Monday, 5 April 2010

ambi pur gel crystal

Jam menunjukkan waktu 4:29petang.  By now, aku dah membuat 3 posting di blog ini dan 1 dalam Nadia's [in]Sanity.  Ya.  Ia adalah sangat insanity.  No question about it.  Dan tidak.  Aku pun tatau kenapa. 

Tadi berkobar-kobar aku nak bawak si sulung pergi klinik tapi change of plans, so no, kenot.  Then mentara balik opis, aku dah kepanasan.  Meeting boss semua pun kena tukar location sebab aircond berhawa panas.  Setelah berpura-pura rajin dengan begitu tekunnya, aku terpaksa membasmi kepanasan ini dengan mengambil stok air sejuk dan minum di department orang lain.  Tempat tu compared to my place adalah seakan London in Spring.  Ceh.  Bunyik macam bagus je. 

Macam mana pun, aku berbangga jugak sebab hari tu aku pi beli Ambi Pur Gel Crystal.  Since tak pernah beli, tak pernah guna, aku tak leh nak bajet apa menatang bau it will produce.  Memula terasa bau dia agak menjengkelkan.  Ia telah membuatkan bau macam opis ni adalah pejabat operasi PJ Laundry Seksyen 3.  Macam tak sesuai.  Tapi mandangkan ni opis jual ubat, kalau nak kena ikut tema perniagaan, lagilah tak rela kalau hari-hari aku kena letak bau macam kat hospital.  Korang rela tak? 

Anyway, selepas seminggu, bau dia baru la melegakan sikit. Jadi aku kenot la mempinpoint samaada it was the scent type yang aku pilih atau memang kena tunggu seminggu baru you get used to it. Tapi kan. Entah-entah sebab hari ni banyak peluh = aku bau macam belacan = perfume lupa pakai dan tertinggal kat rumah = Ambi Pur Gel Crystal berkesan? Ha ha. Entah. I donch know. Maka akan ku biarkan perkara itu menjadi sesuatu yang misteri, penuh dengan tanda tanya.

 Well, anyway, this was the one I got:
Ambi Pur Odour Eliminator 
~ Fresh and Lite ~

Memang tak boleh bajet bau dia sebab diorang tak ada tester pun kata kat kedai for us to select the fragrance pun. The gels are the sort macam gel yang orang letak dekat pokok tu. Apa-apa pun, gel itu bukanlah makanan. Sila jangan makan. And bila nak bukak seal dia tu, make sure tak ada bebudak sebab bila aku bukak hari tu, bertabur sikit juga a few bijik. Takut kalau masa ter-roll out tu ada pulak yang ngutip ingat gegula ke hapa ke menatangnya nanti.  Faham?  Baguuuss....

Okaylah, dah hujung hari ni.  Diucapkan kepada para pembaca, selamat mencuba!  Dan renung-renungkan...

mrs black dengan rajinnya menampalkan links marathonnya

Sesaja nak post the blog yang sudah tertulis dalam my other blog, Nadia's [in]Sanity about my half marathons. 

SATU/ Putrajaya Night Marathon 2010

DUA/ Energizer Night Race 2010

...sebab aku dah tak kuasa nak tulih balik dan ada sedikit terbangang mikirkan cemana nak transfer menatang-menatang tu ke sini.

Ha ha.  Ya.  Nadia gelak saja.

dilema percintaan aku dan pasar

Aku ada berada di tahap agak kronik sebab ini adalah my second blog of the day di sini.  Ish.

Kenot masak.  Sebab barang basah dah abes.  Tak sempat gi pasau.  Segmentation perasaan ke pasau adalah seperti yang demikian.

SATU/ Kalau terlewat bersiap, selepas pukul 9:00pagi secara automatis kena tubik ke Pasar Seksyen 6.  Tempat itu juga dikenali sebagai, "Mak, look over there is Nenek's Zoo."  Harap maklum. 

DUA/ Kalau ikut waktu yang amat berdisplin, aku akan sampai ke Pasar 16 [Pasar Seksyen 16] untuk merayau-rayau dan mendapatkan apa yang aku perlu dengan sukahati secara sukati dan saksama.  Sebab nak pegi shopping sini memang first come first serve.

Tapi perasaan adalah sangat berbaur sebab:

SATU/ Aku adalah stress gila khinzir kalau sampai Pasar Seksyen 6 sebab ikan depa adalah gila kematu.  Sayur-sayuran dia adalah sangat perfection.  Ayam dan daging dia masih okaylah.  Tapi ikan dia sangat seriously kematu.  Serious.  Macam segala ikan reject di Shah Alam ni akan disalurkan ke situ untuk penjualan terakhir dan clearance pada harga yang tidak ada discount sebab tempat itu juga dikenali sebagai Pasar Orang Kaya di peringkat Daerah Petaling.  Harap maklum. 

DUA/ Oleh sebab masih tak sempat nak sampai Pasar 16 di mana segala ikan di situ adalah segar bugar dan ada jugak yang baru je meninggei seperti ikan keli depa [Pasar Syen 6 tu ko boleh cacakkan ke langit macam obor sukan olimpik okay...], terpaksalah ke supermarket membeli apa yang patut. 

DUA POIN SATU/ Supermarket paling dekat adalah Giant.  Giant yang mana?  Okay.

DUA POIN SATU SATU/ Giant SACC.  Stok dia okay la.  Boleh tahan.  Tidak begitu memberi effect gila khinzir kepada pengguna.

DUA POIN SATU DUA/ Giant Shah Alam Mall.  Sila meroyan.  Ayam dia pun ko tengok, memang nanges.  Tapi sayur dia boleh tahan.  So kalau tengok ayam macam nak nanges, ko rasa ikan dia cemana?  Kalau diikutkan, lagi elok dari produk Pasar Syen 6 kut.  Cuma macam tak ada feel nak beli ikan kat situ sebab mungkin selection dia limited.  Dan mungkin sebab orang tumpang kena lalu tepi ayam tu dulu kut yang memberikan effect cenggitu.

DUA POIN SATU TIGA/ Giant 13.  Okay.  Sebab tempat dia besau, output dia lebih so the stocks kena constant flow.  Tapi tak suka bila kena beli sekor baru diorang nak layan potong.  Dan bila lepas diorang potong tu, ko rasa, baik ko beli sekor ayam bulat dan potong sendiri kat rumah.  Sambil nanges.  Sebab sebenarnya tak mo potong sendiri pun.  Tapi geram sebab orang tu potong macam tak seikhlas hati.  Dan nak carik parking kat situ memang macam haraaaaammm...  Dan kenkadang lagi macam haram rasa bila dah amik satu troli sampai membuak nak termuntah tu, setelah beratur macam kiambang dengan telus dan rapi dibelakang beberapa troli yang sama dengan sabarnya, ko terdengar "Cik, telur ni tak ada tanda harga la..."  Maka dengan sabarnya ko pun jawablah, "Okaylah, tak payah," sebab apakah larat ko nak mencari punca mana ko ambik perkara-perkara tersebut in the first place pun?  Kemudian tetiba kedengaran lagi, "Cik, daun bawang ni kena timbang..."  A.i.s.e.y.m.e.n. 

DUA POIN DUA/ Tapi, bukannya sepatutnya kitorang berharap pada Giant sesaja kan?  Masalah lain adalah, susunan barang di Tesco adalah SANGAT serabut minta maap.  Sila bawa aku ke sana jika mahu melihat aku meroyan dan berkelakuan sumbang.  Don't get me started on Mydin.  Di situ, aku mungkin memalukan mereka dan keluarga mereka.  Tengs.

DUA POIN TIGA/ Tesco Extra adalah sangat distant dan hampir tidak mendapat tempat di dalam kamus hidup kami seharian.

Maka, apakah solution kepada perkara yang telah aku tulih berjela-jela ini sehingga wujudnya subpoints yang agak pointless itu? 

Jadi semalam sampai le kitorang ke supermarket terpilih.  Belilah sayuran.  Dan belilah daging sepapan untuk stir-fry.  Belilah dado ayam dan bahagian ayam lain yang boleh dibeli.  Tapi aku tak suka sebab kalau peha ayam tu dapat seketul drumstick instead of menatang itu dipotong dua.  Selamat lah the beberapa hari stok makanan untuk minggu ni.

Dan di saat ini aku akhirnya berasa penat.  Mungkin ia telah membuatkan aku untuk tidak menulis lagi buat selama-lama yang mungkin.  Lagi pun sat lagi time lunch hour aku terpaksa balik rumah, ambik si sulung tu untuk ke klinik sebab dah mula demam pulak dan bertarung dengan Cik Adik yang akan mengongoih dan secara tak langsung membuatkan Mak diorang pun mengongoih sebab nak kena pi balik opis. 

Sekian.

cahaya mistik di pagi isnin yang mendom

Pagi tadi aku ingatkan nak kena mennyahtoksikkan otak aku yang sebu.  Otak yang penat, lelah, akibat keadaan hujung minggu nomad kitorang yang tidak disengajakan.  Bebudak tak sihat.  Inez pun tak sihat.  Asik meragam je.  Tak boleh letak.  Tak boleh tinggal.  Ala ala anak pompuan aku itu telah menjadi anak jantan Farika Arbak.  Ha ha ha.  [Pensan]  Kalau nanges, tangisan dia memang tangisan yang hiba.  Nanges dari jiwa.  Dia terasa hati dan kau pun sekali akan terasa maka, rotation cycle tu tak habes-habes sampai la ko kasi templak satu kali dan maka nangeslah kedua-duanya sekali sampai habes.  Ha ha.

Okay, tadi aku baca blog si tukang karut Puan Eja 'Life Is By Desert Rose' bertitle Scary Movie.  I am adalah seorang yang biasa-biasa je.  Tapi kalau mimpi samaada mimpi tu bermaksud or it's about the future that is dejavu la kata omputeh. 

For example la eh.  A long time back baru lepas bersalinkan Elyas [he's going on 4 in August] I mimpi I was at a shopping mall, tengah nak turun escalator.  Dalam keadaan pening terpinga-pinga, aku pegang one child.  Lagi konpius sebab budak tu perempuan dan anehnya aku tau anak tu bukan anak orang lain.  I kept going, "Tapi kan aku baru lepas beranak boy, apa kes aku pegang anak pompuan pulak?  Apa yang mimpi ni nak bagitau ek?  Tapi kan aku baru lepas beranak boy..." bertalu-talu konpiusnya la.  Then ada pulak sorang minah kat belakang aku tu kecik katik je.  I knew that woman was there with me tapi aku tak kenal pun dia siapa, makin bertambah konpius. 

Dan selepas 3 tahun setengah berlalu, aku yang berada di Jusco Bukit Raja, sedang nak turun escalator depan FOS tu ke bawah, berkeadaan pening terpinga-pinga dengan Inez dalam pelukan dan Mun berada di belakang aku tu, sebab saat 'eh? uh. ye ke?' telah berlaku.  Oh.  Dejavu.

Then rumah yang kitorang duduk sekarang tu pun ada ala mistik sikit.  Suka je nak nyakat aku.  Bila laki aku terbongkang tengok tv, takde pulak berbunyik cicak segala kat situ.  Dia masuk je dalam bilik tinggal aku sekor kambing nak layan tv, terus je berbunyik dekat sebelah aku la...  Cis.  Durjana.  Then when we first moved in we tried training the boys tido sendiri dalam bilik sendiri, kerap diorang bangun tengah malam.  So tanya la kat Ammar kenapa dowan to sleep in his own room...  Dan jawapannya...  Jeng Jeng Jeng.  Dengan rilek dan bersahaja dia kata, "...because there is a big tall hairy man with red eyes".  ... ... ...  Dan shortly after that, tarikan baju t-shirt pilihannya adalah yang bergambarkan Big Foot sahaja. ... ... ...  

Yes.  Apakah perasaan anda? 

Tapi some how, you've just got to treat this all biasa je.  Cuba don't let your fear over power la kan.  Kalau ada saat terasa scary movie je, sila tarik nafas dan tahan.  Kira sampai 10 dan lepas.  That will help to pelankan your heartbeat sikit.  Bila dapat control tu, you won't panic.  It's an advantage for them bila you panic.

Then recently aku balik keje.  Jam tu tengah nak masuk maghrib when I was in the kitchen tengok barang apa last nak masak.  Tingkap dapur semua masih terlepa.  Bila dengar azan berkumandang, sambil-sambil tutup tingkap tu, terdengar bunyik macam orang ketuk pintu depan rumah.  Okay.  Gua senyap je dulu sambil menahan napas kira sampai 10.  Perasaan rileks itu adalah penting.  Berbunyik lagi.  I went on buat biasa.  Tak bertanya.  Tak bukak mulut.  Nadia tidak berbunyik.  Tapi oleh sebab ketukan tu asik berbunyik, jelinglah sikit ke depan nonchalantly and confirm, memang no one was there.  But it kept knocking.  Slowly aku observe sambil-sambil potong sayur tu...  Jeng jeng jeng...  ...It was the fridge that was knocking.  Sounded like from the inside to the outside.  You know what I mean la kan.  Mampuih aku tak bukak sesukati mentara tengah masak tu.

When dinner was served, Encik Black yang sedang makan tu pasal bunyik tu.  Aku bersahaja je la kata, "It's the fridge..." tanpa ekspresi laman dimuka.  "Oh ye ke?  Malam semalam mentara tengok bola [tengah pagi buta ler tu kan?] I siap turun carik punca mana datang bunyik tu," kata dia. 

Perasaan aku?  Woot!  Woot!

Takmo pikir.  Bagus jugak bila berkeadaan bizi je selalu sebab you have no time nak layan perasaan-perasaan yang membebankan minda.  Maka, balik ni aku akan continue bizi.  Dan haruslah aku membizikan diriku sekarang ini. 

Tengs.

 

Friday, 2 April 2010

ketika berkeadaan lara

Seriously, I don't know I try to menyusahkan hidup sendiri dengan ada 2 blogs.  Apakah penggilaan ini?  Aku tatau.  Aku dah peeeennnnaaattt....!!!  Baru je dua hari nih.  Tapi ada lagi gatal minyak nak tulish merapus ni.

Aku dah pening sebenarnya nih.  Aku naik antu nak kena check FB aku tu.  Asik nak kena gentel cursor je dah la selected items kalo nak masuk kena masuk kut via web bukan via FB Mobile.  Eeeee...

Tadik maid aku call kata Elyas demam.  Budak tu jarang nak demam.  Jenis tahan lasak.  Kalau demam pun orang tatau.  Pastu tetau je demam baeeek punya.  Jap lagi ni baliklah je bawak dia gi klinik.  But for sure huru hara sebab Cik Adik tu pasti meraung nak ikut.

Ish.  Si kecik tu.

Bangun tido marah.  Nak makan marah.  Nak tido pun marah.  Geram aku dibuatnya.

Tu lah.  Time pegnen dulu meroyan je keje pun Mak ko tuh...  Subhanallah.  Aih.

Ni nak kena chow awal sebab hari nak [ke dah start] hujan.  Dengar guruh going grr grr sudah.  Nak kena fetch the kids from school and bring Elyas to clinic.  Hmmm.  Ada terasa cam bengong jap.  So, amik the kids from school, hantar balik rumah, then amik Elyas send to clinic...  Adakah ini bermaksud kena pikul tiga tiga orang budak kecik tu semua sekali ke?? 

AaaaaaAAAaaAAAAaaa... 

[Pensan]

berita kematian encik mior ahmad fuad mior badri a.k.a. din beramboi

Pagi ni aku bangun lewat.  Bukan lewat sikit.  Lewat banyak.  Semua-semua ni bangun pukul 7.45pagi.  Macam mana kejadian macam tu pun aku kurang pasti.  Rasanya ada sikit kronik.  Mungkin sebab aku dah terpadam alarm dalam tepon ni jugak, tak terperasan.  Jap aku check.  Ya.  Sungguh.  Aku telah terdisablekan alarm tepon.  Patutlah. 

Anyway, sedang dalam nak siap turun bawah tu check la messages.  It kept showing ada sms yang belum baca.  Ke atas, ke bawah...  Takde apa pun?  It went on several times sekali ternampak one message yang memberitahu Encik Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi telah meninggal dunia.  Gosh.  Apakah begitu ketinggalan aku dengan perkhabaran dunia?

Tidak menjadi rasmi for me to surf internet newspaper.  The truth is, aku tak reti nak mudik the pages.  Aku dah terbiasa dengan akhbar tradisional.  Semua ada dalam tu.  Selak je.  Tapi dalam seminggu setengah ni kami tak ada stok newspaper.  Terlepas pandang.  Sampailah hari tu menggodam dalam shared drive ni terjumpa ada form request untuk newspaper. 

Kiranya, aku terasa ralat sebab sangat begitu out of date.  Dengar tentang arwah masuk hospital pun dari mulut orang.  Pagi ni pun terus cuba masuk Berita Harian tapi loading dia masyaAllah lembab.  Masuk pulak dalam The Star, dia kata DJ Din Beramboi in stable condition pulak.  Ye lah.  Berita pun berita semalam.  Berita tertera semua berita sehari lambat.  So that means, Berita Harian lebih up-to-date la ya sebab bila akhirnya aku dapat tembus alam maya ke situ dah ada berita Din Beramboi meninggal di dalamnya. 

Innalillah hiwannaillah hirojioun. 

Al-fatihah buat arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi  dan takziah buat keluarganya.  Semoga sekiranya ada mereka yang pernah tersinggung dengannya pendapat dan komennya dapatlah memaafkannya dan halalkanlah apa yang patut agar senang perjalannya nanti.

~ Amin ~

Sementara tu, I got some photos off the web that would make you smile.  This was how much of humour and love that he had given us without fail each time.  And we all know deep in our hearts, Riuh Pagi Era, Drama Sebabak and Sawancara will never be same the way they were...







 

Thursday, 1 April 2010

Olay Body Wash plus Crème Ribbons

Hari tu aku pi supermarket.  Tengok la nak pi beli barang merapu.  Sampai pulak kat tempat untuk self-indulgence.  Ye la.  Pompuan la kata.  Tapi biasanya bila dah jadi mak orang, nak beli barang untuk sendiri lagi berkira-kira.  Beli susu budak pun dah berapa hengget kan...  Belum diaper lagi...  Lagi parah bila budak tu punya kuat susu sampai kalau boleh ko nak bagi je tin susu tu sekali kat dia.  Nah.  Makan la susu ko tu.  Ha ha.  Bunyik aku ni macam seorang mak yang puaka.  Tidak.  Aku tidak begitu.  Aku menahan nafsu barang.  Tapi nafsu makan...  MasyaAllah hebat!  Kwang kwang kwang.

Well anyway, ternampak Olay Body Wash plus Crème Ribbons dekat gondola tu.  Dah lama jugak terjeling-jeling every time masuk kedai.  Disebabkan every time pergi tu, tak pergi dengan aman, maka tak ada la nak tengok, tenung, atau terbeli terus.  Tapi hari tu rezeki aku terlentang dan terus sauk tak pikir panjang masuk dalam troli.  Pergi supermarket pun time lunch hour.  Laju-laju je la semua perlakuannya.

Bila balik pun ni dengan tak sabarnya laju-lajulah jugak nak mencubanya.  Picit sikit sekali keluar macam sabun buku untuk mandi tu tapi cair.  Uiks.  Luxury feeling yang akan memiskinkan aku kah?  Berapa lama je dia boleh tahan?  Pompuan ni pun gelojoh kan, tak pusing belakang tengok direction.  Rupanya dia suruh picit kat sponge dan kasi buih satu badan.  Ha ha.  Nasib aku baik sebab ada sponge yang bersih.  Bukan apa.  History aku dengan sponge ni, kalau silap terlepa, harus dah dibuat jadi sponge cuci lantai bilik air dengan bebudak tu. 

Hasilnya, aku suka gila produk ni.  It's refreshing.  Bau dia best.  Tak berminyak dan tak mengeringkan kulit.  Sampai anak aku pun boleh amik sponge tu bau dan kata, "Mak, this sponge oso smell like you".  Waaaa...  Punya lasting bau dia kat badan nih.  Maka, my product review dengan perkara ini adalah worth a try. 
 
Olay Body Wash plus Crème Ribbons is a simple luxury.  Meh sama-sama cuba!

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...