Wednesday, 20 September 2017

Tiada, untuk kita mungkin berbeza.

Watikah hari ini adalah...

Jangan nangis kalau suami takde masa untuk kita. Jangan kira boifren sebab boifren tak valid. Dia sibuk mencarik rezeki nak kawin ngan ko. Jadi jangan ngada. Lagipun dia bukan laki ko pun nak ngada teruk-teruk. Buat penat je.

Kita faham, kurang punca nafkah batin dan zahir. Kurang perhatian, kurang nak tengok dan berkata, "Hensem gak laki aku ni," atau dengar dia kata, "Nak kopi plis".  Takde pun kadang nak mintak tolong tengok anak tergolek ke mentara you need to do something else.  Lebih sangat perlunya nafkah emosi batin untuk kita rasa selesa dia ada involvement dalam daily life kita. Agak payah nak manage kan bila kita sampai satu tahap yang, "Apa-apalah..." 

Above all, sekurang-kurangnya dia takde masa untuk kita sebab commitment kerja, punca rezeki untuk harta dia. Isteri ni adalah harta dia. Anak-anak adalah harta dia. 

At least dia masih ada. And you will see him again.

...Some people won't.



Nota Kaki: 

Seorang lagi teman with cancer telah meninggal dunia pagi tadi jam 4.32AM. 

Ikhlaskanlah AlFatihah buat arwah Megat Erwin Putra Bin Lani.

⁠⁠⁠⁠⁠Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka

Tuesday, 19 September 2017

Kityot vs Nantuk

Watikah hari ini adalah...

I struggle nak bukak mata ni. Agak mengagumkanlah sebab ada one time tu kerap ngantuk luar kawalan sampai ada sekali tu aku sedar-sedar je diri sendiri dah ter-blackout with muka atas meja WITH glasses on. Ee teruk kan? Aku pun don't know how to adjust or solve it. Malu tau.

Then somehow after a while, aku mula minum air cuka epal dengan cuka buah delima and pati delima. Kurang banyak. Mata celik. But my angin inside stomach isn't. However, hari ni punya struggling is the very struggle. It's embarrassing somehow. Dah la boss panggil masuk bilik. Sambil dia explain task baru ni, sambil betul-betulkan ayat, susun framing bagailah... siap cerita kat aku cemana mula, the concept and how to, aku boleh dok kat situ bersangap. Siap eksesais tekan tubi kat meja dia hahahaha... Apa punya pekerja la aku ney...

So okay, itu cerita Mak untuk hari ni kays. Dah la ngantuk, nak kena buat report ni yang I dono hujung pangkal (Mak masih belum otai), ni kityot (sakit perot) pulak nak buang air besar. Mana satu tah nak buat dulu ni.

1. Tido dulu.
2. Buang air besar.
3. Buat kerja report ittew.

Jangan buat Mak atensen kay. Mak nak vera je.
Nanti pigi sana vera bilakang pokok turus mati itu pokok.
Tade timpat mau vera lagi.


Mmmkays...



Friday, 15 September 2017

Lama dah lawakku hambar

Watikah hari ini adalah...

Adegan mencerca diri sendiri bagi Mak seminggu dua ni. Blog posting kat negeri omputeh segala cercaan diri tu sampai marah Mat Salleh nya. Dia kata, "Is very wrong la you ni dok marah diri sendiri. Cemana u'olls nak fefeeling dengan diri sendiri ittew... Diri sendiri kena jaga okay. Saaaaaayang ucuk ucuk diri tewww..." Mak pun berbaur penyesalan. Lagi mencerca diri didalam hati. Sedikit sahaja.

Sebab diri sendiri diletakkan dibawah tapak kaki sendiri dan membawa badan secara mengesot sepanjang tempoh itu, aku tak boleh function dengan kerja. Dia jadi, sepahkan kertas, end of the day ko kumpul balik kertas-kertas tu dan masuk balik dalam tray. Hari-hari jadi camtu. Entah apa jadi berjam-jam duduk atas kerusi, depan pompiter (computer). 

Nak kata aku tertido ke macam fasa sebelum ni - tidak. Aku celik bila dah start minum balik air cuka buah. Nak kata tak nampak kerja mendatang - tidak, ada je kerja masuk. Dia macam ni.  Nampak gelas berisi air nak jatuh, tumpah. Ko tau meja dan lantai tu akan basah. Tapi nak tadah dengan tangan pun tak bergerak tubuh ni and ko pun tak tau mengapa.

Kenapa tah aku nak cerita ni semua kat sini... Dah la lama tak bercerita. Datang pulak cerita yang tak best. Mana gi lawak gampang aku sebelum ni? Nak try bagi punchline pun dah hambar. Dah tulis dah sikit tadi lepas tu sendiri go, "Mende luuuu pompuaaaan..."  Udeh-udeh le tu ya.

Susah sekarang nak cari kawan. Susah sekarang nak percaya orang. Susah dah nak bantu orang. Bukan tak nak. Hati aku besar beb. Besar sangat. Tapi orang ambik kesempatan. Niat diorang pun besar jugak. Besar sangat sampai nak duduk dalam kebaikan yang aku termampu. 

Aku banyaknya tak marah. Aku lebih kecewa dengan perangai orang. Kecewa sambil marah. Kecewa sambil sedih. Kecewa sambil kecewa dengan keputusan yang diorang buat. But ultimately in the end, diorang pedulik hapa dengan kekecewan ko tu. Takat paling kuat pun ko terjun je dalam sungai dengan labu kecewa ko tu. They'olls okay je terus sampai destinasi tujuan hidup diorang tu naik sampan tu.

Paham tak?

Hari ni, aku pun dah tak tau apa nak buat. Aku sangat berharap aku ada inspirasi dan kekuatan untuk buat sesuatu for myself. To finish something. To, something-something. Bikos I keep feeling daya tarik ke belakang tu masih ada. Elastic tu berpaut kat belakang badan ni. 

Korang doakan je la untuk aku. Doakan aku sihat mental, rohani dan fizikal. Boleh je korangkan doakan untuk semua Rohana dan Rohani sekali. Sure tersentak-sentak member-member aku nama-nama tu sambil korang sebut sekali. Haha. Oh hambar betul lawak... Aiseymen.

Okaylah. Panjang tak semena-mena blog posting ni.

Semoga segala urusan korang dipermudahkan today and have a great weekend.


Tuesday, 23 May 2017

Istimewanya Cik Yon's

Watikah hari ini adalah...

Esok Mak nak buat memakan kat opis. Habis satu floor Mak haru mintak duit. Dapatlah perasaan jutawan tu sekejap. Macam pada hari kita terima gaji tu kan? Tu beberapa minit je. Be like, Baki Akaun - "Ooouih... Mak kayo! Mak kayo! Mak kayo!" Lepas tu terus pilih option, Pengeluaran. Terus jadi den dah tak kayo ni pulak... Kayo Saat je namonyo tu. Yang ni, dapat la meraso dalam sehari setongah. Lopeh tu, caterer yang kayo.

Cerita pasal makan, i'olls nak mengajak untuk follow Instagram CIK YON'S (IG ID: cik_yons) yang menjual kuih-muih Melayu dan kek dan mekanan-mekanan yang lain. Sempena nak bulan puasa dan raya ni, seperti biasa we have the HONEY OATS for sale. Samprit, kuih tart, dan apricot cookies pun ada lagi kot tahun ni.

So esok, dah jadi resam kat ofis ni kalau ada makan, Mak akan bawak Cik Yon's punya Nasi Goreng Kampung. Esok kita haplod gambar. Kasik cantik-cantik. Kena suruh bebudak muda ni yang ambik gambar sebab orang tua, ambik gambar ikut feel dia la kan. Ala-ala berdiri sebelah pokok kenot smile laidat. Orang sekarang segala lambang pitih pun diorang ada. 

Actually, someone was asking me. Why sekarang ramai nor ambik gambar buat jari pitih. Diorang nak superficially 'Makcik kayo, Makcik kayo' atau apa? Nasib baik jugak baru kelmarin tu anak tu baik hati educate kan Mak dio. 

Yang sebenarnya teruk kot dia lagi gelak dalam hati. 

Gelak kat luar hati tu dah memang kuat pun bila aku tanya, 

"Is that finger snapping to pretend music like, 'My life is so perfect I'm singing it out loud in visual like Rihanna', or, I'm so rich I'm calling all the monneh (cha'ching) to me?" 

Dah, kalau aku pun gelakkan sesiapa yang tanya camtu gak. 

"Mak, itu heart shape using your fingers lah" 

Baik. Mak serender. 

As quick as a new app rises in the app store, new trends are created and made to change - for better or for worse. Kan. But, kita kena juga berusaha untuk mengekalkan tradisi. And I need to learn how to make the kuih-muih. Agak bersedihlah jugak sebab dah tetua ni pun, tak reti nak buat food selagi ia bukan pasta. Apa la nak jadi dengan budak Melayu sorang ni kan?

So okay, go check out Cik Yon's on instagram. It's also on Facebook. 

Okay babai!





Monday, 8 May 2017

Sepetang, Seharian

Watikah hari ini adalah...

Kengkadang bila orang ingat kita senang, waktu tu la kita berhamburan bertaburan merataan sebenarnya. Kemudian bila kita berdiplomasi untuk tak turut, orang ingat kita ada hidden agenda. Terus tersentap. 

Wahai penyentap, kau tutupkanlah mulut dihatimu itu dari terus berkata-kata. Atau terus dari berfikir-fikir tentang apa yang kau tidak tahu. Kerana masalah orang, itu yang mereka tahu. Hatiku itu kadang-kadang tersentap. Tersentap bila tahu kemampuan diri itu tidak mampu tetapi sangat mahu. 

Fahamkah kamu dengan maksudku? Aku rasa tidak perlu diperpanjangkan lagi. 

Sesungguhnya aku yang tersentak dan terus tersentap. Makaku layurkan hati ini dengan kata-kata pujangga biar melarik perasaan ke awangan kelabu. Biarlah perasaan berehat disitu sambil menunggu selesainya kertas-kertas yang berkeliaran dikelilingku. 

Pejamlah matamu wahai insan. Sekadar melepaskan lelah hati disitu, disitu dan disitu. Kira nombor bergerak dari belakang ke depan. Ulangkanlah berkali-kali sehingga kamu puas dan beredarlah dalam keadaan yang lebih tenang dari sebelumnya.


Wednesday, 3 May 2017

Mimpi Kita

Watikah hari ini adalah...

Mimpi bertaut denganmu
Kamu yang sebelumnya, kamu yang telah berlalu
Aku yang telah lebih mengerti, dan telah melepaskan
Pahit itu pengalaman, manis itu memori
Terpencil mungkin
Tapiku tahu hargaku kini dimata hatimu
Walau dimata mimpi, terpencil
Maka kau sedekahkanlah aku sesuatu surah
Sepertimana akanku lakukan buatmu, semoga sejahtera dirimu disitu

Note: A Musing FB Post by Me

Tuesday, 2 May 2017

Kimchi Untuk Awak (Saya, sebenarnya...)

Watikah hari ini adalah...

Hi.  Lama dah Mak tak nulis kat sini.  Pada dasarnya sekarang kalau Mak mental, kapasiti tersebut tak terbawak kat sini. Sebab mental yang dah tak crack, tak kelakar; malah memencilkan diri untuk bercakap sensorang dalam bahasa omputeh somewhere over the rainbow way up high.  Tu sebab kena cari ulasan inspirasi kat tempat lain.  Dan sebab Mak bengang Wordpress tak boleh bukak to write, sesuailah ia dilempiaskan ke sini.

Have any of you watched Kimchi Buat Awak?  Okay.  Aku dah tengok 7 kali.  Mak siap DM Michael Ang lagi sebab kenapa orang kata the movie in Astro is not same as the movie kat panggung. Haha.

Last scene memang cliche gila.  But I enjoyed the whole movie.  I appreciate the feel.  Tapi rasa macam tak puas sebab ending time rolling nama production team tu ada tunjuk some other scenes that were not included in the movie itself.  Macam, "WHAT HAPPENED IN THOSE OTHER SCENES??" and "KENAPA DIORANG TAK INCLUDE SEKALI?" "WHY??" Terus nak kena beli bukunya.  I need to know whatever else happened.  

I think, Emma Maembong did a good job as Bella.  It's not easy to just simply tersentuh and break into an ugly cry when you remember someone - because that's how it feels like when you miss someone. Or to senyum in misery.  Dan dia pandai improvise scenes.

What I liked about it was, Aiman Hakim (Daniel Lee), was so cheeky and his emotions were so open yang buat dengan aku-aku pun termasuk dalam mata dia bila dia kenyit kat Bella.  Aku dengan tak sedar diri ni pun jawab, "Yes," sambil terpinga, macam Bella gak.  I really felt this, in the scene masa diorang kat dalam setor kat kampung tu.  When Daniel tells Bella, "Sebab kau tak nak kawin dengan aku, dan aku pun tak nak kawin dengan kau" pastu terus Bella lari.  How can something so simple, be so intimate sampai aku pun boleh rasa?  So do you get what I mean when I say he's so open?




I'm so intrigued by the characters.  Aku nak tau and dissect the emotional trigger to kenapa dia nak selamatkan Bella, and mengapa Bella terima.  Aku tau yang it's more than nak lari dari Faris tu (yang OMG memang anak aku tengok Engku Haris tu pun sampai berkerut-kerut muka, "Eee dia tak tau ke orang tak suka?" sebelum aku pun bantai gelak dengan dia).  It's the plunging into life that was decided just like that. 

When was the last time you took a risk?  
Have you ever thought about it?
Was it worth it?
Did you regret it?
Would you do it again?

Taking a risk is actually catapulting yourself to somewhere you've probably never been.  But it wakes you up inside.  It keeps you alive knowing you've got so many more options to do.

I feel something with this movie.  I feel something with this story line.  I need to get my hands on the book.  And I want to accomplish something.  It makes me feel like I've left something unfinished. 

You know, I've always been a writer.  Stories in my head.  Scripts that I've written...  This movie has really put me in that place of serene.  I hope to be there for some time.  High and happy.  Maybe also go stalk Aiman at his father's house for no reason at all.  Pastu aku kena kenyih kata kat pak dia, "Minta maaf tapi saya redha kalau tidak dimengakukan sebagai ex-staff awak, walaupun saya sedar diri dengan keadaan diri sendiri".

No matter what the other reviews say about the movie being bad, I think Michael Ang did a good job.  It made me feel something.  It moved me.  And it makes me want to take that flying fox in Nami Island.

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...