Wednesday, 17 December 2014

Bila Musim Tak Sihat Berlaku

Watikah hari ini adalah...

Abang Long tak sihat.  Dia ada infection mata yang jarang ditemui.  But it is being treated.  Cuma aku tak mampu nak share dekat sini.  Yang pasti, walau pun ko tak nak telan cuka kurma tu, I will make sure ko telan jugak.  Biar cepat baik, cepat kering dan kurang nak terdemam ke nanti. 

So semalam, pagi I had to go to the office first.  Then went home, ambik Abang Long and pergi la klinik GP dulu.  Kalau guna insurance ofis, memang kena dapatkan Referral Letter dulu dari GP as standard procedure.  GP kata, memang kena refer dan kena pergi jumpa eye specialist tu pada hari itu jugak - like how I expected.  And Alhamdulillah, dapat settle same day.  But by the time I got home lewat petang from the hospital dengan Abang Long, I saw Abang Ngah and Cik Adik berleluasa di rumah tersebut. 

"Tak tido petang ke?!" Mak templak.  Cik Adik sengih je dengan kedengaran, "Heh," darinya.  Dedua tu kena hambat naik bilik.  Memang nak kena puk dedua tu.  Malam ada kelas agama.  2 jam pulak tu.  Karang kalau tertido kat rumah Sazah (Ustazah) tu kang apa jadi citer. 

Mentara aku dok tunggu tepi katil tu to make sure diorang tido, aku sedar aku pun terlelap sekejap.  Bila aku bukak mata, aku jadi disoriented.  Aku tak sure aku dah terjaga pada hari apa.  Pagi atau malam.  Dan jam menunjukkan, lagi 10 menet je nak masuk Maghrib.  Hebat.  Rezeki aku tu kot.  Sebab kalau tak memang sepatutnya masuk balik dalam opis.  Tapi nasib baik boss agak memahami.


Raut wajah dan perasaan Mak apabila terjaga petang semalam

So dah settlekan mandi semua, sapu ubat, makan ubat etc, semua dah ready nak gi kelas Sazah.  Semua kecuali Abang Long la kan.  Mak je yang tak nyempat mandi.  Takpelah.  Redha. 

Hantarlah diorang.  Masa dah kat depan rumah Sazah, Abang Ngah kata dia pening kepala.  Mak tak layan sebab terasa macam alasan just bikos Abang Long tak ikut sekali.  Kengkadang dia berperangai macam tu.  Bila bebudak dah turun keta, tengok rumah Sazah macam ada tapi takde orang.  Nak bukak pintu, berkunci.  Ketuk pintu, takde orang datang bukak.  Bagi salam, macam anak-anak aku je yang nyahut salam tu.

Masuk balik dalam keta.  Talipon Sazah kot-kot aku ni salah hari ke.  Hilang ingatan ke.  Kelas kensel ke.  Sazah kata kelas is in session and the door terus bukakan for the kids to in. 

Then I decided to pegi pharmacy sebab air Khal (cuka kurma with honey) tu dah nak tinggal 2-3 portion je.  Air Khal tu takde pulak - Mak, kecewa.  Yang ada cuma cuka kurma pure, and honey with apple cider vinegar.  I took both.  I also took extra virgin olive oil.  Went home, bathed, kelek condition Abang Long.  Cukup time, aku decided nak try different route to Sazah's house.  Mana tau ada jalan pintas.  Pusing punya pusing punya pusing, jalan ditutup dengan palang besi.  Siyot je. 
Mentara sampai rumah Sazah dah lewat dalam 10 minit, I told the kids lah yang I tried different route sekali jalan tak tembus.  Their feedbacks came in the order below:

"Oooh...  Patutlah Mak lambat sampai."

"Kenapa Mak lambat?" (Err...  Bukan Mak dah explain ke tadi??)

"Tembus tu apa, Mak?"

Dah terus Mak ko mental breakdown sebab "Acaner lak nak explain tembus tu apa..."

So everyone got home dengan selamat.  Everyone kena hambat makan honey with apple cider tu.  Sebab bila aku sorang cuba cuka kurma baru tu, memang...  Piau pergkh kejadah rasanya.  Jadinya confirm the kids boleh honey with apple cider tu sahaja.  Cik Adik aku bagi sekali sesudu olive oil sebab lidah dia pun dah nak blister.  I took myself juga to get good cholesterol. 

Then I woke up pukul 4:00pagi.  Abang Ngah panas.  Woke him up.  Gave him PCM sebijik.  Demah dia.  Gentel sekali letak ubat mata Abang Long.  Later on in the morning, same thing.  Abang Ngah masih demam.  I asked him to mandi.  Tapi keluar panas dia sebab dia buang air besar.  But before that, I gave him olive oil tanpa rela.  So whilst he was showering, he vomited clear content.  Memang keluarlah olive oil tu balik.  Tapi dia keluar dengan lendir.  Abang Ngah ni memang sangat susceptible dengan sinus, so, I think that was a good thing. 

I got ready for work.  Gave Abang Ngah another PCM sebijik sebab dia sambung tido dan aku tak nak lah terlepas pandang waktu dia makan ubat tu nanti.  Then I woke Abang Long untuk makan ubat dia juga.  Marah-marah dia tu.  Belum lagi sapu ubat kat mata.  Belum lagi kena paksa minum Khal sekali lagi.  Last-last, bila dah selesai semua, terus fresh dan jalan turun bawah.  Bertuah punya budak.  Tadi seakan hebat energon kau nak tido balik tetau je terus bangun dan walk off like nothing happened.  Apa saja lah mamat tu.

So ni satgi tengahari memang kena balik.  Sebab cukup time for next application on the eye.  I just don't trust orang lain nak buat.  Sebab mata ni kan...  Citer lain. 

Okay lah.

Penat dah ni.  Babai.



Nadia.Is.Thankful

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...