Tuesday 29 December 2015

Persiapan Sekolah

Watikah hari ini adalah...

Mungkin aku ni tengah mengantuk.  Buat apa pun dah macam robot dan separa sedar.  Ya, mengantuk sungguh la tu.  Tapi nak buat cemana.  Kerja ada kat atas meja ni nak kena kasi habis. 

Tapi kan, punya la penat yang tak tau apa, takde mood langsung nak buat apa-apa.  Pada hal, kaki seluar sekolah anak tu tak habis selesai lagi.  Tu belum lagi gosok dengan cuci.  Kasut tak kapur lagi, sebab kapur, kitorang terlupa nak beli.  Kasut Abang Long lagi sepasang belum lagi kita beli sebab masa beli secara berjemaah tu, tinggal sepasang je kat kedai waktu tu.

Mak nak terlelap, tak boleh.  Mak nak pasang lagu loudspeaker nyanyi-nyanyi kekuat pun, tak boleh. Kalau nak mengaruk buat benda lain, dah takde semangat perjuangan untuk petang ni sebab teringatkan seluar yang tak habis sembat tu. Lagi jatuh semangat bila sedar, lencana sekolah pun belum lagi
dijahit.  Aih.


  • Seluar sekolah nak disembat - lagi 2 pasang je
  • Lencana nak kena pasang - 7 lencana
  • Name tag nak kena jahit jugak - 4 kot
  • Stokin semua dah label.
  • Kasut sekolah belum dikapur.
  • Kasut sekolah Abang Long kena tambah lagi 1 pasang.
  • Beg sekolah Cik Adik.
  • Kena beli kapur kasut.
  • Label semua buku sekolah - 95% dah siap.
  • Balut semua buku sekolah.


Macam ni lah jadinya.  Tidak bersemangat waja, sebab Mak tak drive waja... Okay, itu adalah joke orang mengantuk. 


Terjumpa pulak gambar Cik Adik ni from 2011.
Tapi ni matching la ni dengan perasaan Mak sekarang ni.
Click onto this LINK for this blog entry.


Sila sorongkan saya bantal.  Sebab dah buat list pun takde beza.  Dia jadi sendiri lagi cemas dan auto shutdown.

Aih.

Ok Babai.



Nadia.Is.NgantukTeruk

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...