Watikah hari ini adalah...
Bilalah last yang aku bebetul membebel? Hmph. Mungkin pada laki aku. Kesian kepadanya. Tapi takpe. Telinga dia yang bengkak. Bukannya aku. Sebab rasanya waktu tu aku lebih berkeadaan lebih pedih kerana harus ketika itu, hati aku yang bengkak. Moral of the story, jangan senggol-senggolan dan sila berhati-hati dengan hati kerana itu namanya hati kama.
Dalam sebulan dua ni, ada dugaan yang mendatang. Aku senyap je. Ye. Aku senyap sebab aku jujur. Bukan saja si lurus bendul ni jujur, dia juga lurus bendul. Tu dia, dua kali aku sebut. Maka jiwa meratap, tersentap, gigi terketap, jantung berdetap...
Rata-ratanya orang kata, baik sangat hati ni. Ye ke baik hati...
Ye kut. Ikhlas.
I rasa saja senang je kalau buat benda dengan ikhlas diri. Kalau tak ikhlas, sungguh terduga orang nak buat. Jadi cam, rimau. Nak carik makan tapi sambil carik tu mengaum. Paham? Samaada itu atau pun mengaum sebab perut dah memang nak makan gilo punya. Jangan buat akak lapar. Paham?
Cakar rimau! *Awwimbawe* |
But the worse dah lepas. Kata orang, barang yang lepas udah jangan dikenang. Tapi kengkadang terkenang gak kat orang-orang yang telah mempergunakan aku tapi aku je yang tak reti-reti nampak mereka menggunakan aku sebagai contoh delivery boy... Well, mostly delivery boy kut?? Tak baik memperbalacikan orang. Berdosa tu. Tapi takpe. Kalau ikhlas, sentiasa benda yang tak baik tu, ko tak nampak. Tapi aku tau, penat orang lain mengingatkan, menghighlight, membold, mengunderlinekan font semua tu untuk aku namun, ye lah... Kerugian orang baik sangka, kan... Yang manipulative akan senang je cari jalan untuk berterusan.
Cuma these few years, ada perbezaan sikit tahap penggunaan diri ni. No longer jadi delivery boy. Sekarang dah apgred. Jadi... Jadi apa ya... Jadi... Pinochio. Hebat siout. Aku selebriti nox. Cuma setiap kali cakap tak betul, montot akak jadi makin lebor. Haha. Tehapakemenatangnya ai toking. But you know, papetshow? Yes, is de papet. Sampai hati. Itu lagi berdosa. Tapi sebab delivery boy tu beransur selama lebih 10 tahun, mungkin sama je kot accummulative dia.
Apa-apa pun, it's just a reminder. Kengkadang kita pun tak ingat kita menggunakan orang. Katanya, kawan. Tapi sebenarnya pijak kaki kawan tu. Kalau nampak zip seluar tu terbukak, bagi tau cepat kat kawan tu. Bukannya biar dia menonong seharian suntuk dengan cara dia macam tu. Ni siap suruh dia gi belikan air kat 7E 3km dari rumah lagi. Kesian kat kawan tu kan...
Dan bagi yang dipergunakan, you've received the signs... Tapi aku paham, sometimes it takes more convincing to change your perspective. Just probably time for you to keep a journal. That, will help. And only time will heal.
So, begitulah.
Pesanan Jumaat dariku, buatlah benda baik tanpa mengharapkan balasan hanya kerana anda ikhlas.
Nadia.Is.Cute