Monday 30 July 2012

Puasa Hari Ke-10

Watikah hari ini adalah...

Selamat Berpuasa Hari Ke-10.

So far Abang Long puasa dah 9.5 days.  It is such a good number.  Very proud of him.

Then semalam we had buka puasa at my place.  I made...  Daging masak sos tiram, sayur campur and sambal I took from buku resipi untuk makan dengan ulam.  Unfortunately, sambal tu tak mendapat sambutan.  Mok Teh je sorang je seronok nak bawak balik.  Hihihi.

Mengikut buku resipi tu, ada la dia punya sukatan ikut gram bagai.  Aku takde penimbang.  Apatah lagi sukat.  Ikut agak-agak je.  Terasa cam otai kat dapur tu.  25 tahun aku duduk dapur tu.  Setiap hari 8 kali dapur tu berasap.  Macam restoran 24 jam.  But at least jadi la jugak.  Dan disebabkan resipi tersebut, aku dah tau dah cemana nak buat kuah rojak buah.  Sebab kalau aku pekatkan je lagi, dia confirm jadi kuah rojak.  Mak Bee menanges gagal perindustrian akibatnya.  Aku jadi Mak Ann pulak. 

Hihi.

Yang tahu semalam, semorang balik kenyang, takde balance terlebih.  Memang dah resam aku kena training ngan Bapak dedulu.  Rumah kitorang tidak disertai dengan pelbagai jenis kuih untuk berbuka.  Paling kuat pun kurma je.  Kalau takde kurma pun, takpe.  Tidak menjadi issue bikos kitorang tak berapa makan manis. 

So, the rule is that, kalau teringin sangat nak beli kuih, beli SATU je.  Kita tahu bila dah beratur juadah tu, kita nak la belikan untuk orang ni, orang tu; pastu kang takut tak cukup so kena la beli buah melaka tu sampai 3 peket.  Jenjalan lagi nampak pulak karipap, beli sampai 2 Ringgit.  Pastu laksa la, briayani la.  Bila balik tengok, Mak ko dah masak 5 macam lauk.

Jadi untuk mengelakkan pembaziran, sila beli untuk makan sorang je.  Ini ruling, termasuklah untuk segala nasi ayam, mi jawa yang ko teringinkan sesangat.

Orang boleh menyalah anggap kita ni tak suka berbelanja.  Bukan begitu...  Sebenarnya aku tak suka nak over stock up my fridge dengan leftover food.  Orang pun sebab dah makan penuh-penuh, tak berapa nak bawak balik pun makanan lebih tu walau pun ko paksa sebab nanti jadi penuhkan fridge diorang pulak dengan leftover food.  In the end, memasing tak makan jadiknya buang je.  Semalam tu pun nasib baik boleh terfikir boleh bagi kucing neighbour depan rumah.  Balance, walau tak banyak, terpaksa dibuang.  Takat yang nak disimpan pun cuma bekas kecik yang bulat tu je.  So, orait la jugak.

Entah apa dalam kepala nak sediakan malam ni.  Kita tunggu tengok apa yang Abang Long nak makan lah. 

Babai.



Nadia.Is.Cute 


Thursday 26 July 2012

Abang Long Sakit Perut

Watikah hari ini adalah...

Sepanjang Ramadhan ini, Abang Long telah mendowngradekan sendiri duit perbelanjaan sekolahnya kepada seringgit sahaja.  Katanya dia selesa dengan jumlah itu.  Masih ada makanan/minuman yang dapat dibeli pada harga tersebut, pada kadar minimal.

Kurang dari 15 minit tadi, anak saya baru saja call saya menggunakan public phone sekolah.

Dia kata dia sakit perut.


Mak : "Sakit perut lapar or sakit perut nak buang air besar?"

Anak : "Em. Sakit perut bunyi-bunyi kuat-kuat banyak-banyak kali"

Mak : "Awak ada duit tak?"

Anak : "Takde"

Mak : "Hm. Then try asking your cousins, pinjam ringgit diorang dulu boleh? Nanti kita pulang balik. (Pause) Eh. Awak guna duit siapa call Mak ni?"

Anak : "Guna duit I lah Mak. Sekarang duit I dah habis"


Nota Kaki

Sanggup berpisah ringgit semata mendapatkan kebenaran Mak untuk berbuka. Mak berasa sungguh terharu. Semoga dapat dia meminjam ringgit dari sesiapa untuk berbuka. Paling tidak pun, berkongsi sedikit bekal, sekiranya ada dengan sesiapa.



Nadia.Is.Bertuah

Wednesday 25 July 2012

Lima Hari Pertama

Watikah hari ini adalah...

Entah kenapa hari ni begitu permasaalahan network yang membabitkan layout komputer.  Tapi takpe.  Janji still can email in and out.  Kalau tidak for sure akak akan nanges.  Terrible ugly cry. 

Hari ni dah hari ke 5 puasa.

Hari Pertama (Sabtu)
Abang Long puasa penuh.

Mak masak ikan bawal hitam masak tiga rasa.  Orang kata berasa, tapi tak habis-habis.  Mungkin sebab banyak hasil makanan.  Sorang bawak tu, sorang bawak ni.  For sure, nak hadap je jelly MokTeh tu.  Sebab Mak memang suka jelly.  Hihi.


Hari Kedua (Ahad)
Abang Long puasa penuh.

Mak nak Buah Melaka.  Tapi takde pulak yang ada.  Ramadhan masih muda kut.  Tukang buat kuih belum teringin nak makan lagi.  Hihi.


Hari Ketiga (Isnin)
Masa sahur masuk malam ketiga tu, I told my help, goreng nasi je.  Semua bawang dah dimayang siap dalam peti sejuk tinggal jadi je nasi itu.  Then I had trouble sleeping...  dalam 12:30 gitu.  Tapi dalam sedang drifting tu, she oredi ketuk my pintu.  I went down.  It was 1:15am tapi barang makan siap dengan teh o dah siap menanti.  Tergelak gue.  So I naik lah balik.  Nak tunggu 4.30pagi.   

Nak buat lagi tergelak is when aku sedar je dah pukul 5:30pagi so dengan pantasnya semua makan sahur cam motobot.  Dan mentara tu dok ketuk pintuk maid, dia pulak tak bangun-bangun.  Rezeki dia tak bersahur lah agaknya.

Alhamdulillah, Abang Long puasa penuh.

Mak masak ikan broil masak kicap.  Mungkin lagi berasa kalau tambah garam sikit or just a bit of sos tiram.  Lagi banyak kentang lagi best kot.  Or mungkin sebab warna dia tak ceria.  Kalau dibandingkan dengan pizza margherita, pizza tu lagi menarik.


Hari Keempat (Selasa)
Mak penat semacam.  Mak tido awal, Mak tak bangun-bangun.  Kesian pada Abang Long.  Pergi mengaji and sekolah rendah tak bersahur.

Alhamdulillah, Abang Long puasa penuh.

Dia kata dia nak Ciken Foldover, Mak terus tunaikan.  Habis satu tu dia makan.  Belum lagi yang dia meratah.  Of course, he's a growing boy. 


Hari Kelima (Rabu) - yakni hari ni lah kan
Hari ni Mak tanya Pawpaw nak makan apa.  Pawpaw kata nak JM Bariani.  Mak tepon JM Bariani.  Mak dapat JM Bariani.  Nanti balik opis, Mak pikap.

Dapat beriani gam ayam, beriani daging and lauk je, kambing. 

Cukuplah kan?

Bagi yang tetiba rasa cam best je nak JM Bariani, you can reach at this number for Seksyen 7 Shah Alam branch:

No 5, Jalan Plumbum R/7R,
Seksyen 7 Pusat Komersial, 
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5511 2407

Lokasi kejadian adalah landmark JAKEL Seksyen 7 Shah Alam.  You can call them up and then pickup later.  Tapi kalau you nak ambik large order, you can print this form and buat order.  You call up the mobile number situ k, donch call me k...  Saya tak reti pun cemana nak masak beriani.  Hihi.


Click to enlarge

 
Okei, selamat menjalankan ibadah dan selamat berbuka puasa.



Nadia.Is.Comel

Monday 23 July 2012

Happy Birthday MakDong!

Watikah hari ini adalah...

Aku baru je lepas berdiskusi tentang belanjawan.  Aku dan numbers adalah bukan besfren tetapi terjadi fren maka otak aku ni macam baru je telan julap.  Haha.  Sendiri cakap, sendiri gelak.  Haha.  Ye, memang terasa cam gitu oleh itu aku harus mengnyahnyampahkan diri dengan perkara terbabit agar tidak terus sembelit dengan apa yang telah dinyatakan di atas.

(Are you oredi as confused as I am?)

Well, what to cook today?  Today kenot cook...  Well, ekceli, I should do something spesel.  Today is my sister's birthday.  Dia menjadi sehari tua dari semalam.  Hikhik.


Happy Birthday MakDong!




Nak bikin pavlova ke?  Haha.  Niat di muka dada nak je buat.  Tapi resepi pun takde.  Takpelah.  Nanti carik.

Jadi, tak jadi, lain citer.  Janji adalah niat di hati.  Itu, dengan salad nyelad.  Itu niat di tekak ni.  Ngeeeeee.....  Kalau tak, cencaru masak cili pun best!  Tapi itu nak kena suruh Mah yang buat.  Ke, aku masak ciken drown in soy sauce?  (Bunyik exotic gila padahal ayam masak kicap je tuuuuu [juih])



Nadia.Is.BerjayaMengnyahnyampahkanDiriKot (??)

Midnight Blogging

It is past midnight. We are into the 3rd night of fasting. And I want to journal that I feel blessed for what I am given, tonight. It is a secret that I keep to myself.

Alhamdulillah.



Nadia.Is.Thankful

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

Watikah hari ini adalah...

Apa nak cerita? Tiada penceritaan. Tiada apa yg baru kecuali PC aku ni makin lama makin slow. Banyak sangat benda kemain ada dalam menatang ni. Kerbau bajak kat sawah lagi laju kut.

Dah memang adat resam. Belum puasa, hal raya dah jadi hal. Bila masuk bulan puasa, cerita-ceriti makin hangat dan akhirnya bila raya, semorang bermaaf-maafan. Betul?

Kalau adat keluarga conventional pulak macam mana? Jom pack up and go for a holiday. Dibuatnya keluarga conventional kawin dengan keluarga tradisional? Jawapannya, masaklah kalau tiada toleransi. Berayalah engkorang dengan sekor tarik muka berjauh hati masa malam raya tu. Esoknya? Mintak maaf reramai. Betul?



From Google



Apa-apa pun, tapak kaki suami tu adalah syurga isteri. Cakap elok-elok ajak berbincang. Jangan baling bantal, pinggan, kerusi mahupun tidur asing. Find an understanding for a win-win situation. Everybody needs to visit kedua-dua belah keluarga. Nobody needs to terpaksa deal with a whole year's worth of pergaduhan extended keluarga gara-gara setahun sekali punya raya. Buat karen je.

Jadi saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan.  Semoga bekalan amal ibadah anda diberkati Allah dan diberikan tiket hidayah yang sempurna.
Tu saja pesanan dari penaja.

Sekian.




Nadia.Is.SalamRamadhan

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday: Kisah Si Donald Duck

Watikah hari ini adalah...

Semalam Abang Ngah kata dia kena bawak duit pergi sekolah.  Heh?  Bawak duit?  Bawak duit pegi tadika mende?  He said he is buying or he bought something from his friend la.  Bila tanya, dia kata kena bawak duit satu ringgit je.

So this morning during breakfast he showed us some Donald Duck keychains.  Bapak dia tertanya la mana datangnya benda tu banyak-banyak.  "Ticher ai bagi la!"  Waa.  Sayangnya ticher kat awak.  So Bapaknya pulak tanya Mak kenapa banyaknya barang ticher bagi.  Ticher ni sayang budaknya kut...  Itu je la jawapan yang termampu nak pikir.  Eloklah matching dengan dia si Donald Duck tu.  Suka je nak memoncong macam tu pepagi dengan ai.

Photo Googled
Encik Abang Ngah
(bila moncong pepagi buta)

 
Then when we got to school, Adik as usual dah wrap kat kaki Mak kau.  Ingatkan semalam bila ada Papa nak ngantor budaknya, takde la filem Hindustan.  Malangnya eh.  But at least he knows oredi la what I have to go through on daily basis.

Jadi pada pagi ini, Mak bagilah Abang Ngah tu singgit.  I told him nanti I want him to show me what he got for duit singgit tu.  Dia kata okay and went off happily.

Mak pun drive la pi ofis, logged onto the workstation and checked my messages on the phone.  Sebab kengkadang bila tak check, ada je orang tanya kenapa aku tak baca messages diorang tu dengan cara yang penuh tanda tanya mengapa aku tak responsible untuk menjawabnya.  Sengsara tak?  Haha.  Eniwei, I checked...  Got message from the ticher...


 
"Assalam puan...  Yesterday Abang Ngah brought back 5 keychains...  They cost RM5... Tq"


 
Omaigod...  Abang Ngah... 

Yang berderet Donald Duck tu la yang ko beli ya Abang Ngah?  Beli untuk apa ya?  Untuk siapa ya?  Awak nak letak kat mana ya?  Mengapa ya??

For sure nanti Mak jugak yang kena tanya jap lagi.

Entah.



Nadia.Is.Berguling



Tuesday 17 July 2012

Deceitful Kotak: Sungguh Jahat Kotak Itu

Watikah hari ini adalah...

Photo Googled



Saya rasa saya sedang berada di dalam kotak yang tidak dibuka.  Ini adalah kerana saya tak nampak jalan keluar dari kotak tersebut.  Okaylah.  Mungkin saya sebenarnya nampak.  Akan tetapi, saya berasa mungkin saya tak percaya dengan apa yang boleh saya bawa ketika saya keluar dari kotak itu seperti saya sebenarnya boleh main bola sepak dan memahami segala peraturan garisan dan penalti, saya boleh memanjat pokok kelapa dengan jayanya rupanyakah, dan/atau saya rupanya tak takut langsung dengan laut dalam bersama segala jaws juga kokodail dan segala garisan yang wujud di dalam semimimpul.  

I am not happy. 

Jiwa saya kacau. 

Saya mengecam diri saya sendiri.  Bukan saya tak cam diri sendiri.  Tapi kalau diikutkan, saya tak cam dengan apa yang saya lihat di dalam cermin setiap hari.  Saya tak sangka saya kelihatan mirip seakan Jennifer Aniston.  Cuma bezanya rambut aku adalah tetiba kinting hitam brown-brown dan dia adalah straight kaler blonde brown-brown.  Yang lain semua adalah sama, termasuk bentuk body yang terurus ini.  

Tolak side skirting kenyataan di atas, saya ada tendency yang amat marah dengan diri saya sendiri.  Kemudian saya lost in between.  Ya, saya adalah seorang yang deep thinker tetapi blur.  Kasihanilah kepada saya.  Akan tetapi yang penting adalah niat perlakuan seseorang itu. 

Beginilah.  Saya rasa macam ada sikit givap dengan kemampuan diri sendiri.  Mengambil positip segala teguran namun bila banyak sangat beras yang kita kena bersihkan dalam jangkamasa singkat, pasti ada juga beras tak elok yang tertinggal.  Kita kalau terjumpa nasi yang tak elok tu pun kengkadang boleh ditolak ke tepi.  It is a normal human error.  Akan tetapi, ada juga yang akan ingat apa yang berlaku dan memulakan perkiraan dari titik satu. 

Jadi?  Takpe lah.  Aku nak buat cemana.

Mungkin kalau aku lari bogel orang boleh maafkan aku tak?  Tak, orang tak boleh maafkan kerana mereka tertipu.  Mana ada body cam Jennifer Aniston.  Semua orang tengok, kalau tak bijik mata diorang jatuh, mereka akan muntah ijo selama 3 hari 3 malam.  Tapi kalau macam tu, mungkin orang terus boleh lupa yang aku dah saring beras tak betul.  Lepas tu boleh kena panggil didudukkan dan diberikan straight jacket.  Secara otomatik terus aku dah tak boleh kerja tanpa rekod dalam fail kerja tu.

But you know what?  All I need right now is a hug and someone tell me that it's gonna alright. 

Sometimes a little lie is good for the heart.



Nadia.Is....


   

Monday 16 July 2012

Setawar Biskot Kapal

Watikah hari ini adalah...

Tawar hati setawar biskot kapal.


Photo Googled



Bukan aku je macam tu pada pagi Isnin yang dimuliakan.  Bebudak semua ada problem bangun pagi hari ni.  Semua Monday Blues.  Ada je lagu Manic Monday by the Bangles tu kan? 

No one wanted to wake up.  When I woke up, I found the bedroom empty.  It just felt stark empty.  I terfojot.  Someone left extremely early to work today.  I dazed through the room.  Rasa macam I woke up in another place.

Then one by one the kids woke up.  One didn't want to get up.  One woke up dengan Mr Grumpy Crankypants vs. Donald Duck (panjangnya moncong itu). 

Seriously, tiada siapa ada kuasa nak menaikkan semangat semorang.  Semuanya was feet dragging the feet draggers.  Macam tiada makna. 

We got to school.  Cik Adik broke down again.  Ala.  Kena ke breakdown?  Tak pepesal terpaksa buat deal nanti balik tolah boleh ikut Memi balik lumah dia.  Aaaaa...  Pilu I.  Mentara yang boleh nak angkat kaki keluar tolah.  Abang Long pulak pulak dok sibuk naik monkey bar.  Hish.  Boleh tak?  Each time that I need to leave, he'd be somewhere so far that Cik Adik would be the one staying in between.  Bila dia tinggal in between, kan dah susah sebab dia dah sauk Mak punya kaki.  Cam Hindustan...  Yes.  I tell you no lie.

I got to work, feeling lucky with the parking that I got.  Then the luck fell onto me.  Because I forgot that the main entrance is closed for renovation. 

Haha.

Tak kelakar pun.

However, the walk to the alternate door was nice.  The morning's weather was good. 

But I'm still feet dragging.

I need a new kind of excitement.  Like jumping into a pool with my clothes on.  Like getting a cendol in another territory  making the one hour travel very much worth while.

I just need to be excited for something.  Gimme a jolt of emotion.  Sebab sekarang ni yang kat depan mata semua cam...  Rasa macam nak lempang je sekor-sekor.  Semua nak kena didudukkan dan diberik noti chair.  Jangan aniaya orang untuk kepentingan diri sendiri ya.  Itu, tidak baik.  Nanti sekejap je awak boleh kena balik dengan niat awak yang tak baik itu.  Awak tu kan dah mampu.  Mampu sangat tanpa komitmen.  Jangan buat orang.

Tetiba je ek masuk topik lain.

Alang-alang dah masuk topik lain, mebe I can go and have something nice to brighten up my day.

I'll just need to think of something. 

Maybe I just need to not think for myself pulak kot...  Have someone do it for me.

Yes, sometimes THAT would be nice.



Nadia.Is.MsGrumpyCrankypants

Friday 13 July 2012

Emosi Veli Laving Ichi Aler

Watikah hari ini adalah...

