi

Friday, September 28, 2012

Kejadian Yang Penuh Dengan Kejutan

Watikah hari ini adalah...

...hari yang senget sebelah.  Hihi.

Pagi ni Pawpaw dah laung kat tangga, "I kenot wait for you..."  Ye lah.  Mak hari ni terlebih rajin.  Nak blow rambut lah.  Nak korek itu lah.  Nak cucuk ini lah.  Then selepas sesi bersalam-salaman, minta ampun dan pemberian duit raya, Pawpaw pun pegi wooork...  Hihihi.  Saja je nak buat engkorang konfius dengan duit raya tu.  Nak tengok engkorang pun senget ke tak hari ni.  Hihi.

Then I was like...  "Where ah I put the konchi kereyta... (garuk-garuk kepala)?"  Aku ni pun kengkadang ingat-ingat lupa mana aku letak.  Banyak sangat pit stop the moment masa masuk dalam rumah pun.  Ia memandu suami saya gilos [Berarti: It drives my husband crazy!]Kecoh je Mak ni kan?  Hihi.

So aku telah membuat announcement:

"Barangsiapa yang dapat mencari konchi kereyta itu, bermaksud, orang itu TERER!"

---> Ai tewl yu, so kelam kelibut...  Walau bagaimanapun, pencarian berakhir dengan kekecewaan. 


Picture from HERE
Ini bukan gambar konchi kereyta ai.


Aku pikir-pikir balik.  Pawpaw was the last one yang guna kereta semalam.  (He went to the kedai untuk beli wayar cable decoder sebab dah hancus.  Kena RM60 ko.  Mahaaaal kan?  Takde diskon pulak tu.  Kesian kat laki akak.)  Seterus itu, disyaki Pawpaw yang telah membawa konchi kereyta tersebut bersamanya ke opis.  Hmm.  So I asked the kids to bring down the spare key.  Abang Ngah turun rumah with the konci dalam tangan kanan dan henfon Pawpaw dalam tangan kiri.  Aish.  Dia tertinggal henfon la pulak... 

Mentara tu, sibuk-sibuklah nak isi borang sekolah Abang Long, nak bagi makan ubat kat Cik Adik yang tak berapa sihat tu...  Then okaylah.  Time to go to school memasing.  Then sadenli got suara terperanjat yang telah memeranjatkan ai, "Pawpaw tak bawak begnya ke?!"  Oh sungguh terperanjat ai sehinggakan aku terus meletakkan barang-barang kerja dan henfon Pawpaw setempat dan mula untuk mengesotkan anak-anak ke dalam kereta.  Ye lah.  Yang perasan tu pun, maid aku!  What could I do kan...  We couldn't call him.  Too long to wait for him to get to the office... 

Walau bagaimanapun, keteperanjatan itu tidak berakhir di situ.  Pawpaw telah memeranjatkan ai sebab dia tetiba terpacul kat pagar rumah sambil menghulurkan konchi kereyta kepada ai.  Ai terus bawak keluar henfon and beg lappie Pawpaw.  Ai seakan tekojot kerana Pawpaw kelihatan sedikit tekojot.  Mungkin dia tak sangka dia tertinggal lebih dari henfon - sangat tertinggal beg kerja itu.  Elok la tu.  Dari baru perasan bila sampai kat opis.  Nasib baik tak masuk Federal lagi.

Ni den kek opis pun sama.  Ada la sikit kes tekojot-tekojot mak ai pagi ni.  Tapi sebenarnya ia lebih dari tekojot.  Ia adalah tensen.  Sebab aku tak sesiap draft appraisal aku dan session adalah dalam beberapa hari!!!  Aaaaah...  *berguling berguling berguling*

[Tetiba terasa cam nak taji seorang manusia ni.  Hih.]

Dan tak pasal ai sekarang tekojot kerana tetiba je ai punya mood bertukar nak jadi Planet of the Apes.  Ko jangan ye, manusia...  Nanti Mak femes satu Malaya. 



Nadia.Is.Tensen

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday: Wedding on Saturday

Watikah hari ini adalah...

Sabtu lepas my husband's cousin got married.  Venue adalah di suatu tempat yang mind boggling - laman futsal!  Mind boggling, kan...  But the whole place was opened up so ada good ventilation.  The kain penghadang tu diangkat secara keseluruhan. 

It was opened up in a rectangle area.  So dari bahagian memanjang tu, diorang gantung a loooong line of tanglung bebola putih from one end to another. Then in between the tanglungs were layers of white kain flowing.  Setiap disusun straight, berganti dengan berpintal sekali di tengah.  Sebab tempat tu tinggi dan spacious, it gave a fairytale, whimsical feeling lah!  They only had to play with long stand of lampu candlesticks tu.

But macam mana pun, the best surprise they had there was...  The backdrop belakang pengantin.  What do you think?  For sure berbunga mereben...  Or pearl like backdrop...  Or...  kayu kayan...  But nope.  It wasn't one of those.  Langsung.  Ia adalah sesuatu yang amat terserlah.  They really used up whatever the dewan had.  ----->  Diorang guna PAPAN HITAM.  Yes, the blackboard.  Pengantin in white.  The backdrop was papan hitam.

The result of it?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/



SIMPLY BEAUTIFUL!



Nadia.Is.Wednesday

Tuesday, September 25, 2012

Sedikit LaLa Land

Watikah hari ini adalah...

Aku adalah tak berapa rajin nak menulis lately ni.  Bukan takmo.  Tapi macam momentum tengah tehapa-hapa.  Sama dengan kerja.  Tehapa-hapa tak aku buat.  Macam LaLa Land.  No kidding you.  I kidding myself olweis.  That's why LaLa Land.




However dari semalam, aku telah berusaha keras.  I have to start somewhere.  Dan perkara pertama yang aku mulakan selain dari gosok gigi pagi ni, aku telah cuci bilik air.  I told myself.  No need big scale...  (Big scale kalu, mau ngemas lemari baju jadi over ambitious sampai semua lemari kena dikosongkan sebelum peruk semua kembali ke dalam lemari bila dah 6 jam dok ngadap benda tu dan otak dah senteng.  <--- Perkara ini kerap berlaku.) 

So semalam, gosok-gosok lantai bilik air mentara aku mandi tu.  Terus bila datang ofis, I began to give concentration on the figures. 

Then today, gosok-gosok the toilet bowl - top, sides, inside out.  When I got in the office, I did superfiling sekali dengan label-label sekali siap.  Tinggal nak finetuning je ni.

Sekarang ni baru la nampak kerja-kerja lain yang patut dibuat.  There are a lot of stuff.

And I'm feeling pretty stumped.  It took quite a while for me to pick up balik the pace lepas:

1. Long raya holiday

2. Very stunted working week

3. Week long hospitalization

4. Me being sick, a week long


Tapi takpelah.  Walau pun slow gilos, I am finally there...  Alhamdulillah.



Nadia.Is.Trying

Citrex @ MVEC (28-30 Sept 2012)

Watikah hari ini adalah...

Found this:

Click to Enlarge

Citrex Booth [No.2031] akan diadakan pada 28-30 September 2012 di Mid Valley Exhibition Centre.  This would be at the top floor, pada level cinema tapi di bahagian tengah.  Somewhere dekat dengan food court/escalator tu. 

Looks like fun! 



Nadia.Is.Comels

Monday, September 24, 2012

Gambar Raya 2013 - Ep.1

Watikah hari ini adalah...

I have finally compiled some pictures dari raya.  Tahun ni beraya di Kuala Terengganu.

Aku tak ingat kat mana ambik gambar ni.  Tapi macam dekat final toll of the highway.  Jangan tanya.  Haha. This is what happens when you become co-pilot and slept most of the way there!  Sungguh tiada functionality lagi-lagi bila semua jalan reramai.

The parit at the toll.  Hihihi.


The Boss - Ayah Long (Sukalah tu!)


Abang Long yang baru bangun and baru mula demam panas.
This was the beginning of the bersiri  (for the next 3 weeks of Syawal).
Alhamdulillah, dia dah sihat sekarang.


This is MY BOSS!
(Penyayang lagi penyabar orangnya...)


All the kids were well asleep most of the drive.  Kita mula jalan pun pukul 3.32 pagi.


Abang Ngah.Is.Cute


Then we finally arrived at the destination - Rumah Tok Teh.  Then the kids got bizi.  Pokok rambutan menjadi sasaran.  Macam tak penah tengok pokok lah a.k.a. perak.  Dan macam tak penah jumpa harmonica.  Tapi ni harmonica otai punya.  So, ada tukang collectors, ada tukang penghibur.



Nampak sangat perempuan je yang memang semulajadi rajin buat kerja!  Haha.


Yang ni...  Aku dah total lost - tatau citer.  Laki akak yang amik gambar ni.
Akak bizi, nyuci barang kat dapur dengan AJK Dapur Unplugged.


The Kids Outside Having Fun!


Then this was the hidangan untuk malam terakhir Ramadhan.   Yes, memang pelbagai.
Bizi akak tu.  Tertonggeng-tonggeng susun kuih-muih yang pelik lagi jarang dijumpai.



Our family checked in apa namanya ni...  House...  Apa house?  Rumah yang sewa sekejap tu lah.
Hish.  Tak ingat.  Nemind.  Please ignore me.  Tapi rumah dia beso gilos!
Ni gambar Raya Pertama sebelum tubik kembali ke rumah
Tok Teh. 


The anak daras, and the bapaks sedaras dan the tengah  bersaudaras...

My parents-in-law in action dalam pemberian angpow kat sejuta kanak-kanak
yang ada dalam rumah itu.  Mereka, dan mereka yang perasan mereka masih lagi
kanak-kanak yang inesen.  Hihihi.



Ini with first and second cousins all around.  Memasing tak kenal.


Family photo of the families je yang balik Terengganu.
Adik No.5, unfortunately, tak terjumpa pulak
gambar diorang in their family of 3.  


My attempt of making this photo classic.


Ni compilation of gambar makcik-makcik and pakcik-pakcik.
Range umur dari junior hingga pangkat otai.
Hihihihihi.


Okaylah.  Ni je yang ada for now.

Salam sayang dariku yang begitu berusaha semalaman.



Nadia.Memang.Comel



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails