There was an error in this gadget

Wednesday, April 18, 2012

The Secretaries Week - Ep.1

Watikah hari ini adalah...

Monday 16th April 2012 baru ni, I joined kompeni punya Secretaries Week dapat table kat The Royale Chulan.  Tapi macam tak berahi sebab performance by Dato' Shake, boleh???  Ye.  Mungkin itu adalah suatu stetmen jahat.  (Sebenarnya tersaiko dengan tazkirah ustaz pagi tadi.  Berdosa cakap belakang-belakang.  Setiap butir kat lidah tu malaikat take note.  So kalau ikut zaman ni, butir kat lidah tu sama je dengan butir kat jari dengan setiap apa yang kita tulis kan?)  Tapi, eloklah tidak berahi, kan?


Secretaries Week Luncheon with Dato' Shake at Royale Chulan, Kuala Lumpur
on 16th April 2012

So, dendiorang ni beriya nak gerak pukul 10pagi dari opis.  Aku dah rasa, apa la awai sangat nak gerak?  Tah cemana 10.30 baru berkumpul.  Akan tetapi, sorang terfojot.  Sorang tatau ke mana.  Sorang tu pregnant jadi memang kena ambik masa untuk turun opis.  In the end we left the opis at 11pagi.

Naik keta reramai.  Hari tu pun silau, aku tak nampak GPS.  Ye.  Aku beri engkorang kebenaran untuk mengutuk aku KALI NI JE sebab aku terpaksa bergantung pada GPS dalam nak masuk KL je.  Dah lama tak masuk town jadi jalan-jalan selepas dari simpang naik Seputeh terus menjadi total loss pada aku, walau pun 2 tahun lepas hari-hari aku gi opis kat KL Sentral tu.  Kesian tak?  Taaaaak...  Kesian lagi kat dendiorang yang naik keta ngan aku.  Kesian lagi kat laki aku bila aku yang terpaksa drive masuk town.  Each time aku terpaksa drive to his office, memang cam...  tsk...  bangang.

So aku bagi la 2 orang anak muda ni pegang GPS tu.  "Simpang mana ni?"  "Entah.  Mana aku tau (nampak)?  Aku kan tukang bawak keta?!"  Pastu semua pecah gelak.  Masuk salah simpang, semua pecah gelak.  Masuk salah area, semua pecah gelak.  Suka gak hati aku.  Aku telah dapat menggembirakan pelbagai pihak hanya dengan cara pemanduan aku je tu. 

Mentara aku dah tersasar masuk jalan DBP, MW kata, "You nak pergi mana?  Take right after this."  *lopong*  Pastu pecah gelak reramai.  Lupa.  MW tu otai kawasan tu.  Rumah dia area situ.  Ko tau, MW bawak kitorang masuk jalan sampai ke inside road outskirt downtown dan uptown di situ.  Dengan itu, kami telah mencaci GPS tersebut dengan dasatnya kerana telah menyesatkan kami (yang ye nye, tak reti nak ikut instruction, ye tak?).  And when we got to bertemu balik dengan Jalan Tun Razak, I was like, "Haaaa....  Kat sini, aku dah ingat!" ...dan hampir tersesat balik dengan kebijaksanaan aku itu. 
Cap mohor besar GAGAL!

...bersambung...



Nadia.Is.KenaKerja

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails