There was an error in this gadget

Wednesday, December 28, 2016

Dear Self

Watikah hari ini adalah...

Dear Self,

Aku tau sebenarnya kau sedang melayan perasaan. Nak kata hambar, ada jugak lah. Nak kata kecewa, kau sendiri tau tak boleh anggap begitu sebab rezeki ni Allah yang beri. Kau suka ke tidak ke, ko kena terima dan pepandai manage sendiri. 

Aku tau kau ada impian yang masih belum tercapai. Dalam pada macam tu, kau sentiasa bergembira bila dengar rezeki itu sampai kepada orang lain. Kau tau apa sebenarnya spec impian kau tu senantiasa bersatu, cukup merangkumi semua. Senyum ya, Nadia. Takpe.

Aku tau dah bermuka-muka, berhelai-helai pages kau layari hari ni dengan harapan adalah sesuatu untuk diri kau. Tak satu pun yang kau jumpa mengikut kemampuan. Takpe. Bersyukur je sebab kau tau apa yang kau nak, cuma belum tiba masa je lagi.

Aku tau ko kadang frust kecewa dalam senyuman. Sekelumit yang orang lain tak tau. Kau pendam dalam-dalam. Kau yakin, masih belum lagi masa untuk kau dapat apa yang kau mimpikan. Kau jaga mata kau untuk menjaga perasaan kau agar sentiasa neutral dan takde rasa apa-apa. Sebab kau nak jaga hati orang, hati kau kena bersih, kan.

Kau pun tau nanti ada je orang yang membuka ruang untuk cadangan, sedangkan kau sedar limitation kau sendiri. Takpelah. Rezeki kemampuan orang lain-lain. Aku harap kawan-kawan kau tu nanti fahamlah bila kau buka isi hati kau nanti secara summary. 

Jangan fikir atau pandang diri kau sendiri tu rendah, sebab kadar kehidupan kau adalah lebih baik dari yang kau sangka. Takpe, hati kau sendiri tau akan terubat setiap kali kau stalk page Shukri Yahaya dengan page bini dengan anak dia sekali. Entah apa magis diorang yang boleh buat kau tersenyum sorang-sorang pun aku tak tau. 

Dah. Senyum dalam hati. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Bersyukurlah dengan what you have managed. "Belum masa je lagi," kalau ikut skrip Abang Ri. So, focus lah balik kepada kerja tu yang ada dan terbengkalai sebab layanan perasaan kau tu.  

Baiklah.One last mental memory of Shukri Yahaya's family photo in my head. Mental memory imprint of each scent, feel and look of my children and my love. Overwhelming siut. Boleh tak aku nak pergi cari penjuru dan nangis disitu? Lepas nangis, makan aiskrim.  

Well yes, I am feeling sad. Pujuklah hati ni Ya Allah. Sejukkanlah hati ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

Love yourself Nadia. Just because you know the world needs you. 

28-Dec-2016

Thursday, November 17, 2016

Pemerhatian Hari Ini

Watikah hari ini adalah...

Wednesday, August 17, 2016

Teka-teki

Watikah hari ini adalah...

Hembus habuk. Hembus habuk lagi. 
*Batuk*
Hembs habuk sekali lagi.
*Bersin*

Ternyata begitu lama Mak tak pegang keyboard dekat sini. Mak lebih pegang pedang keyboard warrior hahaha. Setannya kenyataan itu. Sesungguhnya itu statement pelesu. 

Yang sebenarnya Mak lama tak masuk sebab Mak sibuk dengan kehidupan ni. Abang Long, Abang Ngah dengan Cik Adik pun dah besar. Semua dah masuk sekolah rendah dan menengah. Bestkan? Sebab dari awal yang Mak bukak blog ni pun was in March 2011 kot (although I could've sworn it feels like 2010). 


Dalam tempoh 6 tahun, I am grateful that part of their lives were documented here. The funnies that I see. And how not funny the things are if it happens now masa time diorang dah besar panjang. Semua pun dah besar. Konsep kelakar diorang pun dah lain. Macam baru ni time nak tidur yang sentiasa nak dilajak-lajakkan Abang Long (as usual...):

Abang Long: Jom kita main teka-teki. Kasut apa yang tak boleh dipakai?
Mak: Kasut kuda. - Tak
Cik Adik: Kasut kucing. - Tak 
Cik Adik: Kasut burung. - Burung tak pakai kasut la Dik. Tak. 
Cik Adik: Kasut anjing. - Hahahahaha. Mana ada. 
**Cik Adik continues to name all other animals... 
Abang Ngah: Kasut yang hilang. - Masih boleh pakai kalau hilang. Jawapan salah. 
Mak: Kasut rosak. - Tak. Masih boleh sarung. 
Abang Ngah: KASUT YANG BERISI NAJIS! 
Hahahahahaha... Part ni memang Mak bantai gelak gila la...



Tapi korang nak tau ke jawapan teki-tekinya ni?


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

\/

Jawapan: KASUT KHINZIR



Ya, saya setuju yang jawapannya adalah jawapan yang tak boleh blah. Baik lagi kasut yang hilang. Kan.

Okay, Mak dah hilang momentum sebab mentara aku sambung balik ni, it has been 2 hours. Dan Mak pun dah ngantuk sebab makan terlebih sudah akibat tekanan perasaan sambil bekerja ni hahahaha. Semuanya self-imposed. 

Today is Abang Ngah's birthday.

Happy birthday anak Mak sorang ni.

Okaybai.






Wednesday, February 3, 2016

I Kenot Believe It

Watikah hari ini adalah...
 
I can't believe I felt insulted when Fazura said she dreams of recording with Sia. Boleh ke?  Tetiba pulak benda ni trigger sendiri when I tried to play offline songs and Alive by Sia came out.  Just because aku rasa yang just because someone is born naturally beautiful with curves and flatness in required places, that doesn't mean they can do whatever or say whatever they want.  Pada hal itu hak dia pun nak cakap macam tu.  Cuma level singing dia tu memang tak boleh pergi la.  Kalau dengan Dayang Nurfaizah pun ko tak boleh setaraf, ni kan pulak Sia. 
 
Confidence can kill you sometimes.  Enabling you to do things that you are not very good at.
 
Apa-apa pun Rich really brought on lagi Hancur tu. You can feel the story he's telling you. Then someone comes and messes it up.  Then Rich saves it again.
 
I'm just so sorry.  Every time the song comes on, I can't help cringing every time she sings.  Only her intial "Woooo" je yang boleh masuk.  Yang lain tu, entahlah.  Aku ni pun memang jenis 'Feel' person. Jadi, begitulah.
 
Well anyway, Mak ngantuk gila. But it's only 9.05am.
 
Melampau betul.
 
Kthxbai.
 
 
 
Nadia.Is.EmosiSikitPagiNi
 
(tehapahapatah)

Tuesday, January 12, 2016

Kasut Mak Crocs

Watikah hari ini adalah...

Hari ni aku rasa macam nak menangis je. It didn't feel so bad pada mulanya. But I realise yang sebenarnya mungkin banyak benda yang aku tolak tepi. Banyak yang aku ignore dari perasaan aku terhadap what I see, what I know, what I say, what I feel with many things for the past one month. Aku nak hadap benda yang aku lalu je. Yang tak perlu tu aku tolak tepi.

Jadi this morning aku ada breakdown sedikit demi sedikit. Kongsi dengan kawan. Baru aku nampak point of view. Baru jelas sikit tanpa serat emosi aku yang boleh dikatakan agak berbaur ni. 

Sebelum ni, aku tak izinkan diri sendiri ni untuk kecik hati. Aku terima je apa-apa yang berlaku sebagai inilah hakikatnya keperibadian mereka; so they amuse me from far with a lot of love, in a good way. Tapi memanglah kalau nak difikirkan, kalau kali ni memang aku kecik hati, entah berapa kali dah aku kecikkan hati diorang. But this list will never end. 

But then again, kalau tiada yang berubah, there will never be progress. Cuma, takkan selected people je yang mencuba bila orang lain tak buat apa-apa?

Terus rasa macam nak balik rumah dan tidur setidur-tidurnya. Macam Zaleha. Basah bantalnya dengan tangisan dibawa ke tidur. Pecah rahsia bila sandal bertumitnya berlumpur. Tapi kasut Mak Crocs. Jadi tiada yang mungkin tau apa yang rahsia dada ni.




Thursday, January 7, 2016

Brain Rerouting

Watikah hari ini adalah...

Sekolah dah bukak. Semua pun dah settle. Tahun ni Mak takde nak posting gambar anak pi sekolah. Amik gambar pun yang bukan-bukan je. Celebration yang agak moderate.

Apa-apa pun, Mak ngantuk tahap gaban.

Satu mug kopi + kopi dah habis. Buat aku rasa mengantuk lagi tu ada lah.

#sangap
#schoolreopens
#MakPunKeSekolahJugak

*garuk kepala*

*pandang kerja kat meja opis ni*

(apa la yang aku nak kena buat ni...)

((brain disconnected))

(((rerouting)))

Perggghhhh.  Tak ke mana ni.


Mak hari ni, lek-lek (relax) jo. Tido macam angkasawan.
Tido duduk, penuh dengan penipuan semata.
Entah nak kabur pandangan siapa pun aku tak tahu.


Conclusion: 
Hari ni Mak tak nak rari-rari (lari-lari) memana. Mak pun terlupa besfren Mak kaler brown dah balik ofis. Lama besfren Mak tu cuti. Mak kira-kira hari pangkah-pangkah macam banduan kat dalam jel menunggu dia balik ke pangkuanku. Jadi today nak pi makan dengan dia. Mak boleh rari-rari dengan dia nanti. 

Cuma mungkin Mak kena tido 5 minit jap sekarang ni. Ye kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails