Monday 6 September 2021

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah...

Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?  

Dah takde dah gambar-gambar bebudak nak ditampal.  Nothing to update.  Just malam tadi timing tido agak hampeh lah.  Struggled to sleep, then terjaga after an hour and stayed awake berjam-jam sampai subuh kot.  Lepas tu baru terlelap sejam before bangun tido terus.  

Terasa macam nak pegi holiday.  Tapi apakan daya, kita sendiri rasa macam it's actually not necessary yet.  Semalam pergi supermarket pun ramai pulak yang bawak keluar anak kecik gi jenjalan kat shopping mall.  Kita pula yang rasa seriau dan risau.  But then again, itu semua ikut pandangan ibubapa sendiri lah ya.  I kenot say anything much.

Right now teringat pulak nak kena beli lagi ubat cuci muka.  Jap lagi nak kena tengok balik apa yang nak kena beli.  Kang nanges pulak bila barang takde.  

Hari tu nak beli, bendanya takde pulak.  Puaslah pekerja kedai tu call outlets lain tapi tiada ya.  Rajin diorang message tanya kalau ada barang nak beli.  Siap hantar pakai LalaMove lagi.  Kedai kan tak boleh bukak time tu.  What I use is not available OTC (over the counter).  Time tu memang rezeki sebab barang tinggal berapa titik je.  Dapat terus esok tu stock sendiri yang ada tu terus habis.  

Kita ni kulit sensitif.  Cuma so far elok pakai Dr Belmeur (Blue Range - Sensitive) dari Face Shop sahaja.  Ada la juga try support kengkawan dengan benda lain tapi...  But because my skin is sensitive, memang I had to stick to Dr Belmeur gak.  I tried SKII tapi ada pulak reaction.  Dah, takpelah.  Dr Belmeur je lah.  

So takde cerita.  Sakit perut je.  Memang sakit perut dari bangun tadi.  Mungkin angin kot.  Tak teringat pulak nak makan ubat sakit perut.  

Okaylah, ni je yang ada.  

Kbai.  

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...