Thursday 29 November 2012

Wasted

Watikah hari ini adalah...



Comel gila budak ni.

Saya adalah berasa penat, mengantuk serta wasted.  Saya sungguh wasted dengan perasaan wasted tersebut sehinggakan saya tak sedar diri sendiri sehingga jam 8:30 pagi.  Uih. Sungguh gila perasaan tersebut.  Bangun-bangun je dah time majority penduduk dunia masuk kerja.  Nasib baik aku masuk pukul 9:00 pagi.  Tapi ada kena mengena ke?  Dan lagi pun wasted itu adalah mungkin secara rawak aku gunapakai ke atas worn out kerana ia berbunyik lagi dramatik.  Sebab ia adalah dramatik, apakah kemungkinan aku sempat sampai ofis on time?  Tidak, bukan?  Makanya, tiada connection di antara mereka.

Mungkin dah tua kut yang biological badan ni pun dah macam orang tua.  Macam-macam keperluan.  Seperti malam tadi.  Mata ni nak sangat tengok tv.  Lepas cerita ni, cerita ni; lepas cerita ni, cerita ni.  Lagi pun tiada rasa mengantuk walau pun badan dah tersandar.  Bebudak pun dah komplen, suruh Mak mandi lah, tido lah, apa lah.  Tapi Mak tak boleh gerak.  Mak jadi the rock yang statik.

Jadinya sekarang, saya ada kerja.  Kerja yang paling secara rawak, pekerjaan yang tidak disukai oleh majoriti orang; filing.  Itulah yang paling utama.  Sekampit penuh dah.  Tapi I need to sort out benda lain dulu, then baru boleh buat filing.  Ini adalah kerana, filing harus dibuat dengan penuh konsentrasi, momentum, dan macam falling in love - when the time is right.  Bila jam tu tetiba ada chemistry, baru perkara tersebut boleh berlaku.

Baiklah, ada baik saya alihkan pandangan saya kepada aktiviti mencuci pinggan.  (Apa, ingat cuci pinggan boleh jadi kat rumah je ke?)



Nadia.Is.Cute

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...