Rabu, 11 November 2015

Sengal Gila

Watikah hari ini adalah...

1. Aku tak jumpa cimata dari malam kelmarin. Semalam seharian tanpa cimata.  Dan hari ni datang ofis tanpa cimata.

2. Pagi ni, aku realized aku kena UTI - urinary tract infection. I put a note, kena bawak air dari rumah untuk aku lebih berdisplin untuk minum air lebih kerap pagi ni untuk cuci pundi ittew.

3. So I got ready.  Tapi aku terasa macam something missing. Then I told Cik Adik, "OK lah mak dah nak pegi keje ni."  Dia jawab dengan muka tak pandang aku pun, "Habis tu, Mak tak payah pakai tudung ke?"  Perghh.

4. Sebab kehilangan cimata, aku put mental note yang aku kena keluar lagi awal dari biasa.  Aku drive slow (kalau kategori aku ni, secara tidak merbahaya dan cilok-mencilok), sampai opis pun awal - bagus. Aku hayak la kuih minum pagi yang aku jual kat opis tu sekali seperti biasa.  Dah letak kuih kat pantry, sekali tengok tak bawak sepit kuih. Lantak le korang pilih pakai tangan ke, plastik ke... semua belajar pepandai kan?  Pepandai la u'olls settle.

5. Sambil jalan ke workstesen, aku nampak sorang tu bawak sebotol air minum dia. Mak tak pack pun air tersebut untuk diri sendiri.  Pepandailah Mak pagi ni ya.  Sebab Mak lupa Mak ada UTI.  

6. Dah sampai workstesen, kunun nak update la Fesbuk pasal cimata ni (sebab dah seminggu ni memang asik hilang cimata je.  Tapi biasanya memang jumpa balik.  Tapi ni tidak.).  Korek henbeg sekali tengok henfon takde.  Si lurus ni pun kol la henfon dia, Cik Adik yang jawab for me to ask the obvious:

Aku: Henfon Mak kat rumah ye?

Cik Adik: Tak tau.

Aku: Ye la kat rumah, sebab kalau tak, bila masa Cik Adik ikut Mak datang ofis tadi kan (sendiri jawab)...

7. Nasib baik ada WA web.  Message je la sesiapa beritahu fon ada kat rumah.

8. Nampaknya mata aku ni semakin mengecil.  Laki baru message kata ada spare glasses I had 10 years ago.  So I'm going home to use that one and get my henfon back.

9. Dah tau ada UTI, yang aku pi bancuh air kopi dah kenapa?  Habis minum pulak tu.  Haih.



Nadia.Is.DonoWerLah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails