Wednesday 29 April 2015

Expectations vs. Reality

Watikah hari ini adalah...

Aku ada rasa macam nak merentan.  Tapi bila aku duduk dendiam dan tengok kejadian harian kawan-kawan sendiri, aku rasa macam aku takde sebab kukuh untuk berbuat demikian.  Sebab mode aku sekarang ni adalah lebih untuk duduk dendiam dan menguruskan apa yang patut sebelum aku betul ada hak untuk merentan secara rawak dengan sebab yang lebih kukuh.

Entah apa jugak yang aku nak share kat sini pun aku tak tau.  Tetapi diantara keajaiban yang aku dapat tangkap adalah:

1. Men can be so random dan tidak berusaha untuk keluarga mereka.  Sebab mereka berasa berhak untuk buat apa-apa yang diorang nak, dan mereka berhak untuk dilayan sebagai raja.  Betul, mereka ada hak.  Tetapi... kalau bini dah tunggang langgang nak jaga dari spender awak sampai ke spender anak 5 6 7 8 orang... and you expect the house to be clean and spotless, makanan sentiasa ada ready untuk awak panas-panas.  Cubalah awak rotate role dengan si isteri tu sehari.  Harus pada hujung hari tu awak pun nak membebel macam bini awak jugak.  Tapi, lepas 3 hari kejadian tersebut, awak terus lupa dan kembali ke mode expectation jejaka Melayu tersebut.






2. Bila isteri dah raise concern about security i.e. tempat tinggal, kenderaan, apa-apa yang sewaktu dengannya itu, awak dengar lah betul-betul.  Sebab yang tinggal kat rumah awak tu, yang membawa kenderaan tersebut, adalah semua ketulan harta benda awak sendiri.  Jadi ia adalah tidak adil untuk expect bini awak sorang je yang nak kena jagakan SEMUA HARTA BENDA awak sensorang dia. Oleh itu, kalau dia dah kata kereta dah nazak, gate rumah dah nak jatuh, grill dah tak boleh seret nak kunci rumah...  tolonglah TOLONG DIA.  Sebab bila ada apa-apa masalah keselamatan yang berlaku, memanglah SATU SEN PUN TAK GUNA. 





3. Kerja-kerja tak kerja.  Rezeki ada dimana-mana.  Isteri adalah sangat appreciative bila nampak ada usaha pada suami untuk berusaha bawak balik rezeki untuk isi rumah.  Tapi haruslah diingatkan bahawa, usaha duit isteri, adalah HAK ISTERI.  Tanggungjawab suami adalah untuk make sure satu isi rumah dia cukup makan pakai.  Bila suami beri cukup nafkah emosi (batin), isteri akan tolong suami.  Percayalah kata ai ni.  Bila isteri nampak usaha suami nak kerja, isteri pun akan tolong.  

Akan tetapi, jangan expect bila awak takde duit, awak sindir isteri, bagi statement bila isteri nak pi beli barang dapo, expect isteri to serve you food, makan pakai sampai isteri sendiri terabai.  Like, HELLOOOO... duit tu duit ko expect bini ko bagi kot?  Jangan dibuatnya sampai isteri sakit hati. Sekali dia terasa, TER-haramkan apa yang dia beri, hidup awak tu nanti tak berkat. Lintang pukang. Jadi, janganlah ya.





4. Ada tak awak berikan duit ke tangan isteri awak dan berkata, "Nah, ni untuk awak.  Pegi la beli apa-apa yang awak suka."  Sebenar-benarnya, walau pun RM10.00, ringannya rasa hati isteri (walau digalakkanlah suami berikan RM50.00 minima buat mereka.  Dapat diorang beli apa-apa yang diorang teringin untuk diri sendiri.  Inilah yang diberikan nama NAFKAH ISTERI.





5. Rata-rata juga expect bila balik tu tak la nampak bini pakai track bottom dengan t-shirt buruk or baju kelawar.  Janganlah tak provide barang mekap, perfume etc untuk bini tapi expect bila suami balik kerja, bini dah tunggu sesiap kat rumah dalam keadaan meletop untuk laki dia.  Kata nak bini cantikkan diri untuk suami.  Tapi korang tak belikan pun dia baju tido ke, baju jalan, tudung, ubat cuci muka, bedak etc. Itu tanggungjawab suami.  Sebulan ke dua bulan sekali, belikanlah dia lipstik ke, toner ke... You have no idea how grateful the bini is when husbands do this.  And you also have no idea, how much money she is worth, and she's getting paid only by love and affection.





6. Bagi la dia time out.  Pi allow her to go see, have coffee with her friends and suami take over her job for 3 hours in the evening.  Dia pun nak kena rejuvenate herself.  Sebab penat tau.  She gets rough days and nights.




Ajaib tak?  Tak ajaib.  Sebab ni semua perangai jejaka Melayu.  Bukan Islam.  Memang ada beza diantara dua perkara tersebut.

Akhir kata, bagi ibu-ibu yang ada anak lelaki, latihlah diorang cuci baju, gosok baju, masak, kemas rumah, bertukang, pasang semua benda yang DIY dalam rumah tu...  Sebab itulah kerja mereka sebenarnya. Kerja utama isteri adalah menjaga suami i.e. menjaga kecantikan diri untuk suami, beranak, mengasuh anak. Kalau dah semua kebenda dia nak kena settle sendiri, mentara ko balik rumah, dia dah rebeh. Jadi, janganlah suami expect isteri yang badan macam Kim Kardashian sebab isteri tu takde masa nak rawat diri untuk jadi macam tu. 





Even dengan bebudak ni pun kadang kata berangan nak belikan rumah la, nak duduk sebelah rumah Mak la, kira ayat-ayat nak berbakti dengan Mak diorang lah.  Ya, sejuk perut dengar.  Sejuk sangat perut dengar.  Akan tetapi, jawapan Mak adalah Mak jawab sambil gelak, "Tanya isteri tu nanti dulu. Kalau isteri tu tak selesa, tak payahlah buat macam tu.  Nanti kalau dia tak happy, awak pun tak happy."

Abang Long has learnt to cook by himself.  And Abang Ngah is able to locate whatever is missing. Dedua orang tu jugak yang kena clean up the sepah after everyone.  Sama dengan Cik Adik.  Sebab dia tu memang tak boleh lepa.  Cik Adik is the one yang akan follow through dengan yang lain, walau kengkadang pun melampau, "Maaak... Abang Long tak buat homework lagi.  Lepas tu dia pun tak kemas beg sekolah dia semalam." "Awak sibuk dengan orang lain, awak pun homework tu dah siap?"  Sengih. Senyap. Pergi.  Wooo... Clever.  Belakang kira juga, ko jugak yang kena settlekan berantakan dedua beradik tu kemudian di atas pengaduan tersebut.  

Okaylah.  Writing this entry was good for me.  At least my dada tak berasa sesesak pagi tadi.

Babai.


Wednesday 8 April 2015

Tuesday 7 April 2015

Communication

Watikah hari ini adalah...

Here's the thing about communication.  

Credit: via Google

Mak buat group internal on WhatsApp supaya senang nak atur meeting.  Bola 1, Bola 2 dan seterusnya masuk semua.  Sekali, selepas soalan Mak dijawab dan tidak dijawab, semua Bola-bola telah logout langsung dari group tersebut.  Wah.  Beginikah relationship dalam persatuan kerjaya kita ni?  Macam... harmoni sangat!  Saya suka bila kerja saya menjadi sulit.  Bolehkah?

Entah begitu spesel la Mak ni.  That I have to clean up messes that I don't feel like doing.  I don't want to fix anything now.  Mak nak duduk je bawah shade pokok berhadapan pantai dan lautan.  Air yang boleh nak fish kedek-kedek kat tepian.  Rasa pasir kat kaki sambil pakek bikini, topi beso dan cimata hitam yang sampai tutup pipi tu.  Terasa cam 80's sang-ngat! [aw]

But you know what?  I don't like the energy.  So I'm just gonna let it slide for now.  I mean, there isn't anything for me to do.  Aku tidaklah ketua jabatan kerja raya untuk ambik action.  I get disappointed. So I'm not gonna get myself in disappointment again.  Bikos itu bukannya pun KPI Mak kan?  

I tell you lah, after all the sheet that I have had to go throughout the past few years, I have just decided to live my path that way.  Dulu memang aku tak berkira.  Aku buat sebab aku rasa perlu to make sure the flow is smooth throughout the systems.  Kita forgo kan benda-benda kecik dan tolong orang lain supaya process tu cepat siap with much urgency dan relook into the flow as time goes by just to improve it.  

Tapi kalau dah begini caranya... I just apply with what I have gone through je lah.  Report pada pihak-pihak lain yang relevant sebab dah takde tindakan.  Biar orang lain yang tolong manage kan perkara-perkara yang ada.  Sebab aku dah tak kuasa.  Apa yang penting sekarang adalah, aku takmo endorsement menghalalkan apa yang haraam.  Cara juga tidak menghalalkan perkara memang ternyata keharamannya.  

Semoga Allah ringankan hati ni, memberikan aku clarity for the decisions I make.  Because my actions is what I carry to my deathbed and is stamped into my passport pada hari akhirat nanti.

Enough is enough. 



Friday 3 April 2015

The Adventure of Backpackerbusuk and Friend

Watikah hari ini adalah...


Credit: backpackerbusuk
(I hope you don't mind Fatt.  I just love your blog!)

Aku telah dirungkai oleh blog journal backpackerbusuk yang gila memberangsangkan.  Lebih baik mengalunkan sektor-sektor tak terhadam otak ini dengan berangan dapat berjalan macam Fatt. Rezeki dia jadi explorer and adventurer.  Semoga dia dilindungi dan dipermudahkan urusan pejalanan dia dan kawan-kawannya sekali.

Dengan ini aku telah berasa berkobar-kobar untuk membuahkan suatu penulisan dalam Bahasa Malaysia sebaik boleh (walau pun I think in English).

Terkesan.

Then I went jumping back into my own blog.  Aku pun telek my side bar.  I tewl you, semua blogs mereka-mereka itu adalah berabuk.  Jenis kalau tiup 2x sehari selang 3 hari seminggu pun takkan hilang habuk diorang tu.  Setahun kot tak update.  Engkorang ni dah kenapa?  Dah beranak lagi ke apa?  Aku pun ada gak waktu tersengguk tapi idok le sadis gitu.  Buat pakatan beramai-ramai pulak tu.  Terus akak ni terasa left out.  Aku ni dah kenapa tidak bersama mereka juga...  Kata blogger. Stick la togedegede i'olls ni...

Baiklah.  Aku pun dah tetiba mengantuk.  Dah hujung hari.  Dah habis waktu shift bekerja.  Tapi belum habis tugas untuk checking details in work.  And aku akan tiada di opis bila Senin mari (when Monday comes).  Dateline submission is on Monday.  So... 

Begitulah.

Babai.


Nadia.Is.Adventurous (in her own mind)

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...