Showing posts with label tulisan ketika bosan. Show all posts
Showing posts with label tulisan ketika bosan. Show all posts

Thursday, 29 August 2019

Isi Hati

Watikah hari ini adalah...

On some days I don't know what I do. Maybe my sole purpose here is to sit and absorb all excessive energies and go home feeling flat for no reason at all. Or perhaps it's like this line I came across yesterday:

Bila kerja tapi tak tau kau buat apa sehari. Itu bermakna kau buat kerja dengan ikhlas. 

Ye ke? 

But I have this base neck headache. I'm taking so much daily medication that I've opted to additionally take on vinegars in my diet. So takde buat benda lain sekarang ni. If I'm not sitting somewhere, I'll be sitting on the jamban. Cam kesian kat aku hahaha. But it's a good thing. At least it's cleansing me.

I need change. 
Sometimes it feels tiring to remain in the same emotional crater. 
Ye, crater. Duduk situ sensorang, pastu bom diri sendiri. Repeat. The life of an INFJ. #tetiba

Pendosaan terhadap diri sendiri tau #beingINFJ. Tak tau cemana nak explain dari pangkal. Yang aku tau aku tengah migrain sebelah mata kiri sekarang ni. Banyak kali sangat keluar masuk pagi tadi ni. Biasanya aku duduk dendiam je dalam opis dari pagi sampai petang time nak balik tu. Tak tahan silau. 

I really need celak hitam sekarang ni. Tapi beg mekap tertinggal kat rumah pulak. Takkan nak pakai orang punya. Tak selesa kot nak pinjam2 bab2 menyentuh body liquid ni. Air mata, kan.

So I'm thinking about what I need. Travel to see all green green. Like New Zealand, Ireland... Go to Australia only to pray hard-hard I get to meet Travis Fimmel, take photo, talk-talk, have dinner, go fishing, do everything with each other everyday hahaha. Hilang pedoman nampak... Melampau-lampau kau ya, perempuan. Tak sedar diuntung. Apa lagi yang tak cukup kau ada? [dengan suara kecik] tak cukup bersyukur... Hahaha...

Actually kan, travelling just somewhere with your family unit is just right. It's deflating when it's just you and then your kids telling you, "See Mak, I told you it would be better if with Papa bikos he'd know where to go/what to look for (basically ada la direction)," for whatever reason. I, being Mak, of course kenot deflate too much. So I tell them, "Ah laidat nemind la. You wait je la for your Papa then each time want to jalan-jalan". Terus time tu tarik balik kata-kata mereka. Sebab Papa bizi. Nasib baik sedar. Tak kenang diuntung. Macam Mak kau jugak hahaha.

Laidis la. I oso walk like crab. So who am I to say so many-many things about things I oso dono about? All I have is Ricky Gervais in my head doing voice over with Philip Phillips songs in the background of my head today. 

Maybe I can plan a trip to Langkawi. For a trip to the beach.
Just dono when.
So sad. Okay la, I want to go cry a bit. 


Related image
I change my mind. Redang Island oso can.



Sadness to grieve whatever is balance inside. Wrench it out I can have space for better things ahead of me. 

Okay la. Bye. 


Thursday, 5 October 2017

Sampai bila?

Watikah hari ini adalah...


Korang create group satu sekolah tapi masih berpuak pada umur 40-an.

...Nak tanya la...

...korang ni dah habis sekolah ke belum?


Zoom in TMZ, ET ni. Tanjat ke u'olls...???

Haaa cepat confessionnya je la korang...
Dah berapa kali dah korang stay sana repeat paper SPM?
Tahniah diatas kegigihan tersebut.
Nanti time koko jangan pulak nak singgah rumah Mak buat jadi rumah singgah.
Mak takde rumah sebab Mak wanita berkerjaya kei...



Really sincerely sangat. Coz I've left it 24 years ago.

xoxox

Mak Tombak

Wednesday, 8 February 2017

Ke Laut China Selatan aku hari ni

Watikah hari ini adalah...

Pagi tadi aku takde la rasa stress sangat. Tapi bila ia menjangkau jam 10pagi dan ke atas, dan ke atas, meter reading tekanan aku semakin naik. Slowly but surely gitu. Slow passola lambat laun sampai jugak.

Jangan konfius. Ni la Yahama PASSOLA. Dia macam, ong ong gedek gedek gedek.
Orang tahun 1980-an je paham kot.


Nak aje rasa jujur beritahu apa yang berlaku. Nanti jujur pulak korang kata, "Ek eleh minah ni. Semua tak betul, dia sorang je betul #apahell?" Haha. Ya, takpe, aku dah pikirkan dah untuk korang ni karangan ayat korang ke sesuatu yang begini.

Bila ko kerja, tolonglah:

1. Take note tarikh, masa, dan tempat untuk bermesyuarat. 

2. Hantar/block meeting calendar dengan orang-orang lain yang terlibat. Kalau pun sekadar ko nak invite tahap geli-geli je, tolong prompt beritahulah via separate email atau WhatsApp message ke mahupun SMS. Sebab kadang bila diorang dah terima calendar, diorang dah tak reti mana nak cari balik info meeting sampai la alarm kata orang tu nak sampai lagi 15 minit tu keluar. 

3. Bila ko tetiba kena outstesen, tolong la plan betul-betul.

Aku sekarang ni rasa cam taji orang sebab seriously aku dah plan nak buat kerja admin/purchasing hari ni. Nak kasik clear semua outstanding dan nak raise request to purchase - HARI NI. Bukan esok, sebab esok cuti Thaipusam dan takde orang kat opis kecuali Pak Guard tapi takmo pun aku datang kerja walau ada dia kat situ. Then kalau tidak paling busuk pun hari Jumaat lah.

Akhirnya semua tu terpaksa ditangguh sebab:

1. Kena buat write-up. Dan kena minta tolong orang lain untuk rapikan design yang aku dah buat guna Word gara-gara tukar komputer baru dan diorang dah block dari download Photoscape (the only thing I know to use) dan Paint telah merudumkan visual otak Mak ni sebab tak dapat buat apa yang Mak nak.

2. Tetiba kena cari schedule logistics. Lepas tu ditanya, "Ni je ke connection yang ada?" Boleh jugak kalau nak buat jadual sendiri. Hado je... Jap, meh sini aku buatkan. Nanti kita tengoklah ko tunggu transport kat situ 6 jam secara sia-sia belaka. 

