Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

Selasa, 29 Disember 2015

Persiapan Sekolah

Watikah hari ini adalah...

Mungkin aku ni tengah mengantuk.  Buat apa pun dah macam robot dan separa sedar.  Ya, mengantuk sungguh la tu.  Tapi nak buat cemana.  Kerja ada kat atas meja ni nak kena kasi habis. 

Tapi kan, punya la penat yang tak tau apa, takde mood langsung nak buat apa-apa.  Pada hal, kaki seluar sekolah anak tu tak habis selesai lagi.  Tu belum lagi gosok dengan cuci.  Kasut tak kapur lagi, sebab kapur, kitorang terlupa nak beli.  Kasut Abang Long lagi sepasang belum lagi kita beli sebab masa beli secara berjemaah tu, tinggal sepasang je kat kedai waktu tu.

Mak nak terlelap, tak boleh.  Mak nak pasang lagu loudspeaker nyanyi-nyanyi kekuat pun, tak boleh. Kalau nak mengaruk buat benda lain, dah takde semangat perjuangan untuk petang ni sebab teringatkan seluar yang tak habis sembat tu. Lagi jatuh semangat bila sedar, lencana sekolah pun belum lagi
dijahit.  Aih.


  • Seluar sekolah nak disembat - lagi 2 pasang je
  • Lencana nak kena pasang - 7 lencana
  • Name tag nak kena jahit jugak - 4 kot
  • Stokin semua dah label.
  • Kasut sekolah belum dikapur.
  • Kasut sekolah Abang Long kena tambah lagi 1 pasang.
  • Beg sekolah Cik Adik.
  • Kena beli kapur kasut.
  • Label semua buku sekolah - 95% dah siap.
  • Balut semua buku sekolah.


Macam ni lah jadinya.  Tidak bersemangat waja, sebab Mak tak drive waja... Okay, itu adalah joke orang mengantuk. 


Terjumpa pulak gambar Cik Adik ni from 2011.
Tapi ni matching la ni dengan perasaan Mak sekarang ni.
Click onto this LINK for this blog entry.


Sila sorongkan saya bantal.  Sebab dah buat list pun takde beza.  Dia jadi sendiri lagi cemas dan auto shutdown.

Aih.

Ok Babai.



Nadia.Is.NgantukTeruk

Khamis, 17 Disember 2015

Kenapa Memerlukan Orang Lain Untuk Melakukan Sesuatu

Watikah hari ini adalah...

Setengah orang memerlukan orang lain untuk berada dengan dia untuk buat decision, sebab dia indecisive; mungkin.  

Setengah orang memerlukan orang lain untuk teman dia buat sesuatu, sebab dia kurang keyakinan diri; mungkin.  

...Tapi ada jugak setengah orang lain yang suka nak kena ada orang depan mata masa dia tengah sorting kerja dia yang separuh jalan.  Yang ini, aku tatau kenapa.  

Korang tau ke kenapa?

Tolong eksplen kat aku sikit.  Sebab ia adalah sangat menjengkelkan dan membuang masa aku.  Plus, adakah ko punya attention dari orang lain berada pada tahap deficit yang kau memerlukan orang lain untuk berasa sufficient that you are doing something and therefore you feel you deserve that kinda of attention from somebody else?

I'm just still asking. 

Comments please, if any.

Selasa, 8 Disember 2015

Redundant

Watikah hari ini adalah...

Engkorang pernah tak rasa apa yang whatever you guys are doing is completely redundant?  But then again, engkorang tau tak apa maksud perkataan REDUNDANT itu?  Jap, Mak Google jap for you okay.


But this meaning dalam Bahasa Malaysia adalah tidak tepat.  Lain sebenarnya maksudnya.  Terperanjat jugalah kita bila tengok ini hasil translationnya dari BI ke BM.  

Tidak.  Memang tidak matching sebab for me, perkataan REDUNDANT adalah kurang lebih emotional rasanya.  Ada dengan perasaan dalam penggunaannya.

Can you see why I kata tak sama weightage maksud perkataan REDUNDANT ni?  


No longer useful = waste of time on effort --> with or without appreciation just bikos it is no longer useful. 

That's all I understand. 

And I understand yang aku sedang experience a different kind of struggle right now.  Just doakanlah I get through it tanpa emotional stress yang mampu untuk menggapaikan Mak dengan masalah kesihatan kemudian hari.

Baiklah itu je.



Nadia.Is.Redundant


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails