Tuesday 13 November 2018

Maksud peperiksaan buat kami tahun ni

Watikah hari ini adalah...

So I'm surprised by the traffic from semalam punya post. Mungkin sebab lama dah tak tulis au natural kot. Tidak dalam keserabutan. Mak lek lek je. Haha. 




Banyak la Mak ko punya lek lek. Jangankan apple hijau, hammock tu pun Mak takde. Nak shirt hitam, kena pinjam Papa punya. Tapi, takpelah. Nanti masuk balik dalam lemari Abang Long pulak. Pastu Abang Long pakai je, "Sebab ada dalam lemari I," jadi kau redha je la eh. Budak tu dah besar.

But yeah, lama dah tak berbait dengan the kids in my postings. 

Sekarang ni tengah nak SPM kan. Abang Long will be waiting for PT3 and Abang Ngah pulak tunggukan UPSR results. Cik Adik ambik periksa akhir tahun biasa. Result percubaan adalah agak kelaut. Dan effort untuk tahun ni, semua keputusan akhir tahun adalah bergantung kepada setiap diri masing-masing sebab...

1. ..towards the final month nak periksa tu, Abang Ngah had Bronchitis and Bronchiolitis terus hospitalised for a week. Dapat seminggu, lepas following week tu UPSR. 

2. Minggu UPSR si Cik Adik pulak masuk hospital dekat seminggu. Sekali kena denggi kau. Nasib baik masuk air awal sebab demam dia panas mencanak-canak. Memula pun doctor ingat viral fever sebab tak kebah, then jap-jap keluar ruam, pastu ruam hilang. Dah hari ke-5 baru keluar segala bintat merahnya.

3. Lepas selang berapa hari after Cik Adik keluar hospital (aku rasa 3 hari je kot), Abang Ngah masuk balik hospital time Abang Long hadap PT3. He had this high fever that we all thought entah-entah dia pun kena gak gigit dengan nyamuk aedes. Tapi dia muntah punya la banyak kali kat klinik, terus klinik pun suruh gi hospital masuk air. Dekat A&E, doctor sana pun suruh admit terus sebab diorang tak pasti punca demam panas dan apa yang nampak macam keracunan makanan. In the end, it was viral fever. Dan at the end of this viral fever, kaki dia cramping. Tak boleh jalan dengan betul. 

Ada jugak permintaan nak naik wheelchair. I told him, "Kalau nak balik, jalan turun bawah - takde naik-naik stroller." Ya, memang sengaja nak ejek kata nanti dia naik stroller. Sebab kalau dah kaki cramp, tak nak try luruskan, nanti balik, bila awak nak exercise kan kaki tu buat stretching? Mak kan kerja. 




"Hari tu okay je Papa bawak I jenjalan naik wheelchair," dia tambah. Eh hello. Ko ingat Mak kau dengan bapak kau sama ke? Orang suruh dia jenjalan around the room and ward pun tak responsive. Takkan nak bagi kaki tu kejung kan? Keras urat-urat tu nanti. 

Result: Memang dia jalan kaki le sampai ke kereta...

Tempoh cycle kejadian 3 kali duduk hospital adalah selama sebulan. Jadi kita semua terima aje lah apa-apa yang dapat. Tadah je la tangan. Pastu kita pimpin je la ke hadapan bersama. Nak do any other thing oso kenot right? 




Dalam aku tengah tulis posting ni, ada la Mak-mak yang up gambar anak dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun. Ada satu program ni I know Abang Ngah masuk tapi kenapa tak jumpa carik dia dalam gambar. Takde sorang pun pakai baju kaler silver.


Ya, why I look-look kenot find? I look-look again, still kenot find.

So I asked dalam family group:

Mak: Where are you? Why don't have in picture?

Abang Ngah: Saya tidak hadir.

Mak: Eh. Betul ke tak hadir?

Abang Ngah: Ya.

Mak: Hari tu bukan ke you joined programme yang cenggini gak? (Mak dah confuse time ni)

Abang Long: Eh, Abang Ngah. You ada la join.

Abang Ngah: Tahun ni Abang Ngah tak join.

...Pause...

Abang Long: Mak tak jumpa Abang Ngah ke (dalam gambar)?

Mak semakin confuse. Abang Long bagi gambar, bundarkan Abang Ngah dalam pen merah. Ya. Abang Ngah tak pakai baju silver. Sebab dia pakai baju hijau.




Elok la. Mak kau tak kenal anak dia, diri sendiri pun tak ingat join program tu. Konpiden pulak tu dia join tahun lepas, bukan tahun ni. 

Aku rasa takde bezalah Mak dengan anak aku ni. Hahaha.

Okaylah. 

Sekian, terima kasih buat masa ini.





No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...