Monday, 19 February 2018

Noob

Watikah hari ini adalah...

Semalam Abang Long ngamok sebab kalah main game. Dia kata Abang Ngah buat dia kalah. Namun pun begitu, situasi sebenar adalah:

Abang Long: ngamok sebab kalah game berkali2
Abang Ngah: (dengan suara yang senyap dan bersahaja) noob

Abang Long throws a fit here.

Thursday, 8 February 2018

KROHH KROHHH KROHHH...

Watikah hari ini adalah...

Otak aku serabut. Serabut sebab kenapa aku tak boleh Repeat Header Rows dalam Microsoft Word. Kenapa bila aku tekan option tu, each time print preview subsequent pages tak repeat header from the first page? Kenapa? KENAPA??

Ini semua menjana stress dan membuatkan aku mengantuk je!

AAAAAARRRRRGGGGGHHHHH....
Tutup lampu opis...
Tolak semua barang off the table... 
Sangkut kepala kat meja... 
KROHH KROHHH KROHHH...

Thursday, 25 January 2018

Bajet rendah

Watikah hari ini adalah...

Profile Mak rendah. Bajet rendah je kot. But no, sebenarnya profile Mak bajet halimunan. Invisible Gaga. Pejadah haha.

I actually do have life going on. Dan memandangkan I'm more about emosi, I live in between time and situations. Macam radar yang korang sedar-sedar tak sedarkan diri haha dan aku sendiri kerap terperanjat bila kesedaran itu tiba kat depan mata to handle/sort out. 


Takde cerita nak bagitau. Takde benda nak share. Life Mak ni sekarang biasa-biasa je. Bersyukur dapat berkenalan dengan pelbagai rupa hati orang. Mencuri lihat keperibadian pelbagai warna. My own self discoveries. Challenge myself emotionally, accept, be depressed, have self-pick up, learn to adjust, forgive, let go - REPEAT. 

Not everything ko boleh nak cerita kat orang. Macam, ko dah kenal orang tu lama kan, tapi lama tak jumpa. Then they ask, "So, how's life?" "Life is okay" "What's been happening?" "(Pause) Life" Then sometimes you sendiri rasa it's not a story to you pun. But pada orang lain, benda tu penting untuk dia to relate to you ke, or whatever. 

Yes, I have to let go a lot of people out of my life. I'm an adult. I don't need to deal with petty stuffs like, you like me or not, or my decisions tu sesuai mengikut kehendak awak ke tidak. I don't need to please anybody. Just so long aku rasa itulah decision yang terbaik untuk aku buat pada waktu dan situasi itu berlaku. I don't owe you anything. You don't owe me anything. Life is simpler.

I am emotional, but I don't make it personal. Emotional positip ya kengkawan. Olweis positip one. Olweis looking for emotional enrichment, dimension. Middle balance. Be less interested in other people's lives. Be more into your own life. Because it's with your own effort je yang you can improve your own well-being. Itu adalah tanggungjawab sendiri. Jaga mata hati sendiri. Tu jugak antara sebab mengapa aku tak boleh nak masuk dengan orang yang nosy. Motip ko nak nosy tau hari ni aku pakai spender kaler apa tu dah kenapa? Takde benefit pun. Bukannya dapat hadiah wang emas intan berlian pun. #ehtetiba 

Dah okaylah. Apatah dah aku merapu entah korang paham ke tidak, aku tak tau. Entah-entah aku sendiri pun dah lost ni hahaha.

"Everyone has a story. But it is up to them to decide how the story ends. You can help but you have no right to judge or write it for them. Because the story isn't yours."




Wednesday, 17 January 2018

Seiring dan sejalan, jalan je la sampai tak larat.

Watikah hari ini adalah...

Cuaca kat Malaysia sekarang adalah AMAZING - mandi ke, tak mandi ke, lepas mandi ke, takdeeee berpeluh balik. 

Punya la sejuk duduk kat luar rumah tu, tido pun dah rasa cam tido dalam ekon. Sampai macam ni Mak dengan Papa berganding bahu untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia togedegede. Jalan sikit terus peluk. Makan, pakai, tengok tv semua jadi camni lah...  



Touching tak touching tak touching tak??? Awwww... 

Berkaitan dengan perubahan cuaca itu, anak-anak pun tak sihat. Ada yang tekak merah, flare up sinus, flu, headache, asthma. All the ENT, breathing congestion. Mak pun sama gok. Pagi ni siap on nabuliser untuk diri sendiri bila discover berketul-ketul phlegm yang hijau gelap keluar masa batuk. Sedar diri la. Lepas tu ni gatal-gatal tekak, dada. Nak makan ubat batuk, tak boleh. Kang jadi cam semalam. Lupa la gi makan ubat sekali masa time suapkan ubat kat anak. Lepas tu lupa nak kena hantar kuih Nenek kat ofis. Terus je la sampai ofis but drowsy driving dari 5 traffic light sebelum sampai ke situ. Nasib baik selamat sampai.

Tetiba ostajah kelas tanya siapa pandai menjahit. Mak tak menjahit, tapi Mak pandai. Hahaha keji tak? Bersemangat waja Mak hari ni, nak go to the school dalam minggu ni and get the class done. Sekali cam hilang napsu je bila ostajah forward gambar dinding kelas. Buat Mak nak pensan daaa...





Dear Parents,

Tolonglah jangan bagi idea bernas for wallpaper. Kalau wallpaper senonoh takpe jugak. Mak tengok ni pun migraine. 



Yeah, kasi satu kali ini macam punya migraine tengok wallpaper tu. 

Engkorang ni la dah kenapa. Kalau dah wallpaper, you can't paint over it. You have to spray over with vinegar and hot water dengan ko kena kikis benda tu keluar okay. Baru lepas tu boleh cat dinding. 

Dah okay la. Suddenly I'm tired. My brain went into an over-drive today.

Sehingga kita bertemu lagi.







Thursday, 11 January 2018

Kehidupan yang berlaku

Watikah hari ini adalah...

How are you all? Benda nak siap sekolah pun dah beransur dengan titipan borang-borang dari cikgu kelas kan. Tinggal nak sain, accept benda yang tak sempat close tahun sebelum. Camtu je la.

Aku takde azam tahun ni. Sebab I've decided to take one step at a time. Especially that karuna mungkin Mak tak boleh nak hadam the fact that Abang Long akan sit for PT3 and Abang Ngah PPSR this year. 

Cik Adik dah besar dah. Nak gi sekolah pakai baju kurung je, sebab cousins dah pesan if pakai pinafore sesi pagi ni akan kena pressure dengan tenaga pengajar untuk bertukar konsep pemakaian baju ke sekolah. Yang Mak ko je, "Cik Adik belum wajib la. You can wear what you want. Pakai je la pinafore," sambil tarik tunjuk suruh try saiz masa time nak beli baju tu. Stress budak tu jadinya, Mak ko ni pun kuat benor mengusik. Suka tengok muka dia terkulat.

I've settled in life's progress for the 'then life happened'. Meaning to accept apa benda yang you cannot change. Like, it's just meant for you to live it. Pointless to stress about things you cannot control kan? For example, ko plan nak jumpa kawan lepak-lepak tapi tak jadi-jadi; pergi kedai 3x asik tak bukak la, takde saiz la, apa la; nak masak beef stew tapi semua tempat yang ko larat pergi tu semua takde jual daging ketul saiz masak rendang/bahan yang ko perlukan.



Mu pahang dop? (You understand onot?)

So ada hari aku akan drive out beratur beli Frozen ke, Magnum ke, nebeng kedai baru ke, bila rasa cam saspen sangat kehidupan ni. Macam tu. Haha. Beli dessert tu semua lebih membahagiakan dan cuma berharga RM1 setiap satu. Err... kecuali Magnum. Magnum kena beli 1 makan sensorang. Dalam keta. Je. Lepas tu baru balik rumah. Haha.

Hari ni aku tengah pikir nak makan apa. Dah berapa hari ni dok makan terlampau sampai makanan semalam masih mengenyangkan aku... agaknya. Aku tak pasti. Sebenarnya pompuan ni bila makin berumur, makin menjadi simptom PMS dia. Lately ni asik nak makan semua beef based food macam "Ee sedapnya kalau dapat makan Korean Beef Stew tu dengan nasi pepanas", nak Cantonese Beef Kueyteow la, terkenang steak la. Beef bantu tambah darah kan. Konon ni kan nak period... 

Kebetulan semalam berborak dengan sorang kawan yang beberapa period cycles ago sampai MC 2 hari sebab sakit sampai tak boleh berjalan, senggugut sakit macam nak bersalin. Aku tergamam sebab aku ingat aku sorang yang kena. Aku pun hari tu MC 2 hari jugak. Nasib baik 2 hari. 2nd day tu je yang baru boleh bangun jalan sikit-sikit. Macam baru lepas pantang hari ke-8. Camtu la rasanya. So I suppose memang la faktor umur sebab kitorang tak pernah go through cycles like that before 40. 

Lupa pulak kat Abang Ngah. Belum apa-apa dah cuti sebab tak sihat. Tapi paling geram bila dah ko dah drive stop depan sekolah, he will say, "Mak, cuba Mak rasa I". Kalau dah rasa tak sihat, awal-awal je la bagitau dari rumah. Bukan la dah sampai sekolah baru nak suruh rasa dahi la, leher la. Buat penat awak pakai baju bukak baju je. Grrr.

Okaylah. I need to think where to go. Lunch is only 1 hour.

(I think I still need meat)

   

Thursday, 23 November 2017

Watikah hari ini adalah...

Mak dah mula recce baju, tudung, Naelofar, Marshmellow, Oshascarf, dan segala yang ada. Mak ni dah hilang akai ka. Banyak benda lain belum settle lagi. 

But somehow tengah tengahari ni, I feel wounded. Ngapa eh? Maybe bikos... orang yang tak menjaga sensitiviti orang lain. Yeah, that must be it. But why wounded? Aku pulak yang over nak fefeelingkan mangsa kejadian pulak kan? But that's just how I feel. That's what I usually rasa pun sebenarnya.

You know... Orang yang paling brutal, kasar, kurang ajar, keras etc; are really the ones who are softest at heart. Do you know this fakta? The fakta is true. I'm living it. 




Today keluar results UPSR 2017. The standard bar cuma naik 1% je compared to last year. Dah takpelah. Yang penting tu EQ anak-anak. Yang membabitkan mencapai expectations diri sendiri dan keluarga diorang.

Alahai anak-anak. Kalau awak senantiasa cemerlang, please be humble and stay, review periodically on your humbleness. Kalau you tidak cemerlang and have to try, it's okay. It only builds you in dimensions that other people don't get. At least you'll know you'll try harder next time kan? And you're built not to give up. It's different dari orang yang sentiasa cemerlang. You tak putus mencuba. So when you fall, it doesn't hurt as much to compare with kalau yang always on top ni kecundang.

You get what I'm saying? Paling penting for me is you are humble, and you have EQ. Be compassionate. That's what lacking in this world. And that is what's needed in this world.

Oklah. Babai.

Tuesday, 21 November 2017

Masih ada yang baca ke?

Watikah hari ini adalah...

Dalam dunia penuh visual i.e. Instagram and Facebook, ada ke orang nak baca blog lagi? 


Biasalah kita orang Malaya. Kengkadang baca tapi langsung takde feedback, kita rasa pun kita dok tulis syok sendiri je la kan. Tapi memang kot sedari awal macam tu, syok sendiri. Mak tak gelak pun. Agaknya sebab mood agak terbalik-balik.


Tadi pagi surfing jumpa gambar matching kat tekak, lasagna and cajun prawn fettuccine. Mana nak carik kat sini? Kena pegi TGIF for the cajun prawn. Lasagna kena buat sendiri sambil menangis. Ya, Mak tak tau kenapa setiap kali Mak buat lasagna, Mak akan menangis. Usaha tangga kejayaan dia macam different sangat timezone. Terasa macam kat Italy je setiap kali. Aw.

Berbalik kepada para atas, ada ke orang baca lagi ni? I don't insta you know. I'm so not very the visual. For me it's just a front, a bunch of duplicates that has no content, emotional weight. Even if I share tampal on mine, it has to mean something to me before I tampal. And why am I telling you all this? Persimpangan dilema ke apa? Tak kan? Tak kot.

I think I will settle for a little J love for myself. I have been feeling crappy, sappy and all the Pys. I should deliver something to myself. Dah habis stalk Justin-Selena pun siang ni sebab Mak tak boleh terima okay, dan Mak tak restu perhubungan diorang ni. Si Abel ni pulak dok la release a person if you love them. Sesudah le. I know you love her, Abel. WTH are you letting her go? Eh tetiba pulak citer diorang ni. Pecah rahsia I. 

In the value of this life, it's you that matters. You, and you, and you. Because money can help create multiple areas of happiness, but it never buy genuine happiness.




7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...