Monday, 12 November 2018

Hello korang...

Watikah hari ini adalah...

Hi u'olls...


Korang buat apa tu? Lama Mak menyelam sensorang ni kengkadang takde jumpa bulu rambut si Lionel Richie ni pun. Tanya sendiri je, "Hello", pastu sendiri jawab, "Hello ke??"

Gerun tak rambut dia? Tapi time tu, dia lah jejaka terhensem di bumi Amerika tau. But this song for me, is so corny. Dia macam ada ripple effect kalau aku dengar. My ears will start curling dari cuping ke dalam telinga dan terus menggeletar sampai ke hujung jari kaki. So amazing. 

So I began this blog like, 2010. Lapan tahun dah ya. Cik Adik pun dah nak masuk darjah 5 tahun depan. Baby Mak tu. Baby sangat. Ketiak pun dah berbau. Belum cerita lagi pasal Abang Long dengan Abang Ngah. 

The two boys, takde resam Mak membesar dengan boys. Takat Pak Uda tu je, Mak Su yang ajar dia melasak. Kalau ko letak dia kat kerusi je, dia duuuuuuduk je la kat situ. Datang Mak Su tu yang panjat kerusi atas bawah. Sampai I had to tell them:

Aku: Mak tak biasa la u'olls ni fighting-fighting until upside down. Terkacip pintu tinggal nak pecah je. Nasib baik pintu berat. I didn't grow up with this bergelut-gelut. Tak percaya tanya Pak Uda. Pak Uda mana ada laidis. 

Abang Long: Betul ke?

Abang Ngah: ??? (letak jari kat dagu)

Pak Uda: Ya.

Abang Long dan Abang Ngah: 



So bila Papa balik, Mak pun story la dengan dia. Jawapan dia adalah, "Biasa la ni..."

Definisi biasa: Adik-beradik dia all boys. Jadi kekusutan otak kau adalah tidak relevant.



Kadang aku masih tak boleh hadam dengan segala sepak terajang. Aku gigit kau, kau bagitau Mak "Mak, Abang Long nak flick my penis" "Mak, Abang Ngah ni fitnah" "Mak, Adik gigit I"

Ya, Cik Adik tu pun boleh tahan gak. Dia memang boleh tahaaaan... Modus Operandi dia tu, 'Silent but deadly' hahahaha. Sedar-sedar je tengok berbekas-bekas la badan abang ni bekas gigi dia, kesan cakar la. Haih. Tapi itu boleh settle lagi. Yang aku rasa menjerut jiwa, si Abang Ngah tu.

Abang Ngah punya meraajuuuuuk! Dah la aku memang takde toleransi nak mujuk. Orang dah bagi benda, macam tak pernah bagi. Ye lah. Paham-paham la. Nama pun Ngah. Anak tengaaaah... Tapi dia punya merajuk nak pujuk la kan. Kadang rasa macam, "Takpelah Abang Ngah. Mak tinggalkan je la Abang Ngah merajuk kat dalam stor ni. Nanti bila Mak dah dapat pujuk hati Mak sendiri, Mak datang ambik Abang Ngah balik ya". Haaa macam tu.

Tapi sekarang dah nak masuk pukul 2pm.

Terima kasih sebab melegakan beban otak sumbat ni. Macam baru ni perut tersumbat. Sekali ko un-sumbatkan perut tu, berat ko kurang 2kilo.

Ok lah babai.




Tuesday, 7 August 2018

Tuesday, 7 Aug 2018

Watikah hari ini adalah...

I feel sooooo annoyed today. Dari pagi ni kot. 

Why does it take so long for something simple to be done? Go waste my time sampai setengah jam just to take something. Pastu jap jap nak kena check ngan member boleh ke tak buat sekian-sekian. Awak tu dah memang point of contact, kena la dah tau apa nak buat, kan? Okay, fine. Pastu paksa pulak aku ambik jugak benda tu pada hal terang-terang aku takde kena mengena pun dengan perkara tersebut. Aku ni Frodo je kan, macam PosLaju je function dalam kisah ni. Tak paksa jugak aku ambik untuk diri sendiri. Ko dah kenapa? Mak pun terus la seraya berkata, "Fine. It will sit where it is NOT USEFUL for me - dalam laci". Biyach tak Mak ni? Ko hamek. Hari ni line WiFi Mak selari sangat ngan Azwan Ali ko tau. Perasaan tu menghanj-hanj sangat. Dan korang tau apa jawab dia? "Can" Hahaha. Agaknya janji dia habis stok barang kat tangan kot. Pejad.

...Beberapa jam kemudian...

Letih entah apa kot aku dah buat hari ni. Juggle meeting arrangements. Forgotten redi about hal siang tadi. Ni, macam nak aiskrim lewlian Mekdi je. Tapi... penat dah sampai menusuk ke mata. Jadi the question is now, boleh tak aku drive balik rumah dari opis ni? Hahaha... 

Observation: Ramai pulak yang datang ofis pakai bawal kilat-kilat. Teringin pulak aku ni. Teringin kan... walaupun tudung kat rumah tu dah ambik berapa bahagian lemari tu pun aku tak tercerita. Tak payah lah cerita. Kita sedar diri je la. Nak pakai tudung bawal, tudung kilat-kilat, tapi malas nak menggosok. Kan. Haha. 

Hanj ngatngat. Haha.

Okeylah. Nak balik. 

Babai.

Monday, 6 August 2018

Aku bukan kebal mahupun Iqbal ataupun bal.

Watikah hari ini adalah...

Pernah tak korang rasa kecik hati dengan kawan? Kawan kau yang tak ramai tu. Kawan kau yang terpilih. Kawan-kawan kau yang buat kau rasa macam kau ni lalat dan tak wujud. Kawan yang rasa kau ni sedut aura kegembiraan diorang kot. Kawan yang kata dia akan calling2 kau tapi sebab dia biziiiiii sangat atau kehidupan dia tak boleh bernafas atau terlalu banyak lewlian yang harus dia habiskan atau dia sentiasa takde mood walau jarang2 kau nak contact dia. 

I am introverted. I am different. Aku ni durjana sangat ke? I agree I can be such a b*tch and an as$hole, but tell me la. Aku ni sensitip jugak kot. Korang ingat aku takde perasaan sebab muka aku ni cam kebal je all the time? Siot la kalau korang fikir camtu. Sedangkan Jason King pun ada tempat tembus kebal dia, ini kan pulak aku.

Takpelah. You, removing me from your life has made an easier fix for me I suppose. At least you know that you're not worth my time.

(Although deep in my heart, I feel so sad.)

Thursday, 12 April 2018

Ni memang post tanya sendiri jawab sendiri

Watikah hari ini adalah...


Semakin hari lately ni, semakin aku ada people issue. Aku tak paham diorang atau diorang tak paham aku? Kan senang hidup straight to the point. Ko ambik simpan je la ayat bunga-bunga cinta ko tu tanam depan rumah sendiri. Lama aku nak kena tunggu permata tu keluar dari mulut awak tu. Haih. Baik lagi aku buat kerja lain dari kena luangkan masa to wait for THAT. Langsung tak beneficial untuk aku langsung. Mak sedar la Mak ni Puspawangi. But really?? Agak-agak la... Letih tau.

Tapi kan, at least maybe aku adalah sudah semakin tua dan berumur mature jadi aku tak melompat secepat dulu. Mungkin ini adalah kerana aku sudah semakin berat. Tu sebab lompat tak naik-naik. 

Hampeh. Nak kena gi miting. Tolak balik tepi kertas-kertas bertaburan ke tepi tanpa rela.

(Kah kah kah kah kah. Tu la. Nak sangat jadi seksiteri. Semua mesyuarat diorang suruh ko ambik minit. Aku nak minute steak je. Huhu.)


Dariku,
Meredith Grey

Wednesday, 11 April 2018

Larian anak

Watikah hari ini adalah...

Pepagi aku dah sakit perut. Aku hampir percaya 100% yang aku ni senggugut. Rupanya, berdas-das tembakan laburan telah beransur sejurus aku duduk diatas jamban. Such accomplishment. Perlu naik timbang berat sebab rasanya mungkin I lost 20kg in that session alone. Tapi hari ni timbang tu pulak tak nak kawan ngan aku. Dia tak menunggu ditempat biasa. Tak tau la manusia saiz mana yang dah alihkan penimbang tu.

Pandang meja. Pandang tray. Pandang email. Nak lari jap je rasanya. Lari pergi Ko Lipe. Lari ke Pulau Kapas. Lari ke Maddalena Island in Italy.

Lari la sangat. 

Mari je la lari setempat. 
Ada je kerja tu kejar kita.
Baik lagi settle sekarang dari kemudian.

Kbye. 

Wednesday, 28 March 2018

random rant

Watikah hari ini adalah...

Jam menunjukkan masa yang aku takmo terima. Sebab mata Mak tak boleh bukak ni. Lepas tu tadi ternampak barang kat luar rumah, terus macam... "Ngape la aku tak tutup dengan kain ke apa. Kan dah berabuk teruk..."

Simple things. Simple gestures. Kengkadang can make a person happy. Walaupun orang tu buat banyak kesilapan dengan kita.

Ada persoalan dalam kepala. Mungkin my choice of doing does not go well dengan orang lain. But what I do is what I FEEL is right. Bear in mind aku ada lah berbolak-balik jap tadi. Niat aku ada. Better I do it, rather than carry regret. Aku tak perlukan bakul yang penuh. Dan lagipun, mindset membawang aku adalah KBAT sikit. Haha. Capacity bakul 256GB aku selalu full. Hujung-hujung tanjung nak penuh, penat Mak select barang baik lepas untuk recycle, buang, simpan forever.

Dah hujung hari ni pun. Pejadah la tak sesiap posting ni walaupun dah berapa jam aku duduk kat kerusi ni. Meja pun bersepah je la. Productive sangat duduk setempat. Haha.

Kbaaaaai..



Thursday, 8 March 2018

Sangka Baik vs Speculation

Watikah hari ini adalah...

Dalam usaha keras Mak untuk mendapatkan sedikit kegembiraan, Mak makan oat pagi ni. Eeeeh. Jangan kecam Mak. Mak suka makan oat, lagi-lagi letak cinnamon. Ubat hati dan perasaan tu cinnamon tau. Tapi hari ni takde cinnamon. Tertinggal kat atas meja bilik agakny. Sebab dok bawak kulukilir terus la tido pun dengan Mak sekali.

Sometimes kita post benda on social media, orang boleh salah anggap motif kita. Ada yang berbaik sangka, ada yang terus buat speculation. Sekarang ni I'm trying to weigh in sangka baik vs speculation on posting something.

Ada benda yang I sendiri post for the public as well as FOR MYSELF sahaja. But of course, no one knows which is which la kan. But here is where it gets interesting. My MBTI is INFJ. So for me, my emotional dimension adalah sangat banyak with ability to feel macam opening many layers of web pages at one time, all with individual background music, sight and smell. Dalam kepala macam tu. Serious Mak bitau chaos. Muka depan, po po po poker face Lady Gaga sangat. 

Sadness dalam cerita Inside Out tu is based on INFJ personality. Sadness bebeno Mak ni kot ye... Emosi berat semua masuk kesitu. All kekecewaan, patah hati, despair, mourning, outright sedih... memang kalau ada pocket kat depan baju ni, you will put in your, "Kereta rosak... Duit lagi, cemana nak gi keje, punah hasrat shopping 3 pasang stiletto 6 inci" masuk ke poket SADNESS. 




We understand people. We help to ease YOUR sadness. But in return, you have to understand, we make way for you and we put our own happiness behind to make you happy. We constantly need to recharge with time alone, so you have to respect and tak ambil hati bila kita decline nak keluar or berjumpa.  They call it bahasa pasarnya as INFJ Paradox for the personality yang orang lain don't get. Kind of like Bipolar, tapi not on medication hahahahaha. We need time to recharge - duduk dendiam sensorang.

Eh dah kelaut sangat dah ni hahaha.

What I'm trying to say is that not everything I post is about me, ora about anyone in specific. It could be time tu teringat kat arwah kucing ke, teringat kat manusia hanat mana ke hahahaha somewhere during my lifetime ke, or it's about that time teringat masa tengah tunggu bas tetiba kena dengan flash dengan  jejaka yang naik motor ke (krik krik krik).... 

Akan ada hari kalau aku post something is a reminder for myself. Bila tengok je, teringat pesanan tu untuk diri sendiri. Ada juga to just, "Blegh, this is how I totally feel right now," pada hal non-related langsung dengan apa yang aku tengah carry out time tu. Ada yang tetiba teringat kat satu kes (non-related to public) ni, lepas tu aku lontarkan my perspective. 

So adakah aku salah sebab 'menyuarakan' dimensi pemikiran aku diluar? Atau salahkan pembaca untuk membuat rumusan mereka sendiri? Berbaik sangka itu penting, kan? Because 20 years ago, it was still relevant untuk tidak menyuarakan apa-apa pendapat begitu sahaja. Sekarang ni dah senang. Sikit je komen, dah setengah dunia dapat tengok dalam tempoh 30 saat. Melarat-larat pulak kadang caci makinya. Faham tak? Tak best pun kalau nak fikir buruk pasal orang. Awak tu pun baik, clever, juga jadi awak kena sedar statement awak tu satu dunia boleh baca berbait dengan pahala ataupun dosa. (Ni belum lagi bila nak kena minta maaf kat orang atau semua orang)

Dalam semua perkara, you have the option to do bad or do good; to think bad or to think good. Ultimately kalau pun ada orang pujuk untuk buat sesuatu yang ko tak nak, you are the FINAL DECISION MAKER. Faham? 

Jadi conclusion post ini adalah, posting and responding to a post is for you to decide for yourself. So you don't judge orang lah. Melainkan kalau dah berkali-kali posting berbait sama, kita taulah itu dah sifat orang tu. Terima je la kan?

Okaylah. Setelah lama, Mak pun dah penat. Entah ada ke tak orang nak baca benda melarat ni hahaaa... 

Note: For you yang nak tau MBTI anda, click on 16 Personalities ni. 

7 Tahun

Watikah hari ini adalah... My goodness.  Lama gila tak teringat at this blog.  I wonder if people still visit here, lol.  So, by now, a lot ...