Friday 13 January 2017

Entry Pertama Tahun Ni - 2017

Watikah hari ini adalah...

Lama dah tak menulis ni. Lama sangat. I've lost momentum. Macam, bukan kata takde life. Ada life. Tapi fakta untuk aku menceceh tu banyak jadi omputeh all the time, you know. Isk. 

A few nights ago, di malam hari yang panas semenjak dua menjak ni sedang kita nak menginjak ke Happy Chinese New Year yang baru ni, aku terfikir. Ngapa kita dapat ilham bila kita dalam bilik air. Masa mandi, masa meneran. Mengapa. Persoalan yang agak mendalam aku tak dapat jawab. Jadi baik aku ceritakan inspirasi aku masa air sejuk mencurah kat atas kepala aku waktu tu.

Eh lupa pulak apa aku nak cerita. 

Haaaa... Aku dah lama decide tak nak buat apa-apa penulisan secara direct. Anak-anak pun dah semakin besar. Mak pun dah tak semereng waktu diorang kecik. Sekarang diorang yang jaga aku tau. Siap kadang tanya, "Mak, are you stressed?" sambil picit-picit kepala Mak kau yang tercengang jap coz like, "Ye ke? Aku stress ke sekarang ni?" dalam penuh keraguan tapi pastu sambil dah terasa sedap kena picit terus jawab, "Ha'ah, ada la sikit" (Mak korang ni puuuuun...). Diorang pun sambung jawab, "It's okay, Mak". Touching tak? Haaa... Baik punya Mak training anak ni. 

Mak nak buat product review balik. Mak nak tulis blog Melayu balik. I need to keep myself inspired and keep reinventing myself. Jadinya, kalau ada la apa-apa barang yang korang nak aku tulis/review, sila beritahu. But then again, aku sedar diri yang aku ni dah lama tak menulis. Siapa je kot yang baca sekarang ni untuk sedar entry ni? Tak sedar diri kot hahahaha. Tapi aku sedar diri siapa diri aku bila aku teringat kat Shukri Yahaya hahahaha. Pastu cam tergumam jap sebab rupanya dia saudara Kak Pilla. Malu ler aku. Laki Kak Pilla tu confirm nampak song dedication Mak ni kepada Shukri Yahaya secara terbuka hahahahaha. Muka aku ngan bont*t sama je value sekarang ni hahahahaha.

Dah dah. Kalau ada tu, sila beritahu. Aku nak balik jap lagi ni. Nak hantar Cik Adik pi tolah. Cik Adik pun dah besar. Dia dah jadi Kakak Adik. Ni jap Mak belanja gambar Kakak Adik dengan adik dia.

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
\/


Ni la adiknya dia. Namanya Golliwog.


Okay lah. Esok esok sambung lagi.

Silalah korang berdoa dapat momentum lagi ya.

Sekian.



PS: Happy birthday Ally Iskandar. Lupa pulak aku nak wish. Classmate lama. Tapi dia dah tak ingat kot aku yang mana satu coz confirm mesti ramai claim diorang kenal each other. Hihihi. Kbai.

PPS: Macam la mamat tu tau aku wish dia puuuuun...

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...