Tuesday, 12 January 2016

Kasut Mak Crocs

Watikah hari ini adalah...

Hari ni aku rasa macam nak menangis je. It didn't feel so bad pada mulanya. But I realise yang sebenarnya mungkin banyak benda yang aku tolak tepi. Banyak yang aku ignore dari perasaan aku terhadap what I see, what I know, what I say, what I feel with many things for the past one month. Aku nak hadap benda yang aku lalu je. Yang tak perlu tu aku tolak tepi.

Jadi this morning aku ada breakdown sedikit demi sedikit. Kongsi dengan kawan. Baru aku nampak point of view. Baru jelas sikit tanpa serat emosi aku yang boleh dikatakan agak berbaur ni. 

Sebelum ni, aku tak izinkan diri sendiri ni untuk kecik hati. Aku terima je apa-apa yang berlaku sebagai inilah hakikatnya keperibadian mereka; so they amuse me from far with a lot of love, in a good way. Tapi memanglah kalau nak difikirkan, kalau kali ni memang aku kecik hati, entah berapa kali dah aku kecikkan hati diorang. But this list will never end. 

But then again, kalau tiada yang berubah, there will never be progress. Cuma, takkan selected people je yang mencuba bila orang lain tak buat apa-apa?

Terus rasa macam nak balik rumah dan tidur setidur-tidurnya. Macam Zaleha. Basah bantalnya dengan tangisan dibawa ke tidur. Pecah rahsia bila sandal bertumitnya berlumpur. Tapi kasut Mak Crocs. Jadi tiada yang mungkin tau apa yang rahsia dada ni.




Thursday, 7 January 2016

Brain Rerouting

Watikah hari ini adalah...

Sekolah dah bukak. Semua pun dah settle. Tahun ni Mak takde nak posting gambar anak pi sekolah. Amik gambar pun yang bukan-bukan je. Celebration yang agak moderate.

Apa-apa pun, Mak ngantuk tahap gaban.

Satu mug kopi + kopi dah habis. Buat aku rasa mengantuk lagi tu ada lah.

#sangap
#schoolreopens
#MakPunKeSekolahJugak

*garuk kepala*

*pandang kerja kat meja opis ni*

(apa la yang aku nak kena buat ni...)

((brain disconnected))

(((rerouting)))

Perggghhhh.  Tak ke mana ni.


Mak hari ni, lek-lek (relax) jo. Tido macam angkasawan.
Tido duduk, penuh dengan penipuan semata.
Entah nak kabur pandangan siapa pun aku tak tahu.


Conclusion: 
Hari ni Mak tak nak rari-rari (lari-lari) memana. Mak pun terlupa besfren Mak kaler brown dah balik ofis. Lama besfren Mak tu cuti. Mak kira-kira hari pangkah-pangkah macam banduan kat dalam jel menunggu dia balik ke pangkuanku. Jadi today nak pi makan dengan dia. Mak boleh rari-rari dengan dia nanti. 

Cuma mungkin Mak kena tido 5 minit jap sekarang ni. Ye kot.

Tuesday, 29 December 2015

Persiapan Sekolah

Watikah hari ini adalah...

Mungkin aku ni tengah mengantuk.  Buat apa pun dah macam robot dan separa sedar.  Ya, mengantuk sungguh la tu.  Tapi nak buat cemana.  Kerja ada kat atas meja ni nak kena kasi habis. 

Tapi kan, punya la penat yang tak tau apa, takde mood langsung nak buat apa-apa.  Pada hal, kaki seluar sekolah anak tu tak habis selesai lagi.  Tu belum lagi gosok dengan cuci.  Kasut tak kapur lagi, sebab kapur, kitorang terlupa nak beli.  Kasut Abang Long lagi sepasang belum lagi kita beli sebab masa beli secara berjemaah tu, tinggal sepasang je kat kedai waktu tu.

Mak nak terlelap, tak boleh.  Mak nak pasang lagu loudspeaker nyanyi-nyanyi kekuat pun, tak boleh. Kalau nak mengaruk buat benda lain, dah takde semangat perjuangan untuk petang ni sebab teringatkan seluar yang tak habis sembat tu. Lagi jatuh semangat bila sedar, lencana sekolah pun belum lagi
dijahit.  Aih.


  • Seluar sekolah nak disembat - lagi 2 pasang je
  • Lencana nak kena pasang - 7 lencana
  • Name tag nak kena jahit jugak - 4 kot
  • Stokin semua dah label.
  • Kasut sekolah belum dikapur.
  • Kasut sekolah Abang Long kena tambah lagi 1 pasang.
  • Beg sekolah Cik Adik.
  • Kena beli kapur kasut.
  • Label semua buku sekolah - 95% dah siap.
  • Balut semua buku sekolah.


Macam ni lah jadinya.  Tidak bersemangat waja, sebab Mak tak drive waja... Okay, itu adalah joke orang mengantuk. 


Terjumpa pulak gambar Cik Adik ni from 2011.
Tapi ni matching la ni dengan perasaan Mak sekarang ni.
Click onto this LINK for this blog entry.


Sila sorongkan saya bantal.  Sebab dah buat list pun takde beza.  Dia jadi sendiri lagi cemas dan auto shutdown.

Aih.

Ok Babai.



Nadia.Is.NgantukTeruk

Thursday, 17 December 2015

Kenapa Memerlukan Orang Lain Untuk Melakukan Sesuatu

Watikah hari ini adalah...

Setengah orang memerlukan orang lain untuk berada dengan dia untuk buat decision, sebab dia indecisive; mungkin.  

Setengah orang memerlukan orang lain untuk teman dia buat sesuatu, sebab dia kurang keyakinan diri; mungkin.  

...Tapi ada jugak setengah orang lain yang suka nak kena ada orang depan mata masa dia tengah sorting kerja dia yang separuh jalan.  Yang ini, aku tatau kenapa.  

Korang tau ke kenapa?

Tolong eksplen kat aku sikit.  Sebab ia adalah sangat menjengkelkan dan membuang masa aku.  Plus, adakah ko punya attention dari orang lain berada pada tahap deficit yang kau memerlukan orang lain untuk berasa sufficient that you are doing something and therefore you feel you deserve that kinda of attention from somebody else?

I'm just still asking. 

Comments please, if any.

Tuesday, 8 December 2015

Redundant

Watikah hari ini adalah...

Engkorang pernah tak rasa apa yang whatever you guys are doing is completely redundant?  But then again, engkorang tau tak apa maksud perkataan REDUNDANT itu?  Jap, Mak Google jap for you okay.


But this meaning dalam Bahasa Malaysia adalah tidak tepat.  Lain sebenarnya maksudnya.  Terperanjat jugalah kita bila tengok ini hasil translationnya dari BI ke BM.  

Tidak.  Memang tidak matching sebab for me, perkataan REDUNDANT adalah kurang lebih emotional rasanya.  Ada dengan perasaan dalam penggunaannya.

Can you see why I kata tak sama weightage maksud perkataan REDUNDANT ni?  


No longer useful = waste of time on effort --> with or without appreciation just bikos it is no longer useful. 

That's all I understand. 

And I understand yang aku sedang experience a different kind of struggle right now.  Just doakanlah I get through it tanpa emotional stress yang mampu untuk menggapaikan Mak dengan masalah kesihatan kemudian hari.

Baiklah itu je.



Nadia.Is.Redundant


Tuesday, 17 November 2015

Hati Jernih

Watikah hari ini adalah...

Keputusan UPSR keluar hari ni.  I was the first batch and Abang Long is final batch sitting for it. Perasaan itu ironic sikit.  But I have always been a believer that the results does not define you as a person - it's your heart and intent yang lagi always always always more important above everything else.

So I actually oppose parents who go about visually in social media on their children punya assessments or big examination.  It gives unnecessary pressure buat anak dan opens the door to any chance of self-shame afterwards.  Segan dengan kawan lain.  Segan dengan kawan-kawan Mak Bapak sendiri tu pun lain.  No reason for unhealthy competition.  But hey, that's just me.  Everyone is entitled to their own say and life's beliefs.  Life still goes on with or without great results on paper.  

Alhamdulillah Abang Long did okay. He will still get to go into Form 1 kan. Mak jugak bernasib baik sebab dari awal memang emphasize asking the kids to mentally prepare ambition diorang so we can guide them for the necessary papers, subject etc. And so he will be the best chef in the world - InsyaaAllah,

All hugs and kisses.  So long you stay in the right track, you still have a good heart, that's all that matters to me.  Because having good paper results never guarantee that you will be a good person, good worker, good employee or team leader or a good businessman.

This is a self-reminder and gesture I put into the world today.

May all be blessed with whatever comes.



Nadia.Is.Grateful


Thursday, 12 November 2015

Biru Mata Hitem Mak

Watikah hari ini adalah...

Today is the third day aku masih tak jumpa cimata.  Dan mata aku adalah fefeeling strain from wearing glasses 10 years ago.  Itu pun kira nasib la laki aku ada bilang bagitau told me yang got found my old glasses ni.  At least the feeling is not as bad without it when I began masuk balik ofis ni.  Mata memang rasa gila bab! tak boleh focus kat screen pada kadar lama.  

So dalam senyap, tengahari tadi aku dah pi buat cimata pakej.  Nasib baik power Mak tak melebihi 200.  It's my astig yang cam harams.  Reading dia lebih tinggi dari power yang lain.  So pakej cimata kedai ni, ko kena topup cost kalau power lebih dari 200.  Aku tanya jugak kalau lense astig wujud ke tak (sebab aku rasa ada tapi aku tak penah beli).  Mamat tu kata kena order.  Dah sama la jugak maksudnya kan - kena tunggu.  


Credit Google HERE

Opocot! Tanjat Mak ada orang pulak ambik gambar nih!



Anyway, dalam tempoh 5 minit, aku dah pilih, try, buat eye test pakai mesen dan manual, dan terus booking untuk ambik petang ni. 

Semoga sukses sebab confirm aku tau laki aku tak suka punya cimata tu.  Dan kalau tak suka, maka itu perkara bolehlah disettle kendian. For immediate time being, all I know is that I need glasses of my own power secepat mungking sebab mata aku dah rasa gila strain with all variance.  

Oklah dah bai.


7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...