Thursday 12 April 2018

Ni memang post tanya sendiri jawab sendiri

Watikah hari ini adalah...


Semakin hari lately ni, semakin aku ada people issue. Aku tak paham diorang atau diorang tak paham aku? Kan senang hidup straight to the point. Ko ambik simpan je la ayat bunga-bunga cinta ko tu tanam depan rumah sendiri. Lama aku nak kena tunggu permata tu keluar dari mulut awak tu. Haih. Baik lagi aku buat kerja lain dari kena luangkan masa to wait for THAT. Langsung tak beneficial untuk aku langsung. Mak sedar la Mak ni Puspawangi. But really?? Agak-agak la... Letih tau.

Tapi kan, at least maybe aku adalah sudah semakin tua dan berumur mature jadi aku tak melompat secepat dulu. Mungkin ini adalah kerana aku sudah semakin berat. Tu sebab lompat tak naik-naik. 

Hampeh. Nak kena gi miting. Tolak balik tepi kertas-kertas bertaburan ke tepi tanpa rela.

(Kah kah kah kah kah. Tu la. Nak sangat jadi seksiteri. Semua mesyuarat diorang suruh ko ambik minit. Aku nak minute steak je. Huhu.)


Dariku,
Meredith Grey

Wednesday 11 April 2018

Larian anak

Watikah hari ini adalah...

Pepagi aku dah sakit perut. Aku hampir percaya 100% yang aku ni senggugut. Rupanya, berdas-das tembakan laburan telah beransur sejurus aku duduk diatas jamban. Such accomplishment. Perlu naik timbang berat sebab rasanya mungkin I lost 20kg in that session alone. Tapi hari ni timbang tu pulak tak nak kawan ngan aku. Dia tak menunggu ditempat biasa. Tak tau la manusia saiz mana yang dah alihkan penimbang tu.

Pandang meja. Pandang tray. Pandang email. Nak lari jap je rasanya. Lari pergi Ko Lipe. Lari ke Pulau Kapas. Lari ke Maddalena Island in Italy.

Lari la sangat. 

Mari je la lari setempat. 
Ada je kerja tu kejar kita.
Baik lagi settle sekarang dari kemudian.

Kbye. 

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...