Showing posts with label pasar. Show all posts
Showing posts with label pasar. Show all posts

Sunday, 6 May 2012

Sabtu, 5 Jun 2012

Watikah hari ini adalah...

Lama gak aku tak tulis entry.  I think I've made my own ratings jatuh merudum.  Ye.  Aku dengan on site, off site emo aku tu.  Berminggu-minggu PMS cam fomfuan lahanat sesangat.  Pastu berminggu-minggu gelak cam aku lah fomfuan faling fofuler kat donia ni.  E.  Then the weeks yang terlampau emo sangat sampai takde mood nak apdet blog langsung.  Macam mana pun, at least bila ada time frame yang mengizinkan, aku dapat gak nak melayari bahtera merdeka Encik Hazrey dan Puan Sri Filla yang terlampau (Ke melampau?  Satu hari 30 entry ko boleh tulis nox. Hish!).  Dengan ini aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjejakkan kakiku ke donia kembali dan berjaya mengeksesaiskan perut serta jiwa yang fana ini.  

Soooo...  What to update?

Yesterday was an extremely long emo day.  But I was favoured well in the end.  

Today, pepagi lagi Encik Black aka laki akak, telah pergi merewang naik beskal carik kangkung kat tepi tasik. Lima round tu naik turun bukit.  Agaknya sempat melepak ngan makcik orang asli masak kat tepi tasik tu sekali.  Mintak tips cemana nak tangkap ikan guna tangan.  Ada jugak dia bawak balik hasil nasi lemak bastend 4 bungkus.  Terharu dengan keajaiban itu.  

Namun pun begitu, ia adalah lebih ajaib bila dia bawak aku gi pasar.  Haha.  Mesti laki akak naik hangin jap lagi kalau dia baca ni.  Bukannya dia tak penah bawak...  Donch you dare salah sangka.  Aku sesaja je guna ayat bombastik.  Kasi belajar itu Hinglish betul-betul.  Ia adalah ajaib sebab dah lama dah dia tak bawak pastu perkara yang aku boleh je 'LIKE' kalau setiap yang dia buat tu macam apdet status Fesbuk dia kan.  Dah la bawak balik sejam sebelum tu nasi lemak bastend 4 bungkus!  Kan...  You ni...

Masa kat pasar time nak ambik ayam tu, aku terasa cam, tak cukup kut ayam yang aku mintak.  Aku mintak lagi setengah ekor.  Pastu Encik Black tegur, "Kenapa cam sikit je I tengok?"  Aku sebenarnya pun was-was.  Tapi kalau ingat tazkirah ustaz kat ofis semalam, dia kata, kalau was-was tu maksudnya setan dah enter frame.  Haha.  Pandai la aku nak buat kaitan, kan...  Jadi aku pun telah mengkopidenkan diri kata yang it should be enough.  

Balik je terus bersihkan ayam sebab nak buat ciken rice shop.  Sungguh le sangat cukup ayam tu kan?  Tinggal cukup sepeket je untuk minggu ni.  Bijak aku ni.  Syaiton la sangat kan...  Tapi takpe.  Ada stok ikan yang boleh counter ayam itu.  

Kalau masak ciken rice shop, musti ada rice kan?  Aku yang dari awal dok terkira-kira ayam ni bajet tak cukup kot dari awal masak, rupanya nasik yang tak cukup.  Masak dua pot.  Setengah pot tu hangit dalam rice cooker, boleh???  Periuk nasik tu kalau dah datang angin bila orang masak nasik hayam, sampai kena sendal ngan senduk kayu.  Pastu rentung la pulak, kan?  

Tapi takpe.  Rejeki edibadi, nasik ayam aku ni, rasanya adalah yang terbaik dari sebelum-sebelum ni.  

Cuma nasik je tak cukup.

Cam tensen.

Sebab yang lain lazat, tak leh sambung makan ngan nasik.

Heh.

Then we put the kids to bed.  I was tired and drifting in and out while reading the newspaper.  In the heat we were in today.  Malaysian weather yang unpredictable.  Satu hari sejuk cam tinggal dekat je ngan London.  Satu hari humidity level yang memecahkan lemak ai tanpa sampai ke mana-mana slimming centre.  Lepas tu satu hari berangin je.  Lepas tu satu hari panas kering tak berangin.  And that one day yang hujan non stop, dan disebabkan aku balik lewat dari opis, aku tak sedar pun sekolah anak aku naik air yakni banjer.  Boleh tak sebab aku tak sedar impact hujan tu? *lempang diri sendiri*

I was telling my husband masa balik pasar in the morning.  Cerita tentang Abang Long.

For Koko dia, dia telah mengenrollkan diri sendiri sebagai PBSM.  We were like, WHY LAAA??  "Erm, tadi ada budak datang kelas mintak nama, so ai bagi nama ai tapi ai tak sign kat situ (list nama)" pastu mata dia bulat-bulat.  Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang dia telah lakukan kepada diri sendiri sebab lepas tu dia dia tanya, "Mak, PBSM tu apa?"  

Nota:  Aku lebih encourage dia masuk Pengakap, tapi unit beruniform adalah sedikit sengal perasaan sebab nak kena beli uniform mandangkan dah nama dia pun unit beruniform yang mana sampai sekarang Mak tak beli-beli lagi untuk dia.  Kesian dia.  Kesian jugak pada Mak dia.

Then a few weeks back (dah months la kut sebenarnya), he comes back from school and he tells me that he has enrolled himself dalam sukan football.  Him?  Football??  It's soooooo NOT HIM la...  "Football, Abang Long??" mata Mak bulat-bulat tak percaya.  Kenapalah dia tak ambik permainan board games.  He's more of a puzzle and chess kinda dude, dan itu adalah sangat tidak football ya...  

And true enough, balik je from the first Koko football, dia datang kat aku and tells me, "Mak, ai rasa ai nak tukar la.  Ai takmo main football.  Ai nak tukar lain.  Tapi cikgu kata dah tak boleh tukar." Haish.  Yang cikgu engko ni pun kan...  Bagi je la whatever yang rasi ngan budak tu...  

So, petang tadi to help him with this football menatang, Papa brought him and all the boy cousins go play at the padang.  Betul punya lari-larian terbuka.  Cuma bila dah 10 minit main, Buyish tanya, "Abang Long, you ni macam tak penah main je?"  Soklan berbaur inesen.  Dan dengan inesennya Mak Ngah nyampuk, "Ye Buyish, dia memang tak penah main."  Abang Long tinggal mata bulat-bulat je sebab terkesima ngan soalan sampai tak kesah pun Mak jawab macam tu sebab Mak cakap betul.  Sebab dia pun sore loser.  Dah hujung-hujung tu, boleh je la ko tengok Abang Long dok nyangkung sambil tarik rumput.  Ei.  Boring orang nak main dengan orang yang sore loser cam tu.  Sebijik perangai aku ler tu.  Haha.  Jangan salah faham ya, saya sporting, kengkadang boleh jadi Joyah Sport tapi aku sore loser cam anak aku tu jugak.  Lain kalo lucky draw dapat menang iPad ke, Saga BLM ke...  Itu, tak dapat pun aku boleh terima sebab the odds are so...  sangat odd kalau semorang boleh dapat sorang sebijik.

Balik je rumah, aku masak lagi.  I made...  Lemon Ciken, sayur campur masak sos tiram, sambal udang...  Lagi apa ek?  Erm, telur dadar.  Okay la.  

It was alright.  But I suppose the best part of the day was...  I had on the same baju dari time aku gi pasar, sampai la habis masak dinner.  Hehe.  Tu pasal...  Kena ada perfume selalu dalam henbeg...  Memang dah kepam ke siku aku seharian dengan peluh lengit yang sungguh lengit dan hangit cam nasik ayam aku tengahari tadi!

Walau bagaimanapun, kome semua bernasib baik sebab aku dah berwangi-wangi sebelum aku sentuh laptop Encik Black.  Dan mandangkan aku dah berwangi-wangi, ada baik jap lagi aku gi goda dia.  Haha.  Ayat cam siut je.  Entah-entah mamat tu dah tergolek zombiefied depan tv.  He's had a longer day than I have sebab dia cycling in the morning plus, dia yang dok kejar bola dengan bebudak tu petang tadi.  Mak dok leper bontot piknik sesukahati ai je kat tepi tu.  Hik hik hik!

Oklah...  Daaaaaa...

Nadia.Is.Comel




Wednesday, 5 May 2010

dilema percintaan aku dengan membeli sayur kat pasar niii.... plakss

Hari tu aku ada dilema percintaan aku dan pasar.  Aku MASIH ada dilema dengan pasar.

Apa lah aku ni dengan pasar, ye...  Aku pun tatau.  Initially it was just all about ikan.  Tapi sekarang aku amat tidak menyukai bab subjek sayur-sayuran.  Aku juga berasa perkara itu adalah sedikit keji sebab kenapa diorang kenot put setempat je pasar barang reject dengan pasar barang fresh sekali harung. 

Pasar 16 Shah Alam adalah menjadi kebahagiaan bagiku bila nak membeli ikan.  Fresh.  Segar.  Tak layu di tasik madu.  Beli jugak sayur kat situ.  Dah bermacam gerai aku cuba beli sayur.  Gerai depan sekali, gerai sebelah gerai depan sekali, gerai tengah mahu pun gerai belakang.  Bila aku bawak balik, lepas 2 hari la kata...  Tak payah nak tunggu sampai hari Jumaat pun.  Dah kuning, robek atau berlenyor.  Ini kiranya dah berbungkus dengan newspaper tau...

Dekat Pasar Orang Kaya Syen 6 pulak, ikan dia - hancusss.  Ayam?  Mana-mana ko pi beli pun sama.  Oops...  Kecuali kalau ko pi beli kat Giant Shah Alam Mall.  Kalau kat situ, sila ko nanges sekarang.  Ko bagi ayam tu kat kucing kurap pun dia takmo makan.  Fullstop.


Taken off the web.  Thanks [HERE]
Ini adalah contoh seekor kucing kurap yang berwarna kunin.


Berbalik pasal sayur tadi.  Sayur kat Syen 6 adalah segar.  Hijau.  Cantik.  Menawan.  DAN dia tahan.  Aku tak tau la apa vitamin diorang bagi sayur ni makan.  Lagi banyak jenis dan variety rasanya kalau nak compare dengan Pasar 16 tu. 

Tapi tu lah tu.  Takkan setiap kali aku gi pasar kena singgah 2 pasar berbeza??  Kang nak kena singgah lagi tah memana sebab nak kena beli nasik lemak untuk maid aku tuh.... [sambil menjeling ni!]  Yeee...  At least tak la stress sebab dia ada FB account ke... kan?? 

So kiranya...  Sabtu ni aku kena la singgah ke dua-dua pasau gamaknyer ye...  Huh. 

Sungguh aku terpaksarelakan diri jua.

Nota kepada diri sendiri:  Selamat Maju Jaya.

Wednesday, 7 April 2010

I-K-A-N

Mak, Mak pergi pasar, nak beli apa?

>>>  I-K-A-N = Ikan

Ya.  Mak telah menyelesaikan masalah pembelian ikannya pada pagi ini.

Sekarang Mak sangat mengantuk.

Mari kita tidur.

[...Dan kemudian mendapat surat warning dari kompeni kita.]

Monday, 5 April 2010

dilema percintaan aku dan pasar

Aku ada berada di tahap agak kronik sebab ini adalah my second blog of the day di sini.  Ish.

Kenot masak.  Sebab barang basah dah abes.  Tak sempat gi pasau.  Segmentation perasaan ke pasau adalah seperti yang demikian.

SATU/ Kalau terlewat bersiap, selepas pukul 9:00pagi secara automatis kena tubik ke Pasar Seksyen 6.  Tempat itu juga dikenali sebagai, "Mak, look over there is Nenek's Zoo."  Harap maklum. 

DUA/ Kalau ikut waktu yang amat berdisplin, aku akan sampai ke Pasar 16 [Pasar Seksyen 16] untuk merayau-rayau dan mendapatkan apa yang aku perlu dengan sukahati secara sukati dan saksama.  Sebab nak pegi shopping sini memang first come first serve.

Tapi perasaan adalah sangat berbaur sebab:

SATU/ Aku adalah stress gila khinzir kalau sampai Pasar Seksyen 6 sebab ikan depa adalah gila kematu.  Sayur-sayuran dia adalah sangat perfection.  Ayam dan daging dia masih okaylah.  Tapi ikan dia sangat seriously kematu.  Serious.  Macam segala ikan reject di Shah Alam ni akan disalurkan ke situ untuk penjualan terakhir dan clearance pada harga yang tidak ada discount sebab tempat itu juga dikenali sebagai Pasar Orang Kaya di peringkat Daerah Petaling.  Harap maklum. 

DUA/ Oleh sebab masih tak sempat nak sampai Pasar 16 di mana segala ikan di situ adalah segar bugar dan ada jugak yang baru je meninggei seperti ikan keli depa [Pasar Syen 6 tu ko boleh cacakkan ke langit macam obor sukan olimpik okay...], terpaksalah ke supermarket membeli apa yang patut. 

DUA POIN SATU/ Supermarket paling dekat adalah Giant.  Giant yang mana?  Okay.

DUA POIN SATU SATU/ Giant SACC.  Stok dia okay la.  Boleh tahan.  Tidak begitu memberi effect gila khinzir kepada pengguna.

DUA POIN SATU DUA/ Giant Shah Alam Mall.  Sila meroyan.  Ayam dia pun ko tengok, memang nanges.  Tapi sayur dia boleh tahan.  So kalau tengok ayam macam nak nanges, ko rasa ikan dia cemana?  Kalau diikutkan, lagi elok dari produk Pasar Syen 6 kut.  Cuma macam tak ada feel nak beli ikan kat situ sebab mungkin selection dia limited.  Dan mungkin sebab orang tumpang kena lalu tepi ayam tu dulu kut yang memberikan effect cenggitu.

DUA POIN SATU TIGA/ Giant 13.  Okay.  Sebab tempat dia besau, output dia lebih so the stocks kena constant flow.  Tapi tak suka bila kena beli sekor baru diorang nak layan potong.  Dan bila lepas diorang potong tu, ko rasa, baik ko beli sekor ayam bulat dan potong sendiri kat rumah.  Sambil nanges.  Sebab sebenarnya tak mo potong sendiri pun.  Tapi geram sebab orang tu potong macam tak seikhlas hati.  Dan nak carik parking kat situ memang macam haraaaaammm...  Dan kenkadang lagi macam haram rasa bila dah amik satu troli sampai membuak nak termuntah tu, setelah beratur macam kiambang dengan telus dan rapi dibelakang beberapa troli yang sama dengan sabarnya, ko terdengar "Cik, telur ni tak ada tanda harga la..."  Maka dengan sabarnya ko pun jawablah, "Okaylah, tak payah," sebab apakah larat ko nak mencari punca mana ko ambik perkara-perkara tersebut in the first place pun?  Kemudian tetiba kedengaran lagi, "Cik, daun bawang ni kena timbang..."  A.i.s.e.y.m.e.n. 

DUA POIN DUA/ Tapi, bukannya sepatutnya kitorang berharap pada Giant sesaja kan?  Masalah lain adalah, susunan barang di Tesco adalah SANGAT serabut minta maap.  Sila bawa aku ke sana jika mahu melihat aku meroyan dan berkelakuan sumbang.  Don't get me started on Mydin.  Di situ, aku mungkin memalukan mereka dan keluarga mereka.  Tengs.

DUA POIN TIGA/ Tesco Extra adalah sangat distant dan hampir tidak mendapat tempat di dalam kamus hidup kami seharian.

Maka, apakah solution kepada perkara yang telah aku tulih berjela-jela ini sehingga wujudnya subpoints yang agak pointless itu? 

Jadi semalam sampai le kitorang ke supermarket terpilih.  Belilah sayuran.  Dan belilah daging sepapan untuk stir-fry.  Belilah dado ayam dan bahagian ayam lain yang boleh dibeli.  Tapi aku tak suka sebab kalau peha ayam tu dapat seketul drumstick instead of menatang itu dipotong dua.  Selamat lah the beberapa hari stok makanan untuk minggu ni.

Dan di saat ini aku akhirnya berasa penat.  Mungkin ia telah membuatkan aku untuk tidak menulis lagi buat selama-lama yang mungkin.  Lagi pun sat lagi time lunch hour aku terpaksa balik rumah, ambik si sulung tu untuk ke klinik sebab dah mula demam pulak dan bertarung dengan Cik Adik yang akan mengongoih dan secara tak langsung membuatkan Mak diorang pun mengongoih sebab nak kena pi balik opis. 

Sekian.

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...