Aku ada berada di tahap agak kronik sebab ini adalah my second blog of the day di sini. Ish.
Kenot masak. Sebab barang basah dah abes. Tak sempat gi pasau. Segmentation perasaan ke pasau adalah seperti yang demikian.
SATU/ Kalau terlewat bersiap, selepas pukul 9:00pagi secara automatis kena tubik ke Pasar Seksyen 6. Tempat itu juga dikenali sebagai, "Mak, look over there is Nenek's Zoo." Harap maklum.
DUA/ Kalau ikut waktu yang amat berdisplin, aku akan sampai ke Pasar 16 [Pasar Seksyen 16] untuk merayau-rayau dan mendapatkan apa yang aku perlu dengan sukahati secara sukati dan saksama. Sebab nak pegi shopping sini memang first come first serve.
Tapi perasaan adalah sangat berbaur sebab:
SATU/ Aku adalah stress gila khinzir kalau sampai Pasar Seksyen 6 sebab ikan depa adalah gila kematu. Sayur-sayuran dia adalah sangat perfection. Ayam dan daging dia masih okaylah. Tapi ikan dia sangat seriously kematu. Serious. Macam segala ikan reject di Shah Alam ni akan disalurkan ke situ untuk penjualan terakhir dan clearance pada harga yang tidak ada discount sebab tempat itu juga dikenali sebagai Pasar Orang Kaya di peringkat Daerah Petaling. Harap maklum.
DUA/ Oleh sebab masih tak sempat nak sampai Pasar 16 di mana segala ikan di situ adalah segar bugar dan ada jugak yang baru je meninggei seperti ikan keli depa [Pasar Syen 6 tu ko boleh cacakkan ke langit macam obor sukan olimpik okay...], terpaksalah ke supermarket membeli apa yang patut.
DUA POIN SATU/ Supermarket paling dekat adalah Giant. Giant yang mana? Okay.
DUA POIN SATU SATU/ Giant SACC. Stok dia okay la. Boleh tahan. Tidak begitu memberi effect gila khinzir kepada pengguna.
DUA POIN SATU DUA/ Giant Shah Alam Mall. Sila meroyan. Ayam dia pun ko tengok, memang nanges. Tapi sayur dia boleh tahan. So kalau tengok ayam macam nak nanges, ko rasa ikan dia cemana? Kalau diikutkan, lagi elok dari produk Pasar Syen 6 kut. Cuma macam tak ada feel nak beli ikan kat situ sebab mungkin selection dia limited. Dan mungkin sebab orang tumpang kena lalu tepi ayam tu dulu kut yang memberikan effect cenggitu.
DUA POIN SATU TIGA/ Giant 13. Okay. Sebab tempat dia besau, output dia lebih so the stocks kena constant flow. Tapi tak suka bila kena beli sekor baru diorang nak layan potong. Dan bila lepas diorang potong tu, ko rasa, baik ko beli sekor ayam bulat dan potong sendiri kat rumah. Sambil nanges. Sebab sebenarnya tak mo potong sendiri pun. Tapi geram sebab orang tu potong macam tak seikhlas hati. Dan nak carik parking kat situ memang macam haraaaaammm... Dan kenkadang lagi macam haram rasa bila dah amik satu troli sampai membuak nak termuntah tu, setelah beratur macam kiambang dengan telus dan rapi dibelakang beberapa troli yang sama dengan sabarnya, ko terdengar "Cik, telur ni tak ada tanda harga la..." Maka dengan sabarnya ko pun jawablah, "Okaylah, tak payah," sebab apakah larat ko nak mencari punca mana ko ambik perkara-perkara tersebut in the first place pun? Kemudian tetiba kedengaran lagi, "Cik, daun bawang ni kena timbang..." A.i.s.e.y.m.e.n.
DUA POIN DUA/ Tapi, bukannya sepatutnya kitorang berharap pada Giant sesaja kan? Masalah lain adalah, susunan barang di Tesco adalah SANGAT serabut minta maap. Sila bawa aku ke sana jika mahu melihat aku meroyan dan berkelakuan sumbang. Don't get me started on Mydin. Di situ, aku mungkin memalukan mereka dan keluarga mereka. Tengs.
DUA POIN TIGA/ Tesco Extra adalah sangat distant dan hampir tidak mendapat tempat di dalam kamus hidup kami seharian.
Maka, apakah solution kepada perkara yang telah aku tulih berjela-jela ini sehingga wujudnya subpoints yang agak pointless itu?
Jadi semalam sampai le kitorang ke supermarket terpilih. Belilah sayuran. Dan belilah daging sepapan untuk stir-fry. Belilah dado ayam dan bahagian ayam lain yang boleh dibeli. Tapi aku tak suka sebab kalau peha ayam tu dapat seketul drumstick instead of menatang itu dipotong dua. Selamat lah the beberapa hari stok makanan untuk minggu ni.
Dan di saat ini aku akhirnya berasa penat. Mungkin ia telah membuatkan aku untuk tidak menulis lagi buat selama-lama yang mungkin. Lagi pun sat lagi time lunch hour aku terpaksa balik rumah, ambik si sulung tu untuk ke klinik sebab dah mula demam pulak dan bertarung dengan Cik Adik yang akan mengongoih dan secara tak langsung membuatkan Mak diorang pun mengongoih sebab nak kena pi balik opis.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni Je Yang Ada
Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update. Tak tau apa nak update. Ada ke orang baca blog ni? Dah takde dah gambar-gambar beb...
-
Watikah hari ini adalah... Welkam 2020. Pelbagai jenis emosi berbait, berbolak-balik dalam tempoh berapa bulan ni di tanah airku M...
-
Watikah hari ini adalah... Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku d...
-
Watikah hari ini adalah... Hari ni saya sakit tekak dan macam kurang sihat. Saya rasa mungkin sebab saya lupa nak cuci kepala sebab kena h...
4 comments:
aku suka blog hang ni ned. hang ni boleh jadi penulis. silap gaya boleh buat novel....GoodJob!
woot! woot!
nad, bikin pilem la oiiii...... ko tulis jela2 ginik (yg mane aku suka bace utk wat aku gelak sorg2 mcm org giler) elok ko buku kn n jaje la skrip nye.......
lagi satu jadi panduan pun ade gak aku tgk......
so bleh gak wat program baru ganti jjcm yg pengacara da xbest tu... pekate ko wat la program jalan jalan cari barang...... jjcb..... n aku saran ko jela jadik pengacra.... at least u can control meroyan ko skali.... kwang kwang ko jgn marah ek nad, gurau je....
tapi pape aku suka blog ko..... skang aku da ade tugas baru hari2 ku selain dari memasak, berladang dan berikan di fb tu, aku ade blog kau..... name nye berbloging......
woot woot
ngeeeeeeeee
bagus! aku merasai support kau... ngeeeeee...
Post a Comment