Monday 8 May 2017

Sepetang, Seharian

Watikah hari ini adalah...

Kengkadang bila orang ingat kita senang, waktu tu la kita berhamburan bertaburan merataan sebenarnya. Kemudian bila kita berdiplomasi untuk tak turut, orang ingat kita ada hidden agenda. Terus tersentap. 

Wahai penyentap, kau tutupkanlah mulut dihatimu itu dari terus berkata-kata. Atau terus dari berfikir-fikir tentang apa yang kau tidak tahu. Kerana masalah orang, itu yang mereka tahu. Hatiku itu kadang-kadang tersentap. Tersentap bila tahu kemampuan diri itu tidak mampu tetapi sangat mahu. 

Fahamkah kamu dengan maksudku? Aku rasa tidak perlu diperpanjangkan lagi. 

Sesungguhnya aku yang tersentak dan terus tersentap. Makaku layurkan hati ini dengan kata-kata pujangga biar melarik perasaan ke awangan kelabu. Biarlah perasaan berehat disitu sambil menunggu selesainya kertas-kertas yang berkeliaran dikelilingku. 

Pejamlah matamu wahai insan. Sekadar melepaskan lelah hati disitu, disitu dan disitu. Kira nombor bergerak dari belakang ke depan. Ulangkanlah berkali-kali sehingga kamu puas dan beredarlah dalam keadaan yang lebih tenang dari sebelumnya.


No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...