Monday, 19 November 2018

Persediaan emosi

Watikah hari ini adalah...

You know, bila kau adalah seorang INFJ, dunia kau adalah penuh dengan perbualan yang tidak kosong. Full of sarcasm yang deep sampai bila berdepan dengan orang lain, kau adalah sangat stone  dan emotionless. 

Apa kot orang boleh pick up from just looking at me, other than me being pissed over something? Or "Maybe she's still pissed" or "Maybe it's something else". Well, aku adalah menjaga hatiku yang sangat perasa oren ini. Sedangkan tengok cerita benar Adiwiraku tu pun patut ada baldi aku tanggukkan airmata yang tak boleh nak stop. Walaupun kalau the cerita happen to lalu sewaktu aku flipping channels. Ya, tolonglah tengok cerita Adiwiraku. Pasal cikgu di kawasan kampung membawa anak murid ke choral speaking peringkat daerah for the first time.

Today, aku nak membibit sesuatu perasaan untuk up kan sikit feeling aku ni. Nak rasa sesuatu kebebasan. Sebab aku akan stress for the coming 2-4 weeks. Oh, stress aku dah hadir terawal pulak dari jangkaan. 











Tuesday, 13 November 2018

Maksud peperiksaan buat kami tahun ni

Watikah hari ini adalah...

So I'm surprised by the traffic from semalam punya post. Mungkin sebab lama dah tak tulis au natural kot. Tidak dalam keserabutan. Mak lek lek je. Haha. 




Banyak la Mak ko punya lek lek. Jangankan apple hijau, hammock tu pun Mak takde. Nak shirt hitam, kena pinjam Papa punya. Tapi, takpelah. Nanti masuk balik dalam lemari Abang Long pulak. Pastu Abang Long pakai je, "Sebab ada dalam lemari I," jadi kau redha je la eh. Budak tu dah besar.

But yeah, lama dah tak berbait dengan the kids in my postings. 

Sekarang ni tengah nak SPM kan. Abang Long will be waiting for PT3 and Abang Ngah pulak tunggukan UPSR results. Cik Adik ambik periksa akhir tahun biasa. Result percubaan adalah agak kelaut. Dan effort untuk tahun ni, semua keputusan akhir tahun adalah bergantung kepada setiap diri masing-masing sebab...

1. ..towards the final month nak periksa tu, Abang Ngah had Bronchitis and Bronchiolitis terus hospitalised for a week. Dapat seminggu, lepas following week tu UPSR. 

2. Minggu UPSR si Cik Adik pulak masuk hospital dekat seminggu. Sekali kena denggi kau. Nasib baik masuk air awal sebab demam dia panas mencanak-canak. Memula pun doctor ingat viral fever sebab tak kebah, then jap-jap keluar ruam, pastu ruam hilang. Dah hari ke-5 baru keluar segala bintat merahnya.

3. Lepas selang berapa hari after Cik Adik keluar hospital (aku rasa 3 hari je kot), Abang Ngah masuk balik hospital time Abang Long hadap PT3. He had this high fever that we all thought entah-entah dia pun kena gak gigit dengan nyamuk aedes. Tapi dia muntah punya la banyak kali kat klinik, terus klinik pun suruh gi hospital masuk air. Dekat A&E, doctor sana pun suruh admit terus sebab diorang tak pasti punca demam panas dan apa yang nampak macam keracunan makanan. In the end, it was viral fever. Dan at the end of this viral fever, kaki dia cramping. Tak boleh jalan dengan betul. 

Ada jugak permintaan nak naik wheelchair. I told him, "Kalau nak balik, jalan turun bawah - takde naik-naik stroller." Ya, memang sengaja nak ejek kata nanti dia naik stroller. Sebab kalau dah kaki cramp, tak nak try luruskan, nanti balik, bila awak nak exercise kan kaki tu buat stretching? Mak kan kerja. 




"Hari tu okay je Papa bawak I jenjalan naik wheelchair," dia tambah. Eh hello. Ko ingat Mak kau dengan bapak kau sama ke? Orang suruh dia jenjalan around the room and ward pun tak responsive. Takkan nak bagi kaki tu kejung kan? Keras urat-urat tu nanti. 

Result: Memang dia jalan kaki le sampai ke kereta...

Tempoh cycle kejadian 3 kali duduk hospital adalah selama sebulan. Jadi kita semua terima aje lah apa-apa yang dapat. Tadah je la tangan. Pastu kita pimpin je la ke hadapan bersama. Nak do any other thing oso kenot right? 




Dalam aku tengah tulis posting ni, ada la Mak-mak yang up gambar anak dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun. Ada satu program ni I know Abang Ngah masuk tapi kenapa tak jumpa carik dia dalam gambar. Takde sorang pun pakai baju kaler silver.


Ya, why I look-look kenot find? I look-look again, still kenot find.

So I asked dalam family group:

Mak: Where are you? Why don't have in picture?

Abang Ngah: Saya tidak hadir.

Mak: Eh. Betul ke tak hadir?

Abang Ngah: Ya.

Mak: Hari tu bukan ke you joined programme yang cenggini gak? (Mak dah confuse time ni)

Abang Long: Eh, Abang Ngah. You ada la join.

Abang Ngah: Tahun ni Abang Ngah tak join.

...Pause...

Abang Long: Mak tak jumpa Abang Ngah ke (dalam gambar)?

Mak semakin confuse. Abang Long bagi gambar, bundarkan Abang Ngah dalam pen merah. Ya. Abang Ngah tak pakai baju silver. Sebab dia pakai baju hijau.




Elok la. Mak kau tak kenal anak dia, diri sendiri pun tak ingat join program tu. Konpiden pulak tu dia join tahun lepas, bukan tahun ni. 

Aku rasa takde bezalah Mak dengan anak aku ni. Hahaha.

Okaylah. 

Sekian, terima kasih buat masa ini.





Monday, 12 November 2018

Hello korang...

Watikah hari ini adalah...

Hi u'olls...


Korang buat apa tu? Lama Mak menyelam sensorang ni kengkadang takde jumpa bulu rambut si Lionel Richie ni pun. Tanya sendiri je, "Hello", pastu sendiri jawab, "Hello ke??"

Gerun tak rambut dia? Tapi time tu, dia lah jejaka terhensem di bumi Amerika tau. But this song for me, is so corny. Dia macam ada ripple effect kalau aku dengar. My ears will start curling dari cuping ke dalam telinga dan terus menggeletar sampai ke hujung jari kaki. So amazing. 

So I began this blog like, 2010. Lapan tahun dah ya. Cik Adik pun dah nak masuk darjah 5 tahun depan. Baby Mak tu. Baby sangat. Ketiak pun dah berbau. Belum cerita lagi pasal Abang Long dengan Abang Ngah. 

The two boys, takde resam Mak membesar dengan boys. Takat Pak Uda tu je, Mak Su yang ajar dia melasak. Kalau ko letak dia kat kerusi je, dia duuuuuuduk je la kat situ. Datang Mak Su tu yang panjat kerusi atas bawah. Sampai I had to tell them:

Aku: Mak tak biasa la u'olls ni fighting-fighting until upside down. Terkacip pintu tinggal nak pecah je. Nasib baik pintu berat. I didn't grow up with this bergelut-gelut. Tak percaya tanya Pak Uda. Pak Uda mana ada laidis. 

Abang Long: Betul ke?

Abang Ngah: ??? (letak jari kat dagu)

Pak Uda: Ya.

Abang Long dan Abang Ngah: 



So bila Papa balik, Mak pun story la dengan dia. Jawapan dia adalah, "Biasa la ni..."

Definisi biasa: Adik-beradik dia all boys. Jadi kekusutan otak kau adalah tidak relevant.



Kadang aku masih tak boleh hadam dengan segala sepak terajang. Aku gigit kau, kau bagitau Mak "Mak, Abang Long nak flick my penis" "Mak, Abang Ngah ni fitnah" "Mak, Adik gigit I"

Ya, Cik Adik tu pun boleh tahan gak. Dia memang boleh tahaaaan... Modus Operandi dia tu, 'Silent but deadly' hahahaha. Sedar-sedar je tengok berbekas-bekas la badan abang ni bekas gigi dia, kesan cakar la. Haih. Tapi itu boleh settle lagi. Yang aku rasa menjerut jiwa, si Abang Ngah tu.

Abang Ngah punya meraajuuuuuk! Dah la aku memang takde toleransi nak mujuk. Orang dah bagi benda, macam tak pernah bagi. Ye lah. Paham-paham la. Nama pun Ngah. Anak tengaaaah... Tapi dia punya merajuk nak pujuk la kan. Kadang rasa macam, "Takpelah Abang Ngah. Mak tinggalkan je la Abang Ngah merajuk kat dalam stor ni. Nanti bila Mak dah dapat pujuk hati Mak sendiri, Mak datang ambik Abang Ngah balik ya". Haaa macam tu.

Tapi sekarang dah nak masuk pukul 2pm.

Terima kasih sebab melegakan beban otak sumbat ni. Macam baru ni perut tersumbat. Sekali ko un-sumbatkan perut tu, berat ko kurang 2kilo.

Ok lah babai.




Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...