3. Pastu tetiba nak bawak prezen pulak. Dah merapu nak kena cari barang. Had to go through all the internal processes and going from block to block. Dah dapat barang, nak pulak jadikan barangan jadi hamper - aku terima request ni melalui email ya, bukan verbal dengan cara yang sweet-sweet je. Tau tak ia telah menjadikan aku hampa? Nak mencari bakul kat mana? Hampes jadinya... All I could think about was, "I need to get the shreds for the hamper from my shredder" - like, WTH?? 

So at the end of the day, result pekerjaan adalah hampeh kan...

And then now tetiba ada pulak yang beriya suruh aku buat proposal untuk mendapatkan harga tiket penerbangan (dari semalam sebenarnya), bila-bila aku free; tapi dah tanya secara BERSAHAJA sebanyak 5 kali dari semalam ke hari ni, sehingga dia duduk betul-betul belakang aku when boleh je ko Google sendiri website for a figure. 

Berikutan dari pertanyaan tersebut, setelah terjadinya kejadian kejar-mengejar prezen tersebut, tetiba aku dapat email yang PROPOSAL mengenai penerbangan tersebut perlu siap pada hari Isnin. 
*krik krik krik* 
Proposal kot. 
*krik krik krik*
Senin kot ye. 

Hek eleh. Confirm la Senin tu dah kena ada. Jadi Jumaat aku pun dah ke laut jugak la. Agak la kan. Dah hari pun aku dah bergelumang dengan Laut China Selatan. #apahell kan. Floating in the sea looking for prezen and bakul and wrapper and shreds from my shredder. Hahaha. Bongok.

So gini lah... Aku nak mengingatkan kepada diri sendiri bagaimana hari-hari aku boleh tidak berjaya mencapai apa-apa target. Berkaitan dengan kejadian seperti hari ni. Ke laut floating sensorang. Lagi best kalau aku lock myself in the jamban dengan henfon full bar. Duduk sampai kematu jubor tu. Janji segala King's Saga tu aku menang.  

In short, tolong ler paham bila payment request aku drag, bila barang purchasing aku drag, bila name card korang-korang ni tak sempat aku siapkan untuk request for printing... Dah la banyak red tape. Dah la ada je orang yang tak nak baca email, tak baca mobile messages, tak angkat calls walaupun semua tu company dah provide.

Clause: Kalau company dah tanggung henfon dan bill, you are obliged to and it is your responsibility to answer, respond, call back anything pertaining office - korang tau tak? If you dowan that responsibility yang mana komunikasi korang nak sesukati je, silalah tanggung sendiri perbelanjaan semua tu. 

Okay jap aku sambung. So bila email masuk ko tak baca, habis semua internal approval, requests tu stuck kat situ duduk dendiam. Barang kerja nak kena jalan. Ko paham tak?

Baiklah. Dah habis bengang aku tinggalkan kat sini. Jangan korang pulak naik bengang jugak. Sebab kalau ya tu, kira aku kesiankan je la sebab korang bengang. Aku dah okay dah hahahahaha.


Nak cuci gelas, nak blah. Lagi baik gi ambik Cik Adik balik sekolah. Balik rumah, duduk je la atas jamban tu lelama. Hahahaha.


Tuesday, 8 December 2015

Redundant

Watikah hari ini adalah...

Engkorang pernah tak rasa apa yang whatever you guys are doing is completely redundant?  But then again, engkorang tau tak apa maksud perkataan REDUNDANT itu?  Jap, Mak Google jap for you okay.


But this meaning dalam Bahasa Malaysia adalah tidak tepat.  Lain sebenarnya maksudnya.  Terperanjat jugalah kita bila tengok ini hasil translationnya dari BI ke BM.  

Tidak.  Memang tidak matching sebab for me, perkataan REDUNDANT adalah kurang lebih emotional rasanya.  Ada dengan perasaan dalam penggunaannya.

Can you see why I kata tak sama weightage maksud perkataan REDUNDANT ni?  


No longer useful = waste of time on effort --> with or without appreciation just bikos it is no longer useful. 

That's all I understand. 

And I understand yang aku sedang experience a different kind of struggle right now.  Just doakanlah I get through it tanpa emotional stress yang mampu untuk menggapaikan Mak dengan masalah kesihatan kemudian hari.

Baiklah itu je.



Nadia.Is.Redundant


Thursday, 12 November 2015

Biru Mata Hitem Mak

Watikah hari ini adalah...

Today is the third day aku masih tak jumpa cimata.  Dan mata aku adalah fefeeling strain from wearing glasses 10 years ago.  Itu pun kira nasib la laki aku ada bilang bagitau told me yang got found my old glasses ni.  At least the feeling is not as bad without it when I began masuk balik ofis ni.  Mata memang rasa gila bab! tak boleh focus kat screen pada kadar lama.  

So dalam senyap, tengahari tadi aku dah pi buat cimata pakej.  Nasib baik power Mak tak melebihi 200.  It's my astig yang cam harams.  Reading dia lebih tinggi dari power yang lain.  So pakej cimata kedai ni, ko kena topup cost kalau power lebih dari 200.  Aku tanya jugak kalau lense astig wujud ke tak (sebab aku rasa ada tapi aku tak penah beli).  Mamat tu kata kena order.  Dah sama la jugak maksudnya kan - kena tunggu.  


Credit Google HERE

Opocot! Tanjat Mak ada orang pulak ambik gambar nih!



Anyway, dalam tempoh 5 minit, aku dah pilih, try, buat eye test pakai mesen dan manual, dan terus booking untuk ambik petang ni. 

Semoga sukses sebab confirm aku tau laki aku tak suka punya cimata tu.  Dan kalau tak suka, maka itu perkara bolehlah disettle kendian. For immediate time being, all I know is that I need glasses of my own power secepat mungking sebab mata aku dah rasa gila strain with all variance.  

Oklah dah bai.


Wednesday, 21 October 2015

Wordless Wednesday: Comprehensive Breakfast Recipe

Watikah hari ini adalah...

Despite the terrible haze at where I am IPU 211 as at 7:00am, Mak tetiba had great energy to make complicated things for breakfast on a working weekday.

I made bun with egg, beef strip and parmesan cheese.  I don't know what you want to call it.  But I would call it Comprehensive Breakfast. Tinggal takde sausage je.  Hehe.

Instruction:Preset your oven at 170-180 celcius.
Ingredients untuk 1 unit:1 Beef Strips / Breakfast Strips / Lamb Slice etc
1 Sudu Besar Parmesan Cheese in Strips (potong panjang-panjang macam mozarella korang tabur atas pizza tu kan)
1 Bun untuk burger pun boleh
1 Biji Telur
Aluminium foil
1. Korek bun tu belah atas.  Motif, nak jadikan bun tu jadi macam mangkuk.
2. Lipat aluminium foil tu keliling bun tu.
3. Letak Beef Strip dalam bun.
4. Letak Parmesan Cheese atas Beef Strip tu.
5. Letak sebijik telur atas semua tu.
6. Masukkan dalam oven. Set timer to 20 minutes.
Dah siap.  Jangan lebih 20 minutes sebab nanti telur tu jadi keras. Let it cook outside by itself.

Then I also made salad.  Bikos hasben tak suka feta cheese, I made salad using Oakleaf Salad dengan roasted sesame dressing, dan campakkan beef strip dalam tu sekali. Okay jugak. 

I made mine, with feta cheese.  That's what I like best.


My Comprehensive Breakfast and Oakleaf Salad with Feta Cheese


Some how today, I also saw Nasi Goreng Kampung.  Bau cam, janji dapat semulut pun jadi la.  Jadi ambik sekampit.


Cik Yon's Nasi Goreng Kampung

Lepas tu lupa yang tengahari ni nanti ada orang nak ajak belanja lunch.

Perggghhh... So pompuan, apa yang ko nak buat dengan mekanan ni semua sekarang?  



Nadia.Is.Speechless


Tuesday, 6 October 2015

Maju Mundur

Watikah hari ini adalah...

Lama dah Mak tak tulis.  Mak takde perasaan yang harus diluahkan ke?  Terer je bunyi - very the controllable (oh really?).  Maybe.  Mungkin jugak zaman penghinaan terhadap diri sendiri pun telah berlalu. Sarcasm pun hanya dikeluarkan mengikut demand.  Very the economic pull factor.

The haze has been pffft.  Pffft pffft pffft.  Sekolah pun on off.  Belum cerita Mak punya PMS where the hormones has gone waaaaaay crazy and made me feeling some kind of withdrawal syndrome, needing anger management, hospitalisation and needing to go on a 3-month holiday.  Selera makan pun cam haram.  Ko jangan citer la.  Mood ke laut, ke darat, ke udara dan maju mundur maju mundur begitu.  Yang paling seronok adalah orang kat rumah la.  Mengeram Mak di situ situ.  Pastu semua baling confetti, World War Z dengan segala zombie, peperangan remote control, pakaian basahan dan peralatan belajar melayang dari sana ke situ dan situ ke sana.  Mak mengeram.  "Quiet la..." 

It has been very the dreaded la.  So I, am going to go and get myself a good self-reward lunch for the effort I made in the ofis.  Supaya when I come back to work satgi, I will still be able to feeling-feeling good about myself.  (Jangan aku tertido la kan.  Hahahaha.  Itu parah.)

So okay la babai.




Nadia.Is.Beautiful (Yes, I am!)


Monday, 27 July 2015

Muntah Jap

Watikah hari ini adalah...

Boleh tak nak merentan sekarang ni?  Okay, Mak tau dah lama kita cuti panjang beraya...  Bukan takmo ambil pusing masa bulan puasa hari tu.  Pusing jugak.  Tapi Mak reti la gak nak hagak-hagak takat mana Mak larat nak pusing kan...

So sekarang ni, ada la si mangkuk ni bila aku tegur persiapan Item A dia.  Aku tanya la kenapa ia disiapkan begitu.  Dia kata dia tak penah tau pun, tak penah dibuatkan isu sebelum ni (of course saying aku le yang paling pandai sangat dalam donia kot pada hal ia telah tertulis dalam buku oredi sejak sebelum millenium kot).  Lepas tu insinuate macam aku yang insinuate dia nak gain more than sepatutnya.  Aihs.  So I highlighted la kata dah tertulis pun dalam buku panduan.  "Oh", jawab dia. Sendiri malu la kan.  Jadi aku kata nanti aku check balik la tengok pendapat orang yang lebih arif macam mana.  

Tapi sebab aku bizi sangat hari ni, aku tak nyempat la nak bertanya pendapat sebab ada benda lain yang lebih priority yang harus aku prioritize.  Tapi it isn't.  Sebab tak sempat settle hal on hard copy tu, dia telah memandai apply online.  Dan aku rasa sakit mata dan otak sebab nak kena settle kan batang buruk dia tu sebab dia sukati je buat apa yang dia nak buat.  Rasa macam nak masuk je dalam shredder hasil kerja dia ni.  Dah la Item A tu nak dibuat pada tarikh selepas dateline.  So sebab nak kejar dateline, both takde matching tarikh dan tidak mengikut urutan (Item A + Online).

Aku taktaulah.  Sejujurnya, aku memang tak paham.  

Tak suka.  Dah hampir malas nak ambik tahu.  Tapi kalau tak follow through orang yang jenis macam ni... haih... penatlah.  Boleh tak jangan begitu sangat?  Cam haram lah.

Muntah sangat Mak ni.

Pffft.



Wednesday, 29 April 2015

Expectations vs. Reality

Watikah hari ini adalah...

Aku ada rasa macam nak merentan.  Tapi bila aku duduk dendiam dan tengok kejadian harian kawan-kawan sendiri, aku rasa macam aku takde sebab kukuh untuk berbuat demikian.  Sebab mode aku sekarang ni adalah lebih untuk duduk dendiam dan menguruskan apa yang patut sebelum aku betul ada hak untuk merentan secara rawak dengan sebab yang lebih kukuh.

Entah apa jugak yang aku nak share kat sini pun aku tak tau.  Tetapi diantara keajaiban yang aku dapat tangkap adalah:

1. Men can be so random dan tidak berusaha untuk keluarga mereka.  Sebab mereka berasa berhak untuk buat apa-apa yang diorang nak, dan mereka berhak untuk dilayan sebagai raja.  Betul, mereka ada hak.  Tetapi... kalau bini dah tunggang langgang nak jaga dari spender awak sampai ke spender anak 5 6 7 8 orang... and you expect the house to be clean and spotless, makanan sentiasa ada ready untuk awak panas-panas.  Cubalah awak rotate role dengan si isteri tu sehari.  Harus pada hujung hari tu awak pun nak membebel macam bini awak jugak.  Tapi, lepas 3 hari kejadian tersebut, awak terus lupa dan kembali ke mode expectation jejaka Melayu tersebut.






2. Bila isteri dah raise concern about security i.e. tempat tinggal, kenderaan, apa-apa yang sewaktu dengannya itu, awak dengar lah betul-betul.  Sebab yang tinggal kat rumah awak tu, yang membawa kenderaan tersebut, adalah semua ketulan harta benda awak sendiri.  Jadi ia adalah tidak adil untuk expect bini awak sorang je yang nak kena jagakan SEMUA HARTA BENDA awak sensorang dia. Oleh itu, kalau dia dah kata kereta dah nazak, gate rumah dah nak jatuh, grill dah tak boleh seret nak kunci rumah...  tolonglah TOLONG DIA.  Sebab bila ada apa-apa masalah keselamatan yang berlaku, memanglah SATU SEN PUN TAK GUNA. 





