Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts
Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts

Wednesday, 17 July 2019

Mungkin sebenarnya aku bukan kawan

Watikah hari ini adalah...

Aku tengok jeans. Untuk pinggul yang lebar. Perut yang berisi kulit banyak. Peha besar cempedak. Betis saiz nangka. Last I tried ngam-ngam dengan Levi's Boyfriend jeans tapi warna kain tak sedap dimata laki Mak, jadi tak dapat la. 

Hari ni Mak tengok lagi. Surfing. Harga sakit hati. Time tengah boleh nak mampu, memang boleh beli tanpa berfikir panjang sebab memang dah hampir haus seluar tu pakai 3-5 kali seminggu for 4 tahun. Sebut haus, teringat pulak si Lady Gaga ni tengah promote kosmetik dia HAUS LABORATORIES. Tetiba la kan. But basically I need new jeans. Tapi sedang mampu tengok je. 

Credit: Introvert, Dear

Sewaktu Mak sedang surfing for jeans.
Okay, Mak mengaku sebab tidak berlaku jujur disitu.
Nehi surf board.
Nehi jeans.


Kawan, kita tolong ikhlas. Tapi kadang... macam mana tah nak cakap. Ada masa pun kita tolak tepi apa yang perlu diorang pulangkan, sebab kita nak masa dengan diorang je. Siap declare ni kata, jom jumpa nak catch up tentang kehidupan SEKARANG. Tapi... aku ni siapa-siapa je la bila korang memerlukan. 

Tarik napas dalam-dalam.


Ya, aku tak marah.
Aku kecewa.
Memang kecewa.


I have a choice to not feel stupid and/or used. My choice is untuk ingat that I helped somebody in need. Tu je. And masa masing-masing tidak sehaluan untuk berjumpa, masih belum rezeki untuk berjumpa mungkin kerana belum ada tahap keikhlasan untuk jumpa. Mungkin. 

Kita tau kita berhak minta kita punya. But everyone has got their own problems. So I'll deal with mine dengan pusing-pusing je resource apa yang aku ada. (Walaupun sebenarnya aku kecik hati kecewa dengan diorang-diorang ni).



Hidup bersangka baik sambil berhati-hati dalam mode lebih tahu, adalah lebih menyelerakan dari menjerumuskan diri dalam kegelapan apa yang orang buat kepada kita. 

We cannot control people's behaviour. But we can change the way we think and be better than we ever were.

Wednesday, 11 October 2017

Cuka, Delima, Kebaikan dan Cara Pengambilannya

Watikah hari ini adalah...

Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku datang balik baca pasal bebudak ni. Kelakar jugak. Tak tau diorang yang kelakar atau aku je perasan aku kelakar. 

Dalam percubaan untuk mengaburi diri sendiri dengan perasaan mendom berahi ni, aku nak share lah sikit tip-tip untuk membuat kopi dalam jag. Okay, i'olls tipu. Sebab takde perasaan nak cerita pasal kopi dalam jag. Lagi pun kopi Mak, kopi omputeh. Clean lines takde berlemak. Minum hitam straight up je. Jangan kecewa okay. Berguling lah ko disana. Mak tak kisah sebab tak nampak pun. 

So pagi ni I fed myself Pomegranate Vinegar (cuka buah delima). Alternately sometimes I makan Pomegranate Concentrate (Pati Buah Delima). Cuka-cuka dengan pati-pati buah ni kalau nak buat ubat, jangan pakai metal spoon. Kena suap gunakan plastic spoon. Kata orang nanti dia mati zat buat jadi ubat. I dono, so I just folo je lah. 

Pomegranate Vinegar
Foto Credit: Mercucita


Pomegranate Concentrate
Photo Credit: Mercucita


Apple Cider Vinegar
Photo Credit: Amazon

Apple Cider Vinegar (ACV) ni function dia adalah cuka berubat jugak. Minum sama cara dengan cuka/pati buah delima. Elok ambil cuka untuk mencairkan kahak kalau adalah masalah pernafasan. Olive Oil will be good untuk sore throat yang boleh terasa sampai kerongkong korang berhabuk tu - One Tablespoon buat beberapa kali sehari, 1-3 times.

Olive Oil
Photo Credit: Tesco Malaysia

For bad coughs or croup, korang boleh cuba:
1 tbsp Olive Oil + 1 tbsp ACV + 1 tbsp Madu = sebatikan dan minum beberapa kali sehari.



Berbalik kepada kisah buah delima ni, zat dia kuat untuk rahim peranakan perempuan. Kalau dalam Islam, rahim kita akan clear dari pendudukan jin dan seangkatannya selama 40 hari. If you have those mystic things going on yang hanya korang je yang tau, this is something for you.


Reference: ymr2u


Cuba je lah. It is good if you ada permasaalahan dengan rahim. Ada kadang keluar macam minyak, or cecair lutsinar, keputihan etc just the normal things women get. Just that dia keluar banyak dalam first 3 days tu, lepas tu agak clear.


Saje saya nak share..kalau sakit kepala/migrain ini la ubat kami..sesiapa kerap kena magrin kdg2 sampai penadol pun tak jln..Tapi dgn 3 bahan nie berkesan kalau sakit kepala..senang citer dekat umah kami takde stok penadol @ ubat hospital..
1. Air suam
2. Cuka apple organik
3. Madu ori
* Cuka apple dan madu 1 sudu besar dicampur dlm air suam.Pastikan sudu plastik tau sbb sudu besi tak sesuai untuk madu sebab boleh hilangkan zat madu 2..
* Baca selawat 3 kali terus minum..Nak bilas air masak untuk hilangkan rasa masam pun boleh..
* Lepas tu minum terus tidur..
Inshaa Allah lepas bangun tidur sakit kepala 2 terus hilang..boleh la sape2 yang ade sakit kepala/ magrin 2 try cara nie..Mana tau berkesan.
Cuka apple nie memang masam tinggi asid tapi didalam tubuh dia berubah jadi akaline.Fungsi die macam lemon.Cuma pastikan minum masa perut kosong sebb yang jdi asid kalau kita minum masa dlm perut ada makanan yg boleh menyebabkan gastrik..Banyak kebaikkannya kalau ada yang was2 boleh refer pda doktor..Jazakallah.
Yang diatas ni, diterima through WA a few days ago. No wonder la sometimes I get bad heartburn sebab cara minum salah. Kena minum cuka tu dulu dengan perut kosong. Bukannya dengan makanan. Kalau ikut concept pharmaceutical, that means perut kena kosong 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Pening ke tak baca ni semua? Jangan pening-pening. Tak perlu runsing. Baca balik apa yang aku dah tulis tu. Notakan. Lagipun kalau korang pensan pun Mak takde situ nak tolong. Baca je balik slow and steady.

Kalau korang dekat Shah Alam, dah ada banyak kedai Pak Arab kat sini yang ada benda-benda ni. Seksyen 9 sebaris kedai-kedai kereta tu. Seksyen 3 sebaris dengan Ceria. Mercucita pun ada.

Okay, love from me.

I hope you'll have a good day and will doa the same for me.

Thank you.




Thursday, 5 October 2017

Sampai bila?

Watikah hari ini adalah...


Korang create group satu sekolah tapi masih berpuak pada umur 40-an.

...Nak tanya la...

...korang ni dah habis sekolah ke belum?


Zoom in TMZ, ET ni. Tanjat ke u'olls...???

Haaa cepat confessionnya je la korang...
Dah berapa kali dah korang stay sana repeat paper SPM?
Tahniah diatas kegigihan tersebut.
Nanti time koko jangan pulak nak singgah rumah Mak buat jadi rumah singgah.
Mak takde rumah sebab Mak wanita berkerjaya kei...



Really sincerely sangat. Coz I've left it 24 years ago.

xoxox

Mak Tombak

Wednesday, 27 September 2017

Takzirah hari ini #cecewah

Watikah hari ini adalah...

Korang pernah tak dedulu doa untuk sesuatu baik atau tak baik (clause: tak baik tau) atau balasan for whatever grounds that you decided on, lepas tu sekarang baru berlaku? You kind of forgotten about it for a while sebab as your life progresses, korang kena let go to move forward kan. Kan... Then bila it happens, you go like... woooooaaaah...

My friend told me once: "God counts not on seconds, days or years. He has no sense of time. He only gives when it should happen."

Paham tak? 

Bila Allah nak bagi, Dia tak mengikut "Oh, perkara ini akan berlaku pada hari Selasa sekian tarikh sekian waktu". Dia cuma akan memberi mengikut ketetapan situasi dan waktu.

For example: 
Boifren dah bertukar berapa kali, nak patah hati sampai ko pun penat tak tau mana silapnya. Lepas tu ko take a break, decide to cuba tukar arah untuk diri sendiri yang mana secara tak langsung, you change your outlook in life. Then suddenly lepas tu you terjumpa the right person.

Kedalamannya: He will give you something untuk lalu dan cycle tu berulang selagi ko tak belajar dimana kesilapannya. Dan jalan akan dibuka luas bila you LEARN to break the cycle. 





Samalah concept dengan bila dengan kesungguhan hati ko berdoa agar sesuatu itu dapat berhenti dari cyclenya contoh seperti menghalang/menyakiti sesuatu yang lain untuk membuahkan kebaikan buat semua orang/sesuatu situasi. Semua tu Dia saja yang menentukan. 

Jadi, apa pengajarannya kat sini? 

JANGAN ANIAYA ORANG. 
JANGAN MENYUSAHKAN ORANG.
JANGAN MENYULITKAN SESUATU PROSES YANG MUDAH DENGAN SENGAJA.

Banyaklah yang boleh kita tau sendiri no need to story longer kan.

So I mengingatkanlah diri sendiri, dan u'olls untuk berbuat sesuatu kebaikan, yang bertempat. Sebab ramai je yang akan ada nak ambik kesempatan dan menyusahkan korang kemudian hari. Ada la sekali dua yang dah terbentang depan mata. Syukur jugak sebab Allah bukakan my mata hati to realise my doa dikabulkan. 

Jadi dengan ini, I hope the economic downturn ni will end quickly for us all. Times are hard. And I hope we all can get through it well. May we be protected under His grace.

Okaylah. 

EHEH

Babai.




Wednesday, 20 September 2017

Tiada, untuk kita mungkin berbeza.

Watikah hari ini adalah...

Jangan nangis kalau suami takde masa untuk kita. Jangan kira boifren sebab boifren tak valid. Dia sibuk mencarik rezeki nak kawin ngan ko. Jadi jangan ngada. Lagipun dia bukan laki ko pun nak ngada teruk-teruk. Buat penat je.

Kita faham, kurang punca nafkah batin dan zahir. Kurang perhatian, kurang nak tengok dan berkata, "Hensem gak laki aku ni," atau dengar dia kata, "Nak kopi plis".  Takde pun kadang nak mintak tolong tengok anak tergolek ke mentara you need to do something else.  Lebih sangat perlunya nafkah emosi batin untuk kita rasa selesa dia ada involvement dalam daily life kita. Agak payah nak manage kan bila kita sampai satu tahap yang, "Apa-apalah..." 

Above all, sekurang-kurangnya dia takde masa untuk kita sebab commitment kerja, punca rezeki untuk harta dia. Isteri ni adalah harta dia. Anak-anak adalah harta dia. 

At least dia masih ada. And you will see him again.

...Some people won't.



Nota Kaki: 

Seorang lagi teman with cancer telah meninggal dunia pagi tadi jam 4.32AM. 

Ikhlaskanlah AlFatihah buat arwah Megat Erwin Putra Bin Lani.

⁠⁠⁠⁠⁠Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka

Wednesday, 8 February 2017

Ke Laut China Selatan aku hari ni

Watikah hari ini adalah...

Pagi tadi aku takde la rasa stress sangat. Tapi bila ia menjangkau jam 10pagi dan ke atas, dan ke atas, meter reading tekanan aku semakin naik. Slowly but surely gitu. Slow passola lambat laun sampai jugak.

Jangan konfius. Ni la Yahama PASSOLA. Dia macam, ong ong gedek gedek gedek.
Orang tahun 1980-an je paham kot.


Nak aje rasa jujur beritahu apa yang berlaku. Nanti jujur pulak korang kata, "Ek eleh minah ni. Semua tak betul, dia sorang je betul #apahell?" Haha. Ya, takpe, aku dah pikirkan dah untuk korang ni karangan ayat korang ke sesuatu yang begini.

Bila ko kerja, tolonglah:

1. Take note tarikh, masa, dan tempat untuk bermesyuarat. 

2. Hantar/block meeting calendar dengan orang-orang lain yang terlibat. Kalau pun sekadar ko nak invite tahap geli-geli je, tolong prompt beritahulah via separate email atau WhatsApp message ke mahupun SMS. Sebab kadang bila diorang dah terima calendar, diorang dah tak reti mana nak cari balik info meeting sampai la alarm kata orang tu nak sampai lagi 15 minit tu keluar. 

3. Bila ko tetiba kena outstesen, tolong la plan betul-betul.

Aku sekarang ni rasa cam taji orang sebab seriously aku dah plan nak buat kerja admin/purchasing hari ni. Nak kasik clear semua outstanding dan nak raise request to purchase - HARI NI. Bukan esok, sebab esok cuti Thaipusam dan takde orang kat opis kecuali Pak Guard tapi takmo pun aku datang kerja walau ada dia kat situ. Then kalau tidak paling busuk pun hari Jumaat lah.

Akhirnya semua tu terpaksa ditangguh sebab:

1. Kena buat write-up. Dan kena minta tolong orang lain untuk rapikan design yang aku dah buat guna Word gara-gara tukar komputer baru dan diorang dah block dari download Photoscape (the only thing I know to use) dan Paint telah merudumkan visual otak Mak ni sebab tak dapat buat apa yang Mak nak.

2. Tetiba kena cari schedule logistics. Lepas tu ditanya, "Ni je ke connection yang ada?" Boleh jugak kalau nak buat jadual sendiri. Hado je... Jap, meh sini aku buatkan. Nanti kita tengoklah ko tunggu transport kat situ 6 jam secara sia-sia belaka. 

3. Pastu tetiba nak bawak prezen pulak. Dah merapu nak kena cari barang. Had to go through all the internal processes and going from block to block. Dah dapat barang, nak pulak jadikan barangan jadi hamper - aku terima request ni melalui email ya, bukan verbal dengan cara yang sweet-sweet je. Tau tak ia telah menjadikan aku hampa? Nak mencari bakul kat mana? Hampes jadinya... All I could think about was, "I need to get the shreds for the hamper from my shredder" - like, WTH?? 

So at the end of the day, result pekerjaan adalah hampeh kan...

And then now tetiba ada pulak yang beriya suruh aku buat proposal untuk mendapatkan harga tiket penerbangan (dari semalam sebenarnya), bila-bila aku free; tapi dah tanya secara BERSAHAJA sebanyak 5 kali dari semalam ke hari ni, sehingga dia duduk betul-betul belakang aku when boleh je ko Google sendiri website for a figure. 

Berikutan dari pertanyaan tersebut, setelah terjadinya kejadian kejar-mengejar prezen tersebut, tetiba aku dapat email yang PROPOSAL mengenai penerbangan tersebut perlu siap pada hari Isnin. 
*krik krik krik* 
Proposal kot. 
*krik krik krik*
Senin kot ye. 

Hek eleh. Confirm la Senin tu dah kena ada. Jadi Jumaat aku pun dah ke laut jugak la. Agak la kan. Dah hari pun aku dah bergelumang dengan Laut China Selatan. #apahell kan. Floating in the sea looking for prezen and bakul and wrapper and shreds from my shredder. Hahaha. Bongok.

So gini lah... Aku nak mengingatkan kepada diri sendiri bagaimana hari-hari aku boleh tidak berjaya mencapai apa-apa target. Berkaitan dengan kejadian seperti hari ni. Ke laut floating sensorang. Lagi best kalau aku lock myself in the jamban dengan henfon full bar. Duduk sampai kematu jubor tu. Janji segala King's Saga tu aku menang.  

In short, tolong ler paham bila payment request aku drag, bila barang purchasing aku drag, bila name card korang-korang ni tak sempat aku siapkan untuk request for printing... Dah la banyak red tape. Dah la ada je orang yang tak nak baca email, tak baca mobile messages, tak angkat calls walaupun semua tu company dah provide.

Clause: Kalau company dah tanggung henfon dan bill, you are obliged to and it is your responsibility to answer, respond, call back anything pertaining office - korang tau tak? If you dowan that responsibility yang mana komunikasi korang nak sesukati je, silalah tanggung sendiri perbelanjaan semua tu. 

Okay jap aku sambung. So bila email masuk ko tak baca, habis semua internal approval, requests tu stuck kat situ duduk dendiam. Barang kerja nak kena jalan. Ko paham tak?

Baiklah. Dah habis bengang aku tinggalkan kat sini. Jangan korang pulak naik bengang jugak. Sebab kalau ya tu, kira aku kesiankan je la sebab korang bengang. Aku dah okay dah hahahahaha.


Nak cuci gelas, nak blah. Lagi baik gi ambik Cik Adik balik sekolah. Balik rumah, duduk je la atas jamban tu lelama. Hahahaha.


Thursday, 19 January 2017

No Response Required

Watikah hari ini adalah...

Hari ni Mak tak nak ajar u'olls anything. Tapi Mak nak update anak-anak yang semakin membesar. Group-group WhatsApp pun semakin meriah dalam henfon memasing. Pasal sekolah je, I have average 2 group bagi setiap anak.

Kebetulan pulak la baru jadi ni (beberapa saat yang lalu - so exclusive), cikgu baru masukkan sorang parent dalam group kelas. Parent tu introduce la dia siapa, anak dia yang mana satu. Tetiba ada pulak another parent yang sambut kata something like, "Eh eh kita duduk belakang rumah u'olls je la, pastu anak kita satu kelas," in the group.

Wow.

I would feel soooo... soooo violated tau. Kenot potato. Tanjat koooot.





Moving along, Abang Long dah Form 2, Abang Ngah Darjah 5, Cik Adik Darjah 3.

Tahun depan Abang Long PT3 and Abang Ngah UPSR. Cik Adik bergumbira. 

Hmm. Gitu ah. Tu je.

Sekian, thank you for your time on this useless rant.

Wednesday, 17 August 2016

Teka-teki

Watikah hari ini adalah...

Hembus habuk. Hembus habuk lagi. 
*Batuk*
Hembs habuk sekali lagi.
*Bersin*

Ternyata begitu lama Mak tak pegang keyboard dekat sini. Mak lebih pegang pedang keyboard warrior hahaha. Setannya kenyataan itu. Sesungguhnya itu statement pelesu. 

Yang sebenarnya Mak lama tak masuk sebab Mak sibuk dengan kehidupan ni. Abang Long, Abang Ngah dengan Cik Adik pun dah besar. Semua dah masuk sekolah rendah dan menengah. Bestkan? Sebab dari awal yang Mak bukak blog ni pun was in March 2011 kot (although I could've sworn it feels like 2010). 


Dalam tempoh 6 tahun, I am grateful that part of their lives were documented here. The funnies that I see. And how not funny the things are if it happens now masa time diorang dah besar panjang. Semua pun dah besar. Konsep kelakar diorang pun dah lain. Macam baru ni time nak tidur yang sentiasa nak dilajak-lajakkan Abang Long (as usual...):

Abang Long: Jom kita main teka-teki. Kasut apa yang tak boleh dipakai?
Mak: Kasut kuda. - Tak
Cik Adik: Kasut kucing. - Tak 
Cik Adik: Kasut burung. - Burung tak pakai kasut la Dik. Tak. 
Cik Adik: Kasut anjing. - Hahahahaha. Mana ada. 
**Cik Adik continues to name all other animals... 
Abang Ngah: Kasut yang hilang. - Masih boleh pakai kalau hilang. Jawapan salah. 
Mak: Kasut rosak. - Tak. Masih boleh sarung. 
Abang Ngah: KASUT YANG BERISI NAJIS! 
Hahahahahaha... Part ni memang Mak bantai gelak gila la...



Tapi korang nak tau ke jawapan teki-tekinya ni?


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

\/

Jawapan: KASUT KHINZIR



Ya, saya setuju yang jawapannya adalah jawapan yang tak boleh blah. Baik lagi kasut yang hilang. Kan.

Okay, Mak dah hilang momentum sebab mentara aku sambung balik ni, it has been 2 hours. Dan Mak pun dah ngantuk sebab makan terlebih sudah akibat tekanan perasaan sambil bekerja ni hahahaha. Semuanya self-imposed. 

Today is Abang Ngah's birthday.

Happy birthday anak Mak sorang ni.

Okaybai.






Wednesday, 3 February 2016

I Kenot Believe It

Watikah hari ini adalah...
 
I can't believe I felt insulted when Fazura said she dreams of recording with Sia. Boleh ke?  Tetiba pulak benda ni trigger sendiri when I tried to play offline songs and Alive by Sia came out.  Just because aku rasa yang just because someone is born naturally beautiful with curves and flatness in required places, that doesn't mean they can do whatever or say whatever they want.  Pada hal itu hak dia pun nak cakap macam tu.  Cuma level singing dia tu memang tak boleh pergi la.  Kalau dengan Dayang Nurfaizah pun ko tak boleh setaraf, ni kan pulak Sia. 
 
Confidence can kill you sometimes.  Enabling you to do things that you are not very good at.
 
Apa-apa pun Rich really brought on lagi Hancur tu. You can feel the story he's telling you. Then someone comes and messes it up.  Then Rich saves it again.
 
I'm just so sorry.  Every time the song comes on, I can't help cringing every time she sings.  Only her intial "Woooo" je yang boleh masuk.  Yang lain tu, entahlah.  Aku ni pun memang jenis 'Feel' person. Jadi, begitulah.
 
Well anyway, Mak ngantuk gila. But it's only 9.05am.
 
Melampau betul.
 
Kthxbai.
 
 
 
Nadia.Is.EmosiSikitPagiNi
 
(tehapahapatah)

Wednesday, 11 November 2015

Sengal Gila

Watikah hari ini adalah...

1. Aku tak jumpa cimata dari malam kelmarin. Semalam seharian tanpa cimata.  Dan hari ni datang ofis tanpa cimata.

2. Pagi ni, aku realized aku kena UTI - urinary tract infection. I put a note, kena bawak air dari rumah untuk aku lebih berdisplin untuk minum air lebih kerap pagi ni untuk cuci pundi ittew.

3. So I got ready.  Tapi aku terasa macam something missing. Then I told Cik Adik, "OK lah mak dah nak pegi keje ni."  Dia jawab dengan muka tak pandang aku pun, "Habis tu, Mak tak payah pakai tudung ke?"  Perghh.

4. Sebab kehilangan cimata, aku put mental note yang aku kena keluar lagi awal dari biasa.  Aku drive slow (kalau kategori aku ni, secara tidak merbahaya dan cilok-mencilok), sampai opis pun awal - bagus. Aku hayak la kuih minum pagi yang aku jual kat opis tu sekali seperti biasa.  Dah letak kuih kat pantry, sekali tengok tak bawak sepit kuih. Lantak le korang pilih pakai tangan ke, plastik ke... semua belajar pepandai kan?  Pepandai la u'olls settle.

5. Sambil jalan ke workstesen, aku nampak sorang tu bawak sebotol air minum dia. Mak tak pack pun air tersebut untuk diri sendiri.  Pepandailah Mak pagi ni ya.  Sebab Mak lupa Mak ada UTI.  

6. Dah sampai workstesen, kunun nak update la Fesbuk pasal cimata ni (sebab dah seminggu ni memang asik hilang cimata je.  Tapi biasanya memang jumpa balik.  Tapi ni tidak.).  Korek henbeg sekali tengok henfon takde.  Si lurus ni pun kol la henfon dia, Cik Adik yang jawab for me to ask the obvious:

Aku: Henfon Mak kat rumah ye?

Cik Adik: Tak tau.

Aku: Ye la kat rumah, sebab kalau tak, bila masa Cik Adik ikut Mak datang ofis tadi kan (sendiri jawab)...

7. Nasib baik ada WA web.  Message je la sesiapa beritahu fon ada kat rumah.

8. Nampaknya mata aku ni semakin mengecil.  Laki baru message kata ada spare glasses I had 10 years ago.  So I'm going home to use that one and get my henfon back.

9. Dah tau ada UTI, yang aku pi bancuh air kopi dah kenapa?  Habis minum pulak tu.  Haih.



Nadia.Is.DonoWerLah

Wednesday, 21 October 2015

Wordless Wednesday: Comprehensive Breakfast Recipe

Watikah hari ini adalah...

Despite the terrible haze at where I am IPU 211 as at 7:00am, Mak tetiba had great energy to make complicated things for breakfast on a working weekday.

I made bun with egg, beef strip and parmesan cheese.  I don't know what you want to call it.  But I would call it Comprehensive Breakfast. Tinggal takde sausage je.  Hehe.

Instruction:Preset your oven at 170-180 celcius.
Ingredients untuk 1 unit:1 Beef Strips / Breakfast Strips / Lamb Slice etc
1 Sudu Besar Parmesan Cheese in Strips (potong panjang-panjang macam mozarella korang tabur atas pizza tu kan)
1 Bun untuk burger pun boleh
1 Biji Telur
Aluminium foil
1. Korek bun tu belah atas.  Motif, nak jadikan bun tu jadi macam mangkuk.
2. Lipat aluminium foil tu keliling bun tu.
3. Letak Beef Strip dalam bun.
4. Letak Parmesan Cheese atas Beef Strip tu.
5. Letak sebijik telur atas semua tu.
6. Masukkan dalam oven. Set timer to 20 minutes.
Dah siap.  Jangan lebih 20 minutes sebab nanti telur tu jadi keras. Let it cook outside by itself.

Then I also made salad.  Bikos hasben tak suka feta cheese, I made salad using Oakleaf Salad dengan roasted sesame dressing, dan campakkan beef strip dalam tu sekali. Okay jugak. 

I made mine, with feta cheese.  That's what I like best.


My Comprehensive Breakfast and Oakleaf Salad with Feta Cheese


Some how today, I also saw Nasi Goreng Kampung.  Bau cam, janji dapat semulut pun jadi la.  Jadi ambik sekampit.


Cik Yon's Nasi Goreng Kampung

Lepas tu lupa yang tengahari ni nanti ada orang nak ajak belanja lunch.

Perggghhh... So pompuan, apa yang ko nak buat dengan mekanan ni semua sekarang?  



Nadia.Is.Speechless


Wednesday, 17 December 2014

Bila Musim Tak Sihat Berlaku

Watikah hari ini adalah...

Abang Long tak sihat.  Dia ada infection mata yang jarang ditemui.  But it is being treated.  Cuma aku tak mampu nak share dekat sini.  Yang pasti, walau pun ko tak nak telan cuka kurma tu, I will make sure ko telan jugak.  Biar cepat baik, cepat kering dan kurang nak terdemam ke nanti. 

So semalam, pagi I had to go to the office first.  Then went home, ambik Abang Long and pergi la klinik GP dulu.  Kalau guna insurance ofis, memang kena dapatkan Referral Letter dulu dari GP as standard procedure.  GP kata, memang kena refer dan kena pergi jumpa eye specialist tu pada hari itu jugak - like how I expected.  And Alhamdulillah, dapat settle same day.  But by the time I got home lewat petang from the hospital dengan Abang Long, I saw Abang Ngah and Cik Adik berleluasa di rumah tersebut. 

"Tak tido petang ke?!" Mak templak.  Cik Adik sengih je dengan kedengaran, "Heh," darinya.  Dedua tu kena hambat naik bilik.  Memang nak kena puk dedua tu.  Malam ada kelas agama.  2 jam pulak tu.  Karang kalau tertido kat rumah Sazah (Ustazah) tu kang apa jadi citer. 

Mentara aku dok tunggu tepi katil tu to make sure diorang tido, aku sedar aku pun terlelap sekejap.  Bila aku bukak mata, aku jadi disoriented.  Aku tak sure aku dah terjaga pada hari apa.  Pagi atau malam.  Dan jam menunjukkan, lagi 10 menet je nak masuk Maghrib.  Hebat.  Rezeki aku tu kot.  Sebab kalau tak memang sepatutnya masuk balik dalam opis.  Tapi nasib baik boss agak memahami.


Raut wajah dan perasaan Mak apabila terjaga petang semalam

So dah settlekan mandi semua, sapu ubat, makan ubat etc, semua dah ready nak gi kelas Sazah.  Semua kecuali Abang Long la kan.  Mak je yang tak nyempat mandi.  Takpelah.  Redha. 

Hantarlah diorang.  Masa dah kat depan rumah Sazah, Abang Ngah kata dia pening kepala.  Mak tak layan sebab terasa macam alasan just bikos Abang Long tak ikut sekali.  Kengkadang dia berperangai macam tu.  Bila bebudak dah turun keta, tengok rumah Sazah macam ada tapi takde orang.  Nak bukak pintu, berkunci.  Ketuk pintu, takde orang datang bukak.  Bagi salam, macam anak-anak aku je yang nyahut salam tu.

Masuk balik dalam keta.  Talipon Sazah kot-kot aku ni salah hari ke.  Hilang ingatan ke.  Kelas kensel ke.  Sazah kata kelas is in session and the door terus bukakan for the kids to in. 

Then I decided to pegi pharmacy sebab air Khal (cuka kurma with honey) tu dah nak tinggal 2-3 portion je.  Air Khal tu takde pulak - Mak, kecewa.  Yang ada cuma cuka kurma pure, and honey with apple cider vinegar.  I took both.  I also took extra virgin olive oil.  Went home, bathed, kelek condition Abang Long.  Cukup time, aku decided nak try different route to Sazah's house.  Mana tau ada jalan pintas.  Pusing punya pusing punya pusing, jalan ditutup dengan palang besi.  Siyot je. 
Mentara sampai rumah Sazah dah lewat dalam 10 minit, I told the kids lah yang I tried different route sekali jalan tak tembus.  Their feedbacks came in the order below:

"Oooh...  Patutlah Mak lambat sampai."

"Kenapa Mak lambat?" (Err...  Bukan Mak dah explain ke tadi??)

"Tembus tu apa, Mak?"

Dah terus Mak ko mental breakdown sebab "Acaner lak nak explain tembus tu apa..."

So everyone got home dengan selamat.  Everyone kena hambat makan honey with apple cider tu.  Sebab bila aku sorang cuba cuka kurma baru tu, memang...  Piau pergkh kejadah rasanya.  Jadinya confirm the kids boleh honey with apple cider tu sahaja.  Cik Adik aku bagi sekali sesudu olive oil sebab lidah dia pun dah nak blister.  I took myself juga to get good cholesterol. 

Then I woke up pukul 4:00pagi.  Abang Ngah panas.  Woke him up.  Gave him PCM sebijik.  Demah dia.  Gentel sekali letak ubat mata Abang Long.  Later on in the morning, same thing.  Abang Ngah masih demam.  I asked him to mandi.  Tapi keluar panas dia sebab dia buang air besar.  But before that, I gave him olive oil tanpa rela.  So whilst he was showering, he vomited clear content.  Memang keluarlah olive oil tu balik.  Tapi dia keluar dengan lendir.  Abang Ngah ni memang sangat susceptible dengan sinus, so, I think that was a good thing. 

I got ready for work.  Gave Abang Ngah another PCM sebijik sebab dia sambung tido dan aku tak nak lah terlepas pandang waktu dia makan ubat tu nanti.  Then I woke Abang Long untuk makan ubat dia juga.  Marah-marah dia tu.  Belum lagi sapu ubat kat mata.  Belum lagi kena paksa minum Khal sekali lagi.  Last-last, bila dah selesai semua, terus fresh dan jalan turun bawah.  Bertuah punya budak.  Tadi seakan hebat energon kau nak tido balik tetau je terus bangun dan walk off like nothing happened.  Apa saja lah mamat tu.

So ni satgi tengahari memang kena balik.  Sebab cukup time for next application on the eye.  I just don't trust orang lain nak buat.  Sebab mata ni kan...  Citer lain. 

Okay lah.

Penat dah ni.  Babai.



Nadia.Is.Thankful

Wednesday, 5 November 2014

Snapped

Watikah hari ini adalah...
 
Ko tau tak perasaan lahanat ketika perlu?  Perasaan yang nak lempang semorang.  Hempuk tepon.  Tadah air and let it just run.  Habiskan stok air panas and then tak refill.  Itu semua noti tu.  Noti yang merugikan.
 
Dah berapa hari berperasaan macam ni.  Orang sekeliling pun ada juga tambah sos di situ.  Semua borak macam melting egg je.  All half cooked.  Aih.
 
 

 
 
Tapi aku juga mengaku sebab aku sedang bertarung dengan PMS.
 
Sekian, terima kasih.
 
Nadia.Is.Pissy

Wednesday, 26 December 2012

Wordless Wednesday: SMS Istimewa

Watikah hari ini adalah...

Aku dapat sms istimewa pagi ni...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




Ko hado?

Nak beratur kereta masuk iCity tu pun nak menangis, ni kan pulak nak beratur mandi beramai-ramai...  Takpelah.  Baik aku beratur mandi kat rumah je.

 
Nadia.Is.Cute

Wednesday, 5 December 2012

Wordless Wednesday: Grrr

Watikah hari ini adalah...


Saya sakit gigi.
Sangat.
Bodonyuik palo den.


Yang benar,
Nadia.Is.Cute


Wednesday, 7 November 2012

Wordless Wednesday: Hi Y'all!

Watikah hari ini adalah...

Have you guys missed me?  I have been yearning for some sort of ways tapi tak nyempat nak nulis.  I mean, I have had time out and proses urutan minda dan muntahan lahar sebanyak mungkin. 

Sekejap.

Soalan: Mungkinkah? 

Jawapan: Mungkin...





It's good.  All I really need is to word vomit.  I know that my reactions do not expect for attention.  Cuma nak mengeringkan sponge dada ni before it meletus terbabow.  And that was what I got. 

GREAT!

I wish I stay longer and chat, but I've got things to do. 

Catch up with ya later, alligator!



Nadia.Is.Ingrish

Wednesday, 17 October 2012

Wordless Wednesday: Soalan Peperiksaan

Watikah hari ini adalah...

Soalan Peperiksaan:

Di dalam sebuah rumah yang ada 4 buah bilik, 3 bilik air dan 3 buah basikal, di manakah tempat yang sesuai untuk menggantungkan pakaian yang mahu digunakan semula?


Jawapan:
Sila rujuk pada gambarajah di bawah.

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

\/




Memanglah ni tempat letak seluar!
 
Memanglah sengaja kat situ supaya bila ada orang datang ke, 
nak keluar rumah petik bunga ke;
senang nak capai and sarung.... 
...bikos ai shy...  
Nanti people can see my smelly underpants... 


Memanglah wordless sesangat... 



Nadia.Is.Wordless

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wednesday: Wedding on Saturday

Watikah hari ini adalah...

Sabtu lepas my husband's cousin got married.  Venue adalah di suatu tempat yang mind boggling - laman futsal!  Mind boggling, kan...  But the whole place was opened up so ada good ventilation.  The kain penghadang tu diangkat secara keseluruhan. 

It was opened up in a rectangle area.  So dari bahagian memanjang tu, diorang gantung a loooong line of tanglung bebola putih from one end to another. Then in between the tanglungs were layers of white kain flowing.  Setiap disusun straight, berganti dengan berpintal sekali di tengah.  Sebab tempat tu tinggi dan spacious, it gave a fairytale, whimsical feeling lah!  They only had to play with long stand of lampu candlesticks tu.

But macam mana pun, the best surprise they had there was...  The backdrop belakang pengantin.  What do you think?  For sure berbunga mereben...  Or pearl like backdrop...  Or...  kayu kayan...  But nope.  It wasn't one of those.  Langsung.  Ia adalah sesuatu yang amat terserlah.  They really used up whatever the dewan had.  ----->  Diorang guna PAPAN HITAM.  Yes, the blackboard.  Pengantin in white.  The backdrop was papan hitam.

The result of it?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/



SIMPLY BEAUTIFUL!



Nadia.Is.Wednesday

Wednesday, 5 September 2012

Comelnya Mak Kat Spital...

Watikah hari ini adalah...

Mak kan memang comel...  dan kecomelan terserlah di sini where I am in the hospital. 

1. Why am I in the hospital?

For one, aku adalah penat dengan condition bebudak ni.  Mungkin ini adalah sebab utama.  Ya.  Aku sampai tak boleh buat kerja kat opish.  Tah hape ke benda kerja pun aku tak tau.  Tekanan ke tidak pun actually aku sudah berada di tahap total loss.

Walau bagaimanapun, aku adalah jujur.  Aku call dan inform bahagian tertunggak memasing dan beritahu yang aku terpaksa postpone kerja aku sehingga Isnin petang.  Dan mungkin di atas kejujuran aku itu, pihak-pihak berkenaan menjadi considerate dan bagi aku extend tempoh sah laku tersebut.


2. Apakah kejadian?

2.1 Abang Long tidak mahu makan, minum juga tiada mahu makan ubat.

     2.1.1 Dia akan muntah pada perkataan UBAT.

     2.1.2 Dia akan lepaskan saja secara besar-besaran di mana saja dia berada.  Literally.  Ye, Mak sakit jiwa dengan perkara tersebut.

     2.1.3 When I came home this afternoon, I asked if got minum air tak.  Jawabnya, "Tak, sebab tadi takde gelas".  Ye.  Paham tak perasaan Mak ni u'olls?

     2.1.4 He refuses to eat.  Sebab dia firm dengan level kemuntahan dia, dia akan telan dua tiga suap dan muntahkan semua keluar di hadapan meja makan tu sambil menadahnya dengan tangannya sendiri.  Haish.  Mak paksa dia kemas sendiri sebab memang tahap suka-suka je nak muntah.  You've got to see it to believe okeh.

     2.1.5 Dia dah dehydrated, takde energy, susah nak berdiri and lost 3 kilos within 5 days.  Boleh kah?

     2.1.6 Makan ubat kena depan sink.  Pastu kalau ubat tu 10ml, ia akan mengambil masa selama 12 jam. Sambil menyelam mesti muntah 20 kali dan silalah ko humban diri sendiri dalam lubang jamban tu dan keluar balik untuk tunggu dia berenti drama sama sekali.  

     2.1.7 Cemanalah nak baik...  Kalau ubat biasa pun termuntah-muntah cam supplier makanan Badang, apalah citer nak soh dia telah antibiotic...  Sila rentan sekarang.


2.2 Abang Ngah adalah demam on off juga.  Kelmarin he was healthy pink (sihat walafiat).  Sekali malam tadi dia mula semput.  Then coughing, then added with high fever.  In the morning pun consistent je panasnya.  This pattern stayed through the whole morning sampailah Mak balik keje.


3. Konklusi
Our family ketidaksihatan punya pattern dah berlanjutan.  It's the weather.  It's the hot and cold.  It's the high humidity (yang seriously membuatkan aku terpikir kitorang patut tinggal kat Australia for health reasons) and it's just about time we put a stop to the whatevers.  Doctor pun kata it's the weather.  


4. Cik Adik?
Cik Adik pun has been on and off.  Her condition improved much for the past few days.  Ni pulak tetiba malam ni flu.  Terus nasib baik doctor bagikan dia ubat for the selsema.  

For note, dia juga berasa sungguh upset sebab dia takmo tido kat spital.  Tapi, sukati Mak kao lah kan.  Ko nak, ko tak nak, ko tido jugak kat spital ni.


I'm sure ramai yang tak sihat.  Most yang kedengaran suara kat opis tu pun semua serak basah lebih had serak Ella.  Dia macam 2 in 1.  Suara lebih had Ella dengan suara 'Kita bako je'.  

Tadi masa nak masuk pun ada drama.  Mentara aku ingat lah kan...

Because of Abang Long's refusal for treatment or food or drink, I dengan tekojot lalu serta-merta bersetuju dan beriya-iya dengan option full IV untuk dia.  Lantaklah ko nak merentan ke apa.  Mak dah bagitau dah kalau tak makan ubat, Mak AKAN hospitalizekan dia dengan IV attached onto him.  Well, seriously...  what other choice has he got, kan?

So, nak lah masukkan IV tu.  Mamat tu dah kejung tahap gaban.  Macam ko angkat kadbod heavy weight tu babe nak letak atas katil.  Ye, kadbod kejung tapi dia gerak-gerak...  Erm...  cam dolphin buat show jalan atas air tu...  Huish.  Satu kerja la nak settle kan ko ni bro.  Dia punya menjerit so shrilly, satu wing paed unit tu, ko boleh dengar budak menangis from one end to the other end in harmony.  Aih.  Kesian kat bebudak tu.  Ye, tiada simpati pun untuk Abang Long si Budak Bertuah tu.

Cataflam drops untuk reduce high fever tu pun boleh dia nak MUNTAH!  8-10 drops tu ya.  Macam eye drop saja into the mouth...  Ya Allah...  E! Akan tetapi, setelah dia mendengar teriakan kuat yang mengojotkan, dia telah tidak jadi muntah; maka dia telah ludahinya keluar dan lap pada selimut spital itu.  

Mak berasa sungguh terduga.

Dengan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka sembuh dengan baik and I still have my sanity by the end of this stage.



Nadia.Is.Comelnya Aku Sekarang Ni!




7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...