Sabtu, 3 Mac 2012

Apa-apalah!

Okay. So this is life.

No, wait.

So this is life??

Maybe to pay for what I have done in the past; either I don't remember, main agak-agak or... In denial. Go figure lah kan.

Getting to work sometimes way earlier than I should, and coming home from work late. I'm not talking about taking more time in the office to avoid the jam. For crying out loud, rumah aku tu is only a few minutes away. Time is shorter if I'm not driving light weight car in the rain. But at least I sempatlah jugak nak lari balik and hantar anak pi sekolah with a 10-min break for myself before I broom broom back to the office during lunch hour.

What was that? Envy me?
Alhamdulillah. My home is close to office. Not only that, my home is close to my parents' and my in-laws' side of the family. This includes sisters and brothers-in-laws. Best kan? Best... Bersyukur.

I work nearly 10 to 11-hourly daily. Macam best jugak rasanya sebab I totally drop office the moment I leave for my car. But other things go on macam... Kenapa kengkadang bila call maid, dia tak angkat... Kenapa line tepon kat area rumah aku cam harams... The 'Alamak! Susu budak habes malam ni jugak!' And the phone calls that go, "Jangan lupa beli telur ya? Telurnya udah habis sekalian," yang memang jam tu ko akan rasa cam nak hempuk sambadi then and there jugak.

Kesian kat budak-budak. Betul. Memang kesian.

But, nasib baik rumah dekat. Kalau dibuatnya aku keje kat KL, lagi masak! Keluar kul 7:00am. Sampai opis ngam-ngam. Balik nak tak nak paling-paling kuat pun nak balik Shah Alam, ada la dalam pukul 6:00-6:30. Sampai rumah, pukul 7:00-7:30. Kan?

Habis tu wiken? Kerja lagi kan... Go wet market... Dah keluar wet market, tapau breakfast. Dah keluar parking nak balik teringat "Ala... Kicap pulak habis... Aaaa... Telur, roti... Bawang merah!!! (Mentara tu otak ko dah cramp)" Maka terpaksalah kau tubik balik masuk kedai runcit. Dah nak parking ni, "Alahai, duit pulak tinggal 10 hengget... Apa kes nak membeli? Beli telur ngan kicap pun tak cukup! Takkan nak bawak balik telur sebijik je kot??!!" Teruslah gi ATM pulak. Pastu tu gi la ko balik kat kedai runcit tu. Then bila call balik maid tanya apa lagi yang takde, dia kata, "Jangan lupa beli nugget ngan sosej ya? Makanan pagi habis langsung." Maka kepala ko akan cramp sekali lagi. Terpaksalah ko drive balik second time kat Petronas tu and beli benda-benda tu. Ya. Aku tahu. Aku memang arif sebab dah entah berapa kali ia sudah terjadi. Especially kejadian bila wet market day aku tu TERjatuh pada hari Ahad atau replacement holiday on Monday. Sengal.

Benda-benda macam ni laaaa selalu jadi kat aku.

For instance. Aku dapat nota yang ada orang bank call mintak appointment ngan boss pada kadar segera. I couldn't see the connection sebab memang tiada kaitan ngan kerja pun. So I called la balik the guy sebab katanya urgent sesangat. Rupanya orang tu kenal pun tidak siapa boss aku. Yang dia tau dia nak perkenalkan bank dia untuk PERSONAL ACCOUNT ya... Mak rasa cam nak taji je dia nox.

Okaylah. Citer tu tak releven pun. Tapi tetiba teringat je. Jangan menipu boleh tak? Itu bukan bohong sunat tau. Itu, menyusahkan orang.

Like another phone call I had.

X: Can I speak to Gwen Stefani please.

Aku: Siapa dan dari mana ko ni fomfuan?

X: I'm calling from HUH and I'd like to speak to Gwen Stefani.

Aku: Dari kompeni mana ko tepon ni nox? Mak tak dengar clear la.

X: I'm calling from HUH and I'd like to speak to Gwen Stefani.

O. Ko tak paham soklan eh beb. Kesian kat ko. Takpe, aku teruskan dgn soklan seterusnya.

Aku: Kompeni HUH ni buat apa keje dia?

X: It's HUH. That's what we do.

Aku: Ko paham ke soklan Mak ni? Ceciter sikit apa kompeni ko buat ni.

X: It's HUH. That's what we do. H.U.H. (Siap spell it out kau...)

Aku: Ye, betul. (Pandai ko ngeja fomfuan...) Aku cuma nak tau kompeni ko tu buat keje cemana. Macam kalo TM, buat keja tepon, TNB bagi letrik kat orang. Kompeni ko nox?

X: Like I said, I'm calling from HUH and I want to speak to Gwen Stefani. Is she in or not?!

Eh. Bentak aku nampak... Apa lagi, mau tak kena ayat ngan aku. Dia memang meminta nampaknya.

Aku: Maaflah. Pertama, aku rasa ko adalah biadab. Kedua, Gwen Stefani tu boss orang lain bukannya aku keja untuk dia pun. Ketiga, apa ke susah sangat ko nak eksplen apa nature of bisnes kompeni ko ni?

Hish. Pantang betul aku dengan kompeni jaul training, report, conference ni. Aku dengar slang ko je aku dah tau la. Nak speaking bagai. Celah slang tu dah boleh tau ko tinggal kat Sentul tau! Nak buat bisnes, reti-retilah cakap elok-elok. Jangan bentak orang. Ko nak ajak kita join event ko ke ko nak hentak orang kalau tak join event ko tu? Ini macam baik ko benti keje tu pastu JV ngan Along.

Apa la.

Uish. MasyaAllah... Dah apa benda aku melalut ni... Dah la menaip guna blekberi. Tak kosa dah I want to scroll up and check what kaler vomit oredi come out!

Oh penatnya sudah setelah mengkeypadkan diri sendiri ini.

Dah. Nudnait!

Ps: Dialog telefon tu aku telah translate kan mengikut sedap gigi aku je.

Nadia.Is.NakTido

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails