Tuesday, 31 January 2017

MBTI Cerita Harry Potter - Severus Snape and Albus Dumbbledore

Watikah hari ini adalah...


Kelmarin aku duduk tengok TV. Rupanya ada back-to-back Harry Potter yang telah membuatkan aku duduk kat situ je dendiam. Dan sebenarnya aku rasa aku jatuh cinta lama dah dengan Severus Snape. Yang paling best, entah apa yang trigger, aku dah nebeng Google pasal dia diatas perkara-perkara yang dinyatakan dibawah:

...This unrequited love for Lily Evans...

...This devoted loyalty sampai sanggup do anything...
...This unbreakable face to smile but you know it's so much deeper than anything else you can imagine...

His character's MBTI is INTJ. There is a big a difference in character kalau compare dengan Albus Dumbledore. Base dia sama when it comes to deeper understanding, cakap berlapis, ayat literature yang satu ayat je dah bambu 5-6 perkara sekali sebut. But Dumbledore's MBTI is INFJ. 

Dedua pun introverted. INFJ, kengkawan dia ada ramai kot. But they're all from random places. Terus cam eh eh tetiba je a member yang boleh buat ni, or buat cenggini or dari sini, tau info ni. Tapi of course Mak lebih mengetahui pasal INFJ because I am one. Muka sombong gila cam Snape. Dalam diri jiwang cam lagu cinta tahun 80-an. 

Best tak tengok diorang ni off character? And he smiles!

Kalau nak samakan aku dengan Dumbledore, rambut putih dah ada. Cimata dah ada. Tinggal tak boleh terbang je. But my mind can jump from place to place macam Dumbledore. Jap-jap kang, nampak Koh Lipe. Jap-jap kang, nama pepohonan sakura. Jap-jap kang berada di tengah Hyde Park with a mug of hot coffee in autumn. Sah, kan? Haha.

Tapi yang paling best, birthday Snape sama rupanya dengan jejaka dalam hati. Patutlah ada tarikan kat situ. Ke sebab muka dia sombong gila. Gila matching ngan Mak ni. Sour cream laidat. Sour-sour oso never until touch the heart. Only special people gets to find the treasure inside there you know. Are you special? #ehsuddenly

Dan tetiba dado Mak sakit. Mak nak period ni kot. Entah. Sebab dia sesukati je datang bila dia nak. Bila dia tak nak, be like, 'I dowan'. 

Okay bye.


Thursday, 26 January 2017

Benda Kecik Kot

Watikah hari ini adalah...

Benda kecik kalu. Aku hanya nak bantu proses kau dengan lebih senang. Kalau ada 6 bill sebulan, leceh bagi aku untuk asing 1 atau 2 je yang tak berkenaan untuk hantar ke kau, sebab kau nak hantar benda tu ke tempat 4 atau 5 bill yang lain tu sendiri ke Pejabat A. Jadi aku scan dan email la copy to you mentara hantar ori ke Pejabat A, for your acknowledgement untuk mempermudahkan urusan semua orang.

Tapi kau nak aku asingkan jugak 1-2 bill tu setiap bulan sebab kau nak hantar sendiri jugak ke Pejabat A, setingkat atas kau tu. Besar sangat kemungkinan yang semua 6 bill tu aku hantar kat kau terus. Ni pun baru hantar 1 email copy, dah kata itu bukan bill yang korang nak uruskan. 

So, kalau aku dah terhantar bill yang korang punya ke Pejabat A? 
Kalau aku dah terhantar bill yang korang tak nak?
Kalau dah tersasul masul?

Boleh tak jangan buang masa? Kalau kita duduk setingkat dua beza, memang aku tak kisah. Tapi tempat kita berbeza bangunan kena menapak keluar peluh kot. Aku yang kena hantar ke tempat kau tu. Pejabat terakhir tu pun ada satu bangunan dengan kau. 

Entah. It irritates me. 




Pffft.

Mengapa Tak La Bukan

Watikah hari ini adalah...

Mak sakit kepala. I'm actually feeling down these few days. But I get that. Ironic sangat because it is in my personality trait. Senang bosan. Rasa sendu dalam hati. Macam tu. Mungkin it's because I have no one to fix. Coz I get better when I need to fix someone. That's how I roll. 

Pastukan, korang perasan tak orang Melayu ni figuratively akan kerap mula ayat dengan, "Tak la..." or "Bukan..." bila kita tanya dia MENGAPA? Kita ni dari awal memang defensive note kan? Entah-entah korang pun tak perasan. Cer try. Ko tanya member sebelah meja tu: 

"Ngapa ko nampak cantik hari ni?" 
"Ngapa ko tak tukar matching kan henbeg ngan pakaian pakaian ko ni"
"Ngapa ko beli ketupat ni, bukan fruitloops?"


Acentulah.
Aaa acentu.

Kbai.



Tuesday, 24 January 2017

Penangan Abang Ri si Shukri Yahaya

Watikah hari ini adalah...

Aku miss tengok AJL31 baru ni. Entah kenapa ya... Oh. I didn't know got AJL and then ada pulak bowla bowla sepaks yang memang selepas berapa belas tahun kawin oso I kenot/dono understand. 

So I play on the playlist on Spotify and there was the list of songs shortlisted for AJL31. Lagu Dayang Nurfaizah memang la terus membawa aku ke rumah Pak Samad masa Abang Ri defend Mia dengan kata-kata, "Dia ni isteri saya...," sebelum sambung dengan ayat-ayat ikhlas dia yang lain. Terus meremang bulu-bulu halus Mak ni... Ecececeh. 

