Tuesday, 19 June 2012

KL Tower

Watikah hari ini adalah...

Beberapa bulan lepas, ya saya minta maaf di atas kebasian cerita saya, kami telah ke KL Tower.  Abang Long dah lama sebut teringin nak pergi KL Tower.  Bapak dia tak heran sebab hari-hari tengok KL Tower.  Mak dia total loss sebaik saja masuk Federal Highway lepas pada MidValley.  Memang tak boleh harap Mak ko ni.  Setakat nak pegi OU, Empire, Pyramid, confirm boleh sampai.  Nak harap gi opis Bapak kao tu, pegi guna GPS pun entah berapa kali Mak kao sesat barat.  Kalau sesat barat sampai London berbaloi la jugak.  KAN???

Seronoknya diorang.  Time ni la saya terasa macam, wow.  Anak-anak saya sudah pandai posing.  Tak payah suruh pun dah pusing sana sini.  Teruja ai. 


KL TOWER

Kami telah diberikan gajet seakan perakam yang memberikan visual serta voice over mengenai KL Tower dan sejarahnya sebaik sahaja tiba di viewing rotating tower.  Gajet tersebut tertera dengan jelas ia telah disediakan oleh KRU.  Abang Ngah kelihatan begitu teruja seakan mahu memakan gajet tersebut seperti ia adalah pizza pepperoni with extra cheese Dominoes.






Seleksi gambar klasik





Lain-lain di KL Tower

Kedai-kedai yang ada dekat atas rotating tower tersebut... 

Aku ada rasa cam malu sikit.  Sekilas pandang je tengok quality t-shirts yang diorang jual kat situ, jenis sekali pakai je dah lusuh baju tu.  Tu belum kira basuh masuk dalam mesin lagi tu.  Ni kira pakai dengan peluh for the very first time.  Can't they come up with something better?  KL Tower letak provision yang kalau t-shirts, mesti of certain quality ke? 

Just a question:  Why ah kalau kita punya baju Visit negeri ke, negara ke, cam hampeh?  Baju memurah kalau beli kat negeri omputeh, tahan lah kalau nak buat basahan at least 3-5 years.  Betul tak?  Kalau kita?  Yan pendek belaka.  Baru 3-5 kali cuci dah berkumal cam bulu baa baa black sheep.




Ko tengok la harga dia pun.  RM9 je tu.  Harga borong dia berapa?  Singgit selai?  Maka kualitinya adalah...  Sungguh penuh dengan tanda tanya...




Kat situ pun ada in-house photographer.  Time ni diorang soh buat to have kekonon the boys pacak tangan diorang on top of KLCC punya menaras.  Be careful with the harga.  Make sure jantung ko kuat eh.  Bagi yang ada possible coronary heart disease tu, sila bagi orang yang sihat je pi setelkan gambar.  Plus, jangan hantar orang yang lurus bendul cam aku ni.  Kalau ko hantar jugak, kalau ada 5 gambar total harga pitam, for sure ko balik dengan 8 gambar.  Hish. (Marah dengan diri sendiri ni)




Di Luar KL Tower

We had a walk out side.  Jenjalan.  Kat luar.  Tetiba je ada creepy crawly. 

Okay la.  At least benda ni tegap, sasa dan berat dok situ je.  Lagi pun kalau kitorang panik, boleh je tolak dia jatuh bangunan.  Huahuahua.

Ada orang yang jaganya.  They just leave them out in the open untuk ambik gambar.  Agaknya konsep eco-friendly la.  Forest life in the city.  Living among the concrete.  Literally la pulak...




Klik-klik Foto

We walked further.  They have collection of mini houses, that we found to be interesting.  Lovely nak buat ambik-ambik gambar.  Dan mandangkan kitorang datang dari jauh, tourist kan...  Kitorang pun ambik la gambar di situ. 




History Channel

Dekat bawah sekali kalau rajin engkorang nak berjalan, ada the history area of the pembinaan bangunan.  I only wish they would be able to keep tempat tu elok sikit.  Ni, ko tengok je la.  Gambar sesepah je letak.  Ni bukan gantung gambar kat rumah sendiri tau.  Itu, gambar Britney Spears kalu, suka lu tampal kat siling la kan...  It's not even disusun in one line. 

Sedih, boleh?  Tempat ni omputeh datang.  Tempat ni, tempat internasional.  Gitu.




Mini Zoo (Ye, ada sikit konfius)

Then bila engkorang jalan lagi, tetiba je dia ada mini zoo.  Haaaa...  Hebat tak hebat KL Tower?  Semua ada.  Ada kedai, ada orang dancing-dancing, ada rotating tower, ZOO pun ada!  Beware eh.  Ambik gambar pun kena bayar.  Cet.  Nak masuk ni free kot tak silap, tapi free kalau ko ada tiket nak naik rotating observation deck kat atas tadi.

Nampak macam best.  Dalam gambar al-gagah. 

Tapi lepas tu dia nanges.  Sakit bahu katanya.  Sungguh jahat parrot itu. 





Rumah Mini Malaysia

Then we took photos of dekat rumah-rumah mini Malaysia.  Saya suka dan teruja.  I've always wanted to have such designs kalau ada rumah sendiri.  (Ni dah masuk citer beranganlah ni).  So, tak payah susah-susah nak carik bikos the best houses of each state dah terduduk kat KL Tower!

Rasanya ni Rumah Melaka kot.






Then, ini, Rumah Panjang.






Ni pulak gambar from Rumah Papan biasa.  Elok gak sepatutnya singgah rumah Mak Jah je kat Kampung Baru tu.  Tapi rumah tu dah macam takde orang duduk je.  He he he.  Skeri.  He he he.

And this one is of all of us!

Dah macam gambar Selamat Hari Raya tak???



 

At least you all dah tau la banyak gak benda boleh tengok kat KL Tower.  Every other hour ada je performance tarian kebudayaan kat tengah lobby KL Tower tu.  Quite interesting.  That is if you are visiting like a tourist.  You want to visit because you want to discover and sesaja jenjalan.

In fact, I think we'd probably be doing this in the next 5 years.  Just like how we'd visit the zoo. 

Suka bila dapat patriotik sesikit.  He he he.

Nadia.Is.Comel

No comments:

Ni Je Yang Ada

Watikah hari ini adalah... Lama nak matey tak update.  Tak tau apa nak update.  Ada ke orang baca blog ni?   Dah takde dah gambar-gambar beb...