Watikah hari ini adalah...
Adegan mencerca diri sendiri bagi Mak seminggu dua ni. Blog posting kat negeri omputeh segala cercaan diri tu sampai marah Mat Salleh nya. Dia kata, "Is very wrong la you ni dok marah diri sendiri. Cemana u'olls nak fefeeling dengan diri sendiri ittew... Diri sendiri kena jaga okay. Saaaaaayang ucuk ucuk diri tewww..." Mak pun berbaur penyesalan. Lagi mencerca diri didalam hati. Sedikit sahaja.
Sebab diri sendiri diletakkan dibawah tapak kaki sendiri dan membawa badan secara mengesot sepanjang tempoh itu, aku tak boleh function dengan kerja. Dia jadi, sepahkan kertas, end of the day ko kumpul balik kertas-kertas tu dan masuk balik dalam tray. Hari-hari jadi camtu. Entah apa jadi berjam-jam duduk atas kerusi, depan pompiter (computer).
Nak kata aku tertido ke macam fasa sebelum ni - tidak. Aku celik bila dah start minum balik air cuka buah. Nak kata tak nampak kerja mendatang - tidak, ada je kerja masuk. Dia macam ni. Nampak gelas berisi air nak jatuh, tumpah. Ko tau meja dan lantai tu akan basah. Tapi nak tadah dengan tangan pun tak bergerak tubuh ni and ko pun tak tau mengapa.
Kenapa tah aku nak cerita ni semua kat sini... Dah la lama tak bercerita. Datang pulak cerita yang tak best. Mana gi lawak gampang aku sebelum ni? Nak try bagi punchline pun dah hambar. Dah tulis dah sikit tadi lepas tu sendiri go, "Mende luuuu pompuaaaan..." Udeh-udeh le tu ya.
Susah sekarang nak cari kawan. Susah sekarang nak percaya orang. Susah dah nak bantu orang. Bukan tak nak. Hati aku besar beb. Besar sangat. Tapi orang ambik kesempatan. Niat diorang pun besar jugak. Besar sangat sampai nak duduk dalam kebaikan yang aku termampu.
Aku banyaknya tak marah. Aku lebih kecewa dengan perangai orang. Kecewa sambil marah. Kecewa sambil sedih. Kecewa sambil kecewa dengan keputusan yang diorang buat. But ultimately in the end, diorang pedulik hapa dengan kekecewan ko tu. Takat paling kuat pun ko terjun je dalam sungai dengan labu kecewa ko tu. They'olls okay je terus sampai destinasi tujuan hidup diorang tu naik sampan tu.
Paham tak?
Hari ni, aku pun dah tak tau apa nak buat. Aku sangat berharap aku ada inspirasi dan kekuatan untuk buat sesuatu for myself. To finish something. To, something-something. Bikos I keep feeling daya tarik ke belakang tu masih ada. Elastic tu berpaut kat belakang badan ni.
Korang doakan je la untuk aku. Doakan aku sihat mental, rohani dan fizikal. Boleh je korangkan doakan untuk semua Rohana dan Rohani sekali. Sure tersentak-sentak member-member aku nama-nama tu sambil korang sebut sekali. Haha. Oh hambar betul lawak... Aiseymen.
Okaylah. Panjang tak semena-mena blog posting ni.
Semoga segala urusan korang dipermudahkan today and have a great weekend.
No comments:
Post a Comment