My emosi adalah tak stabil.  Tahniah kepada Encik Black sebab dia dapat bini yang menenangkan hatinya.  Hahaha.  Dan of course, tahniah kepada aku sebab mendapat laki yang sungguh sayangkan bini tu sebab dia pandang je kat ai, jiwa ai terketar dan terus emosi jadi stabil.  Haha.  Kalau tak jadi cukup dengan pandangan mata tu, Encik Black masih lagi hebat sebab dia bagi reaksi cara lain yang terus ko kata pada diri sendiri agar, "Baik aku stabilkan emosi aku sekarang sebab kalau tidak nanti kestabilan menjadi tiada warasnya!"

Kata orang jodoh tu adalah kestabilan diri.  Kita adalah untuk bagi balancekan kekurangan diri masing-masing.  Kalau ikut apek cerita P. Ramlee tu, "Veli laving ichi aler". 

Well, sebenarnya, this is the highlight of my day.

Writing an entry makes me happy.  Kalau muka aku kelihatan seperti fanuntata, ia menjadi terbit di mata dan aku adalah smizing ketika mendengar bunyi keyboard berderap cam ribut taufan.  Haha.  Tulis dengan perasaan tu...  It relaxes me.  It makes me think.  It allows me to meraban.  It allows me to be myself.  At the time, I get to musabahahkan diri dengan apa yang aku nak tulis tu.

Nothing to special to write about pun right now.  These two weeks have been pretty crappy for me.  Aku dah terasa macam nak angkat kaki dan berjalan terus ke Krabi.  Haha.  Ye.  Jalan kat highway pastu kena tangkap sebab mana boleh berbuat begitu.  (Tak boleh kan?  Naik beskal pun kena apply permit kalau aku tak silap kalau highway tu takde jalan motor)

So apa yang aku nak buat sekarang?

Em...

Em...

Em...

Nak kena buat claim orang. 

...Tapikan, kalau ikut hati...  Bestnya kalau dapat duduk kat pier in a white dress with slippers, big hat and a cone of ice cream.  Duduk pulak on edge of water under the sun shining with my row of cheeky kids and Encik Black.  Wind blowing in our faces.  Kinda like picture perfect.


Photo was Googled



Aku rasa aku nak travel la.  Tetiba teringat gambar our road trip to Krabi yang tak tertampal dah nak masuk setengah tahun since kejadian itu berlaku.  Hmm. 

Tapi takpelah.  The time will come.

Sometime we just have to plan, be patient and wait.



Nadia.Is.Waras-ing

Thursday 12 July 2012

Muse

Watikah hari ini adalah...

Wahai diri, hiburkanlah hatimu.  Bukan hari ini saja yang boleh diratapi begitu sahaja.  Malahan, HARI-HARI PUN ia boleh diratapi begitu sahaja.  Huh?  Mengapa ya?  Sebab ko sengal la dot.  Sengal eh?  Memang lah.  Why should you waste everyday begitu kan... 

Entahlah. 

Mungkin ada orang berbesar hati nak menghiburkan diriku ini?

PLEASE AMUSE ME!

Nadia.Is.Asking

Wednesday 11 July 2012

Wordless Wednesday: Ini, Lahariyah Namanya

Watikah hari ini adalah...

Lately ada terasa penat. 
Penat otak.
Penat lahar.

Uih.  Jangan cerita pasal lahar.  Lahariyah namanya.  Seakan ia datang dari setitis air mani.  (Ni akibat tengok Imam Muda hari tu).  Haish.

Macam-macam perangai manusia ni.  Macam-macam tugasan yang kena buat.  Aku?  Tertumuskah?  Em.  Emmm.  Emmmm.  I dono lah.  Aku tak rasa mungkin aku tertumus kali ni.  Aku redahi.  Aku redahi lautan dokumen dan email dan perangai manusia yang tak boleh blah...

Ei.  Memang perangai tak boleh blah.  Kalau ko dengar pun for sure cam...  "E'e'ne," sambil pose satu tangan on the bum going, "WateveRRR..." sambil mata bergoling bergoling bergoling bergoling bergoling.  Ah.  Cukuplah ia bergoling selama 5 kali berturut-turut.  Kesian kalau lebih.  Lagi tragis kalau biji mata tu bergoling betul-betul.  Lagi hebat ko dari Kassim Selamat.  *standing ovation*

Bagi deraf surat macam tulang rusuk je rupa.  Bila mintak buat balik, dia pulak yang tak rela.  Ada ko rela?  So, aku ni paksarela ke?  Pastu aku pulak yang dikira-kira macam sup tulang.  Entah.  Aku pun tak paham apa aku tulis ni. 

The thing is, I am asking you to learn to do things by yourself.  You can't just sh*t and then expect me to build the toilet sekali dengan bidet for you right?  That's not nice...  Takkan takmo belajar.  Kalau aku takde kang cemana...  Boleh je tengok deraf-deraf sebelumnya kalau ada nak mencuba memperbaiki surat tu.  Yang ada sikit terkesima, aku jugak yang kena balik dari arah yang berbeza.  Kata omputeh, double blow.  But well, work is work.   

I'm just tired.  Maybe I need a break sebenarnya.  I need to be on a roadtrip again.  Mebe.  Or, be thinking of something else.  Lagi pun sebab tadak hobi.  Hobi gue adalah membadak.  Haha.  Boleh?  Apa menatang term membadak tu pun aku tatau.  Nak ambik gambar, kang in the end aku tak posting pun.  Sebab nak watermark, nak uploadingnya adalah cam...  Em.  Tunggu ayam jantan bertelur, pakcik...

Iyo iyo lah.





Ni gambar kucing orang sebelah.  Tapi suka datang makan kat rumah kitorang.  Entah kenapa dia dah tak datang.  Mak rindu kat dia.

Rindu sangat.

Khas buat Citrus:

Sekiranya anda membaca ruangan ini, cukup-cukuplah merajuk, cukup-cukuplah pergi berjalan sorang-sorang membawa diri.  Kami risaukan keselamatan dan kesejahteraan kamu.  Pulanglah ke rumah kerana kami semua amat merindui kamu.  Semoga kita dapat bersatu sempena bulan puasa dan raya bersama. 


Sekian, terima kasih.

Nadia.Is.Gegegek

Monday 9 July 2012

Inconsistency Gives A Duck

Sungguh tiada consistentnya aku dengan para entries. Tidak. Aku tidak lahanat. Tak baik u'olls. Sepatutnya kita mendoakan perkara yang baik-baik sahaja. Namun, lately ni aku agak terkesima kerana mulutku ketika ia dibuka adalah seakan mulut pondan yang tidak dapat disekang. Ye kengkawan. Tajam-tajam sinikal jadinya. Tapi aku ni pompuan. Kalau aku pondan, dah lama orang lepaskan kerana kepondanannya. Tapi aku pompuan. Jadi kejinya lebih begitu. Maka jadilah mulut so biyach!

Haish. Dah lah dah nak masuk Ramadhan. Apa nak jadi ngan aku ni. Mulut ever ready. Ada kawan yang menggelarkan aku, fomfuan lima tulang belakang. Hahaha. Teruja jugak Mak dengar sebab Mak kan all lifetime asik welkam mat je.

Tak pasal-pasal juga terguris hati I. Nak begaduh cam laki bini. Sentap sentap sentap terketap last-last aku pulak yang salah. Hello... Kalau bukan dijadikan isu tentang your 5 minutes of fame for something yang bukannya pun kau yang usahakan, boleh tak jangan cakap banyak?

Well, susah ke nak bekerja togeder-geder ngan akaks ni? Tak susah. Especially kalau ko ada otak. Bila ko emo lebih tanpa sebab yang logik, silalah ke tepi. I'm not a pujuk-er. I'm soooo not tukang tuam ego tu. Silalah jejak-jejakkan kaki tu ke tanah sikit. Buruknya bila awak yang buat perangai.

In view of things, aku rasa aku nak cubalah ke mana-mana. Penatlah rasanya nak bekerja. Seriously.

Shaiz. Lupalah nak gi bayar deposit untuk makan esok!

Eeeeeeeeee.... *berguling berguling berguling berguling berguling*

Nadia.is.... Do I give a duck?

Friday 6 July 2012

Mata Kacau Bilau: Food Cravings

Watikah hari ini adalah...

Mata kacau bilau hari ni.  Yang aku nampak hanyalah mekanan.  Tapi nampak kat internet je.  Google je kerjanya pagi ni.  Selingan, beberapa minit je...

Izinkanlah aku menghebahkannya bersama anda.



Ayam Percik
Ia adalah mekanan yang wajib beli at least sekali la kan time bula puasa in Ramadhan.
(Ramadhan pun dah nak dekat.  Agaknya sebab tu kut aku macam dah mula kemaruk nak makan bebukan ni...)




Lasagna
Hebatnya bila dapat makan lebih dari portion serving kat Sikret Resipi kan...  Pastu terduduk 2 hari sebab banyak sangat makan cheese.  Perut kembung.


BBQ Ribs
Yum...  Lama gila aku tak makan.  Gila lama.  Kalau dapat, aku mungkin boleh memalukan orang yang membawaku ke restoran itu.  Kuah sampai ke siku! Hihihi.



Tom Yam Kuey Teow
Ni takpe kot.  Kununnya hari tu nak gi makan ni.  In the end kitorang makan nasi berlauk.  So...  Ada kemungkinan kita makan ni je kot...



Cherry Coke
Ni kalau nak carik kat speciality grocer...  Memang kena beli 1 je la.  Mahal siot.  Lagi pun this is an acquired taste.  Tak semorang suka.  Anak-anak aku pun tanya, kenapa Mak minum air rasa macam ubat batuk.  Haha.




Ferrero Rocher Gelato
Kalau ko gi Empire and ko parking kat basement kan, sampai-sampai je kat lantai shopping mall tu, terus nampak gelato stand.  Selalu je aku jeling-jeling.  Jeling je la...  Setahun sekali kut sebenarnya my average intake of this.  Sebab kengkadang bila situasi tu boleh nak beli, flavour kemahuan tu tiada lah pulak...
But you just imagine la having it melt in your mouth.  Yummm....  My favourite gelato so far.



Deep Fried Snickers
Yes.  Snickers Chocolate Bar is deep fried in batter.  Off the list, I can tell you they have this in 'New York!  New York!  Restaurant' that is in One Utama and One Borneo.
Gila beb.  This is the local food for Scotland.  Macam kita dengan Deep Fried Rangka Ayam.  Omputeh tengok rangka ayam tu pun musti "waidehel yu want to eat rangka ayam" right?



Caeser Salad
I like.  All the time.  Just like that.  Plain, nice and easy.



Sugar Glazed Donuts
Aih...  What is it with me and these nowadays?
Bakal penggantian dengan kuih getas ke??



Mint Chocolate Cake
Aih.  Ever so lovely.  Rasa macam nak pegi Fraser's Hill je sekarang.  Makan kat Cottage tu.  It's the best cake in the world being in that weather.



Chili's NY Strip
Need I say more?  Aku tengok gambar ni pun terus dah terasa kat tekak.  Lama dah ni tak makan.  Jaga body la kata kan...  Hihi.  Bukan...  Jaga hati, organ dalam badan ni.



Margerita Pizza
Pizza with tomato paste dan cheese se-Gunung Jerai.  Simple.  On thin crispy layer.



Roasted Chicken with Potatoes
Sama tak serupa je dengan apa yang aku inginkan.  My version has got more vege yang colourful and full of juice.  Cis.  Sendiri cerita, sendiri terliur.  Hihi.


Pavlova
Cis.  Cis.  Cis.
Demyu!
The best one so far I've had is from Serai, Empire.
Crisp, fresh, moisture.
Melts in your mouth, not in your hands.
Well, tangan je kut berlengas sikit.  Bikos you got kuis-kuis oso with finger, not enough eating-eating with spoon.
*nanges*



(Oh.  Apakah yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri ini?  Penyeksaan yang benar...)

Dah lah.  Gi je la dok kat Jemari tengahari ni nanti.  ...Tapi...  Lapar perut ni macam...  Nak kena makan nasik...  Hihi.  Cemana tu??

Nadia.Is.InDilemma

Thursday 5 July 2012

Sentap Tersentap

Watikah hari ini adalah...

Sentap.



Picture Googled

Biasa engkorang akan sentap bila?  Macam soalan eksklusif gitu.  Memang pun.  Ada waktu yang nak sensitip tak bertempat.  Harapkan makan, ego yang terpedaya.  Ego punya pasal, ko nak jolok sarang tebuan aku.  Maka aku pun tak buat menda.

Aku, tersentap.  Sikit.  Semalam.  Saya, tersentap sebab ada orang tersentap ngan aku.  Boleh?  Boleh kot.  Bukan salah aku pun.  Dah memang nak terjadi.  Dah mencari pasal ngan orang yang tak melayan lewehan leleh tu, ko jugak yang rugi.  Sebab nak tersentap dengan kejadian tak logik iaitu sesuatu yang berada di luar kawalan.  Ko ingat, anak aku bergolek-golek kat depan rumah tu, ada aku nak pi kaut, pujuk dia kaw-kaw sebelum aku keluar rumah ke?  Oh tidak.  Aku adalah seorang yang tiada kesabaran dengan nonsense.  I will just close the door and leave.  Jadi kalau kamu mahu berdrama mandi darah bollywood cucuh mata ngan cili api...  Silalah teruskan je.

Maka nanti ko yang juga terjeling-jeling pada aku.  Jeling bersalah ke, tidak bersalah ke, mahu ke, tidak mahu ke, ko makan je la apa yang terpancar dalam aura aku tu. 

Nonsense, sikit-sikit okaylah.  Tapi setiap cerita hindustan pasti ada endingnya walau ending mati bunuh diri ke, kawin lari ke, kena gilis ketapi ke.  Betul kan?  Director diorang pun takde kosa nak buat citer sesambung sampai 37 tahun lamanya.

Kan dah tak berani nak bertemu empat mata ngan aku.  Haha. 

Eat your dust.

Sekian.

Nadia.Is.NotPastiIfStillSentapOrNot


Wednesday 4 July 2012

Wordless Wednesday: The Faces Of A Girl

Watikah hari ini adalah...

The faces of a little girl...


It's amazing, isn't it?

She never seem to fail doing that to me...

...Amaze me...



Nadia.Is.Amazed

Tuesday 3 July 2012

Bizi Sesak Dado

Watikah hari ini adalah...

Aku bizi.

Bizi dengan menyampah dan tak suka.  Cubalah ko yang usahakan sendiri.  Benda ni kan kreativi.  Orang dah kata dah tak mahukan barang yang mampu dibelinya.  Nak pi beli yang branded tu buat apa.  We have to be doing something else.  Lagi pun, try to think of it lah kalau ko nak buat sendiri.  Nak tengok cemana elok hasilnya tu nanti. 

You have to remember that this is not off personal interest tau nox.

Itu hanya apa yang terlintas di kepala aku ni ha.

Sekian.

Nadia.Is.Urgh!

Monday 2 July 2012

Bila Pawpaw Tiada, Mak Boleh Jadi Raraksa


Watikah hari ini adalah...

Something always happens when Pawpaw is out of town. 

Ada sekali tu, Cikgu message Mak kata Cik Adik mungkin tak sihat.  Dibuatnya pulak that morning bila hantar dia pi skolah, SEMORANG tak ada/tak sampai lagi.  Dia sorang pinses budak kecik je yang ada dalam kelas tu.  Well, dia, dengan Cikgu dia la kan...  So ajaklah dia masuk kelas Abang Ngah.  She seemed fine.  Tetiba je Cikgu meses.  And it was around 10:00am ni taw.  Awal tu.

Dialog cam kat bawah ni.  (Aku siap taip balik.  Guna PowerPoint, pindah masuk Paint, pastu framing and watermark guna PhotoScape.  Boleh?  Rajin kemain tak betempat.  Tapi idak lah tak betempat...  Betempat, only for YOOOOOUUUUUUU....)

Cikgu kaler BIRREW.  Mak kaler MERAH SAGA.


Memang nak kena jentik Cikgu ni tau.  Patah hati tumbuh kembali ko buat aku kat opis.  Cik Adik tu kalau menangis, memang ko akan patah hati tengok sebab masa dia nangis tu, dia betul-betul patah hati.  Berjangkit kat ko.  Nangis dalam sepi.  Menitis je air mata.  Bila orang tegur, baru jadi cam Oprah's UGLY CRY. 

Tak ke patah hati dibuatnya tu? 

Ye. 

Dan kejadian is on repeat.  Boleh tak? 

Boleh tak?

Boleh tak?

Pastu bila kol si bapak nya pulak, bila aku expect dia ulit anak dia on the fon dengan ayat-ayat cinta seperti bila aku majukan usul mengharap ia disambut:

"Pawpaw pergi sekejap je kan?  Nanti Pawpaw balik...  Sebab kalau lama-lama nanti Pawpaw miss Cik Adik kan...?"

---> "Ok.  Nanti Pawpaw balik." [line is disconnected]


"Pawpaw nanti cepat balik ya, bikos Adik nanti lindu dekat Pawpaw..."

---> "K...." [line is disconnected]


Oh.  Nasib baik hati Mak tabah.  Dan nasib baik hati Adik tu tabah.  Dia pun terus melangkaukan kakinya masuk ke bilik tv untuk tengok cerita Upin dan Ipin.  Tak kesahlah Dik.  Janji ko tak menangis panjang.  Boleh sakit mata tu kalau terlebih nangis.  Pastu Mak ko sakit dada.  Abang-abang ko sakit telinga.  Ye lah.  Dengar Mak korang dah givap.  Soh engkorang pulak pujuk Adik.  Ajak Adik main.  Ajak Adik buat apa ke benda yang boleh lah.

Last-last...  Mak serender iPhone kat Adik. 

Selamat.

Hehehe.



Nadia.Is.Hehehe


Sunday 1 July 2012

LOTR and Zalora

Watikah hari ini adalah...

I get to use the lappy now that the boys gi tido rumah kazen and Cik Adik has fallen asleep at this time.  Suami dari tadi dok melayan LOTR yang mana aku rasa cam...  takpe lah.  The last, I really wanted to finish the trilogy walau ketika itu aku adalah preggers dengan Cik Adik dan aku adalah TAKUT GILA nak tengok, tapi nak kena tengok.  Ooooh...  Itu kut gak nya Adik sekarang ni will PUT HERSELF TO SLEEP each time kitorang masuk tempat moowie (that's what Abang Ngah and Cik Adik calls it).

Since I have full access to the ponpitter (computer, mengikut kata anak girl aku tu), I looked through Zalora. Boleh tak nak stress?  Non of the tops are workable with my badan.  Nak gi Flow, for sure my monneh will oso flow like crazy so that means my air mata oso flow berdarah bikos have to go out the shop without anything to buy bikos duit lebih berkat untuk susu anak.  Or, lari sambil pegang baju and say, "My precious!" kat depan kedai.  Gila adegan tak blei blah walau ia mungkin berlaku. 

Well, itu je.  Bengang tengok the website.  But then again, kalau badan aku kerempeng pun rasa-rasanya selai dua je kot yang aku mungkin boleh beli off Zalora.  Sebab designs dia cam, sakit ati.  Tah cemana tah.

Ok.  Have a nice wiken.

Nadia.Is.FallingAsleep 

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...