Showing posts with label aktiviti terlampau. Show all posts
Showing posts with label aktiviti terlampau. Show all posts
Thursday, 9 July 2020
Thursday, 8 March 2018
Sangka Baik vs Speculation
Watikah hari ini adalah...
Dalam usaha keras Mak untuk mendapatkan sedikit kegembiraan, Mak makan oat pagi ni. Eeeeh. Jangan kecam Mak. Mak suka makan oat, lagi-lagi letak cinnamon. Ubat hati dan perasaan tu cinnamon tau. Tapi hari ni takde cinnamon. Tertinggal kat atas meja bilik agakny. Sebab dok bawak kulukilir terus la tido pun dengan Mak sekali.
Sometimes kita post benda on social media, orang boleh salah anggap motif kita. Ada yang berbaik sangka, ada yang terus buat speculation. Sekarang ni I'm trying to weigh in sangka baik vs speculation on posting something.
Ada benda yang I sendiri post for the public as well as FOR MYSELF sahaja. But of course, no one knows which is which la kan. But here is where it gets interesting. My MBTI is INFJ. So for me, my emotional dimension adalah sangat banyak with ability to feel macam opening many layers of web pages at one time, all with individual background music, sight and smell. Dalam kepala macam tu. Serious Mak bitau chaos. Muka depan, po po po poker face Lady Gaga sangat.
Sadness dalam cerita Inside Out tu is based on INFJ personality. Sadness bebeno Mak ni kot ye... Emosi berat semua masuk kesitu. All kekecewaan, patah hati, despair, mourning, outright sedih... memang kalau ada pocket kat depan baju ni, you will put in your, "Kereta rosak... Duit lagi, cemana nak gi keje, punah hasrat shopping 3 pasang stiletto 6 inci" masuk ke poket SADNESS.
We understand people. We help to ease YOUR sadness. But in return, you have to understand, we make way for you and we put our own happiness behind to make you happy. We constantly need to recharge with time alone, so you have to respect and tak ambil hati bila kita decline nak keluar or berjumpa. They call it bahasa pasarnya as INFJ Paradox for the personality yang orang lain don't get. Kind of like Bipolar, tapi not on medication hahahahaha. We need time to recharge - duduk dendiam sensorang.
Eh dah kelaut sangat dah ni hahaha.
What I'm trying to say is that not everything I post is about me, ora about anyone in specific. It could be time tu teringat kat arwah kucing ke, teringat kat manusia hanat mana ke hahahaha somewhere during my lifetime ke, or it's about that time teringat masa tengah tunggu bas tetiba kena dengan flash dengan jejaka yang naik motor ke (krik krik krik)....
Akan ada hari kalau aku post something is a reminder for myself. Bila tengok je, teringat pesanan tu untuk diri sendiri. Ada juga to just, "Blegh, this is how I totally feel right now," pada hal non-related langsung dengan apa yang aku tengah carry out time tu. Ada yang tetiba teringat kat satu kes (non-related to public) ni, lepas tu aku lontarkan my perspective.
So adakah aku salah sebab 'menyuarakan' dimensi pemikiran aku diluar? Atau salahkan pembaca untuk membuat rumusan mereka sendiri? Berbaik sangka itu penting, kan? Because 20 years ago, it was still relevant untuk tidak menyuarakan apa-apa pendapat begitu sahaja. Sekarang ni dah senang. Sikit je komen, dah setengah dunia dapat tengok dalam tempoh 30 saat. Melarat-larat pulak kadang caci makinya. Faham tak? Tak best pun kalau nak fikir buruk pasal orang. Awak tu pun baik, clever, juga jadi awak kena sedar statement awak tu satu dunia boleh baca berbait dengan pahala ataupun dosa. (Ni belum lagi bila nak kena minta maaf kat orang atau semua orang)
Dalam semua perkara, you have the option to do bad or do good; to think bad or to think good. Ultimately kalau pun ada orang pujuk untuk buat sesuatu yang ko tak nak, you are the FINAL DECISION MAKER. Faham?
Jadi conclusion post ini adalah, posting and responding to a post is for you to decide for yourself. So you don't judge orang lah. Melainkan kalau dah berkali-kali posting berbait sama, kita taulah itu dah sifat orang tu. Terima je la kan?
Okaylah. Setelah lama, Mak pun dah penat. Entah ada ke tak orang nak baca benda melarat ni hahaaa...
Note: For you yang nak tau MBTI anda, click on 16 Personalities ni.
Thursday, 28 September 2017
Berhati-hatilah dengan hati sendiri. Hati kita sendiri kot...
Watikah hari ini adalah...
Sometime kita kena bantu jaga hati orang. I am a very objective person yang mana akan datang masa where I question my own sanity. "Kena ke? Bukan hati aku kot?? Hati dia, dia la jaga." Agak objectively decisive yang kalau orang lain dengar pun cam... "Eh, centu ke?"
For me, ye, centu.
Banyak perkara yang aku experience. Super high, super lows. Being depressed, being happy so sensually quiet and contented (cara aku la), and being delirious just letting go of my own fears to embrace benda yang aku tak sangka aku dapat alami. Ketentuan yang banyak. Mungkin ada jugak situasi yang tak semorang boleh nak lalu pun. Kurang kuat untuk rasa dan tanggung. And based on sharing of experience, aku rasa memang centu.
Bila ko hilang arah, tengok jiwa ko tu. Bila rasa ditelan lubang, memang nak duduk dalam tu dendiam selama boleh. Ko tak nak tengok orang, jadi marah bila orang hulur tangan nak tarik kita keluar, you dowan to make contact with outside world langsung. But somehow one day, you decide you don't want to be in that place anymore. Cuma ko terkial jap. Sendiri terasa bersalah dan tak sedap sebab guilty sendiri khuatir dah offend so many people. I can only help you with these tips:
1. Join any online forums yang ada, random. Create an account that dengan intention bila-bila je ko boleh buang kendian. Post on what you're feeling. Just write. Walaupun dengan keadaan yang taktau, blur, kebas, numb. Tulis je walau jiwa ko kecamuk. Tak payah risau perception orang posting ko tunggang langgang. Peduli hapa orang nak judge ko pun? Bukannya diorang yang belikan ko beras tiap bulan.
2. Go for a brisk walk. Kat jalan depan rumah ke, kat opis ko ke, walaupun yang ko jalan tu tak berpeluh pun. Jalan je.
3. Kalau ko kerja, balik kerja tu pegi la singgah kedai minum ke, kedai runcit ke jap... sampailah otak ko dah tak senteng, baru ko balik rumah. Jangan judge diri sendiri ko not a good person kalau ambik masa lama untuk baru balik jumpa family. Kalau otak dan emosi ko tak stabil pun, takde jadi quality pun time ko kat rumah. = Jiwa stabil gives more quality to life. Ada kot mungkin lagi menyorok dalam jamban sejam setengah kalau balik dengan rasa senteng setiap hari. (Aku tau k. Pernah berlaku. Jadi sama je sejam setengah ko duduk kat luar balik rasa fresh, nak compare dengan balik awal tapi kunci diri dalam bilik sejam setengah takmo jumpa orang - tapi kan cemana nak boleh right?)
4. Start making time for yourself. Like lepas benda rumah dah settle, go make yourself a drink. Layang ke jap satu show yang ko suka, lapah chocolate yang ko dok sorok dari semorang or read something that you like. You deserve that time out. Kenapa tidak, kan?
5. Minum air kosong banyak. Minum apple cider vinegar. Minum pati delima. Mula gosok kulit badan guna Bio-Oil sampai minyak tu jadi kering kat badan. Rotate la cuka/pati tu. Ko akan feel the difference.
Going back to the beginning of this post, kan aku ada question tentang nak jaga hati orang? Ha meh Mak citer sikit.
Sampai tahap mana kita kena jaga hati orang, sampai kita tak jaga hati kita sendiri? Lantaklah kalau orang lain tak tau nak jaga hati kita cemana sampai kecik hati kita ni for their ignorance and convenience. Kita ni bukannya 7Eleven yang sentiasa kena readily emotionally available untuk orang. Sedangkan kedai mamak pun kena tutup beberapa jam sehari untuk rehatkan semua for better next day output.
Maka, dengan ikhlas jiwa ko sendiri, ko bantulah diri sendiri dengan...
1. You forgive yourself untuk sebarang kesulitan ko timpakan ke atas diri sendiri, untuk sebarang disappointment ko capai, untuk sebarang kerisauan atau KPI diri sendiri yang terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Bagi setiap kali you let people use you, manipulate you, accuse you, abuse you. Ko faham kan? Ko faham tak? Ko maafkanlah diri ko sendiri.
2. You forgive your parents untuk sebarang kelukaan, yang setiap kali yang pernah ko rasa tersinggung etc (kau lebih mengetahui).
3. Forgive your suami/isteri, anak-anak, adik beradik, ipar duai, mertua, BFF etc.
Mungkin ko kata aku gila. Ya, mungkin aku gila. But I've gone up there and down gila dengan perkara yang aku timpakan kepada diri sendiri dan yang pernah orang timpakan ke atas aku.
Dan setiap kali ko terkecik hati untuk apa-apa, ko ambik seminit senyap sambil dalam hati ko mintak la seikhlasnya, "Ya Allah, ko pujukkanlah hatiku ini". Gumpalkan disapointment tu dan campak ke luar hati.
Aku pun dah tak tau tahap mana aku dah merapik ni. It's just also a reminder that for you not to be judgmental of other people. You've been through the worse of things, you dah forgive diri sendiri dan orang sekeliling; ko tak perlulah nak fikirkan situasi untuk orang lain. Just keep that happy for you. You dah tak perlu nak sibuk benda lain bikos, you really love yourself. Ko tau ko tak perlu fikir pasal orang lain. Ko faham tak?
Kalau ada benda ko tak boleh bawak, ko bagitau je ko tak boleh. Lantak le orang tu nak marah. Dia takde orang lain ke yang boleh tolong dia? Ultimately, itu masalah dia dan ko akan membantu dia dengan memberikan dia peluang untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Twisted je bunyik tapi itulah yang sebetulnya.
Okay terus Mak jadi ngantuk sebab heavy nor menatang subject yang aku pilih ni...
Baiklah, dengan penuh kasih sayang:
EHEH
Wednesday, 8 February 2017
Ke Laut China Selatan aku hari ni
Watikah hari ini adalah...
Pagi tadi aku takde la rasa stress sangat. Tapi bila ia menjangkau jam 10pagi dan ke atas, dan ke atas, meter reading tekanan aku semakin naik. Slowly but surely gitu. Slow passola lambat laun sampai jugak.
![]() |
| Jangan konfius. Ni la Yahama PASSOLA. Dia macam, ong ong gedek gedek gedek. Orang tahun 1980-an je paham kot. |
Nak aje rasa jujur beritahu apa yang berlaku. Nanti jujur pulak korang kata, "Ek eleh minah ni. Semua tak betul, dia sorang je betul #apahell?" Haha. Ya, takpe, aku dah pikirkan dah untuk korang ni karangan ayat korang ke sesuatu yang begini.
Bila ko kerja, tolonglah:
1. Take note tarikh, masa, dan tempat untuk bermesyuarat.
2. Hantar/block meeting calendar dengan orang-orang lain yang terlibat. Kalau pun sekadar ko nak invite tahap geli-geli je, tolong prompt beritahulah via separate email atau WhatsApp message ke mahupun SMS. Sebab kadang bila diorang dah terima calendar, diorang dah tak reti mana nak cari balik info meeting sampai la alarm kata orang tu nak sampai lagi 15 minit tu keluar.
3. Bila ko tetiba kena outstesen, tolong la plan betul-betul.
Aku sekarang ni rasa cam taji orang sebab seriously aku dah plan nak buat kerja admin/purchasing hari ni. Nak kasik clear semua outstanding dan nak raise request to purchase - HARI NI. Bukan esok, sebab esok cuti Thaipusam dan takde orang kat opis kecuali Pak Guard tapi takmo pun aku datang kerja walau ada dia kat situ. Then kalau tidak paling busuk pun hari Jumaat lah.
Akhirnya semua tu terpaksa ditangguh sebab:
1. Kena buat write-up. Dan kena minta tolong orang lain untuk rapikan design yang aku dah buat guna Word gara-gara tukar komputer baru dan diorang dah block dari download Photoscape (the only thing I know to use) dan Paint telah merudumkan visual otak Mak ni sebab tak dapat buat apa yang Mak nak.
2. Tetiba kena cari schedule logistics. Lepas tu ditanya, "Ni je ke connection yang ada?" Boleh jugak kalau nak buat jadual sendiri. Hado je... Jap, meh sini aku buatkan. Nanti kita tengoklah ko tunggu transport kat situ 6 jam secara sia-sia belaka.
3. Pastu tetiba nak bawak prezen pulak. Dah merapu nak kena cari barang. Had to go through all the internal processes and going from block to block. Dah dapat barang, nak pulak jadikan barangan jadi hamper - aku terima request ni melalui email ya, bukan verbal dengan cara yang sweet-sweet je. Tau tak ia telah menjadikan aku hampa? Nak mencari bakul kat mana? Hampes jadinya... All I could think about was, "I need to get the shreds for the hamper from my shredder" - like, WTH??
So at the end of the day, result pekerjaan adalah hampeh kan...
And then now tetiba ada pulak yang beriya suruh aku buat proposal untuk mendapatkan harga tiket penerbangan (dari semalam sebenarnya), bila-bila aku free; tapi dah tanya secara BERSAHAJA sebanyak 5 kali dari semalam ke hari ni, sehingga dia duduk betul-betul belakang aku when boleh je ko Google sendiri website for a figure.
Berikutan dari pertanyaan tersebut, setelah terjadinya kejadian kejar-mengejar prezen tersebut, tetiba aku dapat email yang PROPOSAL mengenai penerbangan tersebut perlu siap pada hari Isnin.
*krik krik krik*
Proposal kot.
*krik krik krik*
Senin kot ye.
Hek eleh. Confirm la Senin tu dah kena ada. Jadi Jumaat aku pun dah ke laut jugak la. Agak la kan. Dah hari pun aku dah bergelumang dengan Laut China Selatan. #apahell kan. Floating in the sea looking for prezen and bakul and wrapper and shreds from my shredder. Hahaha. Bongok.
So gini lah... Aku nak mengingatkan kepada diri sendiri bagaimana hari-hari aku boleh tidak berjaya mencapai apa-apa target. Berkaitan dengan kejadian seperti hari ni. Ke laut floating sensorang. Lagi best kalau aku lock myself in the jamban dengan henfon full bar. Duduk sampai kematu jubor tu. Janji segala King's Saga tu aku menang.
In short, tolong ler paham bila payment request aku drag, bila barang purchasing aku drag, bila name card korang-korang ni tak sempat aku siapkan untuk request for printing... Dah la banyak red tape. Dah la ada je orang yang tak nak baca email, tak baca mobile messages, tak angkat calls walaupun semua tu company dah provide.
Clause: Kalau company dah tanggung henfon dan bill, you are obliged to and it is your responsibility to answer, respond, call back anything pertaining office - korang tau tak? If you dowan that responsibility yang mana komunikasi korang nak sesukati je, silalah tanggung sendiri perbelanjaan semua tu.
Okay jap aku sambung. So bila email masuk ko tak baca, habis semua internal approval, requests tu stuck kat situ duduk dendiam. Barang kerja nak kena jalan. Ko paham tak?
Baiklah. Dah habis bengang aku tinggalkan kat sini. Jangan korang pulak naik bengang jugak. Sebab kalau ya tu, kira aku kesiankan je la sebab korang bengang. Aku dah okay dah hahahahaha.
Nak cuci gelas, nak blah. Lagi baik gi ambik Cik Adik balik sekolah. Balik rumah, duduk je la atas jamban tu lelama. Hahahaha.
Thursday, 26 January 2017
Mengapa Tak La Bukan
Watikah hari ini adalah...
Mak sakit kepala. I'm actually feeling down these few days. But I get that. Ironic sangat because it is in my personality trait. Senang bosan. Rasa sendu dalam hati. Macam tu. Mungkin it's because I have no one to fix. Coz I get better when I need to fix someone. That's how I roll.
Pastukan, korang perasan tak orang Melayu ni figuratively akan kerap mula ayat dengan, "Tak la..." or "Bukan..." bila kita tanya dia MENGAPA? Kita ni dari awal memang defensive note kan? Entah-entah korang pun tak perasan. Cer try. Ko tanya member sebelah meja tu:
"Ngapa ko nampak cantik hari ni?"
"Ngapa ko tak tukar matching kan henbeg ngan pakaian pakaian ko ni"
"Ngapa ko beli ketupat ni, bukan fruitloops?"
Acentulah.
Aaa acentu.
Kbai.
Tuesday, 24 January 2017
Penangan Abang Ri si Shukri Yahaya
Watikah hari ini adalah...
Aku miss tengok AJL31 baru ni. Entah kenapa ya... Oh. I didn't know got AJL and then ada pulak bowla bowla sepaks yang memang selepas berapa belas tahun kawin oso I kenot/dono understand.
So I play on the playlist on Spotify and there was the list of songs shortlisted for AJL31. Lagu Dayang Nurfaizah memang la terus membawa aku ke rumah Pak Samad masa Abang Ri defend Mia dengan kata-kata, "Dia ni isteri saya...," sebelum sambung dengan ayat-ayat ikhlas dia yang lain. Terus meremang bulu-bulu halus Mak ni... Ecececeh.
Sejujurnya, sebelum ni dalam list jejaka-jejaka yang suka diulit adalah olweis olweis olweis Gary Barlow. Gary was like, since I was a teenager. Then added on the list was Bradley Cooper. He's still on the list la. Cumanya sejak Shukri Yahaya ada with that character since 7 Hari Mencintaiku, merudum terus dedua orang terdahulu tu.
Hebat betul jejak Melayu ni.
Yang bila dia senyum, the whole room lights up with him.
Maybe it's the character. Maybe it's the whole story. Maybe it's his ability as an actor. Maybe some of the sentiments ada dalam diri dia. And when I think about it - no. When I feel about it, he reminds me of someone else sooooo familiar. Macam, it's like I know him. Like I really understand. Like putting my hand into his soul and knowing where to navigate. And again, maybe it's the character. Maybe it's the whole story. Maybe it's his ability as an actor. Maybe some of the sentiments ada dalam diri dia.
| Beautiful family they are, the Shukris. |
Ultimately after stalking pages, I understand. What makes him standout dari orang lain, dalam cerita, dalam lifestyle. He knows who he is. Dia ada jatidiri. He reminds me of the familiar.
I knew a man.
I know a man.
I am still learning.
I renew my knowledge of him every day.
#ihavegonesappy
#shukriyahaya
#tyaadnanislucky
#aairaameenahascoolparents
#itisonlytuesday
Mak membawa diri kbai.
Monday, 23 January 2017
Good Morning Monday
Watikah hari ini adalah...
Aku adalah sedang mengantuk tahap kurang ajar punya. Ye ye lah berpakat nak puasa keesokkan harinya, keesokkan harinya pulak dari subuh dah tala:
1. Scrambled eggs with cheese and beef strips.
2. Pulut panggang - 1.
3. Buah honey melon.
4. Buah papaya.
5. Black coffee.
It's 10.30am now.
*mata dah semakin kecik. pulak. tak patut betul*
Aaa. Dah takpelah. Dah selesai scrambled eggs tu yang perasan, eh lupa lak kunun nak puasa. Penuh sarat tetiba nak naik sah 'terlupa' pun aku rasa sedar diri untuk malu niat meneruskan puasa itu.
Tuesday, 17 January 2017
Learning: Coffee Press
Watikah hari ini adalah...
Aku berazam untuk menjadi seorang blogger kembali. Cecewah. Poyo kan? Takpe. Aku namakan konsep perangai ni sebagai Mature Poyoness. Terma berkonsep ukhwah with full Rouge One awkwardness and introversion. So you are welcome into my brain - if you're ready for it. See. Now you make me speak in English oredi.
Ya. Yang sebenar-benarnya I took time untuk kenali diri aku. Aku tau that I'm different than other people. I feel it. I know it. Tapi malas pulak aku nak share konsep kendiri aku tu. Yang tau tu, biar je la diorang tau. Sebab dah tak boleh cakap, aku dah tersalah cakap dengan diorang ke kan. That would be lying and God will strike me for it. Ececececeh.
Okay nevermind. Biar Mak buat impromptu review jap mandangkan Mak tengah minum hand-pressed coffee. Exotic je bunyi. Macam kucing hutan. Aw.
This is a coffee press.
![]() |
| Googled Image |
How it works is, masukkan ground coffee in the coffee press, put hot water in let the ground coffee duduk situ dendiam for like 5-10 minutes and then baru tekan ke bawah = ready to drink.
I found a nice explanation about HERE (How to Make French Coffee Press). It's quite comprehensive. Siap ada lagu bagai macam happening je minum kopi ni hahahahahaha. Really, it's a matter of survival ya - with or without coffee.
The kepekatan/kelikatan all depends on your liking. Usually letak 1 besar untuk 3/4 mug full of hot water - for me. For korang, itu sendiri kena adjust la kan.
So getting your ground coffee... biasanya aku beli Tesco Finest Ground Coffee. It's worth the money that you pay for. Sebab rata-rata amount berbayar is around RM30.00/pack. Sometimes you can get this lesser than RM30.00. But what's helpful is when the packaging tells you what to expect from the beans. Example adalah seperti dibawah:
![]() |
| It tells you Colombian Supremo is Sweet and Nutty. |
I usually take my coffee black.
If you want to beli coffee press, baik korang reload kad Starbucks korang dan beli coffee press korang kat situ. Untung-untung dapat grande sized drink, dapat donut ke. The price is around RM80.00-RM300.00 depending what you choose. Kalau tak, biasanya kedai-kedai yang ada gadget dapur akan ada jugak, cuma I don't know the pricing range. My coffee presser is brand BODUM.
Okay ni je for now.
Kbai.
Friday, 13 January 2017
Entry Pertama Tahun Ni - 2017
Watikah hari ini adalah...
Lama dah tak menulis ni. Lama sangat. I've lost momentum. Macam, bukan kata takde life. Ada life. Tapi fakta untuk aku menceceh tu banyak jadi omputeh all the time, you know. Isk.
A few nights ago, di malam hari yang panas semenjak dua menjak ni sedang kita nak menginjak ke Happy Chinese New Year yang baru ni, aku terfikir. Ngapa kita dapat ilham bila kita dalam bilik air. Masa mandi, masa meneran. Mengapa. Persoalan yang agak mendalam aku tak dapat jawab. Jadi baik aku ceritakan inspirasi aku masa air sejuk mencurah kat atas kepala aku waktu tu.
Eh lupa pulak apa aku nak cerita.
Haaaa... Aku dah lama decide tak nak buat apa-apa penulisan secara direct. Anak-anak pun dah semakin besar. Mak pun dah tak semereng waktu diorang kecik. Sekarang diorang yang jaga aku tau. Siap kadang tanya, "Mak, are you stressed?" sambil picit-picit kepala Mak kau yang tercengang jap coz like, "Ye ke? Aku stress ke sekarang ni?" dalam penuh keraguan tapi pastu sambil dah terasa sedap kena picit terus jawab, "Ha'ah, ada la sikit" (Mak korang ni puuuuun...). Diorang pun sambung jawab, "It's okay, Mak". Touching tak? Haaa... Baik punya Mak training anak ni.
Mak nak buat product review balik. Mak nak tulis blog Melayu balik. I need to keep myself inspired and keep reinventing myself. Jadinya, kalau ada la apa-apa barang yang korang nak aku tulis/review, sila beritahu. But then again, aku sedar diri yang aku ni dah lama tak menulis. Siapa je kot yang baca sekarang ni untuk sedar entry ni? Tak sedar diri kot hahahaha. Tapi aku sedar diri siapa diri aku bila aku teringat kat Shukri Yahaya hahahaha. Pastu cam tergumam jap sebab rupanya dia saudara Kak Pilla. Malu ler aku. Laki Kak Pilla tu confirm nampak song dedication Mak ni kepada Shukri Yahaya secara terbuka hahahahaha. Muka aku ngan bont*t sama je value sekarang ni hahahahaha.
Dah dah. Kalau ada tu, sila beritahu. Aku nak balik jap lagi ni. Nak hantar Cik Adik pi tolah. Cik Adik pun dah besar. Dia dah jadi Kakak Adik. Ni jap Mak belanja gambar Kakak Adik dengan adik dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Ni la adiknya dia. Namanya Golliwog.
Okay lah. Esok esok sambung lagi.
Silalah korang berdoa dapat momentum lagi ya.
Sekian.
PS: Happy birthday Ally Iskandar. Lupa pulak aku nak wish. Classmate lama. Tapi dia dah tak ingat kot aku yang mana satu coz confirm mesti ramai claim diorang kenal each other. Hihihi. Kbai.
PPS: Macam la mamat tu tau aku wish dia puuuuun...
Wednesday, 17 August 2016
Teka-teki
Watikah hari ini adalah...
Hembus habuk. Hembus habuk lagi.
*Batuk*
Hembs habuk sekali lagi.
*Bersin*
Ternyata begitu lama Mak tak pegang keyboard dekat sini. Mak lebih pegang pedang keyboard warrior hahaha. Setannya kenyataan itu. Sesungguhnya itu statement pelesu.
Yang sebenarnya Mak lama tak masuk sebab Mak sibuk dengan kehidupan ni. Abang Long, Abang Ngah dengan Cik Adik pun dah besar. Semua dah masuk sekolah rendah dan menengah. Bestkan? Sebab dari awal yang Mak bukak blog ni pun was in March 2011 kot (although I could've sworn it feels like 2010).
Dalam tempoh 6 tahun, I am grateful that part of their lives were documented here. The funnies that I see. And how not funny the things are if it happens now masa time diorang dah besar panjang. Semua pun dah besar. Konsep kelakar diorang pun dah lain. Macam baru ni time nak tidur yang sentiasa nak dilajak-lajakkan Abang Long (as usual...):
Abang Long: Jom kita main teka-teki. Kasut apa yang tak boleh dipakai?
Mak: Kasut kuda. - Tak
Cik Adik: Kasut kucing. - Tak
Cik Adik: Kasut burung. - Burung tak pakai kasut la Dik. Tak.
Cik Adik: Kasut anjing. - Hahahahaha. Mana ada.
**Cik Adik continues to name all other animals...
Abang Ngah: Kasut yang hilang. - Masih boleh pakai kalau hilang. Jawapan salah.
Mak: Kasut rosak. - Tak. Masih boleh sarung.
Abang Ngah: KASUT YANG BERISI NAJIS!
Hahahahahaha... Part ni memang Mak bantai gelak gila la...
Tapi korang nak tau ke jawapan teki-tekinya ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Jawapan: KASUT KHINZIR
Ya, saya setuju yang jawapannya adalah jawapan yang tak boleh blah. Baik lagi kasut yang hilang. Kan.
Okay, Mak dah hilang momentum sebab mentara aku sambung balik ni, it has been 2 hours. Dan Mak pun dah ngantuk sebab makan terlebih sudah akibat tekanan perasaan sambil bekerja ni hahahaha. Semuanya self-imposed.
Today is Abang Ngah's birthday.
Happy birthday anak Mak sorang ni.
Okaybai.
Thursday, 12 November 2015
Biru Mata Hitem Mak
Watikah hari ini adalah...
Today is the third day aku masih tak jumpa cimata. Dan mata aku adalah fefeeling strain from wearing glasses 10 years ago. Itu pun kira nasib la laki aku ada bilang bagitau told me yang got found my old glasses ni. At least the feeling is not as bad without it when I began masuk balik ofis ni. Mata memang rasa gila bab! tak boleh focus kat screen pada kadar lama.
So dalam senyap, tengahari tadi aku dah pi buat cimata pakej. Nasib baik power Mak tak melebihi 200. It's my astig yang cam harams. Reading dia lebih tinggi dari power yang lain. So pakej cimata kedai ni, ko kena topup cost kalau power lebih dari 200. Aku tanya jugak kalau lense astig wujud ke tak (sebab aku rasa ada tapi aku tak penah beli). Mamat tu kata kena order. Dah sama la jugak maksudnya kan - kena tunggu.
![]() |
| Credit Google HERE Opocot! Tanjat Mak ada orang pulak ambik gambar nih! |
Anyway, dalam tempoh 5 minit, aku dah pilih, try, buat eye test pakai mesen dan manual, dan terus booking untuk ambik petang ni.
Semoga sukses sebab confirm aku tau laki aku tak suka punya cimata tu. Dan kalau tak suka, maka itu perkara bolehlah disettle kendian. For immediate time being, all I know is that I need glasses of my own power secepat mungking sebab mata aku dah rasa gila strain with all variance.
Oklah dah bai.
Wednesday, 11 November 2015
Sengal Gila
Watikah hari ini adalah...
1. Aku tak jumpa cimata dari malam kelmarin. Semalam seharian tanpa cimata. Dan hari ni datang ofis tanpa cimata.
2. Pagi ni, aku realized aku kena UTI - urinary tract infection. I put a note, kena bawak air dari rumah untuk aku lebih berdisplin untuk minum air lebih kerap pagi ni untuk cuci pundi ittew.
3. So I got ready. Tapi aku terasa macam something missing. Then I told Cik Adik, "OK lah mak dah nak pegi keje ni." Dia jawab dengan muka tak pandang aku pun, "Habis tu, Mak tak payah pakai tudung ke?" Perghh.
4. Sebab kehilangan cimata, aku put mental note yang aku kena keluar lagi awal dari biasa. Aku drive slow (kalau kategori aku ni, secara tidak merbahaya dan cilok-mencilok), sampai opis pun awal - bagus. Aku hayak la kuih minum pagi yang aku jual kat opis tu sekali seperti biasa. Dah letak kuih kat pantry, sekali tengok tak bawak sepit kuih. Lantak le korang pilih pakai tangan ke, plastik ke... semua belajar pepandai kan? Pepandai la u'olls settle.
5. Sambil jalan ke workstesen, aku nampak sorang tu bawak sebotol air minum dia. Mak tak pack pun air tersebut untuk diri sendiri. Pepandailah Mak pagi ni ya. Sebab Mak lupa Mak ada UTI.
6. Dah sampai workstesen, kunun nak update la Fesbuk pasal cimata ni (sebab dah seminggu ni memang asik hilang cimata je. Tapi biasanya memang jumpa balik. Tapi ni tidak.). Korek henbeg sekali tengok henfon takde. Si lurus ni pun kol la henfon dia, Cik Adik yang jawab for me to ask the obvious:
Aku: Henfon Mak kat rumah ye?
Cik Adik: Tak tau.
Aku: Ye la kat rumah, sebab kalau tak, bila masa Cik Adik ikut Mak datang ofis tadi kan (sendiri jawab)...
7. Nasib baik ada WA web. Message je la sesiapa beritahu fon ada kat rumah.
8. Nampaknya mata aku ni semakin mengecil. Laki baru message kata ada spare glasses I had 10 years ago. So I'm going home to use that one and get my henfon back.
9. Dah tau ada UTI, yang aku pi bancuh air kopi dah kenapa? Habis minum pulak tu. Haih.
Nadia.Is.DonoWerLah
Friday, 6 November 2015
Langkawi Island
Watikah hari ini adalah...
And I found this:
But I tak didn't get la walaupun hati tu meronta mau...
Okay. Just that for now.
Nadia.Signs.Out
#ThrowBackThursday #OnAFriday
#Langkawi #LangkawiLagoonResort
#FamilyHoliday
#Getaway
Lama dah I tak post personal pictures (sebab hidup Mak personal sangat). But I found some photos this morning while mengombahing files in the ponpiter (computer). So this is #ThrowbackThursday for me on a Friday (coz I actually baru realised today is Friday [bongok perasaan ittew]).
We went to Langkawi around this time last year. Stayed dekat Langkawi Lagoon. A long time ago (8 tahun dulu kot) when we traveled to the island, we stayed dekat Langkawi Lagoon juga. But when we went last year, I suppose no maintenance had been done lah throughout our absence when we asked for the water chalet. Apart of that, the previous guest yang tinggal dalam bilik kitorang tu had actually boiled susu anak dekat dalam water boiler tu so it was very uncomfortable lah. Berbau, melekit, rasa unhygenic... Kita minta tukar bilik and got the upgraded newly furnished rooms instead.
But I didn't take the photos of the room.
What I have is gambar of the view that we have. So it was sepetang with the kids at the beach. I love the fact that it's walking distance je.
The view is the cantik and calming. It smells like the sea - salty. I appreciate that sebab some beaches sekarang ni ada yang dah tak ada bau macam laut walaupun ia adalah tepi pantai.
Treading steps mengejar Abang Long. Mak pulak sibuk sampai tak perasan diorang bawak Mak ke mana. Masih mengagau guna phone baru jam tu. Ingat pulak aku ni ya.
Rupanya next to it is perkampungan nelayan. Or tempat orang sidai bot nelayan diorang. Apa-apa pun, seronoklah sebab bukannya hari-hari dapat holiday boleh tengok perkara tersebut semua.
Abang Ngah terus berusaha kutip seashells yang mana afterwards Papa told him he cannot bring back any of them because we go to visit and preserve the nature; not to kutip any other thing balik - even if it is for Nenek; bikos Nenek tak folo pegi holiday ni.
So we head back to the hotel. Nak siap nak keluar. Nak pi carik makan. Tengok-tengok apa lagi ada kat Langkawi.
And I found this:
But I tak didn't get la walaupun hati tu meronta mau...
Okay. Just that for now.
Nadia.Signs.Out
#ThrowBackThursday #OnAFriday
#Langkawi #LangkawiLagoonResort
#FamilyHoliday
#Getaway
Thursday, 22 October 2015
A Little Benadryl in Life
Watikah hari ini adalah...
I am, as person, is like a dose of Benadryl. It's either you get a strong dose of the ubat, the ubat is ignored or it will put you to sleep.
Yes, sincerely and truthfully, I am an extremely boring person. I don't even post photos or nak tulis pun ikut bila ada rasa je. And I actually have more than 3 blogs that is random to fit what I feel at that time of writing. When I am almost pure to myself, I communicate in English. Maybe that's why I am more direct as a person. Like, if you are sick and just sitting there looking at me, I will offer you ubat lah. I give little-little. But if you need higher dosage, I will give oso.
But here's the thing. Not everyone can see, face or understand what they think they are facing because judgement and own personal strength (weak or egoistic) clouds and overwhelms them. So if the area is familiar, I will help to guide you. But you will need to get through the stormy seas yourself. Bikos no one else can do that for you. The sea is your own emotions and the ship is your own being.
The ride will be rougher when you start complaining about the things that makes your ship rocky and start blaming everybody else on the weather, the rocks, the birds that poop on your ship among every other thing.
Then I question:
1. Do you want to get through this storm, or do you want to stay there and just blame everything else?
My support: I listen, filter and sift through nonsense and shortcuts. I will tell you what I assess through, quite straightforward.
2. Don't you want to see what is broken on your ship that is making you feel impaired to move?
My support: We approach it depending on your behavioural feedback. The more your struggle, the more direct my responses be. We don't need laces and vibrant paint colours to fix the ship. We need wood, panels, nails and hammers. Nobody said this process is easy. But I will help support you.
3. Let us identify what is broken and we get it fixed.
My support: But I'm not on the ship. You are. I will help guide you so you know how to fix yourself the next time around and be proud of this knowledge.
I am sorry that I'm not diplomatic. Whenever I try, it becomes something else tiresome because it doesn't fix the problem. It only buffers it and may divert to turn into another problem, or a whole length of it.
It takes years to undo self, and years to learn/implement new habits. It takes a lot to ACCEPT and EMBRACE yourself. To FORGIVE self, and accept your self-flaws. To FORGIVE everyone else that has come across your path. I never said this was an easy. But you've got to stop blaming other people for your own life's failure. You always have an option to get help. But be sincere in wanting to change. Identifying what to change. And making effort to improve your life.
This is just how I feel.
This is just something from me.
If only some people are able to see the views of other people instead of blaming how wrong and negative people who are trying to help you.
There is no such things as coincidence. God puts the right people in your path, for you.
Nadia.Is.Serious
Wednesday, 21 October 2015
Wordless Wednesday: Comprehensive Breakfast Recipe
Watikah hari ini adalah...
Despite the terrible haze at where I am IPU 211 as at 7:00am, Mak tetiba had great energy to make complicated things for breakfast on a working weekday.
I made bun with egg, beef strip and parmesan cheese. I don't know what you want to call it. But I would call it Comprehensive Breakfast. Tinggal takde sausage je. Hehe.
Instruction:Preset your oven at 170-180 celcius.
Ingredients untuk 1 unit:1 Beef Strips / Breakfast Strips / Lamb Slice etc
1 Sudu Besar Parmesan Cheese in Strips (potong panjang-panjang macam mozarella korang tabur atas pizza tu kan)
1 Bun untuk burger pun boleh
1 Biji Telur
Aluminium foil
1. Korek bun tu belah atas. Motif, nak jadikan bun tu jadi macam mangkuk.
2. Lipat aluminium foil tu keliling bun tu.
3. Letak Beef Strip dalam bun.
4. Letak Parmesan Cheese atas Beef Strip tu.
5. Letak sebijik telur atas semua tu.
6. Masukkan dalam oven. Set timer to 20 minutes.
Dah siap. Jangan lebih 20 minutes sebab nanti telur tu jadi keras. Let it cook outside by itself.
Then I also made salad. Bikos hasben tak suka feta cheese, I made salad using Oakleaf Salad dengan roasted sesame dressing, dan campakkan beef strip dalam tu sekali. Okay jugak.
I made mine, with feta cheese. That's what I like best.
![]() |
| My Comprehensive Breakfast and Oakleaf Salad with Feta Cheese |
Some how today, I also saw Nasi Goreng Kampung. Bau cam, janji dapat semulut pun jadi la. Jadi ambik sekampit.
![]() |
| Cik Yon's Nasi Goreng Kampung |
Lepas tu lupa yang tengahari ni nanti ada orang nak ajak belanja lunch.
Perggghhh... So pompuan, apa yang ko nak buat dengan mekanan ni semua sekarang?
Nadia.Is.Speechless
Tuesday, 6 October 2015
Maju Mundur
Watikah hari ini adalah...
Lama dah Mak tak tulis. Mak takde perasaan yang harus diluahkan ke? Terer je bunyi - very the controllable (oh really?). Maybe. Mungkin jugak zaman penghinaan terhadap diri sendiri pun telah berlalu. Sarcasm pun hanya dikeluarkan mengikut demand. Very the economic pull factor.
The haze has been pffft. Pffft pffft pffft. Sekolah pun on off. Belum cerita Mak punya PMS where the hormones has gone waaaaaay crazy and made me feeling some kind of withdrawal syndrome, needing anger management, hospitalisation and needing to go on a 3-month holiday. Selera makan pun cam haram. Ko jangan citer la. Mood ke laut, ke darat, ke udara dan maju mundur maju mundur begitu. Yang paling seronok adalah orang kat rumah la. Mengeram Mak di situ situ. Pastu semua baling confetti, World War Z dengan segala zombie, peperangan remote control, pakaian basahan dan peralatan belajar melayang dari sana ke situ dan situ ke sana. Mak mengeram. "Quiet la..."
It has been very the dreaded la. So I, am going to go and get myself a good self-reward lunch for the effort I made in the ofis. Supaya when I come back to work satgi, I will still be able to feeling-feeling good about myself. (Jangan aku tertido la kan. Hahahaha. Itu parah.)
So okay la babai.
Nadia.Is.Beautiful (Yes, I am!)
Monday, 13 July 2015
My Choice of Meat
Watikah hari ini adalah...
On my normal days, I would like to have Chili's New York Strip. It's lagi sedap dari TGIF or Tony Roma's. Ini adalah mengikut panduan hasil tekak akak ni la. But today, I still can't get over the Rib Eye Steak by Jibby & Co in Empire, Subang Jaya.
Portion dia memang besar gila bab yang Mak tak sangka dan tanjat sungguh Mak pada hari itu. But the impossible happened. It was good that I actually finished it. Despite the fact that I shared a little with Abang Long by cutting into small pieces.
![]() |
| Photo Credit: Googled |
The steak was served dengan 2 jenis sauces. One was like cheezy and the other was barbecue-ish pedas kinda sauce. I just like it plain. Sebab yang barbecue-ish tu macam pedas. Yang cheezy tu, boleh la. Similar to carbonara sauce taste.
Hey, I am a plain kinda girl. I like my steaks with salt and pepper. Herb butter and a little bit of black pepper sauce.
Rezeki aku dapat mencuba sebab orang belanja. Harga serving (please brace yourself here) is RM75.00 per plate. But you know what? Next time oso, this steak will the reward for myself once every 6 weeks (cecewah beso beno hasrat dihati ya). So at least I can put aside RM13.00/week. Hihihi.
And Nadia goes merepek...
Monday, 5 January 2015
Punca Sakit Bahu dan Leher
Watikah hari ini adalah...
I spent the whole week dengan sakit leher dan bahu. I also have toothache yang on and off that has been around for a couple of weeks. The neck and shoulder acher bermula dari Isnin lalu. Dan berurut pada hari Rabu for relief. Dah berapa hari dah aku berkoyok Panaflex.
Mentara Khamis masuk ke Jumaat, aku dah mula pening-pening dan kesukaran untuk fokus dan bernafas. Terus aku half day, pergi ke trusted reflexology centre for consultation sebab kakak urut aku tu pergi shopping bunga. Memanglah terus aku berbunyik pada akak tu, "Pe ke benda akak pi beli bunga pulaaaak.... Orang kesakitan ni..." Tapi Mak yang terperanjat sebab kena sergah balik oleh akak tu - "HEH!!! Sukati aku la nak pi beli bunga ke idak!"
Secara otomatik, mulut Mak tersedut dan pelan-pelan ia membuahkan moncong yang keluar sedikit demi sedikit ketika mendengar akak urut tu sambung bercakap, "Dah orang mintak nak mandi bunga, aku memilih le bunganya ni... Ko pi balik rehat dulu. Nanti petang-petang we calling-calling." Tanpa berjuih. Tapi Mak tak boleh dah sebab fokus memang dah out. So teruslah mudik ke tempat lain.
Towkey kedai kata kena bikin 2 jam body. Yang aku pilih (I called the place earlier but spoke to someone else), 1 hour body massage and 1 hour kaki, adalah tak kena dengan apa yang aku alami - "Sebab you sakit leher; itu kaki tak sampai mana you sakit" - DUH sangat perasaan itu bila Towkey cakap begitukan... Touching sangat rasanya. Mak kan kurang oksigen yang takde fokus untuk logik. Tapi Towkey pun kata, sebab urat aku dah masuk angin, jadi sudah constrict my blood flow and it effects breathing. Jadi, memang timely lah I suppose.
Masa urut to mula, memang aku rasa macam... You know when you keep wanting to put yourself to sleep but you find that you are more awake each time? Ha. Macam itu lah. Nak pensankan diri sebab sakit tapi gagal. 2 jam tu. Nak cakap dengan minah tu pun tak perlu subtitle atau alih bahasa suara. Yang aku tau dia gelak je setiap kali aku meraung kesakitan atau setiap kali aku gelak kekuat untuk meredakan tanjakan dia itu. But at least I could move my head again.
Then bila balik rumah, kakak aku kata, "Rasanya ko sakit leher ni pun sebab sebenarnya ko sakit gigi. Aku penah kena ginik. Gi klinik, doktor badan, dia kata aku sakit gigi. Sekali tengok dia betul. Agaknya ko pun kena sama kot ni."
Aku cam... logikal ke. Tapi aku pulak dah sakit badan kena bedal ngan tukang urut tu. Macam logik tapi aku takleh pikir. Sebab tetiba je gusi gigi kepala aku mula berdenyut gila punya. Sakit yang overall. Gigi aku terasa senak sampai ke all about the base (about the base). Cari paracetamol tak jumpa, apatah lagi ponstan. Sekali terjumpa codein. I got it masa I removed my wisdom tooth a month ago. Telan terus. Tapi denyut tak hilang. But eventually I drifted off to sleep selama setengah jam.
Walau bagaimanapun lepas tu je aku terus jadi werewolf sebab ada orang call aku sergah kata macam aku ni asik tido je keje. Dah aku balik dari berurut tu pun dah dekat pukul 6.00pm lebih. Nak rehatkan badan yang terlanyak tu lagi. Memamahkan logik sakit gigi boleh buat bahu ngan leher aku sakit dengan urat tersimpul sampai pening-pening short circuit. Sukati apa lah yang aku mampu nak settle la kan. Aku yang sakit, bukan ko. Teruslah "WTH!!!". Tahun ni mak mencurut sopan sikit.
Terus Mak jadi ghost story. Naik antoo. Tangan laju je kat android. Dah kata tak sihat. Nak bukak pencak silat, Mak tak mampu.
Terus Mak jadi ghost story. Naik antoo. Tangan laju je kat android. Dah kata tak sihat. Nak bukak pencak silat, Mak tak mampu.
| Marceline ni memang comey Memanglah Mak rupa macam ni sewaktu kejadian itu berlaku Cantik memang kena menten at all times |
But so far Alhamdulillah okay lehernya dah masuk 3 hari ni. Walaupun dari semalam aku mula ada rashes dan gatal-gatal kat tempat yang aku penah letakkan koyok Panaflex tu. Mandi pun keluar merah je. Ni kes nak kena gi GP pulak... Entahlah aku ni.
Jadi marilah mendoakan agar aku dapat appointment dengan klinik gigi aku tu hari ni sebab aku dah tak tahan lagi...
Nadia.Is.Gatal-gatal
Wednesday, 3 December 2014
Exercise Tanpa Sengaja
Watikah hari ini adalah...
This morning I woke up to cat poop. Yeay... *throwing confetti* So clean the mess up with this speed motor mouth going yang lepas tu semua anak pandai nak settle sendiri diri sendiri. Tak payah suruh, dah mandi nox.
So I cleaned up the mess and letak semua najis dalam plastik sampah. I made Abang Long go take the cat poop out. Bila tanya dia letak kat mana, he said kat luar rumah, tempat sampah. Fine.
After that I hantar anak pi sekolah for kelas tambahan. Came back home and saw where Abang Long put the najis - di luar rumah, kat tempat sampah kan? It was 1-kaki di atas jalan raya depan rumah. Best tak bila najis tu digilis walau berada didalam beg plastik? Macam belon najis. Grrr.
Lepas tu Mak nak keluar rumah. Ternampak pulak anak neighbor yang special. Dia kurang upaya where Special Boy's motor skills lack dari orang normal. Dah pulak depan mata Mak ni, Special Boy ni kutip gunting yang tersadai kat depan anjung rumah (entah bila bebudak ni tinggalkan kat situ), sambil pegang sekampit besar Mamee. Apa lagi, aku kejar la dia. Gunting tu beb. Kalau dia hurt himself ke nanti. Gua kejar beb. Sedar-sedar je dah sampai rumah Special Boy terus ke dapur rumah dia. Mak cam... tergamam sendiri sebab... Mak dah kejar dia sambil berkaki ayam. Budak tu pun sampai terperanjat, dengan sekampit besar Mamee dia pun terjatuh kat tengah jalan raya tu.
I saw la his aunty. I said, dia ada gunting. Aunty dia templak, "Awak pergi rumah orang ambik barang lagi???!!!" Aiyo. DIA ADA GUNTING tau. Kita tak kisah dia suka datang rumah nak reccee apa barang mau bawa pulang pun. Special Boy suka pinjam scooter kaki Abang Long. Siap simpan dalam bilik tido rupanya. Tapi esok dipulangkan semula. Macam tu. But since Special Boy was already at home and I dah highlight pasal gunting tu 3 kali, then done lah.
Then I left for work. Got to the office and this happened:
1. Car to workstesen.
2. Tertinggal fon dalam kereta. Workstesen to car. Car to workstesen.
3. Nak buat kopi. Workstesen to tempat air.
4. Tertinggal botol air. Tempat air ke workstesen.
5. Pegi ambik air. Workstesen ke tempat air. Tempat air ke workstesen.
| Gilo seksi kaki Mak tadi... fuh Photo Source: Google |
Oh life is interesting.
Okbai.
Nadia.Dah.Exercise
Monday, 24 September 2012
Gambar Raya 2013 - Ep.1
Watikah hari ini adalah...
I have finally compiled some pictures dari raya. Tahun ni beraya di Kuala Terengganu.
Aku tak ingat kat mana ambik gambar ni. Tapi macam dekat final toll of the highway. Jangan tanya. Haha. This is what happens when you become co-pilot and slept most of the way there! Sungguh tiada functionality lagi-lagi bila semua jalan reramai.
| The parit at the toll. Hihihi. |
| The Boss - Ayah Long (Sukalah tu!) |
| Abang Long yang baru bangun and baru mula demam panas. This was the beginning of the bersiri (for the next 3 weeks of Syawal). Alhamdulillah, dia dah sihat sekarang. |
| This is MY BOSS! (Penyayang lagi penyabar orangnya...) |
| All the kids were well asleep most of the drive. Kita mula jalan pun pukul 3.32 pagi. |
| Abang Ngah.Is.Cute |
Then we finally arrived at the destination - Rumah Tok Teh. Then the kids got bizi. Pokok rambutan menjadi sasaran. Macam tak penah tengok pokok lah a.k.a. perak. Dan macam tak penah jumpa harmonica. Tapi ni harmonica otai punya. So, ada tukang collectors, ada tukang penghibur.
| Nampak sangat perempuan je yang memang semulajadi rajin buat kerja! Haha. |
| Yang ni... Aku dah total lost - tatau citer. Laki akak yang amik gambar ni. Akak bizi, nyuci barang kat dapur dengan AJK Dapur Unplugged. |
![]() |
| The Kids Outside Having Fun! |
![]() |
| Then this was the hidangan untuk malam terakhir Ramadhan. Yes, memang pelbagai. Bizi akak tu. Tertonggeng-tonggeng susun kuih-muih yang pelik lagi jarang dijumpai. |
![]() |
| The anak daras, and the bapaks sedaras dan the tengah bersaudaras... |
![]() |
| My parents-in-law in action dalam pemberian angpow kat sejuta kanak-kanak yang ada dalam rumah itu. Mereka, dan mereka yang perasan mereka masih lagi kanak-kanak yang inesen. Hihihi. |
![]() |
| Ini with first and second cousins all around. Memasing tak kenal. |
![]() |
| Family photo of the families je yang balik Terengganu. Adik No.5, unfortunately, tak terjumpa pulak gambar diorang in their family of 3. |
![]() |
| My attempt of making this photo classic. |
![]() |
| Ni compilation of gambar makcik-makcik and pakcik-pakcik. Range umur dari junior hingga pangkat otai. Hihihihihi. |
Okaylah. Ni je yang ada for now.
Salam sayang dariku yang begitu berusaha semalaman.
Nadia.Memang.Comel
Subscribe to:
Posts (Atom)
7 Tahun
Watikah hari ini adalah... My goodness. Lama gila tak teringat at this blog. I wonder if people still visit here, lol. So, by now, a lot ...
-
I tried something new. I finally got to wax my underarms for the first time, professionally done, a few months ago. It felt lovely knowing...
-
Watikah hari ini adalah... Welkam 2020. Pelbagai jenis emosi berbait, berbolak-balik dalam tempoh berapa bulan ni di tanah airku M...
-
Watikah hari ini adalah... My goodness. Lama gila tak teringat at this blog. I wonder if people still visit here, lol. So, by now, a lot ...


























