Wednesday, 29 April 2015

Expectations vs. Reality

Watikah hari ini adalah...

Aku ada rasa macam nak merentan.  Tapi bila aku duduk dendiam dan tengok kejadian harian kawan-kawan sendiri, aku rasa macam aku takde sebab kukuh untuk berbuat demikian.  Sebab mode aku sekarang ni adalah lebih untuk duduk dendiam dan menguruskan apa yang patut sebelum aku betul ada hak untuk merentan secara rawak dengan sebab yang lebih kukuh.

Entah apa jugak yang aku nak share kat sini pun aku tak tau.  Tetapi diantara keajaiban yang aku dapat tangkap adalah:

1. Men can be so random dan tidak berusaha untuk keluarga mereka.  Sebab mereka berasa berhak untuk buat apa-apa yang diorang nak, dan mereka berhak untuk dilayan sebagai raja.  Betul, mereka ada hak.  Tetapi... kalau bini dah tunggang langgang nak jaga dari spender awak sampai ke spender anak 5 6 7 8 orang... and you expect the house to be clean and spotless, makanan sentiasa ada ready untuk awak panas-panas.  Cubalah awak rotate role dengan si isteri tu sehari.  Harus pada hujung hari tu awak pun nak membebel macam bini awak jugak.  Tapi, lepas 3 hari kejadian tersebut, awak terus lupa dan kembali ke mode expectation jejaka Melayu tersebut.






2. Bila isteri dah raise concern about security i.e. tempat tinggal, kenderaan, apa-apa yang sewaktu dengannya itu, awak dengar lah betul-betul.  Sebab yang tinggal kat rumah awak tu, yang membawa kenderaan tersebut, adalah semua ketulan harta benda awak sendiri.  Jadi ia adalah tidak adil untuk expect bini awak sorang je yang nak kena jagakan SEMUA HARTA BENDA awak sensorang dia. Oleh itu, kalau dia dah kata kereta dah nazak, gate rumah dah nak jatuh, grill dah tak boleh seret nak kunci rumah...  tolonglah TOLONG DIA.  Sebab bila ada apa-apa masalah keselamatan yang berlaku, memanglah SATU SEN PUN TAK GUNA. 





3. Kerja-kerja tak kerja.  Rezeki ada dimana-mana.  Isteri adalah sangat appreciative bila nampak ada usaha pada suami untuk berusaha bawak balik rezeki untuk isi rumah.  Tapi haruslah diingatkan bahawa, usaha duit isteri, adalah HAK ISTERI.  Tanggungjawab suami adalah untuk make sure satu isi rumah dia cukup makan pakai.  Bila suami beri cukup nafkah emosi (batin), isteri akan tolong suami.  Percayalah kata ai ni.  Bila isteri nampak usaha suami nak kerja, isteri pun akan tolong.  

Akan tetapi, jangan expect bila awak takde duit, awak sindir isteri, bagi statement bila isteri nak pi beli barang dapo, expect isteri to serve you food, makan pakai sampai isteri sendiri terabai.  Like, HELLOOOO... duit tu duit ko expect bini ko bagi kot?  Jangan dibuatnya sampai isteri sakit hati. Sekali dia terasa, TER-haramkan apa yang dia beri, hidup awak tu nanti tak berkat. Lintang pukang. Jadi, janganlah ya.





4. Ada tak awak berikan duit ke tangan isteri awak dan berkata, "Nah, ni untuk awak.  Pegi la beli apa-apa yang awak suka."  Sebenar-benarnya, walau pun RM10.00, ringannya rasa hati isteri (walau digalakkanlah suami berikan RM50.00 minima buat mereka.  Dapat diorang beli apa-apa yang diorang teringin untuk diri sendiri.  Inilah yang diberikan nama NAFKAH ISTERI.





5. Rata-rata juga expect bila balik tu tak la nampak bini pakai track bottom dengan t-shirt buruk or baju kelawar.  Janganlah tak provide barang mekap, perfume etc untuk bini tapi expect bila suami balik kerja, bini dah tunggu sesiap kat rumah dalam keadaan meletop untuk laki dia.  Kata nak bini cantikkan diri untuk suami.  Tapi korang tak belikan pun dia baju tido ke, baju jalan, tudung, ubat cuci muka, bedak etc. Itu tanggungjawab suami.  Sebulan ke dua bulan sekali, belikanlah dia lipstik ke, toner ke... You have no idea how grateful the bini is when husbands do this.  And you also have no idea, how much money she is worth, and she's getting paid only by love and affection.





6. Bagi la dia time out.  Pi allow her to go see, have coffee with her friends and suami take over her job for 3 hours in the evening.  Dia pun nak kena rejuvenate herself.  Sebab penat tau.  She gets rough days and nights.




Ajaib tak?  Tak ajaib.  Sebab ni semua perangai jejaka Melayu.  Bukan Islam.  Memang ada beza diantara dua perkara tersebut.

Akhir kata, bagi ibu-ibu yang ada anak lelaki, latihlah diorang cuci baju, gosok baju, masak, kemas rumah, bertukang, pasang semua benda yang DIY dalam rumah tu...  Sebab itulah kerja mereka sebenarnya. Kerja utama isteri adalah menjaga suami i.e. menjaga kecantikan diri untuk suami, beranak, mengasuh anak. Kalau dah semua kebenda dia nak kena settle sendiri, mentara ko balik rumah, dia dah rebeh. Jadi, janganlah suami expect isteri yang badan macam Kim Kardashian sebab isteri tu takde masa nak rawat diri untuk jadi macam tu. 





Even dengan bebudak ni pun kadang kata berangan nak belikan rumah la, nak duduk sebelah rumah Mak la, kira ayat-ayat nak berbakti dengan Mak diorang lah.  Ya, sejuk perut dengar.  Sejuk sangat perut dengar.  Akan tetapi, jawapan Mak adalah Mak jawab sambil gelak, "Tanya isteri tu nanti dulu. Kalau isteri tu tak selesa, tak payahlah buat macam tu.  Nanti kalau dia tak happy, awak pun tak happy."

Abang Long has learnt to cook by himself.  And Abang Ngah is able to locate whatever is missing. Dedua orang tu jugak yang kena clean up the sepah after everyone.  Sama dengan Cik Adik.  Sebab dia tu memang tak boleh lepa.  Cik Adik is the one yang akan follow through dengan yang lain, walau kengkadang pun melampau, "Maaak... Abang Long tak buat homework lagi.  Lepas tu dia pun tak kemas beg sekolah dia semalam." "Awak sibuk dengan orang lain, awak pun homework tu dah siap?"  Sengih. Senyap. Pergi.  Wooo... Clever.  Belakang kira juga, ko jugak yang kena settlekan berantakan dedua beradik tu kemudian di atas pengaduan tersebut.  

Okaylah.  Writing this entry was good for me.  At least my dada tak berasa sesesak pagi tadi.

Babai.


No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...