Monday, 9 August 2010

Eat at Mantra, Sunway Pyramid

Watikah hari ini adalah...

Hari ni aku sakit kepala.  Perut pun penuh.  Terasa keji kerana memakai koset buduh tapi sangat membantu ini.  Mana tidaknya.  Makan juice yang menstabilkan isi kandung badan ni.  Pakek lagi koset yang memang mengeluarkan angin aku nih.  Over that was also my Quaker Oat I had this morning.  So it's like triple whammy.  Dan dan pulak ada one department ajak aku mentedarah jamuan sempena nak berpuasa ni.  Oh sungguh tidak.  Tidak boleh.  Bukan tidak sudi ye.  Tidak boleh dah.  Rugi aku kan?  Tapi Encik Black pasti berbangga dengan aku.  Haha.  [Totop mata]

Tapi nak buat cemana...  Dah Akak pun suka makan.  Though I do feel lately ni macam aku ni dah kurang percentage bess nyer sebab aku ni bess kalau dibuat ajak makan...  Now like, even if I eat pun, I'd be taking so long of a time sampai orang lain boleh terasa mengantuk.  Haha.  As one should pun.  Kita makan mana boleh telan je pun.  Buat sembelit je gitu.  Kena kunyak lumat dulu baru telan right?

So talking-talking about food, I post some pics I took when we went for dinner dekat Mantra, Sunway Pyramid a while back. 

Love the food!

@ MANTRA - Sunway Pyramid
Precise location: Old wing, next to Sushi King/Tony Roma's around the ice skating ring


I dunno what we ordered.  Tak ingat nama-namanya.


Tandoori and Garlic Naan. 
Tolong order Garlic Naan dia ya sebab sangat sedap nak mampus!


This was what I had on my plate. Sikit je.
[Apa yang nampak la kan...]


Pinggan yang kosong... 
Pandai akak makan kan?  Haha.
[Entah dah berapa keping naan dah tala dah mentara ni??!]


Cik Adik dan Nenek


The food there is wonderful.  It may take some time before you get your food but you can sidai cuci-cuci mata tengok Sunway Lagoon while waiting.  So it's not so bad.

And isn't it amazing that posting those photos didn't make me yearn for food?  **sigh**  I miss eating though.  You can count of that.  But I surely need my health back.


Thursday, 5 August 2010

budak-budak ni kan...

Watikah hari ini adalah...

Adik-beradik ni kan generally, bila bermuafakat, benar-benar bermuafakat.  Bila tidak, I knock my abang's head and smile and then watch abang cry.  Or, I lick abang bekos I love him and bekos abang is so concentrating on the show he's watching.  Or, I go destroy my adik-adik punya toys bekos I geram I got licked and knocked in the head by them.

Haha.  Kids.  After a few years, we all grow up differently.  Different lives.  Different destinies.

But for now, biarlah diorang belajar bermuafakat. 

I'll just have this scene in memory. 
And I hope it'll stay that way - for the longest time possible. 

But you guys should see when Cik Adik comes with a hanger around the house chasing all the brothers!  You really la dono nak gelak ke, nak marah ke...  Ye lah.  Sambil berjalan tu, sengih dia lebar.  Haha

life is... lemon ginger tea

Watikah hari ini adalah...

I got bored again.  So I changed my layout again. 

Kalo ko tak suka, ada aku kesah ke?  Tapi pendapat umum adalah masih berharga sebab engkorang jugak yang kena bersekang mata nak membaca menatang apa yang aku tulis ni kan?

Just caught up with some news and opened up lives with someone.  Yes, life can be interesting.  Tak.  Salah tu.  Salah sesangat.  Bekos life IS interesting.  Banyak masin, manis, payau, langau, toya, tak berasa...  Macam-macam ada.  Aku tak tipu kan?  Langsung tak.  Cuma rating tu je nak kita kena pandai balance kan.  Jangan jadi macam aku.  Semua rasa singgahlah kat diri ni.  Cuma sebab aku sengal, selalu je tak perasan.  Bila perasan, selalu je la takde perasaan.

Bukannya apa. It's how you build yourself la kut. For me, better precaution. Better take measures before one gets hurt even more. Better now than later. Gitu la. Gila tak? But I think kan... If I am not the way I am, I would probably not be able to handle tinggal jauh from my own husband for long duration. And perhaps it's because of that, I became jadi lebih protective of own heart.

LEMON GINGER TEA
Air yang memang aku tak boleh nak eksplen kat engkorang cemana rasanya... 
Special gila sampai ia telah membuatkan aku hampir menangis nak menghabiskannya.
Seriyes aku tak tipu okei...  But it's good if you've got the flu.

Dan kaitannya adalah...?
Benda yang kelat, yang tak bess, yang tak sedap, yang kena jugak lalu... 
Itulah sebenarnya ubat/persiapan untuk diri kita.
So nak tak nak, habiskan je lah.  Nak tak nak, lalu je lah.


ugh

Watikah hari ini adalah...

I haven't written lama dah.  Haven't been feeling well these past few days.  I don't know whether it's the airconditioning or what lah.  But I know it's near Ramadhan so biasanya bulan tersebut adalah dry and striking. 

So how do I explain myself?  Do I have to explain pun?  Tak kan?  So tak payah lah. 

Taken off the web.  Thanks [HERE]
Maaf, ini bukan gambar aku. 
Kalau aku sakit kepala, aku tidak lah can still maintain seksi cengginik.
Eleh.  Jam tak sakit kepala pun tak seksi.  Apa lu citer beb?

Yang tau, kepala ni sedang berdenyut.  A healthy normal person would probably be down sleeping on paracetamol sudah.  Denyutan itu baru nak surface bertubi on my right side of the head.  And I've been expelling wind since morning.  Good la expel wind dari I have them still inside of me.  But ia adalah memenatkan juga.  Plus it's so rude for others to have to sit and listen to it.  It's something that you can't control.  Because the end result would be, you wanna hear me burp or you want to have me fart all over you?  So which one?  You choose.

I have given myself to some shakes.  I am believing that they would also help me to balance out whatever is not in my body.  And I so do hope that my bulu kaki would then stop growing as it did for the past 33 years but suddenly ada for the last 6 months or so.  Sekali keluar macam Morning Glory tu.  [Tulun... Tulun... <--- tulun yang tak ada perasaan]

Aih.  I nak tulis pun macam takde mood.  I just want to duduk dendiam.  Read blogs.  Go cuci mata blog shopping.  Go berangan pigi holiday...  Bila la nak sampai Disneyland ke...  Gold Coast ke...  Sydney ke...  Nak gi balik kampung jenjalan kat Seal, masih sedang tak cukup.  Ye lah.  Anak makin ramai.  Nak bawak sekarang, surely they won't remember it in the next 10 years dan maka nya the trip wouldn't mean anything pun in the end for them.     

Whatever it is juga, I must remember I have to leave by 11am.  Saya kena hantar Abang Long pigi sekolah lei.  Memi is off for her belly check up. 

Oh tidak perlu.  Memi dapat habis check up awal.  So I can stay. 

Maybe I'll stay in je.  Keluar opis pun buat sakit kepala je. 

PS.  Aku telah dimurahkan rezeki mendapat Nasi Lemak Perrkkh dan kuih muih ihsan dari insan-insan terpilih hari ni.  Semoga mereka dilimpahi dengan rezeki buat mereka.


Monday, 2 August 2010

Pada suatu hari, kami makan malam.

Watikah hari ini adalah...

Pada suatu hari, kami makan malam.  Ada hidangan sup ayam yang menjadi rebutan pelbagai pihak. 

Abang Long juga mahukan sup tersebut.    "Oops, alamak, dah terrbanyak pulak soup pulak," katanya.  Dia telah mengambil terlalu banyak sup tanpa isinya langsung maka perkara ini telah terjadi.


Lepas tu Cik Adik pulak nampak.  Secara tiba-tiba pada kadar segera, sambil berdiri di atas kerusi menyandarkan perut ke meja, dengan immediately nya perkara ini pula telah berlaku...


Then after that it became...  "Ken yu pikche mi Maaak...?" 


Adakah ini bermaksud Abang Ngah saja mungkin yang ada table manners?  Well, it is samaada itu, atau pun dia tidak berbuat demikian sebab lagi laju makan jika bersuap.  [pensan]

~ THE END ~



Pada suatu hari, Mak bangun pagi.

Watikah hari ini adalah...

Pada suatu hari, Mak bangun pagi. 

Mak nak mandi. 

Mak nak kena pergi kerja pagi tu. 

Mak pun masuk bilik air. 

Kelihatannya semua seperti biasa. 

Water heater masih berada di tempat yang sama. 

Shower di tempat yang sepatutnya. 

Kedudukan tiada beza.



Sedang-sedang Mak sedang nak merasa air suam atau tidak itu,
mata terpandang kepada sesuatu.

Uiks. 

Apakah??

-

-

-

-

-

................Betuah punya anak-anak...............
...............................................................................
...............................................................................

-

-

-

-

-

Adakah korang nampak apa yang aku nampak?
Sila tengok betul-betul.


Ada pulak menatang hijau ni kat atas.

Camne boleh sampai kat atas tu?

Cuba korang citer dan eksplen kat aku sikit??


Thursday, 29 July 2010

ikhlas ke?

Watikah hari ini adalah...

Mengantuknya. 

Aku ada kerja.  Kerja yang tidak mendapat kerjasama dari orang lain.  Sebab aku telah ditaichikan kerja bertahun sebelum ini, aku agak merentan kali ni just bekos the whole time dulu tu, aku tak tau pun aku terkena.  Malaon punya pekerja.  Dia tak ada perasaan endah pun kalo ko pregnant ke, ada penyakit ke.  Dulu pantang ada miting je, dia order mekanan segala refreshments dan akan ter-annual leave/EL/MC pada hari kejadian [of course la tak bagitau aku kan?] dan cuti bersambung pada hari selepasnya sebab takmo uruskan perkara tersebut, juga takmo clean up mandangkan memang tak wujud pantry lady di sini.  Aku yang peknen jam tu akan berbengkak kaki setiap hari kedua kejadian berlaku.  Lahanat kan?  Hari ketiga aku terpaksa MC untuk surutkan kaki yang kembang itu dan hari ke-empat dia akan tanya how the miting went.  Super lahanat kan?  Dah la pantang aku kol je, tak angkat fon.  Sampai kena kol mobile.  Bila tanya kat mana, dia kata baru je balik tempatnya.  Then after 2 minit orang kol lagi fon opis, dia masih tak angkat kol.  Bukannya aku tak tau.  Dia tu kuat bergayut kaw-kaw punya.  Tapi bila nak carik aku, ayat kata tak jumpa carik aku tu terasa macam highlighted tepampang on an advertorial board somewhere on the federal highway?  Ke aku yang perasaan macam tu?  Tak mungkin walau pun aku emo kenkadang. 

Lagi satu kes ni memang takde kena mengena ngan aku directly walau kejadian each time berlaku di depan mata aku ni.  Tapi I'm sure dia wujud dalam setiap kompeni.  When people talk in front, in staff gatherings, dia dok kat belakang tu dok perlekehkan orang yang bercakap tu.  Then secara tak langsung, perlekehkan kompeni, ahli-ahli management, dan makcik kantin yang tidak berdosa itu.  Okei.  Ayat melampau la masuk makcik kantin kan.  Tapi tak pedulik.  But the thing is, if you do not want to respect the management, no matter how well or how bad they manage the business, then why stick around?  Banyak lagi pekerjaan lain kat situ.  But walaupun setelah bertahun pergi dan pulang kembali ke tempat yang sama, the person is still here and still behaves the same way.  Sedih tak?  Tak patriotik langsung.  Ni baru kompeni, belum cerita patriotik dengan negara.  Macam ni je lah.  Masa Negaraku is played on, do you sing along or buat bodo sambil kuis-kuis kaki, tengok-tengok sms or berborak ngan orang kat sebelah ko tu? 

Itu dua perkara dulu lah.  Mengantuk je lagi aku ni.  Okei la.  Nak sambung kerja la ni.  Kerja yang mana lepas aku dah compile, update semua, aku nak sumbat semua balik kat orang tu. 

Now I need water! <--- Cecewah.  Ye lah.  Orang dah cut down to one coffee cup a day je... 

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...