Sejujurnya, sebelum ni dalam list jejaka-jejaka yang suka diulit adalah olweis olweis olweis Gary Barlow. Gary was like, since I was a teenager. Then added on the list was Bradley Cooper. He's still on the list la. Cumanya sejak Shukri Yahaya ada with that character since 7 Hari Mencintaiku, merudum terus dedua orang terdahulu tu. 

Hebat betul jejak Melayu ni. 

Yang bila dia senyum, the whole room lights up with him. 

Maybe it's the character. Maybe it's the whole story. Maybe it's his ability as an actor. Maybe some of the sentiments ada dalam diri dia. And when I think about it - no. When I feel about it, he reminds me of someone else sooooo familiar. Macam, it's like I know him. Like I really understand. Like putting my hand into his soul and knowing where to navigate. And again, maybe it's the character. Maybe it's the whole story. Maybe it's his ability as an actor. Maybe some of the sentiments ada dalam diri dia.


Beautiful family they are, the Shukris.


Ultimately after stalking pages, I understand. What makes him standout dari orang lain, dalam cerita, dalam lifestyle. He knows who he is. Dia ada jatidiri. He reminds me of the familiar.

I knew a man.
I know a man. 
I am still learning.
I renew my knowledge of him every day.

#ihavegonesappy 
#shukriyahaya
#tyaadnanislucky
#aairaameenahascoolparents
#itisonlytuesday

Mak membawa diri kbai.

Monday, 23 January 2017

Good Morning Monday

Watikah hari ini adalah...

Aku adalah sedang mengantuk tahap kurang ajar punya. Ye ye lah berpakat nak puasa keesokkan harinya, keesokkan harinya pulak dari subuh dah tala:

1. Scrambled eggs with cheese and beef strips.
2. Pulut panggang - 1.
3. Buah honey melon.
4. Buah papaya.
5. Black coffee.

It's 10.30am now. 

*mata dah semakin kecik. pulak. tak patut betul* 




Aaa. Dah takpelah. Dah selesai scrambled eggs tu yang perasan, eh lupa lak kunun nak puasa. Penuh sarat tetiba nak naik sah 'terlupa' pun aku rasa sedar diri untuk malu niat meneruskan puasa itu. 




Thursday, 19 January 2017

No Response Required

Watikah hari ini adalah...

Hari ni Mak tak nak ajar u'olls anything. Tapi Mak nak update anak-anak yang semakin membesar. Group-group WhatsApp pun semakin meriah dalam henfon memasing. Pasal sekolah je, I have average 2 group bagi setiap anak.

Kebetulan pulak la baru jadi ni (beberapa saat yang lalu - so exclusive), cikgu baru masukkan sorang parent dalam group kelas. Parent tu introduce la dia siapa, anak dia yang mana satu. Tetiba ada pulak another parent yang sambut kata something like, "Eh eh kita duduk belakang rumah u'olls je la, pastu anak kita satu kelas," in the group.

Wow.

I would feel soooo... soooo violated tau. Kenot potato. Tanjat koooot.





Moving along, Abang Long dah Form 2, Abang Ngah Darjah 5, Cik Adik Darjah 3.

Tahun depan Abang Long PT3 and Abang Ngah UPSR. Cik Adik bergumbira. 

Hmm. Gitu ah. Tu je.

Sekian, thank you for your time on this useless rant.

Tuesday, 17 January 2017

Learning: Coffee Press

Watikah hari ini adalah...

Aku berazam untuk menjadi seorang blogger kembali. Cecewah. Poyo kan? Takpe. Aku namakan konsep perangai ni sebagai Mature Poyoness. Terma berkonsep ukhwah with full Rouge One awkwardness and introversion. So you are welcome into my brain - if you're ready for it. See. Now you make me speak in English oredi.

Ya. Yang sebenar-benarnya I took time untuk kenali diri aku. Aku tau that I'm different than other people. I feel it. I know it. Tapi malas pulak aku nak share konsep kendiri aku tu. Yang tau tu, biar je la diorang tau. Sebab dah tak boleh cakap, aku dah tersalah cakap dengan diorang ke kan. That would be lying and God will strike me for it. Ececececeh.

Okay nevermind. Biar Mak buat impromptu review jap mandangkan Mak tengah minum hand-pressed coffee. Exotic je bunyi. Macam kucing hutan. Aw.

This is a coffee press. 

Googled Image


How it works is, masukkan ground coffee in the coffee press, put hot water in let the ground coffee duduk situ dendiam for like 5-10 minutes and then baru tekan ke bawah = ready to drink. 

I found a nice explanation about HERE (How to Make French Coffee Press). It's quite comprehensive. Siap ada lagu bagai macam happening je minum kopi ni hahahahahaha. Really, it's a matter of survival ya - with or without coffee.

The kepekatan/kelikatan all depends on your liking. Usually letak 1 besar untuk 3/4 mug full of hot water - for me. For korang, itu sendiri kena adjust la kan.

So getting your ground coffee... biasanya aku beli Tesco Finest Ground Coffee. It's worth the money that you pay for. Sebab rata-rata amount berbayar is around RM30.00/pack. Sometimes you can get this lesser than RM30.00. But what's helpful is when the packaging tells you what to expect from the beans. Example adalah seperti dibawah:


It tells you Colombian Supremo is Sweet and Nutty.

I usually take my coffee black. 

If you want to beli coffee press, baik korang reload kad Starbucks korang dan beli coffee press korang kat situ. Untung-untung dapat grande sized drink, dapat donut ke. The price is around RM80.00-RM300.00 depending what you choose. Kalau tak, biasanya kedai-kedai yang ada gadget dapur akan ada jugak, cuma I don't know the pricing range. My coffee presser is brand BODUM. 

Okay ni je for now.

Kbai.



7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...