Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

Isnin, 12 September 2011

Eve

Watikah hari ini adalah...

This morning I was in the car, on my way to work.  Tetiba je terasa sayu.  Saya teringat pada arwah Eve.   

Saya rindu nak benam muka saya pada perutnya.  Saya rindu nak cium leher dia.  Saya rindu dia panggil nama saya.  Saya rindu dia tunggu saya kat depan rumah. 

Saya rindu kamu Eve.

Saya rindu kamu sesangat.

Lama sangat tak jumpa.  Lama sangat tak sayang kamu.  Sudah hampir 9 tahun, mungkin.  Lama tak belek muka kamu.  Lama tak tengok gigi kamu.  Makin tua, makin luruh.  Kita bersama, 12 tahun.

InsyaAllah kalau dibenarkan rezeki, kita dapat berjumpa lagi.

Nanti saya nak peluk, cium, gomol dan sondol-sondol kamu, Eve. 

Angah sayang kamu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails