Friday, 11 January 2013

Di Pagi Jumaat Yang Comel

Watikah hari ini adalah...

Ketika majoriti penduduk Malaysia sibuk berada di dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dan/atau ke tempat kerja, aku duduk menaip entry blog ini.  Masih dalam keadaan terasa air liur basi yang melekat di kulit dan jari jemari pun aku sanggup bila ada masa nak bikin entry u'olls...

Well, kitorang ada tabung.  Aku menggelarkannya as Tabung USS.  Bila ada belen duit balik sekolah, sila taburkan wang itu into that tin jar.  However, sejak masuk sekolah ni, ada jugak aku sauk duit dari situ balik sebab I didn't have any change.  Biasalah.  Nak membayar itu ini pada awal tahun memang nak kena guna duit besor je.  Kaya Mak sekejap.  Pastu habes...  




Okay, sambung.  Pagi tadi Pawpaw terperasan tabung tu ada dalam bilik Abang Long.  Pawpaw pun tanya kenapa benda tu ada kat situ.  Abang Long kata, dono, sambil garuk-garuk kepala di pagi yang hening itu.  Jawapan u'a'loh la kan.  Then I alihkan masuk dalam my room.  Selang berapa minit tu, my maid naik.  Dia dah mengomel dalam suara dia yang besar tu menggunakan bahasa yang asing sekali padaku.  Ya, sebab bahasa dia, dia sorang je yang paham.  Dia memang begitu.  Entah-entah, dia sendiri pun tak paham apa yang dia cakap.  Sebab dia memang begitu.  She went into my room, korek the tabung and then dok hangkut tabung tu balik masuk dalam bilik Abang Long.

"Kenapa letak di sana?  Di sini aja.  Di sini lebih senang mau ambil duit."

Adakah terbuka liang-liang roma telinga anda apabila mendengar kepada kenyataan di atas?
Jawapan: Ya

Dah la sambil cakap tu, so angry with my son.  Ko ni kenapa minah?  Dah sudah spoil pagi anak aku tu semalam.  Hari ni pun nak lagi marah-marah dengan benda lain pula selain dari tabung tu, dan dah sah-sah hal tabung tu pun terlibat dengan tidak sengaja dalam hal membuatkan spoil day jejaka itu.

Ko tak boleh cakap elok-elok ke?  Kata nak jumpa laki malam ni.  Awat tak boleh kasi betul mood ko tu yang senget?  Gugup ya...  

"Itu tabung simpan duit.  Bukan ambil duit belanja dari situ."

Nota:  Kalau aku tak teringat nak bagi, kenapa ko tak remind me...  Susah kot gak nya.  Kalau bukak mulut ada je kot potensi nak kena hamun dengan aku kot.

Mandangkan dia ada masalah pendengaran, aku terpaksa repeat beberapa kali - semakin lama semakin kuat.  Rating iritasi aku semakin lama, semakin tinggi.  Rating selective tune out hearing dia semakin lama, semakin tune off.  Boleh ke?

When she finally heard me, she went.  "Uh?"  Terpinga.  Kening naik-naik atas in tekojotness and walk slowly out off the room.  

Turun bawah pun dok bingit-bingitkan Abang Long.  Dah budak tu kecik hati.  Suruh minum milo pun dah tak nak, makan pun dah tak nak.  Cakaplah elok sikit.  Budak kan...  Ambil hati sikit lah.  

"Orang, kalau kena marah pagi-pagi, satu hari boleh rosak harinya.  Cubalah cakap elok-elok sikit.  Dia dah merajuk, mana nak rasa macam nak makan."

Reaksi maid aku.  Terpinga sambil naik-naik kening.  (Adakah anda mula berasa tokojot dengan reaksi ini?  #jomtido)

Oleh itu aku memanjatkan diri ke atas kerusi ini dan membuat stok entry terbaru untuk nyah energon negatif itu.  

Jadi sebelum aku pun lambat nak menghayakkan diri ke opis, baik aku beransur.



Nadia.Is.Comel

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...