Monday, 19 January 2015

Tiada Tempat

Watikah hari ini adalah...

Saya ni memang terasa tua.  Saya dibesarkan oleh keluarga saya untuk bersangka baik dengan orang. Biar ikhlas dan jujur.  Takpe, biar orang buat kita jangan kita buat orang lain.  Namun at this age and time, aku benar-benar berdepan dengan perkara yang memang lama dah wujud dalam kalangan manusia sejagat with much difficulty.  Hanya kerana, perlu ke?

1. Orang yang bermuka-muka untuk 'selamat'.

2. Orang yang mendengar sahaja cerita orang tanpa selidik usul periksa, berperanan tidak neutral dan tidak cuba untuk mencari kebenaran perkara berkaitan.  Malah, mengait-ngaitkan kejadian yang diketahui dari orang lain.

3. Orang yang menceritakan buruk orang lain dan memperbesar-besarkan sesuatu agar diorang dianggap bagus.

Saya minta maaf.  You have no place at all in my life.  Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun bingkas bangun bila teman rapatnya bercerita buruk tentang orang.  

Kecewa dengan mereka.



Tuesday, 6 January 2015

Dental Appointment

Watikah hari ini adalah...

Semalam I got through with my dental appointment.  Dah sampai klinik, sekali baru teringat.

Ni kang dah buat gigi, aku tak leh makan pulak.  Perut tetiba dah mengeroncong.  Gatal la pulak sebab tengahari tadi tak makan.  Masuk kat satu kedai makan ni terus tanya apa makanan yang paling cepat sampai.  Haha.  Yang itulah yang aku cekikkan.

So after my food ordering, I called la the clinic kata aku lewat 10 minit.  Kang tak baik pulak orang menunggu kita lama.

Clinic:  Lewat berapa minit?

Aku:  10 minit

Clinic:  Lewat berapa minit?

Aku:  10 minit

Clinic:  Lewat berapa minit?

Aku: Err...15 minit lah

Clinic: OK

Apa kena engkorang ni???  Tak paham aku.

Settle je perut, terus aku naik.  Just nice.  Doktor pun delayed her arrival.  So I didn't feel so bad.

Memang gigi is the problem.  The gigi dah innalillah ko.  And the whole time I had to hear the clinic's conversation of my horizontal aligned teeth what came to my socket of understanding as 'Tsk, tsk tsk'.  Ala nemind.  I have no sensitive feeling about it.  God's given gift to me kaaan...

So we did RCT on it.  I have to go back there in a week's time.  Best part bila kata kat doktor tu, sakit gigi ni sampai terasa dekat muscle area of the neck and shoulder sebelah kiri.  Doctor tanya banyak kali balik dekat mana sakitnya yang aku terasa.  Banyak kali balik la aku ulang jawapan aku tu.  Then dia kata, "...sebab biasanya kalau sebelah kiri, it means it has got to do something with the heart tau..."  Errr...  Mak tercungap gak.  Pastu promise ngan doktor gigi untuk nanti jumpa dengan doktor badan.  Boleh la nanti tengok sekali sudden body rash ni jugak.


Root Canal Treatment (RCT)

Bila nak balik dari dental klinik tu, dia pesan that I've got to come back in a week's time.  And then I have to makan ubat painkiller tu at a certain time blah blah.  So far, Alhamdulillah, I haven't been needing to take anything yet.  

Pastu tanyalah kalau nak kena datang balik for any follow up.

Clinic: Eh kena datang.  Nak tengok balik dan buat procedure lagi sekiranya perlu.

Aku: Bila tu?

Clinic:  Minggu depan. 

Aku:  Tapi kak, setiap bulan pun aku datang sini...

Bulan depan kena datang lagi.  Gigi atas pulak, lepas tu gigi sebelah kiri pulak.  Rapuh gigi Mak ni sebenarnya.  Ontah berapo dah den perabih kek gigi ni ha...  Nasib baik bulih den claim balik kek insuran kompeni ni ha.  

Cam...
Pocah kaco,
Pocah golas,
Begini jadinyo bila makin tuo,
Tu la masa kecik Nenek suruh gosok gigi tapi ekau malaaaassss...

Summary: Padan muko dan gosoklah gigi anda itu.  



Nadia.Is.GelengKepala

Monday, 5 January 2015

Punca Sakit Bahu dan Leher

Watikah hari ini adalah...

I spent the whole week dengan sakit leher dan bahu.  I also have toothache yang on and off that has been around for a couple of weeks.  The neck and shoulder acher bermula dari Isnin lalu.  Dan berurut pada hari Rabu for relief.  Dah berapa hari dah aku berkoyok Panaflex.

Mentara Khamis masuk ke Jumaat, aku dah mula pening-pening dan kesukaran untuk fokus dan bernafas.  Terus aku half day, pergi ke trusted reflexology centre for consultation sebab kakak urut aku tu pergi shopping bunga.  Memanglah terus aku berbunyik pada akak tu, "Pe ke benda akak pi beli bunga pulaaaak....  Orang kesakitan ni..."  Tapi Mak yang terperanjat sebab kena sergah balik  oleh akak tu - "HEH!!! Sukati aku la nak pi beli bunga ke idak!"  

Secara otomatik, mulut Mak tersedut dan pelan-pelan ia membuahkan moncong yang keluar sedikit demi sedikit ketika mendengar akak urut tu sambung bercakap, "Dah orang mintak nak mandi bunga, aku memilih le bunganya ni...  Ko pi balik rehat dulu.  Nanti petang-petang we calling-calling."  Tanpa berjuih.  Tapi Mak tak boleh dah sebab fokus memang dah out.  So teruslah mudik ke tempat lain.

Towkey kedai kata kena bikin 2 jam body.  Yang aku pilih (I called the place earlier but spoke to someone else), 1 hour body massage and 1 hour kaki, adalah tak kena dengan apa yang aku alami - "Sebab you sakit leher; itu kaki tak sampai mana you sakit" - DUH sangat perasaan itu bila Towkey cakap begitukan...  Touching sangat rasanya.  Mak kan kurang oksigen yang takde fokus untuk logik.  Tapi Towkey pun kata, sebab urat aku dah masuk angin, jadi sudah constrict my blood flow and it effects breathing.  Jadi, memang timely lah I suppose.

Masa urut to mula, memang aku rasa macam...  You know when you keep wanting to put yourself to sleep but you find that you are more awake each time?  Ha.  Macam itu lah.  Nak pensankan diri sebab sakit tapi gagal.  2 jam tu.  Nak cakap dengan minah tu pun tak perlu subtitle atau alih bahasa suara.  Yang aku tau dia gelak je setiap kali aku meraung kesakitan atau setiap kali aku gelak kekuat untuk meredakan tanjakan dia itu.  But at least I could move my head again.  

Then bila balik rumah, kakak aku kata, "Rasanya ko sakit leher ni pun sebab sebenarnya ko sakit gigi.  Aku penah kena ginik.  Gi klinik, doktor badan, dia kata aku sakit gigi.  Sekali tengok dia betul.  Agaknya ko pun kena sama kot ni."

Aku cam...  logikal ke.  Tapi aku pulak dah sakit badan kena bedal ngan tukang urut tu.  Macam logik tapi aku takleh pikir.  Sebab tetiba je gusi gigi kepala aku mula berdenyut gila punya.  Sakit yang overall.  Gigi aku terasa senak sampai ke all about the base (about the base).  Cari paracetamol tak jumpa, apatah lagi ponstan.  Sekali terjumpa codein.  I got it masa I removed my wisdom tooth a month ago.  Telan terus.  Tapi denyut tak hilang.  But eventually I drifted off to sleep selama setengah jam.

Walau bagaimanapun lepas tu je aku terus jadi werewolf sebab ada orang call aku sergah kata macam aku ni asik tido je keje.  Dah aku balik dari berurut tu pun dah dekat pukul 6.00pm lebih.  Nak rehatkan badan yang terlanyak tu lagi.  Memamahkan logik sakit gigi boleh buat bahu ngan leher aku sakit dengan urat tersimpul sampai pening-pening short circuit.  Sukati apa lah yang aku mampu nak settle la kan.  Aku yang sakit, bukan ko.  Teruslah "WTH!!!".  Tahun ni mak mencurut sopan sikit.  

Terus Mak jadi ghost story.  Naik antoo.  Tangan laju je kat android.  Dah kata tak sihat.  Nak bukak pencak silat, Mak tak mampu. 


Marceline ni memang comey
Memanglah Mak rupa macam ni sewaktu kejadian itu berlaku
Cantik memang kena menten at all times

But so far Alhamdulillah okay lehernya dah masuk 3 hari ni.  Walaupun dari semalam aku mula ada rashes dan gatal-gatal kat tempat yang aku penah letakkan koyok Panaflex tu.  Mandi pun keluar merah je.  Ni kes nak kena gi GP pulak...  Entahlah aku ni.

Jadi marilah mendoakan agar aku dapat appointment dengan klinik gigi aku tu hari ni sebab aku dah tak tahan lagi...



Nadia.Is.Gatal-gatal



Monday, 29 December 2014

Ending 2015

Watikah hari ini adalah...

I wonder...

Setengah orang, dia akan bertanya for the sake of learning.  Some, for the sake of understanding.  Selain dari itu, bertanya untuk tau what is the best next step of action.

Tapi bagi yang setengah tu bertanya, for the sake of asking saja...  Aku terus mental shutdown.  Tolong jangan buat Mak jadi gitu ya.  Nanti Mak penuh dengan sarcasm sesangat.  Ayu jadinya Mak ni sampaikan ada paparazzi beratur tunggu Mak kat luar pintu ofis ni haaa...  

Mengantuk lah jugak ni.  Agak.  I couldn't sleep malam tadi.  I drove destination of 2.5-3 hours usual driving destination menjadi dari jam 4:30 petang sampai ke rumah jam 10:30 malam.  Ini termasuklah 45 minit toilet and dinner break for the kids and 10 minutes for pengisian semula minyak kereta.  Sopan je ayat Mak tu kan - pengisian semula - reload - topap.  Then I couldn't sleep.  Maybe I was too tired and effect from the coffee I got masa stop makan tu and the timing it was at the time.  

But whatever it is, (I know I shouldn't mix two and two but...)...

Yesterday, 28 December 2014 marks:

Missing Air Asia flight QZ8501
It is the 3rd missing aeroplane for Malaysia, hilang dari radar enroute Jakarta - Singapore.  Semalam was Air Asia (Indonesian) and the authorities are still locating the possible crash area.  The flight rerouted to avoid the clouds.  I think it may have been possible to avoid rain.  For the record, the rain has been bad lately.  (Read on for QZ8501)

Banjir 
The rain has flooded the East Coast and several other states in Peninsula Malaysia.  It is still flooding.  Many areas tinggal jadi pulau di Kota Bharu, the worst hit so far.  (Read on flood)




School Reopening is Delayed to 12 January 2015
for the flood, the Malaysian Government has brought forward the date of school reopening.  Dari 5 January 2015, it is now 12 January 2015.  (Read on official announcement)


Segala musibah yang telah diberi adalah dugaan untuk yang terlibat.  Dugaan yang Allah saja yang tahu apa lagi yang berada dihadapannya.  

Pada pendapat saya, this means that if sebelum ni tiada sistem perparitan yang baik, we should wujudkan programme to work on it phase by phase.  But from where I was semalam, I actually observed since the area tu kampung based jugak.  So kebanyakan petempatan di Kelantan, for example; telah didirikan atas tanah sendiri.  So there isn't any segregation, any need for proper drainage system.  So now, the municipal or government body kena pantau that any building requirement has to have some sort of drainage system or the owner will be fined or something like that.

Come up with better evacuation programmes.  Yang pasti, no one saw the extent of damage that this flood is still causing.  The best for us to learn from is what the Japanese have.  In each kampung, they have one SOS centre to run to.  They stock food, tents, blankets, water for survival.  Ada orang yang diorang dah elect to maintain this centre.  Diorang yang akan check on the expiry of food stock.  In relation to that, sekiranya dah boleh agak musim tengkujuh nak sampai, dah boleh prepare.  They have 6 months to prepare and plan.  Siapkan letak sekali bot-bot, life jacket dalam safety unit tu.  Dan agar ia tidak disalahgunakan or mismanagement, I suggest we can ask Bomba yang maintainkan units ni.  

Tambak dan dalamkan sungai-sungai.  

Truthfully, I feel heartbroken for what the nation carries.

Subhanallah.  

InsyaaAllah we will get through this too. 

Thursday, 18 December 2014

Hati Tergucci

Watikah hari ini adalah...

Ia adalah diantara hari-hari yang kosong.  Mungkin tiada teman disisi buat masa ini.  So Mak ni mental sensorang.  Tiada motivasi.  Dam dam dum sensorang.  No mood.  Nak meneruskan kerjaya hobi sementara iaitu menjahit lencana dan label baju sekolah anak pun ada macam haraaaam...  

So bersenang-senang jap Mak menukar kerjaya menjadi web stalker.  Tak kosa la kalau nak skodeng orang.  Sebab menyekodeng tu kan mengikut mood namanyaaa...  Takde pekdah pun buat cenggitu.  Baik lagi aku berangan carik wallet.

Nah la tengok...  Gucci ko nok.  Tengok harga je, gelak.  Izinkan hati sahaja bergermelapan.


(Click on the photos to enlarge)




Ktengsbai.



Nadia.Is.Gucci

Wednesday, 17 December 2014

Bila Musim Tak Sihat Berlaku

Watikah hari ini adalah...

Abang Long tak sihat.  Dia ada infection mata yang jarang ditemui.  But it is being treated.  Cuma aku tak mampu nak share dekat sini.  Yang pasti, walau pun ko tak nak telan cuka kurma tu, I will make sure ko telan jugak.  Biar cepat baik, cepat kering dan kurang nak terdemam ke nanti. 

So semalam, pagi I had to go to the office first.  Then went home, ambik Abang Long and pergi la klinik GP dulu.  Kalau guna insurance ofis, memang kena dapatkan Referral Letter dulu dari GP as standard procedure.  GP kata, memang kena refer dan kena pergi jumpa eye specialist tu pada hari itu jugak - like how I expected.  And Alhamdulillah, dapat settle same day.  But by the time I got home lewat petang from the hospital dengan Abang Long, I saw Abang Ngah and Cik Adik berleluasa di rumah tersebut. 

"Tak tido petang ke?!" Mak templak.  Cik Adik sengih je dengan kedengaran, "Heh," darinya.  Dedua tu kena hambat naik bilik.  Memang nak kena puk dedua tu.  Malam ada kelas agama.  2 jam pulak tu.  Karang kalau tertido kat rumah Sazah (Ustazah) tu kang apa jadi citer. 

Mentara aku dok tunggu tepi katil tu to make sure diorang tido, aku sedar aku pun terlelap sekejap.  Bila aku bukak mata, aku jadi disoriented.  Aku tak sure aku dah terjaga pada hari apa.  Pagi atau malam.  Dan jam menunjukkan, lagi 10 menet je nak masuk Maghrib.  Hebat.  Rezeki aku tu kot.  Sebab kalau tak memang sepatutnya masuk balik dalam opis.  Tapi nasib baik boss agak memahami.


Raut wajah dan perasaan Mak apabila terjaga petang semalam

So dah settlekan mandi semua, sapu ubat, makan ubat etc, semua dah ready nak gi kelas Sazah.  Semua kecuali Abang Long la kan.  Mak je yang tak nyempat mandi.  Takpelah.  Redha. 

Hantarlah diorang.  Masa dah kat depan rumah Sazah, Abang Ngah kata dia pening kepala.  Mak tak layan sebab terasa macam alasan just bikos Abang Long tak ikut sekali.  Kengkadang dia berperangai macam tu.  Bila bebudak dah turun keta, tengok rumah Sazah macam ada tapi takde orang.  Nak bukak pintu, berkunci.  Ketuk pintu, takde orang datang bukak.  Bagi salam, macam anak-anak aku je yang nyahut salam tu.

Masuk balik dalam keta.  Talipon Sazah kot-kot aku ni salah hari ke.  Hilang ingatan ke.  Kelas kensel ke.  Sazah kata kelas is in session and the door terus bukakan for the kids to in. 

Then I decided to pegi pharmacy sebab air Khal (cuka kurma with honey) tu dah nak tinggal 2-3 portion je.  Air Khal tu takde pulak - Mak, kecewa.  Yang ada cuma cuka kurma pure, and honey with apple cider vinegar.  I took both.  I also took extra virgin olive oil.  Went home, bathed, kelek condition Abang Long.  Cukup time, aku decided nak try different route to Sazah's house.  Mana tau ada jalan pintas.  Pusing punya pusing punya pusing, jalan ditutup dengan palang besi.  Siyot je. 
Mentara sampai rumah Sazah dah lewat dalam 10 minit, I told the kids lah yang I tried different route sekali jalan tak tembus.  Their feedbacks came in the order below:

"Oooh...  Patutlah Mak lambat sampai."

"Kenapa Mak lambat?" (Err...  Bukan Mak dah explain ke tadi??)

"Tembus tu apa, Mak?"

Dah terus Mak ko mental breakdown sebab "Acaner lak nak explain tembus tu apa..."

So everyone got home dengan selamat.  Everyone kena hambat makan honey with apple cider tu.  Sebab bila aku sorang cuba cuka kurma baru tu, memang...  Piau pergkh kejadah rasanya.  Jadinya confirm the kids boleh honey with apple cider tu sahaja.  Cik Adik aku bagi sekali sesudu olive oil sebab lidah dia pun dah nak blister.  I took myself juga to get good cholesterol. 

Then I woke up pukul 4:00pagi.  Abang Ngah panas.  Woke him up.  Gave him PCM sebijik.  Demah dia.  Gentel sekali letak ubat mata Abang Long.  Later on in the morning, same thing.  Abang Ngah masih demam.  I asked him to mandi.  Tapi keluar panas dia sebab dia buang air besar.  But before that, I gave him olive oil tanpa rela.  So whilst he was showering, he vomited clear content.  Memang keluarlah olive oil tu balik.  Tapi dia keluar dengan lendir.  Abang Ngah ni memang sangat susceptible dengan sinus, so, I think that was a good thing. 

I got ready for work.  Gave Abang Ngah another PCM sebijik sebab dia sambung tido dan aku tak nak lah terlepas pandang waktu dia makan ubat tu nanti.  Then I woke Abang Long untuk makan ubat dia juga.  Marah-marah dia tu.  Belum lagi sapu ubat kat mata.  Belum lagi kena paksa minum Khal sekali lagi.  Last-last, bila dah selesai semua, terus fresh dan jalan turun bawah.  Bertuah punya budak.  Tadi seakan hebat energon kau nak tido balik tetau je terus bangun dan walk off like nothing happened.  Apa saja lah mamat tu.

So ni satgi tengahari memang kena balik.  Sebab cukup time for next application on the eye.  I just don't trust orang lain nak buat.  Sebab mata ni kan...  Citer lain. 

Okay lah.

Penat dah ni.  Babai.



Nadia.Is.Thankful

Monday, 15 December 2014

Tips Kesihatan (Makanan Alternatif)

Watikah hari ini adalah...

Musim cuti sekolah.  And the kids have grown. 

Ada dalam seminggu dua ni, I keep going back reading old stuffs dalam blog ni dan gelak sensorang (and I made sure aku gelak tu senyap.  So kiut when I do that you know...).  Yes, the kids have grown.  Besar dah.  Dah takde nak catkan rumah untuk Mak tanpa disuruh dah...  Atau bikin mural dalam rumah ke...  Abang Long tu pun lagi beberapa tahun akan mula pecah suara.  Dan Mak tak boleh nak garap otak lagi akan perkara itu.  Jadi marilah kita mengabaikan ia.

Kami sekeluarga adalah eczema prone.  Kalau keluar eczema, maka dekatlah masa nak semput.  Dia macam indicator gitu.  And eczema pulak adalah gatal bila ada, berjenis-jenis pulak tu maka bertong-tong lain jenis krim yang nak kena apply.  I decided on using a different approach.


1. Product kulit mandian and body lotion
We start to use Olive Oil base untuk mandian and body lotion.  I try memula dengan produk Dalan.  Then I didn't have time to go get more.  Instead, I walked into kedai Body Shop.  Satu bottle besar tu dalam RM63.00 kalau tak silap.  But so far, dah last me and my daughter hampir 4 bulan.  There is still balance kurang dari setengah botol.  Mujarab InsyaAllah.  Kurang gatal dah.  Just use a 2 squirts for adult and 1 squirt for budak kecik untuk digunakan bersama loofah. 

Body Shop's Olive Shower Gel


Donch fojot your Loofah to maximize the liquid shower gel's usage


Ni range Dalan called d'Olive
Quite commercial dah product ni.  Should be able to dapatkan dari local pharmacies or beauty product distributors




2. Daily apple cider vinegar
Setengah orang boleh je telan direct 2 sudu besar setiap pagi dan/atau malam.  I mix 2tbsp dalam air suam, tahan nafas dan telan.  Paksa gak bebudak buat.  Mujarab especially bila diorang baru nak full blown semput or sinus flu.  So if you practice je bila tak sakit, insyaAllah makin kuat badan tu.  Especially bila sekarang ni kan tengah high humidity yang jadi danger zone pada orang yang ada semput tu.

Any Apple Cider Vinegar will do.  Janji isi dia adalah Apple Cider Vinegar.  Brand does not matter. 




3. Daily Khal Premium
So bila payah nak bagi bebudak telan apple cider vinegar tu, I terjumpa pulak Khal - cuka kurma & honey.  Satu botol ada dekat RM50.00.  Minum direct je.  Siap dah ada sukat.  Untuk Abang Long and Abang Ngah, I give 10ml sebab diorang dah besar sikit.  For Cik Adik, 5ml je.  Mak-mak kena telan 15ml and I take 2x sehari.  The kids I give 1x sehari je.  Rasa dia is a lot more pleasant dari apple cider vinegar.

Ada banyak vendors yang jual ni kat tengah-tengah Giant ke, Tesco ke.  Some Islamic shops or pharmacies pun ada jual jugak.  



4. Habatus Sauda
On daily basis dulu kita makan je Baraka.  Tu habatus sauda in extract form.  Itu available in market.  They used to have untuk children punya sukatan.  Pil form dia kecik comel je tapi mungkin sebab demand adalah kurang, dah takde dah product tu.  Yang maintain masih adalah untuk orang dewasa.  

Tapi, I was introduced to Ground Nigella Lawson Seed (Nama minah tu Habatus Sauda dalam bahasa Arab rupanya.  Tapi kalau panggil dia Habatus, mesti dia tak menyahut).  

Cara pemakanan yang I gunakan adalah, bancuh satu gelas kopi hitam (tanpa gula atau/dan creamer) tu dan masukkan dalam 1-2 sudu serbuk habatus sauda.  Biar lama pun takpe so that the coffee can infuse dengan serbuk tu.  (OK.  Mak tak boleh nak fikir perkataan gantian dalam BM untuk infuse jadi sila anda cari sendiri ya?)  Makan/minum macam u'olls makan cereal/oat drink.  Memang acquired taste lah.  Macam setengah orang tak boleh telan sashimi (raw fish).  Tapi when it comes to habatus sauda ni, ingatlah benda ni sunnah kan.  Terbaik untuk you.  Tapi kalau dah memang tak boleh sangat, pi la beli Barakah.  Sama je sampai sunnah tu.

PS: Makan ni memang kentut juga keluar terbaek!

Baraka can be found kat kedai-kedai jamu, pharmacies kot juga, dan kedai-kedai product Islamic. Dalam RM10 ke gitu sekotak.  Dalam sekotak ada 24 capsules.  Mula dengan sebijik sehari dulu.  Kalau badan okay, you increase lah tu maximum of 2 biji, 2 kali sehari.
Kalau ada effect macam pening ke, sakit badan ke, asid reflux ke...  Teruskan saja makan.  Jangan stop.  Sebab badan tu nak buang toxin yang memberikan awak effect macam tu.  Give it a week, give and take, InsyaAllah okay.

This is the Ground Nigella Seed.  So far I penah jumpa benda ni dekat kedai Mahnaz Batu Tiga Shah Alam.  Google lah untuk kedai tersebut.

5. Olive Oil
Lepas ni, I nak beli Olive Oil pulak.  Sebab the nutrient will be good to reduce my high BP.  (Ye, Acik ada high BP memuda ni...  Makan tahapa barang masa kecik-kecik dulu kan...  Kecik-kecik tak nak dengar.  Dah besar menyusahkan diri sendiri.  Padan muka diri sendiri itu.)  

Although actually I tak tau apa beza kalau makan olive oil yang biasa beli buat masak tu, dengan yang specially bottled in botol yang cecantik exotic tu.  I rasa ada beza kot.  

Tadi I Google, harga market dalam RM13.  Boleh kut.  Beli 2 botol.  Pastu peram satu botol dengan 3 ulas bawang putih yang diketuk.  That one is even better.  Then I toast bread pepagi, lepas tu layurkan dengan garlic olive oil tu campur dengan sedikit apple cider vinegar.  Pergggh.  I am Italiano!


Okay.  Tu je.

Nadia.Is.MemangComel

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...