Watikah hari ini adalah...
Lama gak aku tak tulis entry. I think I've made my own ratings jatuh merudum. Ye. Aku dengan on site, off site emo aku tu. Berminggu-minggu PMS cam fomfuan lahanat sesangat. Pastu berminggu-minggu gelak cam aku lah fomfuan faling fofuler kat donia ni. E. Then the weeks yang terlampau emo sangat sampai takde mood nak apdet blog langsung. Macam mana pun, at least bila ada time frame yang mengizinkan, aku dapat gak nak melayari bahtera merdeka Encik Hazrey dan Puan Sri Filla yang terlampau (Ke melampau? Satu hari 30 entry ko boleh tulis nox. Hish!). Dengan ini aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjejakkan kakiku ke donia kembali dan berjaya mengeksesaiskan perut serta jiwa yang fana ini.
Soooo... What to update?
Yesterday was an extremely long emo day. But I was favoured well in the end.
Today, pepagi lagi Encik Black aka laki akak, telah pergi merewang naik beskal carik kangkung kat tepi tasik. Lima round tu naik turun bukit. Agaknya sempat melepak ngan makcik orang asli masak kat tepi tasik tu sekali. Mintak tips cemana nak tangkap ikan guna tangan. Ada jugak dia bawak balik hasil nasi lemak bastend 4 bungkus. Terharu dengan keajaiban itu.
Namun pun begitu, ia adalah lebih ajaib bila dia bawak aku gi pasar. Haha. Mesti laki akak naik hangin jap lagi kalau dia baca ni. Bukannya dia tak penah bawak... Donch you dare salah sangka. Aku sesaja je guna ayat bombastik. Kasi belajar itu Hinglish betul-betul. Ia adalah ajaib sebab dah lama dah dia tak bawak pastu perkara yang aku boleh je 'LIKE' kalau setiap yang dia buat tu macam apdet status Fesbuk dia kan. Dah la bawak balik sejam sebelum tu nasi lemak bastend 4 bungkus! Kan... You ni...
Masa kat pasar time nak ambik ayam tu, aku terasa cam, tak cukup kut ayam yang aku mintak. Aku mintak lagi setengah ekor. Pastu Encik Black tegur, "Kenapa cam sikit je I tengok?" Aku sebenarnya pun was-was. Tapi kalau ingat tazkirah ustaz kat ofis semalam, dia kata, kalau was-was tu maksudnya setan dah enter frame. Haha. Pandai la aku nak buat kaitan, kan... Jadi aku pun telah mengkopidenkan diri kata yang it should be enough.
Balik je terus bersihkan ayam sebab nak buat ciken rice shop. Sungguh le sangat cukup ayam tu kan? Tinggal cukup sepeket je untuk minggu ni. Bijak aku ni. Syaiton la sangat kan... Tapi takpe. Ada stok ikan yang boleh counter ayam itu.
Kalau masak ciken rice shop, musti ada rice kan? Aku yang dari awal dok terkira-kira ayam ni bajet tak cukup kot dari awal masak, rupanya nasik yang tak cukup. Masak dua pot. Setengah pot tu hangit dalam rice cooker, boleh??? Periuk nasik tu kalau dah datang angin bila orang masak nasik hayam, sampai kena sendal ngan senduk kayu. Pastu rentung la pulak, kan?
Tapi takpe. Rejeki edibadi, nasik ayam aku ni, rasanya adalah yang terbaik dari sebelum-sebelum ni.
Cuma nasik je tak cukup.
Cam tensen.
Sebab yang lain lazat, tak leh sambung makan ngan nasik.
Heh.
Then we put the kids to bed. I was tired and drifting in and out while reading the newspaper. In the heat we were in today. Malaysian weather yang unpredictable. Satu hari sejuk cam tinggal dekat je ngan London. Satu hari humidity level yang memecahkan lemak ai tanpa sampai ke mana-mana slimming centre. Lepas tu satu hari berangin je. Lepas tu satu hari panas kering tak berangin. And that one day yang hujan non stop, dan disebabkan aku balik lewat dari opis, aku tak sedar pun sekolah anak aku naik air yakni banjer. Boleh tak sebab aku tak sedar impact hujan tu? *lempang diri sendiri*
I was telling my husband masa balik pasar in the morning. Cerita tentang Abang Long.
For Koko dia, dia telah mengenrollkan diri sendiri sebagai PBSM. We were like, WHY LAAA?? "Erm, tadi ada budak datang kelas mintak nama, so ai bagi nama ai tapi ai tak sign kat situ (list nama)" pastu mata dia bulat-bulat. Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang dia telah lakukan kepada diri sendiri sebab lepas tu dia dia tanya, "Mak, PBSM tu apa?"
Nota: Aku lebih encourage dia masuk Pengakap, tapi unit beruniform adalah sedikit sengal perasaan sebab nak kena beli uniform mandangkan dah nama dia pun unit beruniform yang mana sampai sekarang Mak tak beli-beli lagi untuk dia. Kesian dia. Kesian jugak pada Mak dia.
Then a few weeks back (dah months la kut sebenarnya), he comes back from school and he tells me that he has enrolled himself dalam sukan football. Him? Football?? It's soooooo NOT HIM la... "Football, Abang Long??" mata Mak bulat-bulat tak percaya. Kenapalah dia tak ambik permainan board games. He's more of a puzzle and chess kinda dude, dan itu adalah sangat tidak football ya...
And true enough, balik je from the first Koko football, dia datang kat aku and tells me, "Mak, ai rasa ai nak tukar la. Ai takmo main football. Ai nak tukar lain. Tapi cikgu kata dah tak boleh tukar." Haish. Yang cikgu engko ni pun kan... Bagi je la whatever yang rasi ngan budak tu...
So, petang tadi to help him with this football menatang, Papa brought him and all the boy cousins go play at the padang. Betul punya lari-larian terbuka. Cuma bila dah 10 minit main, Buyish tanya, "Abang Long, you ni macam tak penah main je?" Soklan berbaur inesen. Dan dengan inesennya Mak Ngah nyampuk, "Ye Buyish, dia memang tak penah main." Abang Long tinggal mata bulat-bulat je sebab terkesima ngan soalan sampai tak kesah pun Mak jawab macam tu sebab Mak cakap betul. Sebab dia pun sore loser. Dah hujung-hujung tu, boleh je la ko tengok Abang Long dok nyangkung sambil tarik rumput. Ei. Boring orang nak main dengan orang yang sore loser cam tu. Sebijik perangai aku ler tu. Haha. Jangan salah faham ya, saya sporting, kengkadang boleh jadi Joyah Sport tapi aku sore loser cam anak aku tu jugak. Lain kalo lucky draw dapat menang iPad ke, Saga BLM ke... Itu, tak dapat pun aku boleh terima sebab the odds are so... sangat odd kalau semorang boleh dapat sorang sebijik.
Balik je rumah, aku masak lagi. I made... Lemon Ciken, sayur campur masak sos tiram, sambal udang... Lagi apa ek? Erm, telur dadar. Okay la.
It was alright. But I suppose the best part of the day was... I had on the same baju dari time aku gi pasar, sampai la habis masak dinner. Hehe. Tu pasal... Kena ada perfume selalu dalam henbeg... Memang dah kepam ke siku aku seharian dengan peluh lengit yang sungguh lengit dan hangit cam nasik ayam aku tengahari tadi!
Walau bagaimanapun, kome semua bernasib baik sebab aku dah berwangi-wangi sebelum aku sentuh laptop Encik Black. Dan mandangkan aku dah berwangi-wangi, ada baik jap lagi aku gi goda dia. Haha. Ayat cam siut je. Entah-entah mamat tu dah tergolek zombiefied depan tv. He's had a longer day than I have sebab dia cycling in the morning plus, dia yang dok kejar bola dengan bebudak tu petang tadi. Mak dok leper bontot piknik sesukahati ai je kat tepi tu. Hik hik hik!
Oklah... Daaaaaa...
Nadia.Is.Comel
No comments:
Post a Comment