3. Kerja-kerja tak kerja.  Rezeki ada dimana-mana.  Isteri adalah sangat appreciative bila nampak ada usaha pada suami untuk berusaha bawak balik rezeki untuk isi rumah.  Tapi haruslah diingatkan bahawa, usaha duit isteri, adalah HAK ISTERI.  Tanggungjawab suami adalah untuk make sure satu isi rumah dia cukup makan pakai.  Bila suami beri cukup nafkah emosi (batin), isteri akan tolong suami.  Percayalah kata ai ni.  Bila isteri nampak usaha suami nak kerja, isteri pun akan tolong.  

Akan tetapi, jangan expect bila awak takde duit, awak sindir isteri, bagi statement bila isteri nak pi beli barang dapo, expect isteri to serve you food, makan pakai sampai isteri sendiri terabai.  Like, HELLOOOO... duit tu duit ko expect bini ko bagi kot?  Jangan dibuatnya sampai isteri sakit hati. Sekali dia terasa, TER-haramkan apa yang dia beri, hidup awak tu nanti tak berkat. Lintang pukang. Jadi, janganlah ya.





4. Ada tak awak berikan duit ke tangan isteri awak dan berkata, "Nah, ni untuk awak.  Pegi la beli apa-apa yang awak suka."  Sebenar-benarnya, walau pun RM10.00, ringannya rasa hati isteri (walau digalakkanlah suami berikan RM50.00 minima buat mereka.  Dapat diorang beli apa-apa yang diorang teringin untuk diri sendiri.  Inilah yang diberikan nama NAFKAH ISTERI.





5. Rata-rata juga expect bila balik tu tak la nampak bini pakai track bottom dengan t-shirt buruk or baju kelawar.  Janganlah tak provide barang mekap, perfume etc untuk bini tapi expect bila suami balik kerja, bini dah tunggu sesiap kat rumah dalam keadaan meletop untuk laki dia.  Kata nak bini cantikkan diri untuk suami.  Tapi korang tak belikan pun dia baju tido ke, baju jalan, tudung, ubat cuci muka, bedak etc. Itu tanggungjawab suami.  Sebulan ke dua bulan sekali, belikanlah dia lipstik ke, toner ke... You have no idea how grateful the bini is when husbands do this.  And you also have no idea, how much money she is worth, and she's getting paid only by love and affection.





6. Bagi la dia time out.  Pi allow her to go see, have coffee with her friends and suami take over her job for 3 hours in the evening.  Dia pun nak kena rejuvenate herself.  Sebab penat tau.  She gets rough days and nights.




Ajaib tak?  Tak ajaib.  Sebab ni semua perangai jejaka Melayu.  Bukan Islam.  Memang ada beza diantara dua perkara tersebut.

Akhir kata, bagi ibu-ibu yang ada anak lelaki, latihlah diorang cuci baju, gosok baju, masak, kemas rumah, bertukang, pasang semua benda yang DIY dalam rumah tu...  Sebab itulah kerja mereka sebenarnya. Kerja utama isteri adalah menjaga suami i.e. menjaga kecantikan diri untuk suami, beranak, mengasuh anak. Kalau dah semua kebenda dia nak kena settle sendiri, mentara ko balik rumah, dia dah rebeh. Jadi, janganlah suami expect isteri yang badan macam Kim Kardashian sebab isteri tu takde masa nak rawat diri untuk jadi macam tu. 





Even dengan bebudak ni pun kadang kata berangan nak belikan rumah la, nak duduk sebelah rumah Mak la, kira ayat-ayat nak berbakti dengan Mak diorang lah.  Ya, sejuk perut dengar.  Sejuk sangat perut dengar.  Akan tetapi, jawapan Mak adalah Mak jawab sambil gelak, "Tanya isteri tu nanti dulu. Kalau isteri tu tak selesa, tak payahlah buat macam tu.  Nanti kalau dia tak happy, awak pun tak happy."

Abang Long has learnt to cook by himself.  And Abang Ngah is able to locate whatever is missing. Dedua orang tu jugak yang kena clean up the sepah after everyone.  Sama dengan Cik Adik.  Sebab dia tu memang tak boleh lepa.  Cik Adik is the one yang akan follow through dengan yang lain, walau kengkadang pun melampau, "Maaak... Abang Long tak buat homework lagi.  Lepas tu dia pun tak kemas beg sekolah dia semalam." "Awak sibuk dengan orang lain, awak pun homework tu dah siap?"  Sengih. Senyap. Pergi.  Wooo... Clever.  Belakang kira juga, ko jugak yang kena settlekan berantakan dedua beradik tu kemudian di atas pengaduan tersebut.  

Okaylah.  Writing this entry was good for me.  At least my dada tak berasa sesesak pagi tadi.

Babai.


Tuesday, 24 February 2015

Wazzat

Watikah hari ini adalah...

Okay. Hari ni Mak ada feeling-feeling hanjeng betina. Wazzat? Oh well, feeling-feeling very the biyachi.  Tastes like chocolate.

Aku dengan mengantuknya kat sini, dengan terberangan, dengan bila orang panggil discussion I go, 'WTH...' with good reason, and I am constantly tired these few days sedang semalam nak singgah sekolah ambik anak pun aku dah terjuling-juling bijik mata and just had to cancel.  Takpe.  Diorang balik sekolah memang naik van pun.  

What is wrong dengan bila orang mintak ko berikan statement yang memang ko nak kena serender kan setiap bulan, dan ko tak buat?  What about ko requirement benda-benda yang sampai bila ko explain pun rational kehendak ko tu pun boleh membuatkan aku berdiri kecik mata sampai ko tanya aku mengantuk ke?  And what about aku tengok meja dan terus masih tiada rasa untuk menyelesaikan apa-apa.  Hei.  Siapa yang tepape ni?  Aku pun sama je terjoin perangai cam tak leh pakai gak.

Kawan ambik kesempatan.  Then baru tersedar yang aku terkena lagi dengan kawan.  Aku lagi berperasaan lahanat sebab aku telah ikut arus orang itu.  Aku kena sampai 2-3 orang sekali je rasanya. Sekali taji, 3 ketuk aku kena.  Hish.


Comel tak bila Achik buat muka konfius?
Eh jangan cakap...
Sebab yang pompuan ni confirm bukan Achik ni...



Takpelah.  Ni confirm kifarah.

Terima je lah dengan redha.




Monday, 1 December 2014

Mamamah Senin

Watikah hari ini adalah...
 
