Khamis, 11 Januari 2018

Kehidupan yang berlaku

Watikah hari ini adalah...

How are you all? Benda nak siap sekolah pun dah beransur dengan titipan borang-borang dari cikgu kelas kan. Tinggal nak sain, accept benda yang tak sempat close tahun sebelum. Camtu je la.

Aku takde azam tahun ni. Sebab I've decided to take one step at a time. Especially that karuna mungkin Mak tak boleh nak hadam the fact that Abang Long akan sit for PT3 and Abang Ngah PPSR this year. 

Cik Adik dah besar dah. Nak gi sekolah pakai baju kurung je, sebab cousins dah pesan if pakai pinafore sesi pagi ni akan kena pressure dengan tenaga pengajar untuk bertukar konsep pemakaian baju ke sekolah. Yang Mak ko je, "Cik Adik belum wajib la. You can wear what you want. Pakai je la pinafore," sambil tarik tunjuk suruh try saiz masa time nak beli baju tu. Stress budak tu jadinya, Mak ko ni pun kuat benor mengusik. Suka tengok muka dia terkulat.

I've settled in life's progress for the 'then life happened'. Meaning to accept apa benda yang you cannot change. Like, it's just meant for you to live it. Pointless to stress about things you cannot control kan? For example, ko plan nak jumpa kawan lepak-lepak tapi tak jadi-jadi; pergi kedai 3x asik tak bukak la, takde saiz la, apa la; nak masak beef stew tapi semua tempat yang ko larat pergi tu semua takde jual daging ketul saiz masak rendang/bahan yang ko perlukan.



Mu pahang dop? (You understand onot?)

So ada hari aku akan drive out beratur beli Frozen ke, Magnum ke, nebeng kedai baru ke, bila rasa cam saspen sangat kehidupan ni. Macam tu. Haha. Beli dessert tu semua lebih membahagiakan dan cuma berharga RM1 setiap satu. Err... kecuali Magnum. Magnum kena beli 1 makan sensorang. Dalam keta. Je. Lepas tu baru balik rumah. Haha.

Hari ni aku tengah pikir nak makan apa. Dah berapa hari ni dok makan terlampau sampai makanan semalam masih mengenyangkan aku... agaknya. Aku tak pasti. Sebenarnya pompuan ni bila makin berumur, makin menjadi simptom PMS dia. Lately ni asik nak makan semua beef based food macam "Ee sedapnya kalau dapat makan Korean Beef Stew tu dengan nasi pepanas", nak Cantonese Beef Kueyteow la, terkenang steak la. Beef bantu tambah darah kan. Konon ni kan nak period... 

Kebetulan semalam berborak dengan sorang kawan yang beberapa period cycles ago sampai MC 2 hari sebab sakit sampai tak boleh berjalan, senggugut sakit macam nak bersalin. Aku tergamam sebab aku ingat aku sorang yang kena. Aku pun hari tu MC 2 hari jugak. Nasib baik 2 hari. 2nd day tu je yang baru boleh bangun jalan sikit-sikit. Macam baru lepas pantang hari ke-8. Camtu la rasanya. So I suppose memang la faktor umur sebab kitorang tak pernah go through cycles like that before 40. 

Lupa pulak kat Abang Ngah. Belum apa-apa dah cuti sebab tak sihat. Tapi paling geram bila dah ko dah drive stop depan sekolah, he will say, "Mak, cuba Mak rasa I". Kalau dah rasa tak sihat, awal-awal je la bagitau dari rumah. Bukan la dah sampai sekolah baru nak suruh rasa dahi la, leher la. Buat penat awak pakai baju bukak baju je. Grrr.

Okaylah. I need to think where to go. Lunch is only 1 hour.

(I think I still need meat)

   

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails