Rabu, 28 Disember 2016

Dear Self

Watikah hari ini adalah...

Dear Self,

Aku tau sebenarnya kau sedang melayan perasaan. Nak kata hambar, ada jugak lah. Nak kata kecewa, kau sendiri tau tak boleh anggap begitu sebab rezeki ni Allah yang beri. Kau suka ke tidak ke, ko kena terima dan pepandai manage sendiri. 

Aku tau kau ada impian yang masih belum tercapai. Dalam pada macam tu, kau sentiasa bergembira bila dengar rezeki itu sampai kepada orang lain. Kau tau apa sebenarnya spec impian kau tu senantiasa bersatu, cukup merangkumi semua. Senyum ya, Nadia. Takpe.

Aku tau dah bermuka-muka, berhelai-helai pages kau layari hari ni dengan harapan adalah sesuatu untuk diri kau. Tak satu pun yang kau jumpa mengikut kemampuan. Takpe. Bersyukur je sebab kau tau apa yang kau nak, cuma belum tiba masa je lagi.

Aku tau ko kadang frust kecewa dalam senyuman. Sekelumit yang orang lain tak tau. Kau pendam dalam-dalam. Kau yakin, masih belum lagi masa untuk kau dapat apa yang kau mimpikan. Kau jaga mata kau untuk menjaga perasaan kau agar sentiasa neutral dan takde rasa apa-apa. Sebab kau nak jaga hati orang, hati kau kena bersih, kan.

Kau pun tau nanti ada je orang yang membuka ruang untuk cadangan, sedangkan kau sedar limitation kau sendiri. Takpelah. Rezeki kemampuan orang lain-lain. Aku harap kawan-kawan kau tu nanti fahamlah bila kau buka isi hati kau nanti secara summary. 

Jangan fikir atau pandang diri kau sendiri tu rendah, sebab kadar kehidupan kau adalah lebih baik dari yang kau sangka. Takpe, hati kau sendiri tau akan terubat setiap kali kau stalk page Shukri Yahaya dengan page bini dengan anak dia sekali. Entah apa magis diorang yang boleh buat kau tersenyum sorang-sorang pun aku tak tau. 

Dah. Senyum dalam hati. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Bersyukurlah dengan what you have managed. "Belum masa je lagi," kalau ikut skrip Abang Ri. So, focus lah balik kepada kerja tu yang ada dan terbengkalai sebab layanan perasaan kau tu.  

Baiklah.One last mental memory of Shukri Yahaya's family photo in my head. Mental memory imprint of each scent, feel and look of my children and my love. Overwhelming siut. Boleh tak aku nak pergi cari penjuru dan nangis disitu? Lepas nangis, makan aiskrim.  

Well yes, I am feeling sad. Pujuklah hati ni Ya Allah. Sejukkanlah hati ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

Love yourself Nadia. Just because you know the world needs you. 

28-Dec-2016

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails