Watikah hari ini adalah...
Pagi tadi aku takde la rasa stress sangat. Tapi bila ia menjangkau jam 10pagi dan ke atas, dan ke atas, meter reading tekanan aku semakin naik. Slowly but surely gitu. Slow passola lambat laun sampai jugak.
Jangan konfius. Ni la Yahama PASSOLA. Dia macam, ong ong gedek gedek gedek. Orang tahun 1980-an je paham kot. |
Nak aje rasa jujur beritahu apa yang berlaku. Nanti jujur pulak korang kata, "Ek eleh minah ni. Semua tak betul, dia sorang je betul #apahell?" Haha. Ya, takpe, aku dah pikirkan dah untuk korang ni karangan ayat korang ke sesuatu yang begini.
Bila ko kerja, tolonglah:
1. Take note tarikh, masa, dan tempat untuk bermesyuarat.
2. Hantar/block meeting calendar dengan orang-orang lain yang terlibat. Kalau pun sekadar ko nak invite tahap geli-geli je, tolong prompt beritahulah via separate email atau WhatsApp message ke mahupun SMS. Sebab kadang bila diorang dah terima calendar, diorang dah tak reti mana nak cari balik info meeting sampai la alarm kata orang tu nak sampai lagi 15 minit tu keluar.
3. Bila ko tetiba kena outstesen, tolong la plan betul-betul.
Aku sekarang ni rasa cam taji orang sebab seriously aku dah plan nak buat kerja admin/purchasing hari ni. Nak kasik clear semua outstanding dan nak raise request to purchase - HARI NI. Bukan esok, sebab esok cuti Thaipusam dan takde orang kat opis kecuali Pak Guard tapi takmo pun aku datang kerja walau ada dia kat situ. Then kalau tidak paling busuk pun hari Jumaat lah.
Akhirnya semua tu terpaksa ditangguh sebab:
1. Kena buat write-up. Dan kena minta tolong orang lain untuk rapikan design yang aku dah buat guna Word gara-gara tukar komputer baru dan diorang dah block dari download Photoscape (the only thing I know to use) dan Paint telah merudumkan visual otak Mak ni sebab tak dapat buat apa yang Mak nak.
2. Tetiba kena cari schedule logistics. Lepas tu ditanya, "Ni je ke connection yang ada?" Boleh jugak kalau nak buat jadual sendiri. Hado je... Jap, meh sini aku buatkan. Nanti kita tengoklah ko tunggu transport kat situ 6 jam secara sia-sia belaka.
3. Pastu tetiba nak bawak prezen pulak. Dah merapu nak kena cari barang. Had to go through all the internal processes and going from block to block. Dah dapat barang, nak pulak jadikan barangan jadi hamper - aku terima request ni melalui email ya, bukan verbal dengan cara yang sweet-sweet je. Tau tak ia telah menjadikan aku hampa? Nak mencari bakul kat mana? Hampes jadinya... All I could think about was, "I need to get the shreds for the hamper from my shredder" - like, WTH??
So at the end of the day, result pekerjaan adalah hampeh kan...
And then now tetiba ada pulak yang beriya suruh aku buat proposal untuk mendapatkan harga tiket penerbangan (dari semalam sebenarnya), bila-bila aku free; tapi dah tanya secara BERSAHAJA sebanyak 5 kali dari semalam ke hari ni, sehingga dia duduk betul-betul belakang aku when boleh je ko Google sendiri website for a figure.
Berikutan dari pertanyaan tersebut, setelah terjadinya kejadian kejar-mengejar prezen tersebut, tetiba aku dapat email yang PROPOSAL mengenai penerbangan tersebut perlu siap pada hari Isnin.
*krik krik krik*
Proposal kot.
*krik krik krik*
Senin kot ye.
Hek eleh. Confirm la Senin tu dah kena ada. Jadi Jumaat aku pun dah ke laut jugak la. Agak la kan. Dah hari pun aku dah bergelumang dengan Laut China Selatan. #apahell kan. Floating in the sea looking for prezen and bakul and wrapper and shreds from my shredder. Hahaha. Bongok.
So gini lah... Aku nak mengingatkan kepada diri sendiri bagaimana hari-hari aku boleh tidak berjaya mencapai apa-apa target. Berkaitan dengan kejadian seperti hari ni. Ke laut floating sensorang. Lagi best kalau aku lock myself in the jamban dengan henfon full bar. Duduk sampai kematu jubor tu. Janji segala King's Saga tu aku menang.
In short, tolong ler paham bila payment request aku drag, bila barang purchasing aku drag, bila name card korang-korang ni tak sempat aku siapkan untuk request for printing... Dah la banyak red tape. Dah la ada je orang yang tak nak baca email, tak baca mobile messages, tak angkat calls walaupun semua tu company dah provide.
Clause: Kalau company dah tanggung henfon dan bill, you are obliged to and it is your responsibility to answer, respond, call back anything pertaining office - korang tau tak? If you dowan that responsibility yang mana komunikasi korang nak sesukati je, silalah tanggung sendiri perbelanjaan semua tu.
Okay jap aku sambung. So bila email masuk ko tak baca, habis semua internal approval, requests tu stuck kat situ duduk dendiam. Barang kerja nak kena jalan. Ko paham tak?
Baiklah. Dah habis bengang aku tinggalkan kat sini. Jangan korang pulak naik bengang jugak. Sebab kalau ya tu, kira aku kesiankan je la sebab korang bengang. Aku dah okay dah hahahahaha.
Nak cuci gelas, nak blah. Lagi baik gi ambik Cik Adik balik sekolah. Balik rumah, duduk je la atas jamban tu lelama. Hahahaha.
No comments:
Post a Comment