Setelah lama, dan pelbagai opsyen yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri, aku telah berdecide (can't think of the Malay word for it) to open the blog back to readers.  So long that all can behave and be good boys and girls okay.  The world has to be a better place for you and I.  Little little beginnings can be something good for you.  Like cider apple vinegar.  It is a yucky thing to swallow in the morning and night, but it will reduce your asthma in this humidity okay?  Same like what I am trying to tell you right now.
 
Feeling a bit off and I am tired.  Ya.  Writing in Engrish means I am feeling way off.  My eyebags feel like they are going to drop off.  I couldn't get hot water for coffee.  There still isn't any.  And now nobody is picking up the phone.  Just absolute pissy lah kan.
 
Jadi, untuk menyurutkan hatiku ini, ayuhlah pergi ke kedai depan untuk mengelakkan sangap ini berlanjutan.
 
 
 
Credit
 
 
Tak sanggup bermadah.  Entah.  Dah lah Senin.
 
(Ni agaknya terkena dengan Abang Ngah punya Monday blues la ni...)
 


Nadia.Is.Lapar

Thursday, 29 November 2012

Wasted

Watikah hari ini adalah...



Comel gila budak ni.

Saya adalah berasa penat, mengantuk serta wasted.  Saya sungguh wasted dengan perasaan wasted tersebut sehinggakan saya tak sedar diri sendiri sehingga jam 8:30 pagi.  Uih. Sungguh gila perasaan tersebut.  Bangun-bangun je dah time majority penduduk dunia masuk kerja.  Nasib baik aku masuk pukul 9:00 pagi.  Tapi ada kena mengena ke?  Dan lagi pun wasted itu adalah mungkin secara rawak aku gunapakai ke atas worn out kerana ia berbunyik lagi dramatik.  Sebab ia adalah dramatik, apakah kemungkinan aku sempat sampai ofis on time?  Tidak, bukan?  Makanya, tiada connection di antara mereka.

Mungkin dah tua kut yang biological badan ni pun dah macam orang tua.  Macam-macam keperluan.  Seperti malam tadi.  Mata ni nak sangat tengok tv.  Lepas cerita ni, cerita ni; lepas cerita ni, cerita ni.  Lagi pun tiada rasa mengantuk walau pun badan dah tersandar.  Bebudak pun dah komplen, suruh Mak mandi lah, tido lah, apa lah.  Tapi Mak tak boleh gerak.  Mak jadi the rock yang statik.

Jadinya sekarang, saya ada kerja.  Kerja yang paling secara rawak, pekerjaan yang tidak disukai oleh majoriti orang; filing.  Itulah yang paling utama.  Sekampit penuh dah.  Tapi I need to sort out benda lain dulu, then baru boleh buat filing.  Ini adalah kerana, filing harus dibuat dengan penuh konsentrasi, momentum, dan macam falling in love - when the time is right.  Bila jam tu tetiba ada chemistry, baru perkara tersebut boleh berlaku.

Baiklah, ada baik saya alihkan pandangan saya kepada aktiviti mencuci pinggan.  (Apa, ingat cuci pinggan boleh jadi kat rumah je ke?)



Nadia.Is.Cute

Friday, 19 October 2012

Mendung Berahi

Watikah hari ini adalah...

Today is yet another sleepy day.  Cuaca mendung.  Monsoon kan sekarang ni.  Monsoon rain.  So children, please stay away from the parit okay.  Mak risau.  Cam semalam masa balik kerja, ada tiga orang budak kecik, on their bicycles, tengah tenung tengok air dalam parit.  Nasib baik parit tu bertembok.  It's berry denjeres okay.

Slowly catching up with work.  Filing selai demi selai.  Lama-lama makin kurus in-tray aku ni.  Macam aku takde keje ke nanti rupanya?  But I tewl yu.  So much other things nak buat.  Aku nak kena kemas balik lemari-lemari besar dan kecik kat tepi kaki ni.  Lemari yang dulunya aku sumbat dengan refreshments office with all the pinggans and mangkuks dan penuh dengan plastik recycle itu pun kena dipunggah balik.  Then from all the filing ni, ada jugaklah 2-3 file dah sendat; nak kena buat closing and opening of new account.  Cecewah...  Ayat feeling tu...



Taken off the web. 
Cantik tray ni kaaaaaan...???
Menarik, tertarik, terusik hati ai... 
Aku pun nak 28 bijik of these. 
Saja nak letak keliling meja ni. 
Make me feel eksaited okeh. 
Happy happy feeling come to work!


Ini pun tengah kecap ngan month-end closing purchases.  Aku menggamit nama pekerja akaun, peneroka, business woman, ahlil nujum, tukang korek-korek dan pemandu teksi.  Ada laa bahan yang outstanding.  So aku nak lah submission apa-apa yang patut.  Oh tidak.  Nak kena rephrase.  Baik aku buat sekarang sebelum aku tak terbuat apa-apa yang patut mengenainya nanti!

Okaylah.  I've got to continue working now. 

Doncha ya be missin' me too much.  Won't be good to the heart :D



Nadia.Is.Gedix

Wednesday, 3 October 2012

Cerita Yang Panjang... ... zzzzzzzzzz....

Watikah hari ini adalah...

I am right now, so freaking sleepy.  No, make that, so bleeping sleepy.  Tahap gaban.  Kopi yang aku bancuh ni pulak is still too hot.  And everyone in the office seems to be asking why am I in soooo early.  Indeed.  It is 7.51am as I see it on the screen and I signed in at 7.31am.  Gilakah?

Oh tidak.  Aku tak gila. 

My maid's passport is ending.  So my hasben sedang nak setelkan extension.  The kids semua sedang bersepah-sepah.  Sorang kat sini, sorang kat sana.  Memanglah it would be more practical if I took leave and take care of them.  Even so, sebolehnya laki nak akak folo sebab awkward moment when he has to spend the whole day dengan maid tu je.  Haha.  Bergelocak dado den.  Kesian tak?  But due to work schedule adalah tight, ai sori, ai memang tak boleh manage. 

So I prepacked everybody's clothes into bags, all the bajus out for pakai etc.  I showered everybody oso pagi ni, and got someone else to clothe them mentara ai mandi.  So pepagi buta tu kitorang dah ting tong ting tong rumah Memi.  Nasib baiklah teringat nak bagitau kat dia semalam.  Memang akak dah agak kejung lah dengan semua yang tekojot-tekojot.  Semalam memang saya stress gilos kat opis.  Kalau tak percaya, percaya je lah.

Yesterday I was attempting to finish up my appraisal.  Everyone else had to leave.  So sepanjang maghrib tu aku sensorang dalam ofis nox.  Gila berani so adorable yuuuu...  Then sesampai je kat rumah, dengan kesakitan nak kena memerut, laki call.  Dia kata kena ambik gambar maid.  White background.  Tengok jam, dah 8.15pm.  Terus challow, hangkut semua bebudak gi kedai gambar syen 3 tu.  Punyalah susah nak suruh maid aku tu senyum.  Ko tau la, semua ambik gambar dedulu style.  Sebolehnya tak yah tengok camera cam jaman Cold Mountain. 

Aku perasan uncle kedai gambar tu takde.  Selalu dia je yang pacak kat situ.  Uncle tu dah meninggal ke?  Yang ada anak dia and cucus.  Nak je aku tanya tapi kang, dibuatnya mereka meratap di situ cemana?  Lagi parah, dibuatnya uncle tu belum meninggal lagi, cemana?  Lagi parah.  Mereka kan agak pantang dengan perkara-perkara begitu macam kita yang mendoakan dia pendek umur pulop.

K, sambung...  Laki dah pesan soh amik gambar backdrop putih.  Tapi bila aku tengok kat her current passport, backdrop dia biru ---> aku adalah... tergaruk, kejap.  So I ambik dedua kaler.  Satu biru, satu putih agar tiada penyesalan di situ.  Pastu aku tanya budak kedai tu, ada tempat fotostet tak?  Dia kata, "Sana," sambil tunjuk kat kedai depan tu.  Oops sori.  Kedai kat syen 3, mana ada kedai yang berdepan dengan kedai kan?  Aku pun tenganga jap.  "Mana?" aku tanya balik.  "Sana," jawab dia lagi.  Perkara ini berulang sehingga tiga kali.  Suasana menjadi genting seakan iklan Masterchef yang Opah bersilat kat dapur pasal santan kotak tu.  Slow mo.  Dia mula merubah jawapannya, "Sini kedai dekat sebelah sekarang sudah tutup.  Sana kedai depan jalan satu itu, dalam itu kedai; ada fotostet".  Aiya...  He was talking about Wisma MAIS tu ko...  Aku dengan 3+1 tu = FORGET IT!  Tergerak hati aku nak gi cekidaut 7-E sebelah kedai dia.  Ada je mesen fotostet kat situ...  Beza 1 kedai sebelah kedai ko je nox.

Pastu terus singgah rumah Memi.  Aku bertingtong, tingtong, tingtong, tingtong, tingtong...  Kesian dia.  Sakit telinga.  Sakit dada.  Uih.  Sangat iritasi.  Hehehe.  Aku pun citer masalah aku pasal esok.  Aku terpaksa deposit Abang Long kat situ mandangkan dia ada Koko.  Tita Kak Long ngan Tita Kak Ngah pun same schedule and destination dengan Abang Long.  Aku juga maybe terpaksa deposit Abang Ngah and Cik Adik kat situ mandangkan mereka dengan Junior adalah satu sekolah.  So balik sekolah pun ikut Memi balik rumah la juga.  Kang dibuatnya sampai ke petang, kesian bebudak tu kang tersadai meratap depan rumah yang tidak berpenghuni itu. 

FYI, Memi ni juga buat bisnes berjenama Bulan Bintang.  Bulan Bintang ni jual cushion covers berdasarkan bendera Malaysia.  I have got a Mauritian friend yang each time his travel agent cousin datang, dia akan titip barang for me.  So sweet kan?  So far kejadian telah berlaku sebanyak 3 kali sepanjang 13 tahun yang aku kenal dia lah.  Laki aku kata mamat tu boifren ai.  E, ai tak kosa k.  (Walau, he calls me to wish me happy birthday hampir setiap tahun...) So Dee, the travel agent cousin is here.  Aku dah termalu la pulak sebab tak pernah reciprocate (maksud: membalas) his goodwill.  And Dee will only be here until today.  Aku pun tatau her flight arrangement cemana.  Nak hantar courier gi Mauritius tu for sure cam...  Berapa ribu ongkosnya tu pak?  Jadi aku telah me-ransack rumah Memi pada usaha terakhir.  Memi telah memberikan 2 cushion covers untuk ai pada terms hutang.  Hihihihi.  Tak malu kan beritahu semorang?  Hihihi.  Dah lah nak deposit anak reramai kat rumah dia.  Ambil pulak barang berhutang.  Hihihi.

Note: You can find Bulan Bintang on Facebook to know about their products.  I can't link it sebab kena block.  Hehehe.

Then sampai je rumah dah setelkan bebudak, aku bukak laptop laki dan sambung draft appraisal aku tu.  Ye.  Itulah yang sampai sakit otak.  Dia kira weightage, nak kena kira in quantity berapa-berapa semua.  Aku cam...  Entahlah.  So aku begitu sampailah pukul 3:00pagi.  Packing-packing barang budak semua, cuci muka, cuci gigi, paksa diri tido.  Pukul 6:00pagi dah hayak semorang bersiap.  Itu yang pukul 7:30pagi akak dah masuk ofis.  Elok pun.  Banyak rupanya benda nak kena buat balik dalam draft appraisal tu.  HEH!

Oh.  Last but not least.  Sesampai je rumah Memi, Abang Long tanya, "Mak, mana kasut sekolah ai?"  Mak sendiri pun tak larat nak pitam.  So Mak pun gi tanya soalan bozo pada Memi, "Memi, Abang Long tertinggal kasut sekolah.  You rasa dia boleh tak muat kasut Tita Kak Long?"  Yang paling best, dedua orang Mak ni secara automatis pandang kat saiz kaki Abang Long dan dedua geleng kepala.  Memi kata takpelah, nanti dia singgahlah rumah we'olls jap on the way to school nanti.  [Sorrrrriiii Memi]  Bila terpaksa menyusahkan you, memang sangat benar menyusahkan you!

Ini yang membuat Mak terus rasa cam nak kena dapat makan Pavlova Serai ni...  Bagi Memi sepotong.  Mak makan yang belen.  Hihihi!





Baiklah.  Need to update my appraisal ni.  Salah buat rupanya.  Sungguh bernasib baik aku masuk kerja hari ni.



Nadia.Is.Bizi


Monday, 1 October 2012

Eksklusif

Watikah hari ini adalah...

Sometime Somewhere when you Least Expect It….. Monday Strikes !


Monday adalah today.  Dan today aku adalah tired.  Dah nama pun pukul 3 lebey.  Banyak aku harus buat.  Oh, tidak.  Banyak yang aku tak boleh buat.  Sebab ada benda yang harus aku buat secara eksklusif.  E.  Kelakarkan ejaan BM eksklusif?  Berapa banyak K nak kena sumbat situ. 

Saya nak beransur buat kerjalah.



Nadia.Is.SungguhTakComelSekarangNi

Saturday, 8 September 2012

Jumaat Malam Sabtu

Watikah hari ini adalah...

Hari ni ofis buat large scale punya raya event.  Aku terpaksa tidak hadir.  Bukan suka-suka tidak hadir.  Bersebab musabab.  Kerana seperti yang aku telah terdetik dalam hati, kitorang akan tersadai di hospital hingga wiken yang mana itu adalah tepat sekali.

Aku tak paham kenapa badan aku ni agak berbeza sejak hampir bermastautin di hospital ni.  Jap jap kang lapar.  Bukan lapar sikit yang selesa tu tau.  Ni lapar yang...  LAPAR 2094x persegi punya lapar.  But itu hari pun Moonster kata sebab aku dehydrated kot.  Ye la.  Betul tu.  Entah kenapa dok sini tak teringin sangat nak minum air.  Mungkin sebab sejuk sangat kot.  

So kita tengok je lah results for esok.

Nak pergi beraya pun sebenarnya aku agak...  gusar.  Sebab takut nanti bebudak ni tak sihat balik.

(Kenapa tetiba terbayang GCB???  Ko sedar tak sekarang ni dah 2:25 pagi buto???)



Nadia.Is.Lapau

Sunday, 1 July 2012

LOTR and Zalora

Watikah hari ini adalah...

I get to use the lappy now that the boys gi tido rumah kazen and Cik Adik has fallen asleep at this time.  Suami dari tadi dok melayan LOTR yang mana aku rasa cam...  takpe lah.  The last, I really wanted to finish the trilogy walau ketika itu aku adalah preggers dengan Cik Adik dan aku adalah TAKUT GILA nak tengok, tapi nak kena tengok.  Ooooh...  Itu kut gak nya Adik sekarang ni will PUT HERSELF TO SLEEP each time kitorang masuk tempat moowie (that's what Abang Ngah and Cik Adik calls it).

Since I have full access to the ponpitter (computer, mengikut kata anak girl aku tu), I looked through Zalora. Boleh tak nak stress?  Non of the tops are workable with my badan.  Nak gi Flow, for sure my monneh will oso flow like crazy so that means my air mata oso flow berdarah bikos have to go out the shop without anything to buy bikos duit lebih berkat untuk susu anak.  Or, lari sambil pegang baju and say, "My precious!" kat depan kedai.  Gila adegan tak blei blah walau ia mungkin berlaku. 

Well, itu je.  Bengang tengok the website.  But then again, kalau badan aku kerempeng pun rasa-rasanya selai dua je kot yang aku mungkin boleh beli off Zalora.  Sebab designs dia cam, sakit ati.  Tah cemana tah.

Ok.  Have a nice wiken.

Nadia.Is.FallingAsleep 

Tuesday, 8 May 2012

Kuku Kera

Watikah hari ini adalah...

Awal pagi ni ada rasa sikit cam ngantuk.  Mata tak leh bukak.  Mata je la yang tak leh bukak.  Nak kena lotan ngan Papa ye...  Mak tersungit.  Lotan la.  Mak suka.

Ceh.  Pepagi lagi dah berbaur noti.  Saja nak buat engkorang eksaited sikit.  Dah namanya pun hari Selasa.  The excitement untuk menidaksukai hari Isnin dah lepas, kan?  Just giving it a little bit of boost.  Which coffee also hadn't worked for me.  Well, okay la ada penipuan di situ sedikit sebab it worked for only half an hour. 


Cik Adik and Abang Ngah recently got onto the train,
since a very very very long time ago...


Mencelah masa sikit.  Hari ni terlalu banyak berangan dan masih banyak yang harus dilakukan.

Lavyuolls!

Nadia.Is.LempangDiriSendiri

Nota: Tajuk entry adalah suatu penipuan kerana tiada kuku mahu pun kera terbabit dalam ini persembahan.

Sunday, 6 May 2012

Sabtu, 5 Jun 2012

Watikah hari ini adalah...

Lama gak aku tak tulis entry.  I think I've made my own ratings jatuh merudum.  Ye.  Aku dengan on site, off site emo aku tu.  Berminggu-minggu PMS cam fomfuan lahanat sesangat.  Pastu berminggu-minggu gelak cam aku lah fomfuan faling fofuler kat donia ni.  E.  Then the weeks yang terlampau emo sangat sampai takde mood nak apdet blog langsung.  Macam mana pun, at least bila ada time frame yang mengizinkan, aku dapat gak nak melayari bahtera merdeka Encik Hazrey dan Puan Sri Filla yang terlampau (Ke melampau?  Satu hari 30 entry ko boleh tulis nox. Hish!).  Dengan ini aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjejakkan kakiku ke donia kembali dan berjaya mengeksesaiskan perut serta jiwa yang fana ini.  

Soooo...  What to update?

Yesterday was an extremely long emo day.  But I was favoured well in the end.  

Today, pepagi lagi Encik Black aka laki akak, telah pergi merewang naik beskal carik kangkung kat tepi tasik. Lima round tu naik turun bukit.  Agaknya sempat melepak ngan makcik orang asli masak kat tepi tasik tu sekali.  Mintak tips cemana nak tangkap ikan guna tangan.  Ada jugak dia bawak balik hasil nasi lemak bastend 4 bungkus.  Terharu dengan keajaiban itu.  

Namun pun begitu, ia adalah lebih ajaib bila dia bawak aku gi pasar.  Haha.  Mesti laki akak naik hangin jap lagi kalau dia baca ni.  Bukannya dia tak penah bawak...  Donch you dare salah sangka.  Aku sesaja je guna ayat bombastik.  Kasi belajar itu Hinglish betul-betul.  Ia adalah ajaib sebab dah lama dah dia tak bawak pastu perkara yang aku boleh je 'LIKE' kalau setiap yang dia buat tu macam apdet status Fesbuk dia kan.  Dah la bawak balik sejam sebelum tu nasi lemak bastend 4 bungkus!  Kan...  You ni...

Masa kat pasar time nak ambik ayam tu, aku terasa cam, tak cukup kut ayam yang aku mintak.  Aku mintak lagi setengah ekor.  Pastu Encik Black tegur, "Kenapa cam sikit je I tengok?"  Aku sebenarnya pun was-was.  Tapi kalau ingat tazkirah ustaz kat ofis semalam, dia kata, kalau was-was tu maksudnya setan dah enter frame.  Haha.  Pandai la aku nak buat kaitan, kan...  Jadi aku pun telah mengkopidenkan diri kata yang it should be enough.  

Balik je terus bersihkan ayam sebab nak buat ciken rice shop.  Sungguh le sangat cukup ayam tu kan?  Tinggal cukup sepeket je untuk minggu ni.  Bijak aku ni.  Syaiton la sangat kan...  Tapi takpe.  Ada stok ikan yang boleh counter ayam itu.  

Kalau masak ciken rice shop, musti ada rice kan?  Aku yang dari awal dok terkira-kira ayam ni bajet tak cukup kot dari awal masak, rupanya nasik yang tak cukup.  Masak dua pot.  Setengah pot tu hangit dalam rice cooker, boleh???  Periuk nasik tu kalau dah datang angin bila orang masak nasik hayam, sampai kena sendal ngan senduk kayu.  Pastu rentung la pulak, kan?  

Tapi takpe.  Rejeki edibadi, nasik ayam aku ni, rasanya adalah yang terbaik dari sebelum-sebelum ni.  

Cuma nasik je tak cukup.

Cam tensen.

Sebab yang lain lazat, tak leh sambung makan ngan nasik.

Heh.

Then we put the kids to bed.  I was tired and drifting in and out while reading the newspaper.  In the heat we were in today.  Malaysian weather yang unpredictable.  Satu hari sejuk cam tinggal dekat je ngan London.  Satu hari humidity level yang memecahkan lemak ai tanpa sampai ke mana-mana slimming centre.  Lepas tu satu hari berangin je.  Lepas tu satu hari panas kering tak berangin.  And that one day yang hujan non stop, dan disebabkan aku balik lewat dari opis, aku tak sedar pun sekolah anak aku naik air yakni banjer.  Boleh tak sebab aku tak sedar impact hujan tu? *lempang diri sendiri*

I was telling my husband masa balik pasar in the morning.  Cerita tentang Abang Long.

For Koko dia, dia telah mengenrollkan diri sendiri sebagai PBSM.  We were like, WHY LAAA??  "Erm, tadi ada budak datang kelas mintak nama, so ai bagi nama ai tapi ai tak sign kat situ (list nama)" pastu mata dia bulat-bulat.  Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang dia telah lakukan kepada diri sendiri sebab lepas tu dia dia tanya, "Mak, PBSM tu apa?"  

Nota:  Aku lebih encourage dia masuk Pengakap, tapi unit beruniform adalah sedikit sengal perasaan sebab nak kena beli uniform mandangkan dah nama dia pun unit beruniform yang mana sampai sekarang Mak tak beli-beli lagi untuk dia.  Kesian dia.  Kesian jugak pada Mak dia.

Then a few weeks back (dah months la kut sebenarnya), he comes back from school and he tells me that he has enrolled himself dalam sukan football.  Him?  Football??  It's soooooo NOT HIM la...  "Football, Abang Long??" mata Mak bulat-bulat tak percaya.  Kenapalah dia tak ambik permainan board games.  He's more of a puzzle and chess kinda dude, dan itu adalah sangat tidak football ya...  

And true enough, balik je from the first Koko football, dia datang kat aku and tells me, "Mak, ai rasa ai nak tukar la.  Ai takmo main football.  Ai nak tukar lain.  Tapi cikgu kata dah tak boleh tukar." Haish.  Yang cikgu engko ni pun kan...  Bagi je la whatever yang rasi ngan budak tu...  

So, petang tadi to help him with this football menatang, Papa brought him and all the boy cousins go play at the padang.  Betul punya lari-larian terbuka.  Cuma bila dah 10 minit main, Buyish tanya, "Abang Long, you ni macam tak penah main je?"  Soklan berbaur inesen.  Dan dengan inesennya Mak Ngah nyampuk, "Ye Buyish, dia memang tak penah main."  Abang Long tinggal mata bulat-bulat je sebab terkesima ngan soalan sampai tak kesah pun Mak jawab macam tu sebab Mak cakap betul.  Sebab dia pun sore loser.  Dah hujung-hujung tu, boleh je la ko tengok Abang Long dok nyangkung sambil tarik rumput.  Ei.  Boring orang nak main dengan orang yang sore loser cam tu.  Sebijik perangai aku ler tu.  Haha.  Jangan salah faham ya, saya sporting, kengkadang boleh jadi Joyah Sport tapi aku sore loser cam anak aku tu jugak.  Lain kalo lucky draw dapat menang iPad ke, Saga BLM ke...  Itu, tak dapat pun aku boleh terima sebab the odds are so...  sangat odd kalau semorang boleh dapat sorang sebijik.

Balik je rumah, aku masak lagi.  I made...  Lemon Ciken, sayur campur masak sos tiram, sambal udang...  Lagi apa ek?  Erm, telur dadar.  Okay la.  

It was alright.  But I suppose the best part of the day was...  I had on the same baju dari time aku gi pasar, sampai la habis masak dinner.  Hehe.  Tu pasal...  Kena ada perfume selalu dalam henbeg...  Memang dah kepam ke siku aku seharian dengan peluh lengit yang sungguh lengit dan hangit cam nasik ayam aku tengahari tadi!

Walau bagaimanapun, kome semua bernasib baik sebab aku dah berwangi-wangi sebelum aku sentuh laptop Encik Black.  Dan mandangkan aku dah berwangi-wangi, ada baik jap lagi aku gi goda dia.  Haha.  Ayat cam siut je.  Entah-entah mamat tu dah tergolek zombiefied depan tv.  He's had a longer day than I have sebab dia cycling in the morning plus, dia yang dok kejar bola dengan bebudak tu petang tadi.  Mak dok leper bontot piknik sesukahati ai je kat tepi tu.  Hik hik hik!

Oklah...  Daaaaaa...

Nadia.Is.Comel




Tuesday, 1 November 2011

Selasa - 1/11/11

Watikah hari ini adalah...


Source

Suddenly I feel so tired.
I am old.
I realized that a long time ago.
So sangat tua sudah masa umur 15 sehinggakan orang tak faham saya.
Jiwa tua. 
Sekarang jiwa baru sesuai dengan badan.
Tapi badan hebat.
Sangat hebat rasa cam nak nanges.
Ni sekarang lemas dalam kombahan kertas.
Lemas dalam mencari jawapan yang dah terjawab rupanya. 
Tak ke memenatkan tu?
Bersepah-sepah kertas.
Keadaan berasa sungguh runcing secara tiba-tiba.
Cuaca mungkin mendung diluar.
Dan entahlah.
Aku pun tatau apa yang aku mencarut ni.
Yang paling best, engkorang pun baca je la apa aku tulis.
Itu namanya aku adalah disayangi.
Aku rasa lah. 

Zzzzzzzzzzzzzzz zZzzzZzzzzzzzZzzz

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...