There was an error in this gadget

Wednesday, August 17, 2016

Teka-teki

Watikah hari ini adalah...

Hembus habuk. Hembus habuk lagi. 
*Batuk*
Hembs habuk sekali lagi.
*Bersin*

Ternyata begitu lama Mak tak pegang keyboard dekat sini. Mak lebih pegang pedang keyboard warrior hahaha. Setannya kenyataan itu. Sesungguhnya itu statement pelesu. 

Yang sebenarnya Mak lama tak masuk sebab Mak sibuk dengan kehidupan ni. Abang Long, Abang Ngah dengan Cik Adik pun dah besar. Semua dah masuk sekolah rendah dan menengah. Bestkan? Sebab dari awal yang Mak bukak blog ni pun was in March 2011 kot (although I could've sworn it feels like 2010). 


Dalam tempoh 6 tahun, I am grateful that part of their lives were documented here. The funnies that I see. And how not funny the things are if it happens now masa time diorang dah besar panjang. Semua pun dah besar. Konsep kelakar diorang pun dah lain. Macam baru ni time nak tidur yang sentiasa nak dilajak-lajakkan Abang Long (as usual...):

Abang Long: Jom kita main teka-teki. Kasut apa yang tak boleh dipakai?
Mak: Kasut kuda. - Tak
Cik Adik: Kasut kucing. - Tak 
Cik Adik: Kasut burung. - Burung tak pakai kasut la Dik. Tak. 
Cik Adik: Kasut anjing. - Hahahahaha. Mana ada. 
**Cik Adik continues to name all other animals... 
Abang Ngah: Kasut yang hilang. - Masih boleh pakai kalau hilang. Jawapan salah. 
Mak: Kasut rosak. - Tak. Masih boleh sarung. 
Abang Ngah: KASUT YANG BERISI NAJIS! 
Hahahahahaha... Part ni memang Mak bantai gelak gila la...



Tapi korang nak tau ke jawapan teki-tekinya ni?


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

\/

Jawapan: KASUT KHINZIR



Ya, saya setuju yang jawapannya adalah jawapan yang tak boleh blah. Baik lagi kasut yang hilang. Kan.

Okay, Mak dah hilang momentum sebab mentara aku sambung balik ni, it has been 2 hours. Dan Mak pun dah ngantuk sebab makan terlebih sudah akibat tekanan perasaan sambil bekerja ni hahahaha. Semuanya self-imposed. 

Today is Abang Ngah's birthday.

Happy birthday anak Mak sorang ni.

Okaybai.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails