There was an error in this gadget

Monday, March 19, 2012

19 March 2012 - Meraban

Watikah hari ini adalah...

On Friday we went to PD for a short stint holiday with the kids.  Pegi Thistle.  I love the place and I wouldn't mind going again lah.  Dapat pergi pun on special rate.  But whatever it is, it's worth the money you pay for.

Ada padang golf, ada beach, ada swimming pool besar gila, ada lifeguard...  The breakfast was nice with basics.  Bestlah.  So, good for the kids oso.  Except for Abang Long who slipped at the final hour and had this long sejengkal gash kat depan betis kaki dia.  Thank goodness for the lifeguard la kan, terus dia letakkan Dettol and ubat kuning.  At least it stopped the bleeding.

Then on Sunday, kitorang laki bini gi jenjalan berdua secara tidak sengaja. Ni citer semalam la ni.  We spent the whole afternoon looking for baju.  Baju dinner opis ni coming up.  Agak stress sikit la dengan dia punya theme which is Black & Red Glam sebab nanti SEMORANG akan datang sekaler and makes you feel yang you can't work outside of Black & Red.

So nak buat citer ni...  We started from centrecourt LG sampai ke new wing all corners, balik-balik to Parkson's end.  Tatau la berapa kilometer dah kitorang jalan nak kaver semua.  Rehat jap makan kat Wendy's (akhirnya!!!) yang mana aku rasa fries diorang memang best giler, and the burgers were all wonderful la nox. 

Mentara balik tu, terus gi singgah Beijing Reflexology.  Kaki dah sakit.  Dan mentara kaki diulit, langsung aku tak berjaya tidak berjaya untuk memengsankan diri sendiri.  Memang rasa cam nak terus berdiri dan lari berkaki ayam tanpa henti ke Colorado.  Ya, Forrest Gump adalah idolaku.  Semua lah area tu sakit. 


Beginilah perasaanku ketika sedang menjalani rawatan reflexology tersebut

Pastu I guess they were shorthanded sikit, so laki akak dapat towkey dia sendiri yang uli dia.  Siap boleh buat gelak-gelak lagi.  Laki kata sakit, dia jawab, "Aih??  Ini baru saja fifty percent(??)"  Pastu bila explain he had a previous op on his knee a few years ago, mamat tu siap boleh picit lebih sebab nak cari kat mana kedudukan sebenar screw kaki itu... ... ...  (pensan)

Then masa nak balik, aku ternampak diorang ada bagi info service baru.  Diorang akan urut untuk memperbetulkan balik kesihatan rahim, and then they can help to balance out hormonal problems, betulkan balik period tak tentu for you; all dalam urutan in chinese style.  It's RM88 hengget kalau tak silap untuk per urut. 

I asked lah the towkey, cemana prosesnya.  He explained that it's a case-to-case basis.  If for hormonal, dia akan urut kaki untuk betulkan 2 jenis flow.  Basically badan tu sedang tidak seimbang and they will try to balance it.  Urut kaki dulu maybe 3-5 kali, then baru urut peranakan dan ada rotation antara dua tu.

"Sakit ke tak (urut peranakan)?"  He said if point to point kalau perlu, mungkin ada degree kesakitannya.  Dia ada 2 staff with different methods yang boleh bantu.  Aku sebut, "Ya ka?  I tadi pun ada rasa macam mau tendang itu orang (masa reflexology)!"  Dia jawab yang point to point mesti ada degree nya.  Pastu dengan muka selamba dia sambung, "Tapi kalau boleh you jangan tendang saya punya staff lah ya."  Satu kedai pecah perut.  Ni termasuk dengan customer dia yang lelain.

But for me, katanya; aku mungkin agak kronik.  So I may have to go through this dalam tempoh beza 3-5 hari gap.  Dan aku terus je thank for his consultation.  He he.  Ye, aku tau aku mau sihat tapi kos dia agak banyak.  Juga aku tau niat dia ikhlas untuk membaikpulihkan aku, tapi mungkin aku kena pi jumpa Oncio apatah...  Tunggu jap aku google.  Endocrinologist.  Nerve doctor.

...so, blog entry telah mengambil masa beberapa jam sebab aku dah gi click at endocrinologist, baca pasal thyroid, from link to link to link to link...  pastu ada bunyi ding ding ding ding ding kata it's lunch hour.  Like got alarm one you know...  Berry alarming. (pejam mata, lidah tersentil ala ala kiut)

Ngantuk pulak.  Banyak pulak kerjanya yang aku ada ni.  

Then dah lepas makan aku teringat pulak.  Coke ni consider as ada caffeine ke?  Macam ada...  Tapi...  Coz my supplements kenot eat sampailah 2 hours lepas caffeine.  So I google and found this link:


Siapa sangka Coca tu was short for COCAine. Hahaha.  Aku tak sangka.  Yang seingat aku, dedulu diorang memang jual Coke as ubat batuk. 

Whatever it is, coke memang ada caffeine but lowest from all other sources of caffeine.  So, aku rasa...  aku kena skip aje lah makan supplement tengahari ni.

Aaaah...  Okeh.  I need to gerak gerak (ai nid tu movit movit).

Salam sayang dariku untukmu. 

Nadia.Is.Melawan (ngantuk siout)



Tuesday, March 6, 2012

Today, Tuesday 6-3-2012

Dalam seminggu ni, I haven't felt tired. So far masih bertahan dan tidaklah emotionally drained macam last few months. Tapi today, I felt it.

Dalam nak mencari data tertentu, my emotions went up and down walau tidak extreme. Maybe it is surrounded by annoyance that I refuse to make it as a problem. But then again, annoyance is still there.

So... Today is one day that made me feel (yet once again) and question what's the worth of working so late. It's not like I'm doing sales. Kalau ya, at last banyak gak kut revenue boleh masuk kan? But this one is...

It disrupts my family time. Sampaikan, bila jarang-jarang I dapat balik awal, I go, "So... What do I do now?" Isn't it just plain weird to even ask that? Macamlah takde anak ngan laki kan? Anak dah 3 orang. Laki masih cintakan saya (hehe). Tapi tak berbaloilah kalau sebab opis boleh se'eh laki bini kan... The friction.

I used to go home and cook all meal courses. Yes, it was tiring. But at least I felt satisfied knowing I yang masak for my family. Now, I'm sure anymore.

Kepala terasa bengkak sikit. I kinda know what that means (just don't tell my cousin Nana about it!).

But like Bono says, you're stuck in a moment and you can't get out of it. It is patience. I'm just afraid patience will swallow me alive one day.

However, patience is good.

Nadia.Is. Deliberating

Sunday, March 4, 2012

IPadding

Updated: Reformatted sebab the auto-speller did attempt to kill me.  Huh!

I have got my LITTLE SISTER'S iPad in my hands.

Yes, little sister ya.

Got reason that I had those words in caps. Dan saya yang mencuba. Meniap macam apa tah sambil mendengar lagu yang tak boleh blah, 80's, yang macam nak mampus tak tau apa yang patah hati sangat sampai aku pun tetiba terasa patah hati nak gantung diri terus. Hish. Kenapa ya? Rengsa jiwa sampai nak garuk telinga sampai berdarah pun ia akan tetap terngianga kadar tragic forever.

Well okay. The auto speller is killing me. So does this mean that. Have to write the rest of the entry in english?

I guess it does. Dah. Make me tired lah like this.

I see you later!

Nadia.is.iPadding

Saturday, March 3, 2012

Apa-apalah!

Okay. So this is life.

No, wait.

So this is life??

Maybe to pay for what I have done in the past; either I don't remember, main agak-agak or... In denial. Go figure lah kan.

Getting to work sometimes way earlier than I should, and coming home from work late. I'm not talking about taking more time in the office to avoid the jam. For crying out loud, rumah aku tu is only a few minutes away. Time is shorter if I'm not driving light weight car in the rain. But at least I sempatlah jugak nak lari balik and hantar anak pi sekolah with a 10-min break for myself before I broom broom back to the office during lunch hour.

What was that? Envy me?
Alhamdulillah. My home is close to office. Not only that, my home is close to my parents' and my in-laws' side of the family. This includes sisters and brothers-in-laws. Best kan? Best... Bersyukur.

I work nearly 10 to 11-hourly daily. Macam best jugak rasanya sebab I totally drop office the moment I leave for my car. But other things go on macam... Kenapa kengkadang bila call maid, dia tak angkat... Kenapa line tepon kat area rumah aku cam harams... The 'Alamak! Susu budak habes malam ni jugak!' And the phone calls that go, "Jangan lupa beli telur ya? Telurnya udah habis sekalian," yang memang jam tu ko akan rasa cam nak hempuk sambadi then and there jugak.

Kesian kat budak-budak. Betul. Memang kesian.

But, nasib baik rumah dekat. Kalau dibuatnya aku keje kat KL, lagi masak! Keluar kul 7:00am. Sampai opis ngam-ngam. Balik nak tak nak paling-paling kuat pun nak balik Shah Alam, ada la dalam pukul 6:00-6:30. Sampai rumah, pukul 7:00-7:30. Kan?

Habis tu wiken? Kerja lagi kan... Go wet market... Dah keluar wet market, tapau breakfast. Dah keluar parking nak balik teringat "Ala... Kicap pulak habis... Aaaa... Telur, roti... Bawang merah!!! (Mentara tu otak ko dah cramp)" Maka terpaksalah kau tubik balik masuk kedai runcit. Dah nak parking ni, "Alahai, duit pulak tinggal 10 hengget... Apa kes nak membeli? Beli telur ngan kicap pun tak cukup! Takkan nak bawak balik telur sebijik je kot??!!" Teruslah gi ATM pulak. Pastu tu gi la ko balik kat kedai runcit tu. Then bila call balik maid tanya apa lagi yang takde, dia kata, "Jangan lupa beli nugget ngan sosej ya? Makanan pagi habis langsung." Maka kepala ko akan cramp sekali lagi. Terpaksalah ko drive balik second time kat Petronas tu and beli benda-benda tu. Ya. Aku tahu. Aku memang arif sebab dah entah berapa kali ia sudah terjadi. Especially kejadian bila wet market day aku tu TERjatuh pada hari Ahad atau replacement holiday on Monday. Sengal.

Benda-benda macam ni laaaa selalu jadi kat aku.

For instance. Aku dapat nota yang ada orang bank call mintak appointment ngan boss pada kadar segera. I couldn't see the connection sebab memang tiada kaitan ngan kerja pun. So I called la balik the guy sebab katanya urgent sesangat. Rupanya orang tu kenal pun tidak siapa boss aku. Yang dia tau dia nak perkenalkan bank dia untuk PERSONAL ACCOUNT ya... Mak rasa cam nak taji je dia nox.

Okaylah. Citer tu tak releven pun. Tapi tetiba teringat je. Jangan menipu boleh tak? Itu bukan bohong sunat tau. Itu, menyusahkan orang.

Like another phone call I had.

X: Can I speak to Gwen Stefani please.

Aku: Siapa dan dari mana ko ni fomfuan?

X: I'm calling from HUH and I'd like to speak to Gwen Stefani.

Aku: Dari kompeni mana ko tepon ni nox? Mak tak dengar clear la.

X: I'm calling from HUH and I'd like to speak to Gwen Stefani.

O. Ko tak paham soklan eh beb. Kesian kat ko. Takpe, aku teruskan dgn soklan seterusnya.

Aku: Kompeni HUH ni buat apa keje dia?

X: It's HUH. That's what we do.

Aku: Ko paham ke soklan Mak ni? Ceciter sikit apa kompeni ko buat ni.

X: It's HUH. That's what we do. H.U.H. (Siap spell it out kau...)

Aku: Ye, betul. (Pandai ko ngeja fomfuan...) Aku cuma nak tau kompeni ko tu buat keje cemana. Macam kalo TM, buat keja tepon, TNB bagi letrik kat orang. Kompeni ko nox?

X: Like I said, I'm calling from HUH and I want to speak to Gwen Stefani. Is she in or not?!

Eh. Bentak aku nampak... Apa lagi, mau tak kena ayat ngan aku. Dia memang meminta nampaknya.

Aku: Maaflah. Pertama, aku rasa ko adalah biadab. Kedua, Gwen Stefani tu boss orang lain bukannya aku keja untuk dia pun. Ketiga, apa ke susah sangat ko nak eksplen apa nature of bisnes kompeni ko ni?

Hish. Pantang betul aku dengan kompeni jaul training, report, conference ni. Aku dengar slang ko je aku dah tau la. Nak speaking bagai. Celah slang tu dah boleh tau ko tinggal kat Sentul tau! Nak buat bisnes, reti-retilah cakap elok-elok. Jangan bentak orang. Ko nak ajak kita join event ko ke ko nak hentak orang kalau tak join event ko tu? Ini macam baik ko benti keje tu pastu JV ngan Along.

Apa la.

Uish. MasyaAllah... Dah apa benda aku melalut ni... Dah la menaip guna blekberi. Tak kosa dah I want to scroll up and check what kaler vomit oredi come out!

Oh penatnya sudah setelah mengkeypadkan diri sendiri ini.

Dah. Nudnait!

Ps: Dialog telefon tu aku telah translate kan mengikut sedap gigi aku je.

Nadia.Is.NakTido

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails